April 14, 2011

dia nak makan tomyam malam ni. jom pi kedai. kita beli sebungkus.

ayah. dia x berapa sihat kebelakangan ni. badan dh sgt kurus. mcm arwah wan. perut sampai kempis tahap anorexia nervosa. bole nmpk tulang tulang ala piano di badan dia. dah lebih 3 bulan kot dia macam tu. sblm ni x perasan sgt. ingtkn cuma kerana peralihan umur.

pagi tadi. cuti lg. bawak ke pantai mc utk check-up kali ketiga. hari pertama, ahad lepas. atas nasihat kakak2 dan abang dia, dia mau jugakla ke hospital akhirnya. ya ampunn. punya susah nk pujuk. sobar yo lahh..

hr ahad tu, doktor periksa gula, pressure, x-ray, sumua clear. tade poblem. hari kedua, blood test, urine test. pun ok. cumanya urinnya ada sedikit kotor. kurang minum air. jd doktor bagi ubat bersihkan urin. pagi tadi, scan perut, kidney, prostate. pun ok. takda apa masalah. keputusan urine test pun dh semakin ok. masih ada sedikit kotor. tapi ada improvement. alhamdu lillah. semua ok.

hr ni, doktor bg ubat bersihkan urin lg. dan ubat relaks (ni ubat tidor sbnrnya, supaya dia x fikir byk sgt dan dpt tidor dgn lena mlm2 - bila tido x lena tu la dia jd x sihat, byk sgt fikir, dan pastu, x lalu makan). seminggu lg perlu folo up dengan doktor. stkt ni, semuanya ok. physically, dia sihat. cuma kurus sbb x lalu mkn. jd, bdn lemah sikit. x cukup energy. orang tua2 lgpun, mmg mcm tu kan? kurang selera makan. kena la ikut selera dia, apa dia nk mkn, kena la pi cari.

hmm. hari2 tny pasal anak2 dia. org tua mcm tu la agaknya ye. bila sunyi, tringt anak2. kdg2 dia mcm lupa anak2 dia dh besar. atau mgkin dia sengaja nk create conversation. taktau apa nk tny, jd dia tny pasal anak2 dia.

kdg2 dia mcm ada dunia dia sendiri. tapi tak kisahlah. kita pun kdg2 ada dunia kita sendiri. khayal seketika. cuma sebaik mana kita mengawal khayalan kita tu. jgn sampai terbawak bawak sampai menjejaskan kesihatan. sy pun pernah ada dalam situasi tu. terlalu byk berfikir sampai tak bole tidor lena (mkn tetap lalu, x tau pesaipa hehe). tp skrg, tido mcm dh terlebih lena pulak. hihi.

hm. entahlah. buat sy berfikir beberapa jenak.

harapnya ayah akan sihat semula. kalau x mcm dulu pun, sekurang kurangnya ada sikit improvement.

mintak ampun byk2. mungkin terlalu kerap abaikan ayah. atau mungkin terlalu kerap sakitkan hati ayah.

hmm..

pis ye! ^.^"





*misi siva pesan kat ayah td tadi, sambil tesenyum: pakcik dah sihat. dah ok. you go pray and do good things ok. see you next week.


No comments: