kisah seorang kawan kepada seorang kawan
kisahnye
di satu petang
hujan turun dengan lebatnya
keadaan di stesen bas sgt sesak
ramai orang mencari tempat berteduh
basah, sudah lah pasti
sekadar mengelakkan dari menjadi lebih kuyup
berdiri di atas jejantas
kawan itu dpt melihat org yg lalu lalang di bawah
membawa payung atau penutup kepala
air sudah mencecah paras buku lali
bermakna, longkang dan parit sudah tidak kelihatan lagi
kecuali bagi yg biasa dgn keadaan di situ,
yang lain terpaksa lebih berhati-hati
kawan itu terus melihat dari atas
seorang pakcik cuba berjalan melintasi jalan berair
seorang pemuda yang prihatin memberi amaran
'awas pakcik, kat situ ada longkang..'
ya, longkangnya memang agak besar
mujur pakcik diselamatkan dengan amaran itu
setelah beberapa ketika
kawan berkeputusan memulakan pergerakan
walaupun hujan masih merintik
melihat kepada kejadian tadi
bimbang akan bahaya longkang ity
kawan itu memilih utk melalui jalan yg lain
dia menghala ke kanan untuk menyeberang jalan
melangkah dengan berhati-hati
air masih meninggi di paras buku lali
beberapa langkah ke depan
tiba-tiba
kawan itu tersedar dirinya kini di dalam longkang!
aduh!
tenggelam separuh badannya...
banyak mata yang memandang
malu
geram
terkedu
celaru
semua itu melintas di kepala
mujur beg pakaiannya terselamat
tersangkut pada papan tanda
kawan itu lantas bangun
menuju ke tandas untuk menyalin pakaian baru
dan meneruskan perjalanan...
hmm...
kalau dah tertulis
untuk kawan itu jatuh longkang hari itu
pasti akan jatuh jugak
walaupun sudah jelas dilihatkan sebelum itu
walaupun sudah berusaha mengikuti jalan lain
yang dirasakan selamat
tapi...
bila dah tertulis untuk jatuh longkang
maka akan jatuh jugak
maka kawan itu terus redha
dengan ketentuan itu
pasti itu yg terbaik untuk dirinya
yang penting
apa yg akan berlaku selepas itu
bila kawan itu tetap bangun
dan menyalin pakaian yang baru
lantas meneruskan perjalanan
dan terus berserah
agar perjalanannya selamat
dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya
kerana hanya Dia yang tahu
apa yang terbaik untuk kawan itu
pasti itu yg terbaik...

4 comments:
SeLAmat..!
a good story to motivate ourself..chayok..
ooo cerita pasal longkang rupenyer
Allah jadikn dunia ni untuk manusia ingat padaNya, usaha dan serah padaNya walaupun sebenarnya perjalanan kita telah ditentukn sejak Azali lagi.
yang benar, tuan punye badan yg jatuh longkang tu!
Post a Comment