semalam, kengkawan ciksarah kat opis ajak main kutu. dua belas org sumenya, hehe. setahun la baru selesai insyaAllah. tujuan: untuk kolek duit buat byr roadtax dan insurans kereta masing2. huhu. hujung bulan ni agaknya depa nk start. hopefully everything goes fine...
dan ada opismet ajak treking ke bukit kutu a.k.a. gunung sekutu hujung bulan ni. mcm best jugak ye. warming up sebelum naik kinabalu (cewah! perasan. berangan sgt nk naik kinabalu! hahaha) cukup fit ke ciksarah ni? lembut je lutut rsnya, sakit2 belakang lagi ni sbb duduk lama sgt kat TEM smlm :P ada 12 hr lagi utk berfikir dan decide, hehe..
dan sbnrnya, bila sebut pasal kutu ni, tringt zaman sekolah rendah dulu, mmg byk kutu pun! kuang kuang kuang. jangkit dgn jiran selang 2 rumah tu, sbb selalu naik bas skali dgn dia. 2 ke 3 thn terseksa dengan binatang kutu atas kepala. ish3. mmg seksa. mujurla akhirnya dpt diselesaikan, alhamdu lillah. tp x ingt la cemana caranya tu. sbb dh lama sgt, dah lebih 20 thn yg lalu! huhu...
heh. kutu, kutu, kutu... sume pun kutu, huhuhu...
--
kesian mama ciksarah pagi ni. 'terperangkap' di luar rumah! mama keluar buang sampah kat luar, pastu ke belakang rumah bg yuyu mkn. bila nk masuk ikut pintu depan, tgk2 ayah dah kunci! ayah keluar ke sg layar mcm selalu la. mujur mama bwk henpon dlm poket. tp henpon ayah pulak abeh bateri. mama col ciksarah, suh tipon ayah, tp harusla x dpt jugak, huhu. terpaksa col jiran terdekat dengan rumah tok di sg layar utk dapatkan ayah. hehe. mcm2. pagi2 lagi dh ada hal. rilek2 je ok. semoga hr ni kita sumer diselubungi aura yang baik2 juga insyaAllah... (^-^)
ops, yuyu pun ada kutu jugak! huhu. nk hntr pegi grooming, tp entahlah bila!
--
Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
· Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.
· Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
· Zakat dijadikan hutang.
· Suami turut kehendak isteri.
· Anak derhaka kepada ibunya.
· Anak suka berbaik-baik dengan kawan.
· Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.
· Suara ditinggikan di dalam masjid.
· Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.
· Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
· Arak diminum di merata tempat.
· Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
· Artis jadi pujaan.
· Muzik banyak dimainkan.
· Generasi akhir umat ini melaknat serta menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat Nabi SAW.
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain.
(Hadis Tarmizi)
2 comments:
mesti tensen mak sara mase tuh.. :D..
huhu. sgt...
Post a Comment