hari ini hari khamis. pada pagi ini saya bangun terlewat kerana malam semalam tidur saya terganggu oleh kehadiran nyamuk² yang tidak diundang yang dengan sesuka hati mereka menggigit saya, sungguh gatal dan sakit sekali. selepas bersiap saya pergi ke pasar tronoh untuk membeli daun bawang dan daun sup serta bawang goreng untuk memasak cucuq jagung pada esok petang. saya kemudian pergi ke lab chemistry II untuk memeriksa laporan makmal (lab report) yang saya jaga kerana saya tidak pernah memeriksanya sejak minggu kedua yang lalu (sekarang sudah minggu kelapan) oleh kerana pelajar tahun asas (foundation) seadng bercuti maka saya pun mengambil kesempatan untuk menghabiskan 11 stacks lab report untuk diperiksa dan dimasukkan markah ke dalam database. cara yang mudah untuk memeriksa lab report ialah pertamanya memberikan markah penuh kepada semua laporan. kemudian periksa di mana pelajar tidak memberikan jawapan yang tepat maka barulah ditolak markah yang sewajarnya. cara ini lebih mudah dibandingkan dengan cara penambahan yang biasa sbb byk sangat nnt yang nak dikira. senang je kan.. setelah hampir 4 jam memeriksa laporan dan memasukkan markah maka akhirnya kerja saya selesai. kerja yang diclaim sejumlah 22 jam dapat dihabiskan dalam masa 4 jam saja! terima kasih kepada pensyarah dan pentadbiran pascasiswazah. saya sangat hepi! saya rasa purata markah yang diperoleh oleh pelajar lab saya ialah 23 daripada 25 markah penuh. banyak kan? sebab saya kan baik hati! hahahaha... apa nak jadi ptg ni? mlm ni? belom tau lagi!
ada satu teka teki yang azalinor bg pada saya sejurus selepas saya log in ke yahoo messenger:
i + opposite of W + initial of ICE + twice the letter b4 T + 3/4 of X + 15th letter + 1/2 of O =??
jika anda ada jawapannya sila tulis di bhgn komen ye, tp xdak hadiah, sbb soklan terlalu mudah. lgpun x mampu nk bg kasut adidas mcm yg afdlin shauki buat ataupun photography session mcm yg saiful nang buat tu, hehe..
No comments:
Post a Comment