Showing posts with label cekak. Show all posts
Showing posts with label cekak. Show all posts

July 2, 2014

lima ramadhan empat belas tiga puluh lima

bulan sabit berusia lima hari di ramadhan empat belas tiga puluh lima hijriah tadi nampak kacak sekali.

agaknya turut meraikan.

sempena tahun ke lima puluh kelahiran semula silat cekak.

selamat ulang tahun.

semuga terus bertabah dalam perjalanan dan perjuangan.

silat cekak pada lahirnya,
pengertian gerak pada batinnya,
hendaklah mahir seluruh anggotanya,
hendaklah jujur pada jiwanya.

dan kepada
ym almarhum ustaz haji hanafi bin haji ahmad,
ym almarhum tuan haji ishak bin itam,
ym datuk haji maideen bin kader shah
kedua ibu bapa kita
semua pendokong silat cekak
muslimin muslimat seluruhnya.
alfatihah dihadiahkan.




ファジラ スリャニ

February 28, 2012

terima kasih dari hati kepada semua yang sudi bersama sama kami ^^

alhamdu lillah.. selamat dan berjaya misi hujung minggu lepas :)

terima kasih pihak pengurusan malam pendekar usm sebab bagi ruang kepada h2w untuk buka booth. terima kasih kerana waivekan sewa tapak ^^

terima kasih encik halim dari inkwerks sebab seponser dua helai bunting tersebut ^^

terima kasih puan fatimah sebab pinjamkan kaki untuk bunting ^^

terima kasih kepada semua yang sudi membeli sambil menyumbang:
* cistat
* kepok sira make selalu
* novel terpakai
* cd oraza
* air mineral
dan kepada yang turut menyumbang secara langsung dan tidak langsung... ^^


kepada geng: terima kasih jugo. hihi. kito standby utk pogram bulan mei pulak yo. semuga selamat juga semuanya nnt, mudah2an. dan semuga tuhan bersetuju lagi. terima kasih tuhan. ^^

cistat paling sodapp abad ini. hik hik.

p/s: pesembahan malam pendekar mmg best. tahniah! slmt ulangtahun ke 35 psscmusm~ semuga terus maju dalam usaha menjadikan ilmu bela diri sebagai tunggak jati diri negara ;)

February 22, 2012

you will never know how you touched people's heart in passing but you will always knew when somebody touched yours...

kecik pulak streamer ni. tatau camna nk besarkan. huhu..

bole klik kot utk view yg lebih besar ;)

kali pertama akan digunakan untuk pogram hari sabtu ni. di usm :)

semilan pagi sampai tujuh petang.

jomle reramai ke sana~

bersempena dengan perayaan 35 tahun psscm usm.

akan ada malam pendekar (25 februari) lapan malam.

dan konvensyen psscm peringkat kebangsaan (26 februari) lapan pagi.

semuanya akan berlangsung di dewan tuanku syed putra ;)

jejomm ye!



title hari ini: credit to suhanazam ^^

November 17, 2011

memandang rendah boleh membawa kepada sesuatu yang benar-benar buruk. sila jangan menghukum.

saya nak mintak maaf. sebab bila disukat semula, saya rasa, saya memang takmampu nak buat keja ni. walaupun saya memang suka.

tapi seperti ada banyak kekangan. saya bimbang hasilnya nanti akan mengecewakan kita semua. dah lebih seminggu saya fikirkan dan cuba usahakan.

jadi sebelum keadaan jadi lebih terdesak, memandangkan masa yang semakin suntuk, dan kita mungkin takkan dapat jumpa jalan penyelesaian, saya rasa, sudah tiba masanya saya ingin mengambil satu langkah aside. mcm langkah bentuk V dalam buah kelima.. (harapnya begitulah)

dan semoga dengan langkah ini, kerja tu akan dapat diselesaikan dengan keadaan yang lebih sempurna. dan lebih baik. harapnya begitulah. semoga dipermudahkan.

moral of the story: underestimation may lead to something really bad. don't prejudge.

really am sorry.


