April 24, 2006

From Kakak to Me and from Me to Kakak

From: Kakak

Message:
Kakak harap sara lebih mengenali kakak.. Sara bole menilai sndiri sjauh mana kbnaran ss2 cerita kn..Sjahat2 kakak.. Maruah tetp no 1.. Kakak ada prinsip.. Jgn risau, abang da cerita sglnya.. Cuma kakak harap sara dpt menilai..

From: Me

Message:
hehe.. no worries.. ada mata dan telinga bole melihat dan mendengar... ada akal, insyaAllah masih bole guna dengan bijaksana :)

--
kadangkala manusia itu boleh menjadi seperti makhluk lain yang bukan manusia. mulut yang jahat akhirnya pasti akan memakan diri sendiri jugak kan. so no worries kak. biar saja dia menegakkan benang yang basah. sejauh mana pun dia bole tahan. kita rilek je...

April 20, 2006

projekku menang award!

UTP WON GOLD IN GENEVA


(from left: Mr Shiraz, Ms Chin, Puan Haslinda, Prof Radha, Mr Zamri)

All three entries by Universiti Teknologi PETRONAS' (UTP) researchers wonawards in the '34th International Exhibition Of Invention, New TechniquesAnd Products of Geneva' held at the Palace of Expositions (PALEXPO) inGeneva, Switzerland from 5 ? 9 April 2006. Being a first timer at the competition, the success is a great achievement and indeed a testimony for the researach strength of the university.One of the teams led by Ir M. Shiraz Aris and Ms. Chin Yee Sing won a goldmedal for a project entitled 'Biomass Fuel Briquette From an OptimisedMixing Ratio of Oil Palm Waste'. This is a Biomass fuel briquette made fromoil palm shell and fiber with waste paper.

UTP also won a silver medal through another team comprising Prof V. R.Radhakrishnan, Ms. Haslinda Zabiri, Ms. Chai Siew Wah, Dr M. Ramasamy, Mr.Nasser B M Ramli, Ms.Yong Suet Peng on their project entitled 'InTERPRIDIntelligent Predictor'. This was based on the technology for megavariatemodeling, with applications in petroleum refinery, petrochemical and gasprocessing plants. In essence it is a technology suite for convertingoperational data into process knowledge used in process plants. It enablesthe prediction of complex quality parameters. Based on artificialintelligence, it can minimise energy use and optimise process performance.

The other silver medal went to Mr. M. Zamri Abdullah's project entitled'PANDANEX: The Ingeniously Developed Water Filteration Kit'. This is aflexible water filter kit and it is unique as the absorbent uses thePandanus leaves (Daun Pandan) in their natural dried form, without chemical treatment. It is able to remove up to 99% contaminants.

UTP's booth at the exhibition also received a few distinguished visitorsnamely The Raja Muda of Perlis, His Royal Highness DYTM Syed FaizuddinPutra Ibni Syed Sirajuddin Jamalullail, Datuk Hsu King Bee, MalaysianPermanent Representative to the United Nations and Dr. Daud Mohamad,Director General of Malaysian Institute for Nuclear Energy.The exhibition attracted participations of more than 700 entries from 32countries including Malaysia, Iran, USA, UK, France, Germany, Rumania among others.

source: pijam, yulie, http://pww.petronas.com.my/ (18 April 2006)

---

To: Mohd Zamri Abdullah

From: Fazira

Message: assalamualaikum mr zamri, tahniah tahniah~ :) regards, fazira_

---

To: Fazira

From: Mohd Zamri Abdullah

Message: W'salam, Fazira, Thank you. But you have to remember too that Pandan project is partly yours. So I'm very grateful to you too.

---

To: Mohd Zamri Abdullah

From: Fazira

Message: yep², sangat berbangga :)

---

sbnrnya wat projek ni masa final year undergrad dulu. bukanlah mr zamri cilok keseluruhan projek. sbb dia tu mmg supervisor aku dulu, hehe.. dulu aku tlg wat projek ni utk dia, dan bbrp org student lain pun turut contribute. so partly from what being exhibited di geneva ialah result fyp aku juga, secara tak langsung la.. hehe.. walaupun cuma dpt B+ je dulu masa amik fyp tu, tp aku sgt suka sbb aku wat projek tu amik masa 3 minggu saja! ahaha.. biasala, last minit punya keje ;P ingt lg keje membeli daun pandan, mengering, meng'grind'.. huhu.. bagus skali rasanya~!! walaupun cuma dpt silver tp at least direcognize di international level , huhu.. cayalah mr zamri! syukur alhamdu lillah...

p/s: projek masters ni agaknye bole pakai ke aa? thesis x siap lg ni, ada yg kena panahan berapi dari supervisor ni, ahaha...

April 17, 2006

they really are exist!

they really are exist! hehe... that's what first came out of my mouth once stepping on the floor attending the Photo and Art Seminar by Saiful Nang and Bazuki in KLiUC yesterday from morning till late afternoon. the first person to be sighted was SN, as he was standing near to the stairs while chatting with AdiNang and the other friend of theirs. sitting down in the auditorium (yg sejuk gilos) i then saw Bazuki at the back of the hall. dem! he really is exist la. huhu..

SN- great experience and tips, although had only been in the career less than 2 years, he absolutely know and understand of what he is doing and clear cut with his target and goals. walaupun batuk batuk dan penyampaian agak tersekat, everything seems to be very ok to me.


Bazuki - ini mmg otai abis la. has been in the job for 22 years. gile ah. lama dowh, huhu.. very generous in sharing his experience. very helpful. ckp sgt laju hehe.. but he's good, really good.

met with 3 new friends, alisa from penang, sofina from tganu (but studying in KL) and yanty from seremban, and others too. they are great ppl. very passionate and enthusiatic towards photography. there are even photographers who came all the way from sarawak and brunei.

dpt jugak meet kak jie lea adra of fotopage malaysia and ted adnan. berkongsi pengalaman (actually more to hearing la since i didn't even have any experience to share or to tell, hehe) dan pengetahuan ttg fotografi dgn encik SN dan encik Bazuki dan encik shamshahrin dan participants yg lain, mmg sgt inspiring.

thanks kepada encik SN dan encik Bazuki dan juga yg lain² yg sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang menginspiredkan lagi sy untuk meneruskan hobi dan mungin satu hari nnt kerjaya professional sbg seorang photographer.

ngeh ngeh, poyo jugak ni!

Take this test at Tickle

Fazira, your true color is Blue!

You're blue — the most soothing shade of the spectrum. The color of a clear summer sky or a deep, reflective ocean, blue has traditionally symbolized trust, solitude, and loyalty. Most likely a thoughtful person who values spending some time on your own, you'd rather connect deeply with a few people than have a bunch of slight acquaintances. Luckily, making close friends isn't that hard, since people are naturally attracted to you — they're soothed by your calming presence. Cool and collected, you rarely overreact. Instead, you think things through before coming to a decision. That level-headed, thoughtful approach to life is patently blue — and patently you!

April 11, 2006

Perutusan YM Guru Utama & Presiden PSSCM Sempena Maulidurrasul 12 RabiulAwal 1427H

(dipetik dari laman silatcekak dengan izin Jab. Penerangan PSSCM)


Alhamdu Lillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas segala rahmat, nikmat dan hidayahNya yang dikurniakan kepada kita semua, dapat kita menyambut hari yang sangat bersejarah dalam keadaan aman dan penuh kesejahteraan. Sambutan Maulidur Rasul sangat besar ertinya dalam kita menghayati dan merenung betapa besar jasa dan pengorbanan Rasulullah SAW menegakkan Kalimah Tauhid serta menyampaikan amanahNya.

