October 19, 2004

Nyemah Mulya, 1515

baru je abih baca novel 1515 by faisal tehrani. tak biasa sgt baca novel2 mcm ni, baru nk menjinak jinakkan diri, hehe.. fiksyen ni telah dinobatkan sebagai pemenang kategori novel remaja 2002 hadiah sastera kumpulan utusan. hmff.. apa yang bole dikata?? gaya bahasa faisal tehrani berjaya menghidupkan watak Nyemah Mulya, sebuah mitos, seorang anak gadis, pejuang bangsa dan agama yang mempertahankan Melaka dari dirampas oleh Portugis semasa peperangan yang diketuai oleh Alfonso de Alburqueque, seorang wizurai dari portugal yang sekian lama mendendami pengikut ajaran nabi Allah, muhammad saw, pada 1511. heh, bahan bacaan yang mampu mengundang kepeningan dan loya2 di tekak, heh~ kronologi yang agak merunsingkan jika hanya dibaca sekali tanpa analisa. hehe.. persoalan tentang benarkah wujud soerang anak melayu bernama Nyemah Mulya yang dikatakan berjaya menawan portugis pada 1515 ini pasti tercetus apabila membaca novel ini. benarkah tanah melayu pernah berjaya menawan portugal? benarkah Nyemah Mulya berjaya memartabatkan bangsa melayu di bumi portugal? benarkah garis sejarah kejayaan Nyemah Mulya ini sengaja dipadam oleh sejarawan barat bagi menutup keaiban mereka? fiksyen ini telah berjaya membawa pembaca untuk membayangkan apa yang terjadi semasa portugis datang menawan melaka. ketekunan sultan mahmud dan tun fatimah turut digambarkan dengan baik. watak adi fimiyun, maude dan frida turut diselit bagi melengkapkan jalan cerita fiksyen ini. saya kira faisal tehrani pasti banyak melakukan pembacaan dan kajian ke atas bahan2 sejarah untuk tampil dengan novel yang membandingkan antara perbezaan beberapa jenis sumber dan bahan sejarah. kesungguhan Nyemah dalam mempertahankan bangsa agama dan negaranya pasti berjaya menaikkan semangat anak melayu dalam mengikut jejaknya. di usia muda Nyemah yang dikatakan mempunyai pelbagai ilmu mempertahankan diri serta ilmu ketuhanan yang tinggi juga mampu mengarahkan jin jin islam, adaptasi dari kisah nabi sulaiman dan ratu balqis, untuk membantunya di dalam memerangi serangan anjing benggali itu.

persoalan utama: berapa sebenarnya jumlah Nyemah Mulya yang dijumpai? adakah sama Profesor Nyemah yang berjumpa dengan Adi Fimiyun di Kuala Lumpur dengan Profesor Nyemah yang berjumpa dengan Adi Fimiyun di Portugal? atau samakah Nyemah yang berjaya membunuh Alburqueque di surau Melaka dengan Nyemah yang dibawa oleh Alburqueque ke Portugal? atau samakah dengan Nyemah yang berjaya memusnahkan Flor de la Mar? samakah pula dengan Nyemah yang dibunuh dengan busur panah oleh Alburqueque dengan laungan 'Dengan Nama Allah, aku bunuh wali Allah!'? atau Nyemah yang dibawa ke Portugal dan berkahwin dengan Shamsudin, seorang Cina yang memeluk agama Islam? siapa pula Nyemah yang berkahwin dengan seorang bangsa portugis dan terus menetap dia sana sehingga ajalnya tiba? heh? kompius neh.. perlu skali lagi dibaca, tp apakan daya, buku tu pun pnjm dari rini, hehe.. time kaseh rini, saya da tlg sampulkan buku.. hehe.. (^-^) if you have the chance, read it. it's fun! books are available at bookstores nearby, e.g. Kinokuniya. :) rm22.00 per copy.

read more comments on 1515.. here, and here and here

No comments: