January 9, 2013

bicara transformasi - entry ini diinspirasikan oleh entry dari blog puan rahayurazak :)

ehem ehem

hihi.. dah lebih seminggu kita di tahun baru miladiah 2013 dan sudah hampir dua bulan di tahun hijrah 1434. bagaimana ya agaknya. mudah-mudah segalanya baik-baik saja.

bicara tentang tahun baru sering dikaitkan dengan bicara tentang resolusi, transformasi dan mungkin juga reformasi :). di tmpt kerja sy ni contohnya, transformasi giat dibicarakan sejak suku keempat tahun lalu. dan seawal satu haribulan bulan yang pertama tahun dua ribu tiga belas ini, transformasi tersebut teraplikasi dengan sendiri. sehingga ke hari ini, hari kesembilan, masih belum nyata. hehe. mmglah kan, baru brp hari, takkan la dan² nak nampak perubahan. caesar pun amik masa lapan tahun kot, barula boleh cakap: caesar is home. hihi. maaf, pengaruh muvi agak kuat. maklumlah, saya kan penonton tegar.

tak kisahlah sangat apa pun perancangan dan transformasi yang sedang dilakukan oleh pihak atasan. sy yg di bawah dan kecil (kecil ke, gemok je nmpknya, keh keh) ini akan cuba membantu lah kot ye. cewah. berdedikasi tak? hihi.. (yo lah tu, blogging pukul 3 ptg, apa kes? haha) bak kata blogger paling vogue, rahayurazak, perkara pokok dalam menghadapi sesebuah transformasi itu adalah: mempercayainya. kepercayaan akan keberkesanan transformasi akan mendatangkan aura yang akan dapat membantu kita menginspirasikan orang lain justeru sama-sama akan berusaha ke arah mencapai apa yang dimatlamatkan. (adoih, ayat bebelit, kehkeh) dan saya percaya. bukan pd transformasi, tp pada jalan yang telah ditentukan untuk saya. hihi.

bicara ttg transformasi kerja, sy hari ini menanam keazaman untuk lebih teliti dan lebih terperinci dalam merekodkan sebarang urusan yang berkaitan keluar masuk duit. itulah transformasi yg ingin sy lakukan. haha. pening sungguh bila ada hutang tertunggak utk kerja-kerja yang dibuat pada tahun 2009! dan 2011 jugak. ish ish. sistem rekod sy adalah agak lemah. perlu pembaharuan, supaya lebih mudah dan memudahkan. dan juga berazam, utk lebih berhati-hati dlm membuat sebarang keputusan, juga yg melibatkan duit. huhu. kelalaian yang kdg² mgkin boleh membinasakan dan mungkin juga menyeksa pihak lain. maaflah, sy tak sengaja. huhu. 

org kata, kita perlu bljr dr kesilapan. kalau buat silap yg sama jugak, maknanya, kita bodoh lah tu. atau bebal. haha. tapi, pd sy, kesilapan pertama dan kedua tak mungkin sama, kerana kesilapan kedua mgkin disebabkan oleh kelalaian yang berbeza daripada kelalaian atas berlakunya kesilapan pertama (tudia, lg berbelit, hahaha). kan? hihi... jd? hmm.. jalan terus saja..

satu lagi transformasi yang cuba sy lakukan sejak awal tahun miladiah, hari ketiga, ialah memperkenalkan tabiat makan yang baru kepada tekak saya sendiri. hihi. percubaan dilakukan atas matlamat untuk mengurangkan berat badan yang dirasakan semakin menyebabkan angka di timbangan bertambah dengan jayanya. -.-" makan tetaplah tiga ke lima kali sehari, cuma menunya yang sedikit bertukar. mudah²an selamatlah tu. jgn sampai menyusahkan orang sudahlah kot. hihi... dan hasil percubaan tersebut, selepas 4 hari, sebanyak empat kilo lemak (ya ka?) berjaya disingkirkan! cewah. cam over poyo pulok. hihi. sabor je lah ye. nak buek camno. belog se, se mmg suko merapu camneh. tak cayo, tanyo dongan pakcik razali. alaa.. yg kwn pakcik manan tu.. haa, botui, nama ponuh dio - keamanan. haha..

ok, dah, sebelum terlebih melalut, tu saja bicara transformasi saya, hihi. mcm terer bebenor. :P

sekian. cheers ebelibadi!



No comments: