December 21, 2012

cerita tentang langkah kanan. dan hari yang pedas tetapi indah. :P

semalam 20.12.2012, kiranya hari yang agak pedas. hihi. begini kisahnya..

sebelum ke tempat kerja, ciksarah menyinggah di rumah sohabat di bhgn utara sungai petani untuk mengambil buku yang diorder mggu lepas. buku apa? err.. buku syair pujangga. keh keh. taksangka pulak akan dijemput untuk bersarapan di rumahnya. hihi. kebetulan memang belum makan apa² di rumah. oh oh.. orang tua² kata, langkah kanan. hihi. dan menunya: nasi lemak dengan sambal tumis udang dan telur rebus. oh oh.. memanglah lazatt. nak pulak mmg sohabat tu terkenal dengan kehebatannya memasak sebarang jenis makanan. habaq saja nk makan apa, semua dia boleh buat. hihi. minum pulak dengan air teh o panas, haishhh.. sepertinya makanan dari sorga. hihi.. habis sepinggan, dipelawa oleh sohabat ciksarah untuk tambah nasi. oleh kerana sudah agak kekenyangan, ciksarah menolak pelawaan tersebut dengan ayat ini: "takpelah kak. dah kenyang. err.. bungkus boleh?" haha. dan dia dengan senang hati membungkuskan nasik lemak yang sodap tu ke dalam tappawey untuk dibawa ke tempat kerja. hihi. rejoki! :P

balik dari tempat kerja pulak, ciksarah menyinggah di rumah seorang lagi sohabat di selatan sungai petani untuk mengambil bahan bacaan. cewah, macam rajin benor membaca. dah pagi tadi pun amik buku kan. nak bat mcmana. dah tertulis begitu kisahnya utk hari semalam. hehe. mula² dijamu dengan secawan kopi mahkota dewa dan biskut lutut. oh oh, mmglah sedap. lepas sembang² lebih kurang 10 minit, dipelawa pulak ciksarah untuk makan nasi bersama gulai lemak ikan nyok² putih. dan ikan patin goreng jugak! feveret! oh oh.. sangatlah enakk.. hihi. dan sekali lagi, bak kata org tua² langkah kanan lah jugak kot ye.

syukurlah tu, dua kali langkah kanan hari semalam. bukanlah bermaksud kaki kiri tak melangkah. hihi. saja nak kongsi cerita saja. hari yang indah, sebab dapat makan makanan yang sedap. hihi. cukup pedas kan? sambal tumis udang dan masak lomak ikan nyok². mmg pedas, tapi tu lah yang mak encik suko! ;P

maaf, takda gambar. teruja untuk makan, mana sempat amik gambar. haha.

cheers. semuga hari² mendatang lebih indah buat kita semua.

trivia: agaknya ciksarah dah habis baca ke buku dan bahan bacaan yang diambil tu? :P

No comments: