kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan sendiri oleh suri(bukan nama sebenar) tapi diubahsuai sedikit untuk menyedapkan cerita.
hari: selasa
masa: 5.43 petang
rwuenggg...... ngengg... ngennggg... (bunyi mesin rumput yang digunakan oleh pakcik yang selalu memesin rumput di sekitar kawasan taman perumahan)
kak shida: suri, pakcik tu suh ubahkan kereta, dia nak mesin rumput kat luar tu.
suri: ok.. eh kak, nak ke kalo kita suh pakcik tu mesin rumput dalam kawasan rumah kita, lagipun dh pnjg sgt tu, pokok tu pun dah besar dah..
kak shida: aa bole jugak, kita bayar la nnt, tanya la pakcik tu berapa upahnye.
suri keluar mengalihkan kereta dan bertanya kepada pakcik potong rumput tu. pakcik itu bersetuju dengan meminta upah rm10. setuju!!
selepas 15 minit...
suri: yaey, dah lapang.. dah bole main bola nih kat laman ni, huhu.. mari kita ke ladang, hoy~ (nyanyi lagu dlm cerita musang berjanggut sambil memegang cangkul mengemaskan saki baki rumput dan pokok kecik yang berserakkan selepas dimesin pakcik tu)
malam itu
jam: 11.34 malam
suri: (dalam hati) ala boringnya Quickie ni, orang nk tgk las vegas ni.. adui laa...
kak shida mengambil kunci untuk mengunci pintu rumah. tiba tiba... dia mnutup pintu dan beralih ke arah suri yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton tv..
kak shida: (separa berbisik) suri, kenapa akak macam nampak....
suri: ?? apenye?
kak shida: macam ada budak pakai telekung la.. kat tepi longkang tu..
suri: uis, biar betik akak nih.. mat indon kot.. (dalam hati) takkan la sebab mesin rumput tadi tu? kita dah kacau tempat benda² tu ke? ish, mustahil la..
kak shida: eh tak la.. takkan indon kot.. bukan longkang dpn ni, longkang yg seberang jalan tu...
suri: (sambil memerhatikan jam di dinding) huhu.. takkan la kak.. pakai tudung ke telekung..
kak shida: telekung putih.. yang labuh tu.. takkan indon kot sebab kecik sangat.. macam budak.. cuba awak tengok.. eii.. takut la.. dah le akak tido tak tutup tingkap.. huhu...
suri: ish, takkan la kak..
suri bergerak ke arah tingkap dan membukanya
suri: takde pun kak..
kak shida: ada la.. cuba la bukak tengok ikut pintu ni..
suri: jap saya tengok ye
suri bergerak ke arah pintu pulak lalu melihat ke arah tempat yang dikatakan oleh kak shida tu lalu...
suri: (dalam hati) haah la, mcm budak pakai telekung, tgh duduk kat tembok tu, apa dia buat kat situ?
tiba-tiba..................~
suri: eh, bukan la kak, tu guni yang pakcik tadi tu guna, dia letak rumput yg dia potong dalam tu!
kak shida: oo ya ka.. huhu.. mujur la.. saspen ja~
the end! :P
No comments:
Post a Comment