December 27, 2013

promosi dvd kuliah program musafir ilmu: siri 1 - faridatul faraid / jumaat terakhir di dua ribu tiga belas. jumaat terakhir bekerja.

bismillah

promosi dvd video kuliah pengajian kitab faridatul faraid yang dibimbing oleh ustaz rusli jamaudin. khatam kitabnya. kuliah tu dibuat pada 6-8 disember 2013 di yan, kedah, di dalam siri program musafir ilmu anjuran ad dirasah ad diniah as salamiah. ustaz rusli adalah mudir di sekulah tu. sedang mencari dana untuk membangunkan madrasah di sebidang tanah di merbok, kedah. kepada yang berminat, sila tinggalkan emel anda di ruangan komen untuk dihubungi. terima kasih.




ustaz rusli jamaudin
ustaz rusli jamaudin di lahirkan di teluk intan, perak. beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah kebangsaan perambang, sungai manik, perak. kemudian meneruskan peringkat menengah di madrasah darul aitam, temoh, perak. setelah tamat peringkat menengah, beliau seterusnya menyambung pengajian ke pondok tuan guru haji abdullah lubuk tapah, di madrasah al-rahmaniah, pondok lubuk tapah, kelantan. setelah beberapa tahun di situ, beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke pondok bendang padang, patani, thailand di bawah bimbingan tuan guru haji abdullah bin idris al jarumi selama sembilan tahun. dari patani, beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke dar al mustofa, tarim, hadramaut, yaman pimpinan habib umar bin muhammad bin salim bin hafidz selama lima tahun. sekembalinya dari yaman, beliau bergiat aktik menyampaikan ilmu-ilmu agama islam kepada masyarakat sekitar pulau pinang, kedah dan selangor melalui kuliah dan ceramah. beliau juga adalah mudir dan tenaga pengajar utama di pusat pengajian ilmu-ilmu islam, ad dirasah ad diniah as salamiah yang beliau tubuhkan sejak januari 2011 yang berpusat di sungai petani, kedah

kitab faridatul faraid
faridatul faraid merupakan kitab tauhid yang paling banyak diajarkan di dunia melayu sejak dulu ingga sekarang. kitab ini dikarang pada tahun 1313H/1895M oleh seorang ulama dunia melayu yang tersohor iaitu syeikh ahmad al-fatani (1272H/11 April 1856M - 11Zulhijjah 1325H/14 Januari 1908M). Isi kandungannya membicarakan ilmu ululuddin atau tahid mengikut metodologi i'tiqad ahlus sunnah wal jamaah (pengajian sifat 20), imam abu al hasan as-asy'ari. walaupun kitab nipis yang penuh barakah ini sudah berusia ratusan tahun, namun ianya masih menjadi pilihan utama sebagai kitab wajib bagi pengajian ilmu tauhid bagi masyarakat terutamanya di pondon-pondok pengajian, masjid dan surau di asia tenggara seperti malaysia, thailand dan indonesia.

sekali lagi, kepada yang berminat, sila tinggalkan emel anda di ruangan komen untuk dihubungi. terima kasih.

dan kuliah berikutnya dalam siri program musafir ilmu adalah seperti di bawah:


---

ehem ehem, helo semua.
hari ni hari jumaat. 
jumaat terakhir di dua ribu tiga belas.
semuga sejahteralah atas kita semua hendaknya.
dan jumaat ini adalah jumaat terakhir saya bekerja.
oh. bukan nak berenti kerja (belum lagi, hehe)
cuma start satu januari nanti, cuti mingguan di opis ditetapkan pada hari jumaat sabtu, bukan lagi sabtu ahad seperti sebelum ni.
eh, kami bukan di johor. kami di kedah.
sebelum ni, kampeni ni beri pilihan kepada staf untuk cuti jumaat sabtu atau sabtu ahad.
since kedudukan yang terletak berhampiran sempadan kedah dan pulau pinang (rasanyalah).
dan juga kerana HQ yang bercuti pada hari sabtu dan ahad.
tapi lepas feasibility study (agaknyelah kan) makanya, semua diwajibkan cuti jumaat sabtu.
takda lagi cuti sabtu ahad.

makanya.. tak boleh la nak pi pasar tani dah lepaih nii.. uhuk uhuk.
hekhekhek...

sekian saja makluman. huhu.

---

No comments: