July 31, 2009
tazkirah jumaat
---
Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.
Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
- Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
- Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.
Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :
Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.
Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )
Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )
Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .
Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )
Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.
Redha Dengan Qada' :
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.
Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".
Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".
Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :
" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)
Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :
Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.
Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku di tangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )
Redha Dengan Rezeki Yang Ada :
Di dalam konteks redha pada menerima ketentuan Ilahi, juga termasuk redha ( qana'ah ) menerima rezeki yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. banyak atau sedikitnya.Di dalam sifat qana'ah dengan pemberian Allah itu terdapatnya mutiara kebahagiaan bagi orang mukmin.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Sungguh berbahagialah orang yang masuk Islam , rezekinya sederhana dan berhati puas ( qana'ah ) menerima segala pemberian Allah ".
( Riwayat Muslim )
Dan Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Berbahagialah siapa yang ditunjuki ke dalam Islam, penghidupan yang sederhana dan qana'ah ( merasa dengan pemberian Allah ".
( Riwayat Tirmidzi )
Merasa cukup , puas dan redha menerima rezeki yang dianugerahkan Allah s.w.t. termasuk kekayaan rohani yang tidak ternilai harganya.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Bukannya kekayaan itu kerana banyaknya harta, kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa ".
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Mengharapkan Redha Ilahi :
Sebagaimana mahabbah bertujuan agar memperolehi kasih dan cinta Ilahi maka demikianlah juga sifat redha bertujuan memperolehi redha Ilahi .
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya ". ( Al-Bayyinah : Ayat 8 )
Dan firman Allah s.w.t. lagi tentang orang-orang yang membelanjakan harta semata-mata untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Mereka yang menafkahkan hartanya kerana ingin jadi bersih. Padahal tiada padanya budi yang patut dibalas. Melainkan semata-mata kerana hendak mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan Tuhannya pun redha kepadanya". ( Surah Al-Lail : Ayat 18-21 )
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Bila Allah cinta kepada sesuatu kaum, mereka akan diuji . Barang siapa redha menerima ujian maka redha pula kepadanya dan barang siapa yang murka, maka Allah s.w.t. pun murka kepadanya".
( Riwayat Tirmidzi )
Redha Kepada Keluarga Dan Anak-Anak
Redha kepada keluarga dan anak-anak yang merupakan amanah yang wajib dipikul oleh setiap individu Muslim yang mana redha dan sabar perlu seiring di dalam membentuk baitu Muslim dan generasi Rabbani yang memerlukan suatu pengorbanan yang besar.
Begitu juga bagi anak-anak di dalam menghormati ibubapa seperti yang disebutkan di dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa ".
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Dan Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Ibnu Abbas r.a. :
" Jika kamu sanggup beramal kerana Allah dengan redha berserta yakin maka lakukanlah. Tetapi jika kamu tidak sanggup , maka sesungguhnya kesabaran atas sesuatu yang tidak menyenangkan itu ada kebaikan yang banyak".
Redha Membawa Nikmat dan Bahagia
Redha Ilahi yang diperolehi orang yang redha kepada Allah s.w.t. itulah nikmat dan merupakan kunci kebahagiaan yang sejati .Sesiapa yang diredhai Allah s.w.t. , pastilah dia akan diberikan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat . Lalu mereka akan dimasukkan ke dalam syurganya dan kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Wahai jiwa yang tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Iaitu masuklah ke dalam golongan hambaku ( yang soleh ). Dan masuklah ke dalam syurgaku".
( Surah Al-Fajr : Ayat 27-30 )
Berkat redha itulah maka di dunia akan mendapat ketenangan jiwa dan di akhirat akan memperolehi kebahagiaan yang kekal untuk selama- lamanya. Redha mengakui bahawa Allah s.w.t. sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai Agama yang benar dan Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir , maka itulah asas kemanisan iman yang membawa erti yang besar dan keuntungan yang besar bagi orang yang redha kerana merasakan kelazatan rohani.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Merasakan kemanisan iman , siapa yang redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama Muhammad sebagai Rasul ( Utusan ) ".
( Riwayat Muslim )
Rujukan Dari : Taqarrub Kepada Allah dari sini.
---
astaghfirullaah al 'aziim, innahu kaa na ghaffaaraa...
July 27, 2009
lupa
patutlah tak faham-faham.
lupa sangat ni.
teruk sangat lupa kali ni.
---
hitamnya hati...
July 23, 2009
taat ke Guru
selamat hari ulangtahun kelahiran buat Guru Utama...
---
memang susah nak buat. tapi kena jugak lalu. pasti ada hikmah yang kita tak nampak sekarang. jangan sampai kita yang merencanakan kehidupan kita. biarlah Dia yang atur. serah sebulat hati kepada Dia. petunjukNya pasti datang, jika kita mahu mencari... semoga rahmatNya sentiasa bersama kita... amiin...
July 21, 2009
jalan jalan sepanjang minggu
balik dari kl, ciksarah masuk keje satu hari je, hari isnin. hari selasa pagi tu, ciksarah ikut rombongan keje ke shah alam (sebenarnya, hari pertama tu kami ke nilai! huhu). lawatan ke kilang2 yang berkaitan dgn projek2 yg sedang dijalankan di amr*c ni. ok jugak la, kali pertama pegi kilang2 mcm tu. dan sbnrnya, lebih byk berjalan2 mkn angin dan mkn2 drpd melawat kilang, hehe. meriah je suasana... hepi memanjang. dan letih jugak sbnrnya bila terlalu byk mkn, hehe. tp alhamdu lillah, semuanya selamat... 3 hari trip ni, kami siap p jln2 putrajaya (naik cruise, ish3 x penah dibuat sblm ni hehe) dan makan sate haji s*muri kat kajang. dan singgah jugak mkn mi udang kat k*ala sepetang, ish3, mmg suke mkn betul geng2 opis ciksarah ni, hehe. timekaseh la suma ye~
hr jumaat tu ciksarah amik annual leave, bukan sbb letih, tp sbb ciksarah nk ke manjung, hehe. dah lama x p rumah kakG. selalu tu sembang kat telipon je, kadang2 x puas jugak sembang kat telipon je. lepas mkn tghari dgn mama di sp dan kemudian singgah skejap kat bm, ciksarah terus ke manjung. sampai katsana je, kakG ajak balik ke kampungnya di kuala lipis, huhu. mmg jauh betul perjalanan. tp sgt memuaskan. memandu NAZA Ria yg besor tu dari manjung ke benta, heh, tak terasa, asik bersembang je ngn kakG dlm kereta tu hehe.. mkn? mmg best. kak ina mmg pandai masak, hehe. rendang yg wan masak pun sedap. ish3. suke betullah dpt mkn ikan patin :P dan yg paling best, dpt tgk sendiri pembangunan PPMI (dah ada mercu tanda baru - Dewan THII), yang dah semakin meriah. tahniah kepada abgro*slizan dan teamnya yang berjaya bertungkus-lumus membangunkan PPMI. pengalaman hujung minggu yang best :)
lepas 2 malam kat sana, balik semula ke manjung, tidor semalam (lepas mkn ciken cop kat kedai abg hairi, mm g best! huhu, mkn lagi!) di rumah kakG dan esoknye tu (isnin - ciksarah cuti isra' mikraj) ciksarah pun kembali semula ke sungai petani. sempat jugak singgah dulu di bm sebelum balik ke sp dan tidur sepetang, hehehe.
sbnrnya, byk yg ciksarah nk ceritakan, tp tu la, bila terlalu byk, ciksarah jd nebes dan taktau dah yg mana satu nk ditaip hehe.
pape pun alhamdu lillah, semuanya selamat.. dan ini, utk tatapan semua (hehe) ciksarah mkn mi kari dan mi udang minggu lepas. dan ciksarah lebih suka mi kari tu! sedap! sedap! sedap!
p/s mi kari kat r&r ulu bernam, dan mi udang kat k*ala sepetang
cheers~!! XOXOXOXO
p/p/s: hari ni masuk keje lepas SEMINGGU! huhu.. malas malas.... (hari ni ada makan2 durian dan pulut kat opis, ciksarah paling suke gmbr kat bwh ni, hehe. sori ye kengkawan, nk jugak upload kat blog! :P tadi dh edit bg x senget, tp x ingt save katmana pulak, ish3)
(letih, byk sgt nk cerita, heh! ada lagi ni sbnrnya, esok je la ciksarah ceritakan.. insyaAllah...)
