October 20, 2004

1511H[KOMBAT]

phewww~ habis lagi baca sebuah novel karya faisal tehrani - 1511H[KOMBAT].. daripada tajuk pun kita da bole tahu citer nih mestila berkisarkan peperangan-- come on, kombat tu~ hehe.. novel 423 mukasurat ni secara keseluruhan menceritakan gambaran peperangan yang berlaku pada 1511H atau 2087M. hmff.. letih giler bile baca buku ni.. bukan apa, bila baca tu, kita akan cuba untuk meletakkan diri bersama sama di dalam situai peperangan yang berlaku pada tahun 2087 tu.. huhu.. perang di darat, di laut, di udara.. satu2 explained inch by inch.. sedeh? sudah pasti~ syahidnya para pejuang Islam yang gigih mempertahankan kesucian Makkah dan Madinah daripada ditakluk oleh amerika yang dipimpin presidennya, richard nosirname, seorang bangsa yahudi, yang cuba terus memusnahkan moral umat Islam. basically ia mengisarkan tentang perjuangan anak anak muda Islam dari seluruh ceruk dunia yang bergabung di bawah satu yayasan yang dinaung oleh komander syarifah nusaybah, seorang hartawan, wanita gigih berbangsa Arab untuk terus memperjuangkan ketuanan Islam. syarifah nusaybah meletakkan sepenuh pelaburan hartanya ke atas jalan jihad fisabillilah. pelbagai peralatan perang yg canggih disediakan hasil kajian yg teliti oleh para saintis Islam yang berjaya. first time dgr istilah futuwwah (kesufian) - nilai yang cuba diterapkan di dlam perjuangan watak2 dalam novel nih.. komander mohamed ameen, anak melayu dari malaysia berusia 19 thn, telah lama dinantikan kehadirannya untuk sama sama berjuang di bawah naungan komander syarifah nusaybah.. bersama sama dgn para sahabat yg lain -- komander emrullah, komander zinnera, komander bilal, etc. semangat mmg terkobar bila baca novel ni, skali2 tu meremang gaks.. huhu.. terbayang kalo mende ni betol2 terjadi.. tak mustahil.. cumanya x tau bila... kalo dihitung, 2087 will be in about 80+ years time, insyaAllah masa tu aku pun dah tua kerepot kalo masih hidup, dan kemungkinan besarnya mmg dah xde pun kat muka bumi Allah ni.. kalo ada pun kat dlm bumi.. huhu.. ape yg aku dpt simpulkan dr novel ni, perpaduan dan kesatuan sesama umat Islam is the best way dalam memperjuangkan dan mempertahankan agama suci ini drpd diceroboh. silelah baca buku ni.. pasti terfikir sejenak , tak yah kita ckp pasal mempertahankan seluruh umat Islam di dunia - tu terlal besar skopnye, cukuplah sekadar merenung, mungkinkah kita ni dpt mempertahankan negara kita seandainya peperangan sebegini berlaku.. cukupkah persediaan kita? ampuhkah persepaduan dan kesatuan antara kita??

No comments: