Showing posts with label alam. Show all posts
Showing posts with label alam. Show all posts

May 6, 2013

di suatu tengahari di tempat kerja yang tadinya gelap sebab lampu rosak tapi sekarang dah cerah selepas lampu dibaiki. eh! panjangnya tajuk.

langit mendung pagi tadi. tidak secerah semalam.
hujan kini membasahi bumi di sini.

tidaklah semestinya membawa makna yang tidak baik.
kerana mungkin di kala ini, ada yang lebih memerlukan hujan ini,
berbanding dengan yang memerlukan sinar matahari itu.
dan inilah yang terbaik di waktu ini.
esok, kita belum tahu lagi.
dia lah yang lebih mengetahui.

(sejuk sejuk ni, sambung lena sedap kot weh? :P)

p/s
salam takziah azirul dan keluarga atas kehilangan adik tercinta. al fatihah.


July 6, 2012

Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success. - Henry Ford


naik bas, tukar hadiah, trekking, turun naik bukit, redah hujan, makan makan, mandi laut, main bola, lepak lepak, naik bot laju - beronok ronok, beramai ramai.

hmm.. mmg nyamann~ hik hik..

terima kasih dan tahniah semua! :)

"a team is more than a collection of people. It is a process of give and take." 

cewahhh!! hihi.




p/s: tajuk skema skit. haha. italic quote is of Barbara Glacel & Emile Robert Jr.



gambar: credits to rahayurazak

June 6, 2012

transit zuhrah atau venus transit hari ini. dan sudah dua puluh tahun kru berkarya dan menjadi kaya. hihi.

boleh lihat marikh melintasi matahari hari ini. bermula semalam lagi katanya. mungkin sebab itu hujan ribut melanda semalam. huhu.


gambar adalah ihsan gugell. :) saya bukanlah pencinta bintang sbnrnya. atau yang seangkatan dengannya. cuma setiap kali bila diwar warkan sesuatu kejadian berkaitan astronomi, saya cuma berdaya menggugel. huhu. takda peralatan untuk melihat kejadian dan tiada akses untuk tempat pencerapan. dan apa yang dpt disimpulkan. indahnya ciptaan yang maha menciptakan itu. mungkin saya boleh beralih minat ke sini pulak. hihi. mungkin la kan. mana tau... satu hari nantii~ :)

oh ye. pagi ini ke tempat kerja (sambil cuba tgk matahari yang sangat cerah dan bersinar sbb nak tgk marikh melintas tu), saya dengar hot fm. #because what? tiga suara di sinar fm itu bercuti. huhu. dan kebetulannya hari ini KRU is in the house. hik hik. saya bukan nk claim sy ni peminat tegar KRU. tapi ada le jugak bbrp album dia yg sy penah beli: awas, canggih, krumania, reKRUed, the way we jam. dari zaman pakai kaset sampai ke zaman cd. penah la sy pegi konsert depa yg dibuat di sungai petani punya fun fair satu ketika dulu. penah jugak beli baju yang ada hood sbb nk bergaya ala ala KRU. dan penah jugak la mintak duit kat mak sebab nk masuk kelab peminat KRU - KRU Posse namanya kalau tak silap. beli merchandise dari fanclub tu. keh keh. beria kan? jadinya agak excited bila dapat dgr kat radio pagi tadi. haha. Hot FM ada bagi tiket free utk showcase KRU hari ahad ni. #because what? ya, KRU sudah dua puluh tahun. lama nohh. nmpk norr den pun dah tuo. keh keh. jd, bersempena itu, tahniah saya ucapkan kepada KRU atas semua pencapaian sejak tahun sembilan belas sembilan puluh dua. the songs, the duets, the featurings, the fan club, the movies, the singles, the jingles, the protégé dan semua lagi yang tak tersebutkan di sini. selamat terus berkarya. semuga sejahtera atas semua. (cewah, mcm la KRU baca belog ni. keh keh - maaf poyo skit entry kali ni :P)