Lahirnya Baginda membawa rahmat untuk sekalian alam dan menjadi contoh tauladan kepada seluruh manusia. Baginda adalah guru tempat kita merujuk kerana pada diri Baginda terdapat banyak contoh nilai-nilai budi pekerti yang mulia. Sifat-sifat sedemikian wajiblah menjadi ikutan agar kesucian serta kemuliaan Agama Islam akan terus terpelihara dan tidak akan dipersoalkan oleh sesiapa.

Namun, apa yang mendukacitakan sejak kebelakangan ini terdapat pihak-pihak yang mula mempersoal dan menyentuh perkara-perkara yang berhubungkait dengan Agama Islam. Lebih mengeruh serta menyedihkan ialah apabila Junjungan Agung Nabi Muhammad SAW diimejkan dalam bentuk ‘kartun’, menjadi bahan gurauan dan dihina sedemikian rupa.

Sebelum kita menunding jari dan mencari siapa pengkhianat, marilah kita muhasabah diri, merenung sejauh mana penghayatan kita terhadap Agama Islam yang suci ini. Bermula dari penghijrahan Rasulullah 1427 tahun yang lampau hinggalah ke hari ini, kita kaji dan semak semula sejarah kegemilangan serta keagungan zaman para sahabat, tegaknya kerajaan Islam yang gagah serta tamadun yang hebat.

Hari ini, segala kelemahan, kekurangan, kemunduran dan apa juga yang negatif dikaitkan dengan Islam. Kita tidak lagi dihormati dan digeruni. Bukan setakat kita tidak ditakuti lagi kerana tiadanya kekuatan ketenteraan dan ekonomi tetapi kita juga dipandang rendah kerana kurangnya kecemerlangan dan kesungguhan dalam menguasai ilmu pengetahuan.

Justeru, bermula dari diri sendiri, marilah sama-sama kita insafi akan segala kelemahan, kesilapan serta kekurangan. Saya menyeru kepada semua ahli Silat Cekak khususnya supaya beramal dengan apa yang telah ditinggalkan oleh Rasullullah SAW kepada kita semua. Sebagai tanda kasih, perbanyakkanlah berselawat ke atas Baginda sekurang-kurangnya 40 kali selepas solat Maghrib malah sebaik-baiknya 100 kali.

Ingatlah akan pesanan guru kita iaitu AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad bahawa Silat Cekak ini mempunyai matlamat dan falsafahnya yang tersendiri. Kita bukan untuk menunjuk gagah, hebat ataupun kuat tetapi silat sebagai wasilah untuk membentuk dan mendidik manusia supaya menjadi sorang insan yang sempurna selaras dengan hasrat dan perancangan kerajaan yang kini ke arah pembangunan modal insan.

Di kesempatan yang mulia ini, saya menyeru kepada semua ahli untuk sama-sama kita menjayakan upacara Majlis Penutup Sambutan Perayaan 40 Tahun Jubli Delima Silat Cekak yang akan kita adakan di Bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 17 dan 18 Jun 2006. Setelah setahun kita merayakannya bermula dari 18 Jun 2005 yang lalu kini sampai detik dan ketikanya.

Pada Majlis Konvokesyen kali ini, seramai 78 orang akan menerima Sijil Menengah dengan memakai jubah khas konvokesyen dan 600 orang akan menerima Sijil Rendah. Selain diadakan Sambutan Hari Tenaga Pengajar, Makan Malam dan Mesyuarat Agung Perwakilan, kita juga akan adakan Demonstrasi Silat Cekak yang akan melibatkan hampir 2500 orang. Kita juga akan melancarkan sebuah buku bertajuk ‘Keaslian Budaya Membina Bangsa’ dan video korporat PSSCM oleh tetamu kehormat pada hari tersebut.

