May 7, 2012

siri baca atau mati: kita pejalan yang resah dan bahagia, kita sedang berjalan di landasan takdir yang namanya sukacita atau pun dukacita

                                           

sekali pandang, nampak macam sama kan? huhu. itu dua buku yang berbeza. tapi pendekatannya sama. sbb penulisnya sama kan :) terasa teruja untuk menghabiskan pembacaan setiap kali membacanya. tapi kadang kala kelopak mata terlalu berat untuk ditahan tahan. dan akhirnya tertidur jua memeluk buku itu. hik hik.

sangat gembira bila tahu buku kedua sudah dicetak. selepas membaca buku yang pertama bebrapa ketika dulu, memang ada sedikit pengharapan supaya ada sekuelnya. dan buku yang kedua pada saya, sangat menarik. terlalu jujur dan ikhlas. pengkisahan tentang amin dan fida itu buat saya rasa seperti ingin bercinta lagi. keh keh. (walaupun ada bbrp tempat yang sepertinya tersilap, nama 'amin' ditaip sebagai 'adam', entahlah, editting problem atau mmg sengaja begitu, atau sy yang kurang faham tentang kisah tersebut...? huhu)

chapter yang agak terkesan adalah yang bertajuk 'harta'. sedikit saya quotekan dari chapter tu: "Kita pengembara di muka bumi Tuhan. Di dunia yang kita namakan syurga atau neraka, kita pejalan yang resah dan bahagia. Sedar atau tidak dalam mempedulikan, kita sedang berjalan di atas landasan takdir yang namanya sukacita atau pun dukacita." selebihnya, boleh baca dalam buku tu nnt ok. huhu. yang lain lain pun menarik. mengujakan. penceritaan bersahaja. tidak memaksa kita untuk menerima, tapi sepertinya memang kita akan dapat menerima dengan rela dan hati terbuka. entahlah. itu apa yang saya rasa bila membacanya. anda mungkin punya pandangan berbeza. boleh saja cuba membacanya sendiri. bak kata adrianna: baca atau mati! haha. ya, dia pun ada buat sikit review pasal buku ni di blog dia.

eh. kat mana nk beli? ya, kat sini :)

"Ketika Agamu mu dan aliranmu itu km dapatkan dari lahir.. gak perlu sok merasa benar.." ADP



1 comment:

pencari syurga yang hilang said...

ahhh..nampaknya syurga tidal lagi abadi..