May 28, 2010

pek vs. peknek

hari ni, pagi tadi. seharusnya ada peknek. tapi, ada perubahan pada program di rumah, menyebabkan ciksarah telah memilih pek, instead of peknek. huhu.

apa itu peknek?
peknek ialah program berpicnic yang telah dirancang oleh kwn2 di opis ciksarah sejak minggu lepas. programnya ialah makan-makan dan mandi manda di sed|m (haishhh.. bestnya kalau dpt berendam...)

apa itu pek?
pek ialah aktiviti membungkus nasi kenduri yang ciksarah lakukan pagi tadi di rumah, hehe. mama ciksarah dan adik2nya berpakat buat kenduri arwah maktok (dah setahun maktok takdak). lepas pek2 nasik, ada tugasan delivery kepada yang nak dikendurikan. pada asalnya kenduri nk dibuat pd sebelah malam. tp smlm, mama tukar plan, buat tghari. jd paginya kena wat keje membungkus dan menghantar..

maaf ya kawan2 opisku sayang, takdapat join aktiviti beramai ramai itu.. lainkali, kalau ada, kita coba lagi, insyaAllah~

o ya. petang tadi, ciksarah menerima kunjungan seorang rakan lama. rakan yang dikenali semasa bljr di yutipi. dan skrg dia berkhidmat di yutipi, seorang researcher yang berjaya. Mr Hydr0gen gitu panggilannye, hehehe. terima kasih la ye Mr and Mrs Ch0k yg sudi menyinggah di teratakku (teratak mama dan ayahku sbnrnya hehe~) td.

hm. uploading fotos of telok bahang trip last week kat fesbuk...~ (selownye lah ye.. sabaq ok~!!) syok neh trip tu. trekking dalam tmn negara, walking sepanjang pesisiran pantai, hiking ke mooka head nye rumah api, swimming (rendaming ja sbnrnya, haha) di monkey bay, shooting sepanjang trip, dan eating jugak! makcik yg jd ketua rombongan tu siap masak nasi dan ayam goreng kicap lagi tu~ i like.. tp smbl belacan ngn timun ttinggal pulak kat rumah dia, frust makcik tu~ huhu.. sbnrnya tak byk sgt amik gmbr. walaupun berkobar pd awalnya, tp bila sampai di tmpt kejadian, ada mcm mabuk2 angin sket, susah nk fokuskan otak utk shoot gmbr.. sket2 je la yg adanye ni.. pape pun, trip yg best. timakaseh makcik, aimi dan ain. nnt kita pi lg ok ;P hmm.. ada tiga lai foto saja yg dipost katsini, hehe.

enjoice~!!





No comments: