September 21, 2008

21 ramadhan 1429

ni cik fazliyana yg tag. layan je la, walaupun sbnrnya malas, huhu

Rules::-

* Link to your tagger and post these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog .

ready...?

here we go..~

se7en facts about queserasera:

numero uno:
yang saya suka -pertama, sy suka sgt tgk tv. taktau pesaipa. cerita apa yg ada, selagi bole layan, sy mmg layan. dari drama, ke muvi, ke cerita kartun, semua redah saja.. peti ajaib (yg ada unsur satanic, haha) itu kadang kala menyusahkan hidup saya, sampai kerja lain byk yg tergendala.. isk isk... kedua, sy suka masak, tp saya suka masak menda yg saya suka mkn saja, hehe. dari menggoreng sampai menggulai, insyaAllah, boleh la sikit sikit. especially nasik lemak sambal tumis dan nasik ayam, isk isk.. lazaat.. haha, puji diri sendiri pulak. tp takla semuanya sy tau masak. kalau bab membakar di oven mmg failed terus la, sebabnya, mmg xpenah cuba since oven pun mmg takdak kat rumha. yg ada, microwave oven, haha. dan ketiga, saya juga suka pada fotografi. masih di takuk lama, belum berkembang. cuba mencari masa untuk memperbaiki skil yg hampir tiada, hehehe..

ke2ua:
yang saya tak suka - perilaku/perbuatan/sesaja tidak menepati masa/janji. letih la nk tunggu. Tuhan marah tau. depa ni tak paham paham ka.. isk isk..

tsalatsah~
saya seorang buruh kontrak, hehe.alhamdu lillah, sy sudah dihire secara kontrak oleh sebuah syarikat milik kerajaan, hehe. kerjanya penyelidik madya (lebih kurang mcm professor madya, hahaha, sbnrnya jawatan ni la jawatan paling kokak yg ada kat company ni hahaha, bunyi ja mcm best) dengan kerja ini dapatlah sy membayar balik pinjaman jpa yang telah menganggung sy selama pembelajaran ijazah sarjana muda, byknye la hai... dan dpt jugaklah sy membeli sebuah kenderaan untuk berulang alik ke tempat kerja sejauh 80km setiap hari (fuh!) dan fakta yg paling penting, kenderaan itu adalah hadiah yg amat berharga yg sy terima, alhamdu lillah. terima kasih tidak terhingga (baru sekali byr ansuran bulanan, hehe)
dan pada setiap selasa malam, sy mengajar secara sambilan di uitm p pauh, saja amik experience. huhu...

number 4our:
saya encounter deja vu beberapa kali semenjak dua menjak ni. agak creepy tp mcm seronok jugak. mungkin itu salah satu petunjuk dari Tuhan, untuk saya lebih bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan yg sedang berlaku itu.. huhu.. alhamdu Lillah~

lim5:
saya sedang mengikuti citer 'lima' yg kat astro ria tu. setiap hari selepas sahur, jam 5.30pagi saya akan tonton cerita ni sementara menunggu waktu nk mandi untuk ke tempat kerja. dan pd sebelah ptg pula sy menonton sutera maya, hehe (berkait dengan fakta pertama tadi ya, suka menonton tv :P)

yang keen6m:
saya dah penah la wat tag mcm ni, cuma yg sebelum ni senaraikan 8, kali ni 7 pulak, isk isk.. takdak keja len ka, hahaha.. tgk la, yg lama punya ni, sama ja lebih kurang. fakta hidupku masih sama, tiada berubah, hehe..

dan yang ketu7uh:
saya takmau tag sesapa kali ni, sebab dah penah dah dulu, nnt musti depa busan huhu.

timakasih la cik fazliyana sebab mengetag saya. lenkali tag la menda yg best skit, isk isk..

2 comments:

Husna said...

kak sara.

saye pon selalu dapat deja vu!

petanda baek ke buruk itu ek.

p.s - dah abes bace Tawassul. tapi nye banyak persoalan dalam kepale. banyak tersirat. ek? huhu.

Fazira Albaijure said...

husna: huhu, ya ka. baik ke buruk tu x pasti la pulak, tp yg pastinya, sebelum kita dtg ke dunia dulu, kita dah diperlihatkan dengan apa yg akan kita lalui, dan kita telah pun bersetuju menerima qada' (ke qadar?) yg ditentukan tu. so bila tiba masanya kita melalui sesuatu tu, kita akan rs mcm kita pernah melaluinya (padahal belum huhu). jd pd pendapat sy deja vu itu bukan satu petunjuk baik atau buruk kot, cumanya nk mengingatkan kita yg kita ni menumpang ja dtg kat sini, x punya apa apa, nnt kena balik kat Dia jugak. harusnya bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yg telah diperoleh selama ini.. alhamdu lillah :) semoga dpt balik ke sana dlm keadaan yg baik dan direshai insyaALlah.

cheers~