July 19, 2011

walaupun tak dapat jumpa rusa dan tenuk kat sana, saya dapat bagi ikan kelah dan jelawat makan, memang syahdu rasanya

kali pertama menjejakkan kaki ke daerah itu. ya. sibuk sibuk pegi obersea hr tu, dlm negara sendiri pun belum abes pusing sbnrnya :) kalau sebelum ni, asik ke taman negara pulau pinang setelah diperkenalkan oleh makcik bedah, kali ni, sy hajak makcik bedah ke taman negara pahang pulak.

tujuh orang dari utara. depa bawak kreta, mmg laju. 10min to twelve midnite, kreta bergerak dari juru. 20min past 5am, dh sampai kat jerantut. lepas rehat² dan mandi² di rumah salah sorg ahli rombongan kat situ, kul 8 pagi, baru le bergerak ke kuala tahan. lebih kurang satu jam jugak. seploh orang yg join trip kali ni, tambah tiga dari pahang.

aktiviti pertama di hari pertama, naik bot menyusuri sungai tembeling ke tmpt titian kanopi. menarikk.. lebih kurang 1km kot kanopi tu.. tp agak mengecewakan, sbb pokok2 tade tag. huhu. sy ni pun bukanla pencinta alam sgt, tp kalau ada tag nama pokok sepanjang kanopi tu, sy rs ianya akan jd lebih menarik dan educational. cewahh. pastu kami hiking lbih kurang 1.2km ke puncak bukit terisek. aiii.. boleh thn letihh jugak. pas turun tu, naik bot semula utk rapid shooting. yg ni, sgt menarikk. memula, x paham jugak ape kebende la hai rapid suting nih. pastuu.. hmm.. tergezut den kono percikan air yg disengajakan oleh brader yg bawak bot tu. habes lencun, mcm mandi sungai. aktiviti utk hari pertama tamat di situ. seme letih. nk pulak smlm tak cukup tidur. dlm kereta, bukannya nk bole nyenyak sgt. pas lunch, sume balik tido. sblh mlmnya, kami p tgk video tayangan, yg bg info pasal tmn negara ni kat pej perhilitan di seberang sungai. o lupa pulak nk inform, kami stay kat chalet je, kat kuala tahan tu. tak pulak berkemah di penempatan org asli di sepanjang sg tembeling tu. mgkin lain kali bole try yg tu pulak... pas dinner, sembang², tido je la kan...

hari kedua, naik bot lagi. kalau hr pertama, naik bot besar yg boleh muat 10-12 org. utk hari kedua, naik bot kecik, bole muat 3-4 orang. sbb laluan anak sungai tu kecik sikit. kami nk menghala ke lata berkoh. nk mandi manda. sblm tu, singgah kat lubuk ten0r. katsitu ada tmpt bela kelah. tp depa kata, xnmpk kelah sgt, byk jelawat saja. ms tgk video mlm sblm tu, pakcik tu kata, kelah tu, harga dia, sekilo rm80. ish ish. kalau beli katsitu la. kalu dibawak ke bandar, masuk supermarket, boleh sampai rm120 sekilo. aduhai. tak merasa la den nk makan.. mandi kat lata berkoh, aduhaii, mmg syahdu. tp agak deras air terjun kat situ. ada saspen jugak. tp wat² mcm tade pape. huhu. asikk sungguh. sejukk. nyaman. air pun sedapp :P sejam kot kat situ. dr lata berkoh nk ke tmpt bot tinggalkan kami tu, dlm 1.2km (lagi! pastu ada tim member yg agak fobia dgn 1.2km, hik hik) balik semula ke lubuk kelah td, masuk dlm sungai dan bg ikan mkn. ikan² berenang kat sekekeliling kita. ish ish. asikk jugak :) letihh betul hr tu. sbb mandi manda air terjun. lunch hr tu adalah lunch yg paling sedapp pd sy. walaupun cuma ikan goreng, sup ayam dan cabai potong+kicap. syukurr. sedap betull..

hmm.. tu je pun aktiviti di tmn negara. asalnya ketua rombongan nk santai² tp jd mcm mini adventurous trip, sy suka! ;) bajet kecil²an. lgpun mcm x boleh agak apa yg nk dibuat. tourist guide kami, walaupun dia dulu kije cikgu sementara kat sk kuala tahan tu, dia pun tak well equipped, belum dpt tag ijau utk jd guide yg bertauliah. hehe. anyway, terima kasih kepada semua utk trip kali ini.. :)

esoknya baru kami balik, singgah di jengka utk makan gulai tempoyak ikan patin dan kari landak. hik hik.

ada chance, pasti akan ke sana lagi ;) yok!





satu perkataan, yg bole sy guna utk describe pahang - jauhh... huhu~

February 17, 2011

menjejak kekasih di hari ulang tahun kelahiran, marhaban ya nurul aini

طلع البدر علينا

من ثنيات الوداع

وجب الشكر علينا

ما دعى لله داع

أيها المبعوث فينا

جئت بالأمر المطاع

جئت شرفت المدينة

مرحبا يا خير داع


marhaban ya khairu da'...





dan...

marhaban ya nurul 'aini

selamat datang.. cahaya mata. assalamualaikum buat cik puteri sulong boy & aman.. semoga yang baik baik utk kalian... (^____^)


op, sori, sengaja enterframe, hehe. kecik ja dia. dulu, maklong/makchaq/cikyong/along/kakak (huh? kakak? oh maaf, belum decide nk suh dia panggil apa.. lgpun, dia masih blum bleh ckp lg :P) dia pun saiz ni jugak lebih kurang ms lahir.. 2.8kg lebih kurang.. tp tgk la skrg, beribu ribu lemon kali ganda ;P takpe dik, yg penting, sehat~ panjang umor, jmpa lagi nooo~


p/s all the best utk puan kecik utk pogram wiken nnt~
dan puan cik-ayu, tahniah~!! ;)


September 1, 2010

merdeka di mana

merdeka di mana? saya suka definisi dia ttg merdeka. =)

dan saya..? sudah pasti.. belum merdeka.

---

tahun lepas, x berkesempatan suting utk merdeka. tahun ni, bila makcik bedah kata derang joinperbarisan di padang kota lama, heh, sy mesti pegi! asalnya nk amik gmbr² sekitar sambutan untuk koleksi sendiri. teringat pulak zaman amik gmbr merdeka masa kat ipoh, mmg siok, walaupun gmbr x santek mana pun, hehe. lg siok bila dgr band² skolah tu main lagu yg menggegar jiwa, semangat jugak rasanya. tp smlm, bila tgk balik hasil suting, hm, mcm lebih kpdofficial fotog utk team silat cekak, hehe! walaupun xde sapa yg lantik, tetiba diri sendiri yg terperasan! huhuhu~ mcm seriau jugak nk jln jejauh dr team dan shoot saja gmbr² perbarisan, kot² depa lupa, sy tumpang bas depa! (^___^) anyway, it was really a great experience though. it feels nice to be nice and to be around nice people.. thank you~

selamat merdeka~






---
+: ish ish...
-: senyum skit, nk amik gmbr (tp kamera gagal berfungsi.. erks!)
+: hmm, tak boleh~
-: (diam. mencoba lagi, membetulkan lens..)
+: tak boleh..
-: hmmm.. (coba lagi... dan - klik!) =)
+: =)

(boleh sayang.. sabar sikit.. tggu sy betulkan lens.. mgkin kita bole sama² rakamkan detik² memori penting sepanjang perjalanan kita.. mgkin la kan.. tp awak yg asik ckp x bole.. hmm~)


July 23, 2010

jjcm - ipoh, here i come~







hujung minggu ini.. esok dan lusa.. jalan jalan cari makan lagi (^___*)

di sekitar sini... (alamak~!! kecik pulak gmbrnya.. huhu...~)


hari ini, saya rasa, sudah high time. sy mau ini:

... untuk workstation sy.
... untuk bilik tidur saya.
... untuk diri saya.

mesti mula. hari ini jugak.

(-_-)"



June 28, 2010

faces

percobaan kali kedua untuk membuat koleksi kinda 'the faces of....' selepas percobaan kali pertama di alor star lebih kurang dua bulan yg lalu. kali ini, di melaka, dengan tajuknye, 'the faces of cekak' (^____^)

menggunakan fixed lens @ standard lens @ normal lens 50mm tu, ciksarah rs, misi kali ni cuma 30% accomplished, hehe (^_____^) saya suka lens 50mm itu~ timerkaseh kpd yang menciptanya dan Yang Menciptakannya~ dan terima kaseh jugak kepada semua yang sudi memberikan senyuman pada lensa ciksarah~ dan semoga entry kali ini bisa membuatkan anda tersenyum lagi~ ;)

for more of them shall be uploaded in my facebook photo album sooner or later, here are some of my favs. hope you'll enjoy my work, as much as i had, working on it ;)












October 4, 2009

hujung mingguku di opis terchenta~

helo hai.. assalamualaikum buat seme yang membloghop di sini. semoga hari ini pun kita semua diselubungi oleh aura yang baik2... (ayu, suke pulak aku dgn phrase aura yg baik2 ni hehe)

hari ni ciksarah ada di opis, huhu. hari ahad. sepatutnya ada kerja yang perlu dilakukan, tapi oleh kerana supplier/kontraktor yg sepatutnya dtg wat installation pc dan software utk thermal conductivity tu x jadi dtg maka ciksarah pun wat la mende2 lain (mende apa tu? hehe, blogging dan main game je la :P) dulu sementara nk dtg mood bekerja di hujung minggu, hehe. kiranya lebih kurang mcm byr zakat la kot ni ye? kuang kuang kuang...

alhmdu lillah smlm slmt kami wat jamuan aidilfitri kat kelas latihan. mee sup kak ti mmg best! nasik impit dan kuah kacang mmg marbeles! (hr ni siap bwk bekal lg, sbb ada lebihan yg ditapau bwk balik ke rumah mlm td, hihihihi). thn dpn bole la buat lg kalau ada rezki. walaupun agak meletihkan tp cukup memuaskan hati :)

hmmm.. apa lagi mao ditaip? o ya, sebut pasal taip... skrg tgh mabuk ini.

dan ini jugak! (terasa mcm nk beli mouse ja, susah la main guna touch pad! huhu. sgt2 mengingatkan kepada zaman mabuk chuzzles dulu! huhu...)


harap2 mabuknya tak melarat, heh!

oklah, saja ja nk update skit2, kot2 ada yg rindu, haha (perasan sungguh ciksarah ni! padahal takdak org singgah baca blog ni pun hahaha) cheers ebelibadi. missing you dear~

September 13, 2009

elergik (sepi)

salam semua :) ciksarah online malam2 ni di rumah, huhu. kononnye nk menaip surat utk pak polisi, bagi menyatakan bahawa persatuan kami sudah berpindah tempat dari bakar arang ke taman ria, heh. sekali tersangkut pulak di jaringan internet ni, terpaksalah update blog skali, hehe..

sekejap sungguh hujung minggu ciksarah berlalu. dan yang pasti, tidor je yg byknya, kuikuikui... pape pun alhamdu lillah, semuanya ok, insyaAllah. penat memasak hr sabtu, semalam le tu, auntie onah sekeluarga dtg berbuka di rumah, maka hr ini mama belanja beli lauk di oriental cuisine radix hehehe..

nk upload dua tiga lai gmbr ja sbnrnya (ciksarah sbnrnya semakin 'geram' bila tgk gmbr2 yg cantik2 oleh jangguttouch dan geng candidsyndrome, ish taktahan gue nk menembak-nembak. ciksarah rs sudah high time utk ciksarah start kumpul duit semula utk beli lens yg best, huhu! sy mao 50mm dan wide lense!!!! geram ni waq, ish3...)

