Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

January 13, 2012

ketagihan yang mendebarkan setiap kali coba diobati, atau mungkin ketagihan ini adalah jalannya. oh, mungkin tidak.

minggu ni rasa seperti lama jugak. lambat jugak nak menyampai ke hari jumaat, hari ni. mungkin sebab saya sedang rileks dan mendengar setiap detik jantung saya yang berdegup. hik hik. takde lah. entahlah. tapi itulah yang saya rasa.

dek kerana itu, sy rasa mcm byk pulak masa yang yang dispent untuk: PESBUK (sbb mcm byk masa terluang kan) ish ish. terdetik pulak dalam hati, aish, addicted dah ka?


adoiyaii.. mata asik nak memandang skrin home. tgn pun asik nk scroll. cepat ja nk klik kat webpage pesbuk tu. tak kisahlah, di pc atau di henpon. bila difikirkan, aishh, lomah botul den ni. paling tak tahan, bila resah gelisah nak membeli di online.



ish ish. tu la lagi satu masaelah. ada je lah benda yg nk diview. memula tu ala ala window shopping. satlagi tu, hmm.. dan dan la pulak meses tuan punya page, tanya itu ini, ding dong, ding dong.. then... purchase.. dannn... ka-chinggg! duitku pun ditransfer ke akaunnya. hik hik. mmg la menda yang dibeli tu dipakai. tp, hmm.. entahlahh... sesak napas jugak kdg² dibuatnya. mgkin perlu lebih berhati hati. byk sungguh godaan dan dugaan.. huhu.

sy takdela nk kata aktiviti ini tidak sihat. tak bolehla nk pukul rata dan stereotypekan semua mcm tu kan. mcm x kena pulak. masing masing punya agenda dan misi masing masing. ada sebab dan alasan masing masing. sy juga punya alasan tersendiri ttg mengapa sy mula menceburkan diri dlm bidang ini. haha. bidang bersoping di atas talian. heh. cuma sy rs, aktiviti ini semakin lama adalah semakin tidak sihat utk sy ni. sbb sy dh mula rs mcm nk demam. huhu.

jadi, hr ni, sy tukar, spend masa untuk hapdet blog dan bloghopping saja. hik hik. dan lepas ni, sy nk pegi tidor! tak kisahlah. sy rs sy perlu ubati sakit sy ni. mcm merbahaya jaaa..

tu je lah untuk hr ni. sy perlukan sesuatu untuk dilakukan selain dr ini. sbb sy rs semakin sy layan musim addicition ni, semakin sy mcm nk hanyut. ke mana tu taktaulahh.. huhu. mgkin kena tukar musim baru. tukar cepat. ermm... musim bunga tulip juga menarik. hihi. kalau ada rejoki, bole berspring di eindhoven. kalau itu yg terbaik, doakan. mudah mudahan lebih byk perkara dapat diselesaikan. hm.

maaf kalau entri agak beremosi. hihiiii...

cheers ebelibadi~ ^^

*gmbr sume ihsan gugeelllii

April 16, 2010

sangat ogoskah saye?

ish3. malas sungguh nk keja hari ni. adohai.

ada jin apa taktau dok bisik suh jgn wat keja ni, huhu.

letih betoi nk melawan.

dari pagi asik mcm ni saja.

ish3.

esok dah coti. yeys.

pagi tadi, mencoba satu application di fesbuk.

dan ini hasilnya. heh~ :P


sangat ogoskah saya? huhu~

hmm. mcm teringat sgt kat orang tu.

ni sume nasrul la punya pasal. huhu. awat la mention nama ariss kat mak ila smlm. haisshhh.. rindu neh~!! rindu nk gadoh2 ngn ariss, huhu... bila la mak ila leh jmpa ariss lagi taktau la~

hm. ada paper yg nk disiapkan. sempat ke ni? asik surfing2 ja ni. haishhh...

