September 21, 2005
o my leng chai
petang smlm saya telah pegi ke kedai U-Sing Tyre di siputeh untuk menukar tayar depan sebelah kiri kereta kancil saya yang comel dan comot itu sbb tayar tu dah botak gilos. sampai di sana ada sorang apek yg tlg tukarkan tayar saya tu. dia kata satu tayar goodyear tu rm95 (mahal dowh, dulu tu rm85 je kat kedai tu.. isk.. lari bajet..) pastu apek tu nasihatkan supaya saya wat allignment check-up sbb tayar kereta saya tu makan sebelah saja. dia kata kena bayar rm25 lalu saya pun bersetuju. lalu dtg seorang lagi apek meminta kunci untuk diubah kereta saya ke tempat memeriksa allignment. sekali saya pandang masih tidak perasan, tapi bila dipandang kali kedua.. aduila.. hensem la plak apek sorang ni. ada mcm jason dalam muvi sepet. gaya yg selamba dan muka yg wat bodo je tu sungguh memikat hati saya (hahahaha). leng chai (budak hensem) tersebut mencadangkan saya menukarkan skru chamber sepasang rm65 dan saya terus bersetuju saja walaupun sebenarnya duit yang saya bawa tu x pasti cukup ke x. tapi akhirnya leng chai cuma menukarkan satu saja skru dan berharga rm35. selepas itu leng chai juga menyuruh saya supaya menukar absorber saya secepat mungkin sebab absorber belakang sudah sangat teruk. bila dirasa dengan tapak tangan tayar belakang yang berlekuk lekuk itu, saya agak terkejut. tapi di kedai tersebut tidak menyediakan perkhidmatan menukar absorber dan lagipun duit saya pasti tidak cukup untuk membayarnya. slps itu leng chai membawa kereta saya untuk test drive tayar yang dah ditukar dan dibetulkan allignment. selepas memulangkan kunci kereta saya pun membayar duit dan mengucapkan terima kasih kepada leng chai. saya akan datang lagi ke kedai tersebut bulan depan untuk menukarkan tayar lagi satu yang hampir botak, hahaha.. saja je tau~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment