April 7, 2009

doa

ada seorang kawan cik sarah yang nak pegi mengerjakan ibadah umrah pada hujung minggu ini. alhamdu lillah, rezeki dia dah sampai (cik sarah bila lagi? huhu. teringin juga tapi diri ini masih terlalu daif rasanya.. entahlah..)

kawan cik sarah tanya, doa apa yang mahu dia panjatkan untuk cik sarah di depan kaabah nanti. doa apa yang ingin cik sarah mahu dia sampaikan. hmmm.. cik sarah pun tak tahu. sebab cik sarah keliru. cik sarah memang tak tahu. kawan2 yang lain dah tulis atas kertas, doa apa yang nak mintak tolong disampaikan di sana nanti.

dan cik sarah. masih tak tahu. mungkin nak mintak tolong doakan supaya jadi lebih beriman, berjaya di dunia dan di akhirat (cewah! mcm baik sgt je la cik sarah ni! huhu). tapi dulu, ada seorang sahabat kata, antara doa yang dimakbulkan, ialah doa daripada seorang sahabat untuk sahabatnya yang lain yang sahabatnya itu tidak tahu pun akan apa yang didoakannya... (ayat mcm keling tak? hehe) maksudnya, adalah lebih baik mendoakan utk seorang sahabat tanpa pengetahuannya.. begitulah kiranya intepretation cik sarah. kalau salah tolong tunjukkan :)

papepun, terima kasih la pada kawan cik sarah tu. tolong la doakan apa saja untuk kebaikan cik sarah (sbb cik sarah ni mmg tak baik pun!) dan cik sarah doakan semoga perjalanan kawan cik sarah tu selamat pergi dan pulang dan dipermudahkan segala urusannya di sana. mudah2an begitulah..

**hari ini cik sarah rasa tenang. alhamdu lillah. cik sarah tahu cik sarah bukan orang yang baik. tapi cik sarah masih mencuba menjadi yang terbaik. dan terbaik itu adalah untuk diri cik sarah sendiri.. dan jugak terbaik untuk semua. semoga semuanya akan mendapat kebaikan insyaAllah (kadang2 cik sarah rasa mcm ayat cik sarah ni terlalu baik hehe, tp sebenarnya cik sarah ni tak baik pun! huhuhu)

2 comments:

cik ayu said...

pasni kalo cik ayu doa.. cik ayu tanak bgtau la... hehe...

Fazira Albaijure said...

setuju! hehe.. timekaseh cik ayu ;)