July 5, 2013

ini ada sedikit cerita tentang kerja. dan kehidupan.

dah lebih sebulan perojek dua ratus ribu ni berjalan. progress? agak selow -.-" pembelian bahan perojek - powder yang agak kritikal keperluannya untuk pelaksanaan perojek belum boleh dibeli. pesaipa? kerana sistem itu tidak membenarkan. sistem apa? sistem yang dikatakan direka dan dicipta untuk memudahkan pemantauan perojek sepanjang perojek berlangsung itu nampaknya telah memberikan sedikit kesukaran kepada sesetengah pihak - iaitu saya. hahaha. ada terasa sedikit tekanan di situ. huhu.

dah hntr emel, tapi belum ada respon. nak tanya banyak-banyak sangat pun, satgi orang kata over sangat pulak dok buat keja, padahai tak tara mana pun. nak dok diam saja pun, satgi bila dah telajak milestone, sapa yang kena? makcik ni jugak la yang kena jawab query itu ini. huhu. nak komen banyak sangat pun, kita yang pi cari keja ni. haha.. adoiyaiii.. tiba tiba rasa nak amik sabbatical leave dan menikmati keindahan alam di negara orang pulak. keh keh.. tinggi sungguh cita cita...

nak kena sabar ja ka? hmm.. mungkin.. atau, mungkin takpayah nak pikir sangat. rilek rilek sajalah. bak kata mior dalam belognya: Rezeki itu terpulang berapa Dia nak bagi, kita buat kerja sejujur yang termampu…selainnya segalanya adalah kudratNya juga…yang paling baik, kawallah suasana agar sentiasa tenang dan rileks..kalau jiwa rileks, kita boleh rasa Dia selalu ada. Kalau berserabut kita selalu rasa dia jauh sangat…tapi ada juga sebenarnya, dah kita berserabut macamana nak perasan?

huhu. maka rilek rilek saja la kan.

dan berusahalahhh! ;P



No comments: