February 27, 2005

bila kena berdiri atas kerusi..

sabtu 26 februari 2005, ipoh - psscm cp wat perjumpaan untuk ahli tamat seluruh cawangan perak.. yang datang alhamdu lillah ramai - 113 orang seme skali, dari 15 kelas latihan seluruh perak - ipoh, mbi, puo, uitm seri iskandar, utp, sitiawan, pusat selam, kd pelandok, fakulti pegawai, gerik, teluk intan, mrsm pasir salak, sma irsyadiah bagan datoh, cameron highland, taiping. majlis schedulled at 8.30pm with a few agendas. mlm tu hujan mmg lebat - setelah sekian lama bumi perak kemarau tanpa hujan. siap dgn petir dan guruh (derang ckp sbb atoy dtg perak, sbb tu la hujan lebat kat ipoh - kalo ikut laporan berita tu, kul 7 pagi 27 feb, balai pencerap ipoh mencatatkan kadar hujan paling tinggi - 53mm, hehe). perjumpaan yg patutnye dibuat kat luar rumah persatuan akhirnya tukar, wat kat ruang tamu, untuk 1st event. pengenalan penyelia dan penolong penyelia kelas latihan. pastu abg halim as pemangku ydp (said to be the next ydp :) ) memberikan sedikit ucapan or amanat on what's expected from ahli tamat all over perak. satu yg aku ingt dlm ucapan dia - apa sbnrnya yang kita akan dpt di penghujung kita berpersatuan ni? apa yang kita cari, apa yang kita expect? - it's IKHLAS. (bak kate noreen dan tumpak juge la ni, wat keje mesti ikhlas, hehe) byk sbnrnye yg dia ckp lagi- antaranya about kepala keretapi, gerabak dan landasannya.. mende ni dh byk kali aku dgr, dan setiap kali aku dgr tu kdang² naik meremang bulu roma ni, huhu.. next agenda was maklum balas dari setiap kelas latihan.. dan yg paling tensi tu kene berdiri atas kerusi la plak~!! gemuruhnya tentula lebih skit sbb once standing on the cahir tu bole nmpk seme org yg beratur kat padang rumah persatuan tu.. semua mata tertumpu je. dan haruslah aku pun menjadi gagap, haha.. byk sbnrnye yg aku nk ckp tp oleh sbb gabra tak menentu tu maka ucapanku menjadi begitu pendek skali, hehe.. so aku ingin menuliskan skali lagi di sini ucapan aku yg tak terucap hr tu, haha~

"assalamualaikum, alhamdu lillahi rabbil 'alamin, wabihi nasta'in la hau la wala quwwata illa billahil 'aliyyul 'azim.. terima kasih kepada penganjur program. laporan daripada utp - alhamdulillah kehadiran ahli tamat dari utp pada mlm ni seramai 37 orang. sejak penubuhan pada tahun 1999, utp telah pun mempunyai sebanyak 11 kelas, sehingga bulan ini, seramai 34 orang ahli baru sahaja diijazahkan di rumah salah seorang ahli di tronoh. kelas yang sedang berjalan skarang ialah kelas asas, kelas jatuh dan kelas tamat. utp mempunyai seramai 6 orang tenaga pengajar yang tetap - meor, arif, wan hafizi, hanif, dan hafiz, dan saya seorang sahaja tenaga pengajar wanita. namun begitu, saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak tenaga pengajar dari ipoh yang sanggup memberikan bantuan kepada utp secara konsisten, turun ke kelas setiap minggu. terima kasih sy ucapkan kepada kak elmi, nani, angah, zack dan alan. x lupa jugak kepada yusri dan fauzi. dan bagi pihak utp, maaf saya minta kerana tak dpt kami memberikan bantuan seumpama bantuan yang pihak tuan berikan. wawasan utp ialah seperti yang abg halim ckp tadi, saya harap semangat ini bukan hanya wujud semasa kita di kampus saja. pesanan ini ditujuan khas untuk diri saya juga, sbb saya skang pun masih di kampus, so mmg x leh nk bajet apa sbnrnye yg akan berlaku bila sy kuar dari kampus.. harap adik adik seme akan terus dalam perjuangan dan menaikkan lagi imej utp di mata HEP, yang mmg selalu kita hadapi problem, especialy untuk dptkan masa dan tempat untuk aktiviti ;P. sekian terima kasih."
(italic tu yg tak terucapkan tu la, huhu)


terima kasih semua, terima kasih sekali lagi~

No comments: