June 3, 2009

3 hari sudah berlalu

alhamdu lilah. ciksarah dah selamat menyertai konferen di batu feringghi selama 3 hari sejak senin lepas. dan dah selamat membentang kertas kerja ciksarah, walaupun tak dapat menjawab soalan2 yang diajukan oleh pengerusi dan jugak peserta2 yg hadir, hehehe... 3 hari berulang alik dari sp ke bt feringghi, hmmm.. awalnye kena bgn. gara2 malas berjem-jem di atas jambatan, huhu... 6.30 pagi dah keluar dari rumah dan sampai di lokasi kul 7.45 pagi. dan program sebenarnya bermula jam 9! :P

bertuah jugak dpt join konferen mcm ni. dpt jumpa otai2 dlm material engineering khususnya. agak mengkagumkan (walaupun itu semua cuma duniawi.. huhu). sungguh terasa diri ini amat kerdil dan bodoh (walaupun mmg tau dh mmg bodoh pun, cuma ini untuk mengkonfemkan lagi hehhe) mmg hebat mereka itu. hebat dlm bidang masing2. mmg ciksarah rasa teruja dn kagum. terlalu byk yg ciksarah taktahu. terlalu byk lg yg ciksarah perlu amik tahu, tp ciksarah malas betul selama ni. ish3. apa nk jadi la ngn ciksarah ni!

o ya, ciksarah dpt sorg 'boipren' dari jepang! hehe. hensem? tak kotttt... (walaupun ciksarah mengharapkan dpt berjumpa dengan org jepang yg berwajah seakan takuya kimura! hahahahaha... gila ciksarah ni! sbb mmg ramai penyertaan dari jepang, tapi tu la, ramai yg terlalu tua! dan yg terlalu muda! ish3) assistant professor dari universiti mana tah, lupa la pulak, kena tgk bizkad dia semula, hehe. kebetulan dia pun wat projek on coating, tapi dia wat cold spray, dan ciksarah wat thermal spray. siap ajak ciksarah join thermal spray conference di china bulan 10 ni! dan jugak di singapore tahun depan! hehe. dia taktau yg ciksarah ni cuma buruh binaan kontrak yang dihantar oleh bos ciksarah sebagai wakil utk membentangkan kertas kerja tu, huhu...

makan? mmg best la, alhamdu lillah. menu wajib, aiskrem! cedok sendiri dan hiaskan dgn topping pun wat sendiri! mmg best lah! hehehe...

dan esok. ciksarah akan kembali ke opis seperti biasa. bos dah bertanyakan ttg report D01 dan D02 yg dah tertangguh hampir 2 bulan! aduhai.... kenapala ciksarah jadi mcm ni? entahlah...

selamat bekerja utk ciksarah. semoga ciksarah dpt menyiapkan semua kerja yang tertangguh dan semoga cikarah dpt memperbaiki keadaan yang agak buruk yg telah ciksarah createkan sendiri tu. hmmm.. ciksarah, ciksarah... apa la nk jadi dgn ciksarah ni....

---

hmm.. ciksarah x jadi ke tganu wiken lepas. terlalu sukar utk dijelaskan mengapa. terlalu sukar juga untuk dinyatakan perasaan ciksarah tentang perkara itu. terlalu peribadi. terlalu sukar. mmg sgt sukar... apa2 pun alhamdu lillah, semuanya berjalan lancar. pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. dan ciksarah sgt bersyukur dengan apa yang telah ditentukan olehNya.

3 comments:

rauhunt said...

takpelah ..insyaAllah boleh join program perayaan tahun depan

Fazira Albaijure said...

insyaAllah.. ada rezki, panjang umor, kita jmpa di n9 thn depan nooo.. :)

Anonymous said...

uit sarah... dah lama aku tak tgk blog ko. jom rebut takuya kimura :)