July 16, 2010

rokok dan crocs

lebih kurang sepuluh tahun lepas, salah seorang saudara terdekat disahkan menghidapnya. pakteh saya. adik kepada ayah. masa mendengar khabar tu, antara percaya dan tak. betul ke? tapi takdak yg mustahil dalam hidup ni. apa pun yg Dia nk perlakukan, maka ianya boleh berlaku.

ya. dia menghidap kanser. barah. paru-paru. pakteh perokok tegar juga (seperti ayah saya juga). tp sy pernah lihat dia menggunakan filter semasa merokok. pasti itu tidak berkesan padanya. separuh daripada paru-paru kanannya dibuang. rawatan kemoterapi yg pakteh lalui memberi kesan sampingan pd dia, sama seperti orang lain jugak. susut berat badan dan keguguran rambut. yang menyentuh hati, kedua dua anak lelakinya turut membotakkan kepala - nak teman papa... pakteh beruntung, punya ahli keluarga yang mmg sgt sayangkan dia. makteh tak jemu2 temankan pakteh. keadaan pakteh jadi makin kritikal selepas setahun lebih. sel kanser merebak ke otak jugak.. dan kembali ke paru-paru semula. masa pakteh meninggal, saya tak sempat melihat jenazah. cuma hadir di kenduri arwah sehari selepas itu..

semalam. sy dpt satu berita. seorang lg saudara terdekat disahkan mengidapnya. paksu. adik ayah jugak. dia juga seorang perokok tegar. lebih kurang 2-3 bulan lepas, batuk paksu menjadi-jadi. lps ramai yg bg pndpt utk paksu wat check-up, baru dia ke hospital. lama juga berulang dan bbrp kali admission, observation dan diagnosis. akhirnya semalam, berita itu disampaikan oleh sepupu sy kpd adek sy kpd mak sy dan kpd sy.

belum sempat menziarah paksu. semoga ahli keluarga semua dpt menerima dgn tenang. walau mcmanapun, satu hari nanti, perkara mcm ni ttp akan berlaku, kalau sudah tertulis untuk ianya berlaku. yg penting, jaga hati kita. jgn sampai terkena kanser jugak. kanser yang lebih parah dari kanser itu. kanser yg memakan diri dan jiwa kita.

alFatihah untuk arwah pakteh. dan semua saudara mara dan sahabat handai yang telah meninggalkan kita. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. dan paksu, semoga paksu kuat menghadapi ini dan semoga cepat sembuh. insyaAllah.

hmm.. bukan nk bgtau jgn merokok. itu pilihan sendiri. sbb kalau bgtau pun, mesti takdak kesan. sampai kerajaan dah letak gmbr yg mcm tu pun, masih x terkesan. bole lg beli casing baru replace kotak rokok dgn gmbr yg mengerikan itu. saya tak kisah, bukan duit sy pun, huhu. itu pilihan sendiri. saya, pernah bg hadiah rokok kat kawan saya pun. sbb nk pujuk dia ms dia merajuk (ke marah?) dgn sy! sy x kisah kalau nk merokok. tp kalau ada tanda2 nak sakit tu, pandai2 cari ubat la ye. jg kesihatan diri.

terasa mcm blog berada dlm keadaan suram dan sedih dgn entry kali ini. hari jumaat. semoga diselubungi aura yang baik.

supaya x terbawa bawa dgn kesedihan itu.. ada teaser sikit.. nantikan entry ttg pemilik kasut crocs di bawah ni nnt! (^____*)




2 comments:

cik ayu said...

mcm kasut jannah.. tp jannah nye kaler pink!

lady zaini said...

hmm..sedihnya. Tapi susah nak pesan, tak paham2.. cik sarah, saya nak letak kat wall fesbuk bleh ker? nak remind 2,3 orang perokok tegar :(( huhu, tataula berkesan ker tak