maka lihatlah, ni je gmbr yg ciksarah mampu amik... enjoice~

uik, kaki sape yg cumil ni, hehehe...

yaa... inilah tuannya. cik nurul iwana~ yg berusia 7 hari pada hari kami menziarahnya di rumah nenetnya di pmtg sintok :) ayah dia kata, "baguih jugak beranak bulan posa ni, bila org mai melawat, tak gaduh nk bancuh ayaq ka jamu kueh ka.." huhu.. sabaq ja la... o ya, ayahnya tu ialah abghiz*m dan maknye kak-ina ;) ciksarah ke sana dgn family tun dan che whe. seronot jugak ada aktiviti dgn kengkawan mcm ni ye (ciksarah ni mmg sgt jrg bersosial hahaha, x reti sbnrnya, dah tua bangkus mcm ni br la gegeh nk bljr, hmmm, redha sajalah...)

dan ni pulak ialah cik wan nur rafiqah, hehe. anak che whe dan ghazi :) ske wat muke cumil bila senyum, hehe. lagi skali jmpa musti fiqah dah lupa kat makcik kan, huhu... (kelakor rase bila tringt kes abg dia - alif, dok jerit takut ke lipas yg dok melepak kat dinding rumah. cik fiqah ni dengan rileknya p kat lipas tu dan hembus! haha. lipas terus lari nyorok belakang jam. abg dia tensen je tgk, amik remote astro, ketuk kepala fiqah, hahahahaha... hepi je rs tgk gelagat bebudak mcm ni)
sekian je utk kali ni. doakan ciksarah dpt amik gmbr best2 lepas ni huhu. ry dah dekat. plan sesiap shot apa yg bagus. ada rezki insyaAllah akan diupload nnt :)
cheers ebelibadi. XOXOXOXO
p/s oh no, esok isnin! erghhh... kerja kerja kerja... busann..... kaki ciksarah ada elergik apa taktau. dah 3 hari. harap2 esok lusa baik la tu. pasti ada sebab la tu jd mcm ni, hmmm...

August 26, 2009

hari kelima berpuasa


5 ramadhan 1430

dah 45 tahun~

usianya semakin matang. mudah²an kita juga begitu.

selamat meneruskan perjuangan saudara saudara dan sahabat sahabat.

semoga kita semua senantiasa berada di bawah lindungan rahmatNya... amiin...
---

*alhamdu lillah.. dan selamat empat hari berpuasa~ ;)

July 23, 2009

taat ke Guru

taat ke Guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat...

selamat hari ulangtahun kelahiran buat Guru Utama...

---

memang susah nak buat. tapi kena jugak lalu. pasti ada hikmah yang kita tak nampak sekarang. jangan sampai kita yang merencanakan kehidupan kita. biarlah Dia yang atur. serah sebulat hati kepada Dia. petunjukNya pasti datang, jika kita mahu mencari... semoga rahmatNya sentiasa bersama kita... amiin...

July 21, 2009

jalan jalan sepanjang minggu

huishhh.. lamanya x menghapdet blog ni hehe. sepanjang minggu lepas ciksarah sibuk betul berjalan-jalan ke sana sini. tapi semuanya atas urusan keluarga, kerja, dan persatuan :) (so entry kali ni byk le gmbr kan, dah lama x shoot2 ni, minggu lepas shoot sampai nak muntah huhu)

hujung minggu lepas, salah sorg sepupu ciksarah telah selamat melangsungkan perkahwinannya di f*lda villa dekat kolumpo tu. alhamdu lillah... temanya pink & purple, huhu. sepupu ciksarah tu suke sgt kaler pink dari dulu. ciksarah ingt lg, ada ke dia suh kami cari asam kaler pink, dia nk makan, aneh betul, huhu. papepun, semuanya dh slmt. ni le gmbr family kami masa kenduri tu. budak kecik yg kat bawah tu, anak kepada sorang lg sepupu ciksarah (ciksarah ni ada byk sepupu, dalam 50 org kot, jd jgn kompius ok), adrianna kamilia. memula dia tu konon2 mcm malu, tapi pastu, suke pulak berposing, huihuihui....

balik dari kl, ciksarah masuk keje satu hari je, hari isnin. hari selasa pagi tu, ciksarah ikut rombongan keje ke shah alam (sebenarnya, hari pertama tu kami ke nilai! huhu). lawatan ke kilang2 yang berkaitan dgn projek2 yg sedang dijalankan di amr*c ni. ok jugak la, kali pertama pegi kilang2 mcm tu. dan sbnrnya, lebih byk berjalan2 mkn angin dan mkn2 drpd melawat kilang, hehe. meriah je suasana... hepi memanjang. dan letih jugak sbnrnya bila terlalu byk mkn, hehe. tp alhamdu lillah, semuanya selamat... 3 hari trip ni, kami siap p jln2 putrajaya (naik cruise, ish3 x penah dibuat sblm ni hehe) dan makan sate haji s*muri kat kajang. dan singgah jugak mkn mi udang kat k*ala sepetang, ish3, mmg suke mkn betul geng2 opis ciksarah ni, hehe. timekaseh la suma ye~

hr jumaat tu ciksarah amik annual leave, bukan sbb letih, tp sbb ciksarah nk ke manjung, hehe. dah lama x p rumah kakG. selalu tu sembang kat telipon je, kadang2 x puas jugak sembang kat telipon je. lepas mkn tghari dgn mama di sp dan kemudian singgah skejap kat bm, ciksarah terus ke manjung. sampai katsana je, kakG ajak balik ke kampungnya di kuala lipis, huhu. mmg jauh betul perjalanan. tp sgt memuaskan. memandu NAZA Ria yg besor tu dari manjung ke benta, heh, tak terasa, asik bersembang je ngn kakG dlm kereta tu hehe.. mkn? mmg best. kak ina mmg pandai masak, hehe. rendang yg wan masak pun sedap. ish3. suke betullah dpt mkn ikan patin :P dan yg paling best, dpt tgk sendiri pembangunan PPMI (dah ada mercu tanda baru - Dewan THII), yang dah semakin meriah. tahniah kepada abgro*slizan dan teamnya yang berjaya bertungkus-lumus membangunkan PPMI. pengalaman hujung minggu yang best :)


lepas 2 malam kat sana, balik semula ke manjung, tidor semalam (lepas mkn ciken cop kat kedai abg hairi, mm g best! huhu, mkn lagi!) di rumah kakG dan esoknye tu (isnin - ciksarah cuti isra' mikraj) ciksarah pun kembali semula ke sungai petani. sempat jugak singgah dulu di bm sebelum balik ke sp dan tidur sepetang, hehehe.

sbnrnya, byk yg ciksarah nk ceritakan, tp tu la, bila terlalu byk, ciksarah jd nebes dan taktau dah yg mana satu nk ditaip hehe.

pape pun alhamdu lillah, semuanya selamat.. dan ini, utk tatapan semua (hehe) ciksarah mkn mi kari dan mi udang minggu lepas. dan ciksarah lebih suka mi kari tu! sedap! sedap! sedap!


p/s mi kari kat r&r ulu bernam, dan mi udang kat k*ala sepetang

cheers~!! XOXOXOXO

p/p/s: hari ni masuk keje lepas SEMINGGU! huhu.. malas malas.... (hari ni ada makan2 durian dan pulut kat opis, ciksarah paling suke gmbr kat bwh ni, hehe. sori ye kengkawan, nk jugak upload kat blog! :P tadi dh edit bg x senget, tp x ingt save katmana pulak, ish3)


(letih, byk sgt nk cerita, heh! ada lagi ni sbnrnya, esok je la ciksarah ceritakan.. insyaAllah...)