January 19, 2011

aktiviti memeluhkan badan di petang hari. semoga badan jadi lebih sihat. bahagian kedua.

sejak kecik, bukan jenisnya ciksarah ni org yg suka bersokan. berita sokan kat tv, paling x suka nk tgk. pendidikan jasmani kat skolah pun, paling tak suka. kalau boleh, mmg cr alasan xmau turun padang. kalau mai bab nk kena turun padang ni, taksempat turun padang lg ciksarah dh peluh² dulu kat kelas. entahlah kenapa. mmg sgt tak minat. tp disebabkan ciksarah ni anak murid yg baik (haha, sbnrnya mgkin skema, takut cekgu marah) maka turun jugak la.. bleh pulak wakil rumah sokan acara lompat tinggi dan bola jaring. huhu. sampai skrg agak kompius. heh. ada sorg kwn ciksarah yg agak berjaya bukak hati ciksarah utk sokan ni. suan nee nama dia. dia selalu bawak ciksarah p main bedminten dkt dewan cina kat pekan lama tu. depa tu sume agak otai jugak, ye la, dah 2-3 tahun main. ciksarah ms tu, drjh 5, bole la main pukoi² saja. main skejap, pastu duduk rehat tepi court tgk depa main dgn aksi hebat. haha.


skolah menengah, tingkatan satu sampai tiga, lg la malas. adoi. latihan sukan, yg kena pegi hari² ke sekolah bila dkt² ngn sukan tahunan tu, haishhh... mmg la x suka. x suka peluh², sakit kaki. nnt melecet. nnt muscle cramp. nnt kebas. mcm². dah mmg xde skil langsung nk jd atlet. haha. ingt lg x kalau dulu tu, ada ujian ape ke nama dia. yg kena buat bangun duduk tubi, tekan tubi, jangkauan melunjur dan larian 1.5km. ish ish. naik sesak dada bila cekgu umumkan pasai ujian tu. apa? lari 1.5km? lari 100 meter pun sy x larat. lg cekgu mau suruh sy lari 1.5km. ish ish. tp, bak kata ciksarah td, sbb takot cekgu marah, ciksarah lari jugak. yg ciksarah ingt, pertama kali amik ujian tu, ciksarah lari 1.5km dlm masa 10 minit lebih. haha. punya la selow. tp sbnrnya sgt berbangga dgn diri sendiri, berjaya jugak abeskan larian hehe.


bila masuk skolah asrama, ciksarah ingt lagi, ms mggu orientasi. kami budak² baru yg seciput ni, tak biasa dengan tradisi depa merentas desa. tiap² pagi jumaat. kali pertama kena lari tu. hadoi. mcm biasa. mmg sesak dada. kenapala nk kena lari. huhu. masa tu, cekgu lepaskan budak pompuan dulu. lari skejap ja. pastu, kami jln. tak silap ciksarah, yg jln sembang² ngn ciksarah ms tu, wawa ngn femy. hehe. wat lilek saja. dah mmg tak larat. nk wat cemana kan. lebih kurang 800m lg nk sampai skolah, bebudak laki dh start overtake kami. budak pompuan yg lain, of kos la dh lepas ke depan. ms budak lagi nk memintas, ciksarah wat² sakit, haha. suh wawa ngn femy pimpin tgn. lawak sunggoh. mmg la depa pun x heran sgt dgn kelembapan kami berlari. tp konon² nk kaver, x sihat, sbb tu jln selow. hehe. pastu ciksarah realize. mgkin sbb tu ciksarah tak suka bersokan. takut kena judge. tak suka kalau kalah. sbb pd ciksarah ms tu, sokan itu pd lahirnya adalah pertandingan. satu perlombaan. mcm nk lawan sapa yang kuat. dan ciksarah mmg x suka kalau kalah. huhu. egoistik ku mmg fantastik. hehe. tp lama² dok skolah tu, tak terpaksa blend in dengan tradisi itu, jadi jatuh chenta pulak pada aktiviti sokan merentas desa. sampai kdg² ada mggu yg ciksarah jd antara yg terawal sampai kat skolah. dasat. bole lari laju jugak sbnrnya. haha. motivasinya? nasik lemak makcik dewan makan tu, aishh... mmg marbeles. hehehe...


abes kisah skolah menengah. ms zaman bljr kat ppp, tak penah bersokan langsung. kalau ada, sokan secara tak langsung, jln kaki jarak jauh. dr stesen komuter subang jaya, ke ss15 cybercafe. hehe. rakan 'sokan' ms ni, cikayu, fuzah, ngn wardah. pau ngn maksu kdg² join jugak. huhu...

kat yutipi pulak, ms mula² masuk, ada sorg kwn, zura namanya, selalu ajak ciksarah main sofbol (ke rounders?). mmg suka betul ms tu. main kat pdg yuesem. seronot betoi, mmg bersungguh sungguh berlari lepas berjaya pukoi bola tu. pastu ciksarah coba pujuk diri utk bersokan dgn amik subjek ko-kurikulum - sokan ping pong. haha. kwn² yg lain amik gamelan. kenapakah ciksarah amik pingpong? haha. sbnrnya ms tu, tringin nk men tennis. tp tak kesampaian hajatnya. sbb. reket mahal. dan, malas nk berlari di court yg besar. jd, pilihan yg ada, ping pong, reket murah dan meja kecik saja. hehehe. lgpun, namanya tennis juga kan.. table-tennis. huhuhu.. berjaya abeskan jugak sampai level 3! seb baik la ko-kurikulum nye paper, takda gred. setakat lulus atau gagal. kalau tak, harus dpt D kot! hehehe. hmm.. lepas abes level 3 tu, takde dah penah pegang bet pingpong lg, hehehe...


abes zaman bljr, takdenya nk bersokan sgt. dah mmg spesis tak minat sokan. nk wat cemana kan. masuk zaman keja ni, hm, kwn opis ajak men bedminten, utk tournament (cewah bunyi hebat ja) dalaman. i tak kesah. hentam saja. cuma jgn expect ciksarah utk membwa sebarang kemenangan la kan. hehe. tahun pertama, bungkus. team kami dpt tmpt kelima dr enam pasukan. huhu. tahun kedua, ok skit, team kami, dpt tempat kedua. hihi. ada improvement dr segi pencapaian team. tp rsnya, skil ciksarah sama ja. untung dpt menang sbb member dlm team sumua terer.tompang tui. ok la tu kan. :) dan kdg2, ada shbt ciksarah - puan kecik, akan ajak ciksarah utk men bdmntn jugak. ciksarah pun selalu ajak dia menjugak. selalunya kami men halfcourt saja, untuk peluh2kan badan. skil dia pasti la lebih hebat dr skil ciksarah yg mcm sailormoon dan sailorjupiter ni, hehe. ironinya, raket, tak penah beli. asik pinjam saja. raket tenis pulak yg ciksarah beli hr tu! tp takpenah main pun! ish ish ish... dh brp kali planning dgn sorg kwn lama, kakchik. dia dulu men tennis wakil daerah. mntk dia tlg trenkan ciksarah,tpagak sukar nk dptkan tmpt latihan. hm, rumah sapa ada xtra court tenis, boleh tumpang x? hihi..

dan ada sorg lg kwn, yg selalu ajak ciksarah 'bersokan' di hujung minggu-makcikbedah. pantang dgr org nk hiking, dia la yg paling seronok. mmg layan jugak pegi hiking dan trekking. adapun hanyalah bukit bukit kecil bertaraf 'pongsu' sj yg kami takluki, tapi dh cukup la kot, padanla dgn tenaga yg seciput ni. walaupun cita cita tinggi nk naik kinabalu. hehe. mulakan dgn yg kecik dulu, ye tak?


hm. panjang jugak kisah bersokan ni ye. tgh tggu time cukup, nk p salin baju. hr ni, puankecik ajak jogging dan walking. bab jogging ni ciksarah suka jugak. selalu ajak mama ngn nina p jog kat tmn jubli. tp selalunya tu jog seround ja. pastu 1-2 round lg, walk walk saje lah. hehe. kasi peluh peluh skit kan.. pastu, p kedai mkn tosei! hehehe...


tp, kalau nk ikotkan, ada silap jugak la perhitongan ciksarah ttg apa itu sokan. terpulang pd cr kita melihatnya la kot. bukan sekadar sebuah perlombaan. boleh jugak jd satu media utk merapatkan lg hubungan dgn keluarga, dgn kwn2. huhu~ayoh kwn2 sumua. mari bersokan. utk kesihatan. dan kesejahteraan ;)







4 comments:

Anonymous said...

pelan-pelan.. hari nih baru sessi taaruf.. huhuhuh.. lepas ni kita kasik puluh puluh menetes netes... huhuhuhuhu..

fazira said...

nges nges... chaiyukk..~

cik ayu said...

sarah... kat ppp pon kite penah jogging ape.. tp lepas jogging pekena capati.. hahhaha

fazira said...

o ada ye? aku x ingt la. huhu..