September 11, 2009

jiran tetangga (dan kematian)

Dalam maksud Hadis yang lain, Rasulullah saw telah menerangkan bahawa bagi jiran ada 3 hak:

Jiran yang mempunyai satu hak.
Jiran yang mempunyai dua hak.
Jiran yang mempunyai tiga hak.


Adapun jiran yang mempunyai 1 hak adalah jiran musyrik yang tidak ada sebarang hubungan kecuali hak jiran (kemanusiaan). Dan jiran yang mempunyai 2 hak tadi adalah jiran yang Muslim dan kemanusiaan. Dan jiran yang mempunyai 3 hak adalah jiran yang Muslim dan berkerabat dengan kita.

Dan Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian hendaklah ia menghormati jirannya."


---

huhu. saja nk berkisahkan ttg jiran. selama ni ciksarah mmg la tinggal di kwsn perumahan, dan pastilah hidup dalam sebuah kejiranan. tp komuniti kami di situ agak limited, x ramai sgt, kwsn perumahan yg kecil. dan yg beragama islam, cuma tinggal 2 keluarga saja (years back, pernah ada sampai 4 family, tp 2 lg tu dh pindah.. hmm)

masih ingt pd bulan mei yg lepas? maktok ciksarah meninggal (alFatihah). maktok menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 9.30 pagi dan selamat dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan pada jam 8 malam (since takda org yg nk korek liang pd sebelah tengahari, maka agak lewat sedikit urusan itu selesai, tp alhamdu lillah, semuanya selamat). ada jugak jiran yg bukan islam datang menziarah. tapi x ramai, cuma yg terhampir saja.

dan pada bulan lepas, 2 hari sebelum ramadhan, jiran yg tinggal berhadapan dgn rumah ciksarah, seorang apek tua (yg merupakan tokei besar la dlm rumah tu) pun dah meninggal. kematian seorang tua di rumah membawa maksud yg baik bg sesebuah keluarga ca-ya-nun-alif. kematian berlaku sekitar jam 1 pagi (hari jumaat). pd paginya, ms ciksarah nk pegi kerja, ciksarah nmpk derang dah pasang langsir kuning dan meletakkan mayat tu di tgh2 ruang tamu rumah (dengan kelambu hijau!). dan seperti yang dijangkakan, upacara meratapi kematian itu haruslah mengambil masa beberapa hari. hmm.. dan cuba teka, brp biji khemah yg derang dirikan utk upacara tersebut? lima ok! ciksarah rasa kan, bila kenduri boy bulan 1 nnt pun x tentu akan naik sampai 5 khemah mcm tu, huhu. punya la meriah depa ni. dan mama, x sanggup nk duduk di rumah, dah le khemah tu pasang sampai depan pagar kami, nk kuar masuk kereta pun susah. aduhai (sbnrnya mama tu mcm seriau sbb mayat tu dok ada dlm rumah tu hehe dan kdg2 depa tu kan suka pasang lagu2 yg sedeh2 sayu2 tu dgn kuat, mmg agak mengganggu kdg2,hmm). maka kami bernomad ke rumah umi (kakak kpd ayah) x jauh dr rumah ciksarah jugak. 4 hari berkampung di sana, huhu. ada jugak la balik ke rumah utk basuh baju dan amik bj baru since pada sebelah siangnya tidak ada apa2 upacara diadakan... jiran oh jiran...

dan semalam, ciksarah balik ke rumah sekitar jam 9 malam. ms otw tu mama dah sms, rumah kaf-lam-ya-nga yg di hujung tu ada ramai org, byk kereta blok, so mama suh ciksarah ikut jln yg satu lagi. sampai je kat rumah, ada pulak sebuah kereta ni parking betul2 dpn pagar rumah. ish3. cemana la ciksarah nk masuk. haruslah berjalan ke rumah hujung tu dan berdiri je di dpn rumah (ramai pulak org memerhatikan ciksarah haha) sampai la tuan rumah tu keluar.. ciksarah maklumkan (dengan baik ok, walaupun org selalu kata ciksarah ni garang tak kena tmpt) bhw ada sebuah kereta memblok laluan masuk ke rumah ciksarah. dan dia bersetuju utk mencari tuan kereta tersebut. ciksarah pun bertanya le knp le ramai sgt org di rumah dia tu, rupanya ayahnya baru meninggal pagi tu dan akan dikebumikan pd keesokan pagi (hari ni la tu). jiran oh jiran...

tiga kematian tiga bangsa dan agama yg berbeza. dan pastinya berbeza upacaranya. yg pasti juga, mereka dah tiada. kita, entah bila? dan yg paling pasti, saat itu pasti akan tiba. wajibun!

--

Al-'ASR - wal-'asr demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. kecuali yang beriman dan beramal soleh. dan berpesan pesan kepada kebenaran, dan berpesan pesan dengan kesabaran

5 comments:

Kencana21 said...

huk3...saya pernah rasa balik2 umah..ade org ramai2...ingatkan ade kenduri...rupanya ada org meninggal,dan yg pergi itu...my beloved mother~

Fazira Albaijure said...

Kencana: innalillah. semoga roh beliau ditempatkan bersama org2 yg beriman.. alFatihah~

Kencana21 said...

amiiin.. =)

Wardina said...

salam sarah, dh lame betul x jenguk blog sarah, busy la kengkonon. sorry to hear about ur maktok. semoga rohnye ditptkn dgn org2 b'iman

Fazira Albaijure said...

thanks wawa :)