hari ini hari kelapan 'berkampung' di loji pandu satu bangunan fasa dua. ada sebuah oven besar yang mampu membakar sehingga suhu seribu empat ratus lima puluh darjah selsius. panas. memang panas. bahang terasa sampai dalam mimpi. haha.
proses penyejukan sudah masuk hari ketiga. lama betul. entahlah sampai bila. sukar nak menduga. tapi dari perkiraan saya yang bodoh ni, mungkin lusa baru siap. aduhai. kerja teruk macam ni, boleh lari malam dibuatnya. huhu.
sebenarnya nak buat entry pasal muvi yang saya tonton awal bulan hari tu. ya. bunohan. tertangguh kerana ada satu peristiwa yang lebih terkesan telah berlaku. kemudian nanti saya kisahkan, jika diizinkannya. sy bukan nak buat review atau bagi ulasan secara professional. sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman saya yang tidak seberapa ini.
mungkin saya ada sedikit overexpectation sebelum pegi menonton. (bukan maksud saya ianya underrated, cuma adrenalin saya sentiasa merembes agak kencang dalam tempoh selepas tayangan perdana muvi tersebut sehinggalah saya pegi menonton sendiri di bioskop. haha. excited terlebih kott). lawatan ke bioskop kali ini masih bersama geng yang sama, puan kecik dan suaminya :)

muvi selama lebih kurang satu jam tiga puluh minit itu telah membuat saya berfikir selama lebih kurang dua minggu (ya, lebih kurang tiga ratus tiga puluh enam jam. haha). sinematografi dan pelakonnya, pada saya, memang hebat. hampir sempurna. saya agak selow untuk membuat kesimpulan dari cerita itu di hujung muvi, semasa credits dialirkan di layar. hampir berhenti degup jantung sebab terlalu keras memikirkan apa kesimpulannya. akhirnya, pada hari itu, saya memaksa diri saya untuk menyimpulkan yang cerita itu adalah cerita sedih. ya. sedih. sebab ramai yang mati. termasuk hiro pujaan hatiku sejak zaman sekolah rendah, faizal hussein. huhu.
saya tidak puas hati. bukan dengan penceritaan atau kisah atau pelakon atau apa apa yang dipersembahkan pada saya pada hari itu. saya tidak berpuas hati dengan kesimpulan yang saya buat. mana mungkin muvi ini cuma dapat memberikan kesan itu pada saya. hihi. over betul saya kali ni.
sampai hari ini saya masih kadang kadang fikirkan apa yg disampaikan dalam muvi tu. ianya seperti menonton cerita orang putih. macam pursuit of happyness mungkin? atau john Q? ya mungkin. ada banyak meses yang disampaikan di sebaliknya. ada penceritaan di sebalik gambar yang dirakam oleh videografer. meses yang besar.
tu sajelah yang saya nak sampaikan. seperti mahu mensubscribe di astro first jika available nanti. akan ku tunggu~ huhu..
terima kasih kepada dua orang sahabat itu yang sudi bersama menonton dan pening sama-sama selepas abis siaran. hik hik.
keseluruhannya, saya suka muvi ini. tahniah semua yang menjayakannya!
cheers!
4 comments:
zahiril adzim gagal membawakan watak..loghatnya berselerak...watak itu rasanya lebih sesuai diberi kepada ambo..
oh. ya, mungkin.. maaf, ambo buke oghe sano, dop tahu kecek kelate. jadi ambo ghaso sumonyo ok belako. hik hik.
"hiro pujaan hatiku sejak zaman sekolah rendah, faizal hussein"
waa.xsangka :P
keh keh ;P
Post a Comment