April 14, 2009

dari ciksarah untuk ciksarah (supaya tidak poyo!)

Dari Abdullah bin `Amr bin al-`Aas, r.a , katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda: “ Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar taqdir sekalian makhluk sebelum ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut.
Riwayat Muslim dan Tirmizi

Huraian

1. Kita semua wajib beriman kepada qadha dan qadar kerana ia rukun iman

2. Beriman kepada qadar takdir ialah berusaha menjalankan segala undang-undang, peraturan dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t pada azali serta diputuskan hukum berjalannya apa yang ditetapkan itu.

3. Allah Taala telahpun memutuskan dan menetapkan bagi tiap-tiap satu natijah ada pendahuluannya, dan bagi tiap-tiap suatu musabab ada sebabnya serta bagi tiap-tiap satu tujuan ada jalan untuk mencapainya

4. Dengan yang demikian, sesiapa yang menunggu berhasilnya sesuatu dengan tidak melalui sebab, pendahuluan dan jalan yang mencapainya yang ditetapkan dan ditentukan oleh Allah bermakna ia kufur, tidak beriman kepada Qadar taqdir dan Qadha yang azali

(sv ciksarah yang emelkan, tiap2 hari mmg dia ske bg renungan kat seme staf kat ofis tu. huhu)

untuk ciksarah, supaya tidak lagi poyo. supaya tidak lagi mengada-ngada. mudah²an ada sedikit kesannya. terima kaseh kepada encik yang membuka mata ciksarah, yang mengetuk kepala ciksarah supaya ciksarah sedar. terima kaseh sekali lagi. ciksarah mmg poyo. ciksarah minta maaf sebab ciksarah dah menyusahkan encik... terima kaseh sekali lagi...

8 comments:

Unknown said...

bagus tul sv mu itu...

cik ayu said...

“To love is to risk not being loved in return. To hope is to risk pain. To try is to risk failure, but risk must be taken because the greatest hazard in life is to risk nothing.”.... ada kena mengena ke ni sarah? huhu...

lg satu.. point no. 1 tu memang qadar dan qadar ke? ke typo error.. kurang nak paham sket.

eVy-D-YaNa said...

kak sara, nk mtak izin amek ayt komen di ats, bole? hehe...mcm best lak~ =)

Fazira Albaijure said...

shahaqilif: ya, dia mmg bagus :)

cik-ayu: ada, thanks.. :)

evy: bole, mntk ngn cik-ayu ok, hehe

cik ayu said...

cik sarah: ini ada lg satu utk anda.. “Ya Allah, grant me the serenity to accept the things I cannot change, the courage to change the things I can, and the wisdom to know the difference.”

evy: bole, silakan, takde royalti dikenakan. hehe..

cik aso said...

kak sara, poyo tu maksudnya "perasan bagus" ke? (sbnrnya dah lama nak tau maksud sbnr poyo no)

Fazira Albaijure said...

cik aso: hmm.. lebeh kurang la kotttt.. hehe.. mcm yo yo oo gitu.. huhu..

jon jonson said...

terus pada maksud sebenar