Received text:
Marsya dah confirm major talasemia. Sama-sama tolong doakan supaya marsya sihat.
-Shahril
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
Talasemia minor - Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
Talasemia major - Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
Talasemia adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang menghidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah dan gagal berkembang dengan baik.
more info
buat cik marsya nazeefa, aunty ila doakan semoga semuanya selamat buat marsya. mesti ok² ja semuanya nnt ye~ insyaAllah... buat mama dan babah marsya, semoga tabah menghadapi ujian ini. kak ila yakin je yg korang mmg cukup kuat untuk ujian ni. semoga rahmatNya sentiasa bersama kita. amiin.
6 comments:
comel sangat. besar ujian utk mak dan ayah dia
auntie doakan sama.. Amin..
smoga Tuhan kurniakan yg terbaik utk cik marsya n fmly..AMIN
ni sedara sazif dulu stady UPM ke? kalau ye sy member lama dia masa kat UPM..... dia kat amna skrg
raden nezarul
sazif kat loqstaq rsnya.. keja sana..
semoga sihat..InsyaAllah..kawan dayah pun ada yang sakit thalasemia tapi still survive..dari zaman tadika sampai sekarang dah kawen n ada anak...Cuma jangan lupa jaga kesihatan dia..
Post a Comment