July 10, 2009
sekeping hati
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Micrograph ni ciksarah dpt last week ms wat SEM utk powder NanoxS4007. ciksarah tgk kat tgh2 tu mcm ada powder yg berbentuk heart shape , hehe... kebetulan la kan.. sekeping hati... dibawa berlari...
hr ni besday mifdhal. yey~ slmt ulangtahun kelahiran yang pertama hensembeeboy~!! (sbb tema besday party dia sabtu ni ialah BEE - mane la acikshayah nk cari baju kuning hitam ni huhu...)
esok ciksarah nak ke kl. kenduri sepupu ciksarah di jalan semarak hr ahad tghari. hm. harap2 event ni la yg akan mencetuskan semula semangat ciksarah utk berfotografi. dah terlalu berkarat ni. hm. ayu, harap2 projek vogue de vast kita menjadi realiti la ye, huhu. insyaAllah.
keje yok keje. hr jumaat ni syok keje, sbb 6.5 jam je utk diclaim hehe.. dan esok pulak cuti.. yeys~!!
cheers to all~!! XOXOXOXXOO
July 8, 2009
nyanyi nyanyi lagi~
Kugenggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku madahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu
Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma di naluri
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun berpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri
Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun dihati
Bertamu di kalbu
---
kakG kata: drpd ko dok nyanyi2 je tu, baik le ko bwk2 selawat... baru la Tuhan bukak hati ko tu, baru la tau apa yg ko nak tau. ni dok menyanyi je, apa ko dpt? pastu dok tny kakG pulak, kenapa itu, kenapa ini, kenapa begitu, kenapa begini. hmmm.... (maaf...)

**pagi² chik dah telipon. tahniah katanya. hehe. mcm² je mimpi dia semalam... entahlah.... o ya, satu lg perkara. dah 2 bulan sejak 'projek XYZ' ciksarah dilancarkan (hehe). bulan pertama alhamdu lillah, kesannya terasa, seperti ramai jugak yg perasan akan perubahannya. bulan kedua ni nmpknya terlalu sedikit hasil sy ciksarah dpt. hmm, kena usaha keras lg, mgkin perlu pendekatan yg berbeza sedikit. semoga projek ciksarah ni berjaya, huhu. usaha tangga kejayaan! chayok!!! kisses and hugs to all. cheers~
July 3, 2009
memberi dan menerima
sepengunjungan sv sy ke s*rabaya minggu lepas, dia bawa satu ole2 utk kami di sini. vcd l*skar pelangi! original punya ni, huhu. setelah dicari-cari di sekitar surabay* dan gagal menemuinya, akhirnya salah seorang daripada pensyarah universitas yg dilawatinya tu memberikan salinan asal vcd miliknya sendiri utk kami. ish3 sungguh terharu sekali. terima kasih byk2 ibu w*dyastuti~ pemberian yang sangat mengharukan. kuterima dengan hati yg besar!
ceritanya? bagus skali! sy suka. suka sgt.. :) :) :) sukar nak explain. huhu..
(ayu kucuri gmbr ini di blogmu, hehe)
badminton (lagi)
semalam satu lagi set perlawanan antara kumpulan kami dan s*kretariat dah slmt berlangsung. ciksarah mcm biasa, partner ngn qam* utk double wanita. menang di set ketiga, huhu. alhamdu lillah. takreti main pun. bola asik dingdong, terkena ring raket, kui kui kui... ciksarah cuma cuba memberi yang terbaik, dan akhirnya kami menerima kemenangan bersama. tapi kumpulan kami sebenarnya kalah pada keseluruhannya, 3-2. tp ok la kan, bersyukur je la dgn apa yg Tuhan dah beri, kita seharusnya menerima, sebab kita dah usaha dan Dia yang tentukan :) semoga pertandingan ni sbnrnya dpt menyatupadukan lagi warga amrec insyaAllah..

tiga julai
hehe. bila diingat2kan balik ttg tarikh ni, ciksarah rasa mcm nk gelak guling2 pun ada, huhu. gila la ciksarah ni. terlalu byk yg nak diberi. tp mgkin terlalu byk juga mengharap utk menerima. kita merancang, Dia yang tentukan. pasti Dia punya rancangan yang lebih baik utk kita, kan? mudah2an begitulah...
cheers to all~ XOXOXXOO
---
pesan pak harfan; hiduplah untuk memberi sebanyak2nya, bukan untuk menerima sebanyak2nya... ;)
July 1, 2009
bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah