January 31, 2012

suria tertunduk malu dengan cahayamu, rembulan mengukir bayang kasih sayangmu, indahnya bila cinta ada

kadang kadang, kita seperti terpaksa berhenti pada satu tempat. tidak ke kiri atau ke kanan. tidak ke depan atau ke belakang. statik. hanya di situ saja. mungkin untuk satu tempoh. yang pada mulanya kita rasa ok. dan selepas itu, kita jadi semakin tidak sabar. mungkin kerana semakin bosan dengan keadaan sekitar perhentian itu.

bila sudah dapat semula meneruskan gerak dan langkah, kita cuba bergerak laju. entah apa yang dikejar. sangat laju, sampai terluka belakang kaki, digigit kasut. sampai lenguh tumit dan perut betis. membuatkan langkah yang laju tadi perlahan semula.

mungkin, perhentian itu cuma nak ingatkan kita, yang gerak kita itu bukan milik kita. bila masa saja boleh dihentikan. bila kaki sudah sakit, apa yang boleh kita buat? ya, bubuh ubat.

huhu.




cuba kau lihat dunia
dari mata yang melihat
semua adalah dengan izin
(kunci demak)

2 comments:

ambo said...

tidak ke kiri,tidak ke kanan, tidak ke depan, tidak ke belakang..ke atas la tu..menuju lahut kot...keh..keh..keh...

fazira said...

heheh. mgkin. atau mgkin kena tmbh 'tidak ke atas dan tidak ke bawah' jugak :P