dah 2 minggu punn. tak surut surut lagi. apakah itu? ya... ketumbit. hehe. mata kiri.
"hang mengendap sapa pulak ni?"
"haa.. ngintai org berak ke??"
adoiyaii.
taktau nk jwb apa.
sy menggugel dan berjumpa ini:
Pengenalan
Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.
Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka.
Penyebab
Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :
* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan
Patogenesis
Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.
Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.
Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.
Simptom-simptom
* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah
ngeee.. jd takdak kaitan kot dgn kerja menyekodeng. simptom itu, semua ada.. dan sy agak yakin, dr segi perubatan, penyebabnya adalah seperti yg dinyatakan di atas. plg kompiden, kandungan lemak yg tinggi dlm badan, dan kurang vitamin, hihi. mgkin jugak kerana ada tekanan (asik tekanan ja, rilek skit la kot nohh) atau diabetes (aishhh.. riso den..).
cara nak mengubat? ada byk petua. kalau dulu, sy ikat benang hitam kat jari hantu. kalau mata kanan yg kena, ikat jari kiri, dan sebaliknya. taktau apa relevan dan signifikannya, sampai skrg. cuma petua.
dan yg sy dpt bebaru ni, amik bawang putih, hiriskan, sapu airnya kat tmpt yg kena tu. eh, bukan sapu, tonyoh, kwn sy kata. tapi mak aihh.... pedihnye lah haiihhh... try skali saja. pastu x coba dh. mgkin sbb tu x baik2 menda ni. kdg pasang, kadang surut. agak x selesa di situ.
hmm.. takpelah. mgkin ni peringatan utk tidak melihat menda yg x elok. sila tgk yg elok saja. atau sila jgn tgk menda yg x sepatutnya, tgk yg sepatutnya saja. mgkin la. adoiyai mataku. silalah bersabar. esok kita tonyoh bwg putih lg. sila beranikan diri.
dan pesanan penting, sila cuci muka bersih bersih. sila jangan malas ok. kepada bahan yang menutup lubang kelenjar minyak di mata saya, sy hrp sy dapat alihkan awak secepat mungkin. huhu.
2 comments:
u dah lama tak dating ngn i kut.. huhuhuhuhuh..
o ya kaa. ada kaitan kaa. segalanya mungkinkahh. huhuu..
Post a Comment