July 19, 2011

walaupun tak dapat jumpa rusa dan tenuk kat sana, saya dapat bagi ikan kelah dan jelawat makan, memang syahdu rasanya

kali pertama menjejakkan kaki ke daerah itu. ya. sibuk sibuk pegi obersea hr tu, dlm negara sendiri pun belum abes pusing sbnrnya :) kalau sebelum ni, asik ke taman negara pulau pinang setelah diperkenalkan oleh makcik bedah, kali ni, sy hajak makcik bedah ke taman negara pahang pulak.

tujuh orang dari utara. depa bawak kreta, mmg laju. 10min to twelve midnite, kreta bergerak dari juru. 20min past 5am, dh sampai kat jerantut. lepas rehat² dan mandi² di rumah salah sorg ahli rombongan kat situ, kul 8 pagi, baru le bergerak ke kuala tahan. lebih kurang satu jam jugak. seploh orang yg join trip kali ni, tambah tiga dari pahang.

aktiviti pertama di hari pertama, naik bot menyusuri sungai tembeling ke tmpt titian kanopi. menarikk.. lebih kurang 1km kot kanopi tu.. tp agak mengecewakan, sbb pokok2 tade tag. huhu. sy ni pun bukanla pencinta alam sgt, tp kalau ada tag nama pokok sepanjang kanopi tu, sy rs ianya akan jd lebih menarik dan educational. cewahh. pastu kami hiking lbih kurang 1.2km ke puncak bukit terisek. aiii.. boleh thn letihh jugak. pas turun tu, naik bot semula utk rapid shooting. yg ni, sgt menarikk. memula, x paham jugak ape kebende la hai rapid suting nih. pastuu.. hmm.. tergezut den kono percikan air yg disengajakan oleh brader yg bawak bot tu. habes lencun, mcm mandi sungai. aktiviti utk hari pertama tamat di situ. seme letih. nk pulak smlm tak cukup tidur. dlm kereta, bukannya nk bole nyenyak sgt. pas lunch, sume balik tido. sblh mlmnya, kami p tgk video tayangan, yg bg info pasal tmn negara ni kat pej perhilitan di seberang sungai. o lupa pulak nk inform, kami stay kat chalet je, kat kuala tahan tu. tak pulak berkemah di penempatan org asli di sepanjang sg tembeling tu. mgkin lain kali bole try yg tu pulak... pas dinner, sembang², tido je la kan...

hari kedua, naik bot lagi. kalau hr pertama, naik bot besar yg boleh muat 10-12 org. utk hari kedua, naik bot kecik, bole muat 3-4 orang. sbb laluan anak sungai tu kecik sikit. kami nk menghala ke lata berkoh. nk mandi manda. sblm tu, singgah kat lubuk ten0r. katsitu ada tmpt bela kelah. tp depa kata, xnmpk kelah sgt, byk jelawat saja. ms tgk video mlm sblm tu, pakcik tu kata, kelah tu, harga dia, sekilo rm80. ish ish. kalau beli katsitu la. kalu dibawak ke bandar, masuk supermarket, boleh sampai rm120 sekilo. aduhai. tak merasa la den nk makan.. mandi kat lata berkoh, aduhaii, mmg syahdu. tp agak deras air terjun kat situ. ada saspen jugak. tp wat² mcm tade pape. huhu. asikk sungguh. sejukk. nyaman. air pun sedapp :P sejam kot kat situ. dr lata berkoh nk ke tmpt bot tinggalkan kami tu, dlm 1.2km (lagi! pastu ada tim member yg agak fobia dgn 1.2km, hik hik) balik semula ke lubuk kelah td, masuk dlm sungai dan bg ikan mkn. ikan² berenang kat sekekeliling kita. ish ish. asikk jugak :) letihh betul hr tu. sbb mandi manda air terjun. lunch hr tu adalah lunch yg paling sedapp pd sy. walaupun cuma ikan goreng, sup ayam dan cabai potong+kicap. syukurr. sedap betull..

hmm.. tu je pun aktiviti di tmn negara. asalnya ketua rombongan nk santai² tp jd mcm mini adventurous trip, sy suka! ;) bajet kecil²an. lgpun mcm x boleh agak apa yg nk dibuat. tourist guide kami, walaupun dia dulu kije cikgu sementara kat sk kuala tahan tu, dia pun tak well equipped, belum dpt tag ijau utk jd guide yg bertauliah. hehe. anyway, terima kasih kepada semua utk trip kali ini.. :)

esoknya baru kami balik, singgah di jengka utk makan gulai tempoyak ikan patin dan kari landak. hik hik.

ada chance, pasti akan ke sana lagi ;) yok!





satu perkataan, yg bole sy guna utk describe pahang - jauhh... huhu~

3 comments:

Cantiknyapurple said...

Yeayy..!!! Blog dier dah tak 'adult'!! :))

Saya yang diejek tenuk masa sekolah rendah,
Nina

fazira said...

aiseyy, dh x adult ke? huhu

tenuk? kenapa..??

Cantiknyapurple said...

teori revolusi sebutan nama;
nina > tina > tina turner > tina tenuk

lol