Oleh itu, kepada ahli-ahli Silat Cekak marilah kita bersama menjayakan upacara yang bersejarah ini. Tanpa sokongan dari semua majlis yang kita rancangkan tidak akan berjaya. Kita berdoa semuga dipermudahkan segala urusan dan dianugerahkan nikmat kesihatan yang baik agar kita semua dapat hadir di Perak nanti.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul, semoga dikurniakan rezeki yang baik serta kesejateraan hidup sepanjang masa. Salam hormat dan takzim dari saya, isteri dan ahli keluarga semua.

Sekian, Wassalam.

YM Tuan Haji Ishak bin Itam

April 10, 2006

it's a grass? no! it's a bird? no! it's a ...???

hari sabtu lps, sibuknye lah aku mengemas rumah.. pindah bilik since kak irma dah pindah dari rumah tu. aku aku pun mengalihkan barang² dari bilik belakang ke bilik depan skali.. sapu sampah, vakum karpet, lap sana, lap sini.. cabut lalang, buang kasut rosak, segala macam la.. mcm spring cleaning la lebih kurang, huhu.. tp malas gile nk mop lantai, maybe next time.. :P dah siap seme, aku pun tido skejap depan tv. plan nk ke padang rengas aku lewatkan skit, lgpun hari masih panas.. dlm kul 3 aku mula le bersiap dan mengemas beg nk ke kolej risda tu untuk program interaksi. sblm tu aku sempat je call Puan Sayang Datuk Sulaiman untuk mntk quotation Ahmad Tarmimi Siregar untuk narration video korporat silat cekak :). quotation yg diberi ialah seperti berikut:

untuk dokumentari atau video korporat atau yang sewaktu dengannya, untuk menggunakan suara Ahmad Tarmimi Siregar sebagai narrator, the charges is as follows:

1-5 minutes : 500rm
additional 1 minute: plus 50rm
if rerecord (jika perlu shj): 50% charges
depending on studio location
regardless recording hours session

apa² pun, semuanya terpulang kepada ajk untuk decide either nk proceed atau tidak.

so dh siap berkemas, mandi seme. aku pun start la enjin kreta nk kuar rumah. sblm tu smpt lg mengemas kawasan garaj tu yg mcm byk sampah je, hehe.. skali aku terpandang pd grill kreta ku itu, mcm ada rumput panjang tersekat pd grill tu. aku pun cuba le tarik, tp eh, apsal lain mcm je rumput ni, mcm tersangkut plak. bila kuamati, alamak, kaki burung ke ni? dah kering.. adui la.. cuak plak aku, walaupun burung tu dah mati tp semacam ada perasaan geli plak aku nk kuarkan mayat burung tu, huhu.. aku aku decide utk bwk je kreta ke padang rengas, biarje la mayat tu kat situ, lgpun dia dh mati kan.. mmg dh x dpt diselamatkan..

hari ahad tu, the next day, masa nk bergerak balik dari program interaksi, baru la aku bukak bonet depan tu. dengan bantuan poji, abgbudi dan diperharikan oleh abg halim dan arip, maka berjayalah dikeluarkan mayat itu. tp bukanlah seekor burung, ruapanya itu ialah KATAK PISANG! huhu... panjang betui kakinya.. mmg dh keras abis. huhu.. nasible katak.. camne la bole lompat masuk dan tersekat kat grill tu..

program interaksi pd aku kali ni biasa sj,bukan la apa, x de join apa sgt pun, cuma dtg menghadiri dan memeriahkan suasana.. sesi bersama abg olin mmg best. byk pengalaman dia yg dpt dikongsi bersama ahli-ahli especially yg baru. pape pun tahniah kepada ajk penggerak, tp byk lg yg amat perlu utk diperbaiki. smoga program interaksi lain kali akan jadi lebih bermakna untuk ahli, bukan sekadar untuk berseronok ttp lebih kepada membawa ahli dalam memahami apa itu silat cekak dan mengapa perlunya ada silat cekak itu sendiri. :)