October 4, 2009

hujung mingguku di opis terchenta~

helo hai.. assalamualaikum buat seme yang membloghop di sini. semoga hari ini pun kita semua diselubungi oleh aura yang baik2... (ayu, suke pulak aku dgn phrase aura yg baik2 ni hehe)

hari ni ciksarah ada di opis, huhu. hari ahad. sepatutnya ada kerja yang perlu dilakukan, tapi oleh kerana supplier/kontraktor yg sepatutnya dtg wat installation pc dan software utk thermal conductivity tu x jadi dtg maka ciksarah pun wat la mende2 lain (mende apa tu? hehe, blogging dan main game je la :P) dulu sementara nk dtg mood bekerja di hujung minggu, hehe. kiranya lebih kurang mcm byr zakat la kot ni ye? kuang kuang kuang...

alhmdu lillah smlm slmt kami wat jamuan aidilfitri kat kelas latihan. mee sup kak ti mmg best! nasik impit dan kuah kacang mmg marbeles! (hr ni siap bwk bekal lg, sbb ada lebihan yg ditapau bwk balik ke rumah mlm td, hihihihi). thn dpn bole la buat lg kalau ada rezki. walaupun agak meletihkan tp cukup memuaskan hati :)

hmmm.. apa lagi mao ditaip? o ya, sebut pasal taip... skrg tgh mabuk ini.

dan ini jugak! (terasa mcm nk beli mouse ja, susah la main guna touch pad! huhu. sgt2 mengingatkan kepada zaman mabuk chuzzles dulu! huhu...)


harap2 mabuknya tak melarat, heh!

oklah, saja ja nk update skit2, kot2 ada yg rindu, haha (perasan sungguh ciksarah ni! padahal takdak org singgah baca blog ni pun hahaha) cheers ebelibadi. missing you dear~

September 27, 2009

selepas sepuloh hari

aduhai. selepas sepuloh hari bercuti, dan esok 'terpaksa' mula bertugas semula, apa yang patut saya rasa?

A. tertekan
B. gembira sangat
C. sedih
D. tak perlu rasa apa-apa

ya, jawapannya ialah~ D. saya tak perlu rasa apa-apa! (atau perlu merasakan semua yang di atas?) kerana apa yang berlaku skrg mmg sudah ditentukan, dan sy yang memilih untuk keadaan menjadi sebegini. kan? kan? bestnye cuti sepuloh hari~ mcm budak sekolah jugak! huhu. dan hari ini, ciksarah telah bertekad untuk guling2 dpn tv sepenuh masa saja. tp bila dh petang mcm ni, kebosanan melanda, lalu ciksarah mengadap la laptop (yg sgt slow ni aduhai) ni pulak.. sejak ada facebook ni, ciksarah mcm dah terlupa sbnrnya apa yg selalu ciksarah surf sebelum ni, sebelum bergelumang dgn dunia facebook ni.. huhu... dan kdg2 ciksarah rs mcm ciksarah ni mcm dh jd stalker, menyibuk je nk tgk apa yg kwn2 tgh buat, dan dah buat sepanjang hari di facebook. haha. gila ke apa? agak la jugak kan. ish3, apa nk jadi la ni... tapi takpa, masih belum terlambat untuk ciksarah berubah. :P

mgkin lepas ni kena cari hobi baru - atau hobi lama yg dh lama ditinggalkan, iaitu shooting dan editing.. ahh.. sy rindu... rindu sangat.. :'( kadang2 bila sesuatu tu dh tak ada dengan kita, atau pergi jauh dari kita, barula kita nk sedar, betapa berharganya dan pentingnya sesuatu itu dalam hidup kita. dan bila dia merajuk - ya, mcm D80 ciksarah yang dah dihantar ke service center tu (entahlah knp dia merajuk, adakah kerana ciksarah terlalu menunjukkan yg ciksarah sayangkan dia, atau kerana ciksarah terlalu mengabaikan dia? adehla...) - baru la kita tau yg sbnrnya selama ni dialah yg dpt menggembirakan hati kita, tp cemana nk pujuk ni? aduhai.... tgh tunggu quotation dari nikon. hopefully, D80 masih boleh diselamatkan... mudah2an begitulah. saya sayang kamu. sungguh... saya minta maaf sgt2... saya mmg sayang kamu... sy harap kamu juga masih sayangkan saya... *sigh*

o ya, raya. tak citer lg pasal raya kan? raya kali ni, em, alhamdu lillah.. masak2, makan2, sedara mara dtg bertandang, dan bertandang ke rumah sedara mara... mcm biasa. timakaseh kpd kwn2 yg sudi dtg beraya di rumah. dan kpd encik ajip dan isteri dan anak yg x dpt dtg ritu, sy mntk maaf sgt2, i responded wrongly i guessed, huhu. sori sgt2, bukan itu maksudku.. takdak rezki kita nk jmpa. takpala, pnjg umor, thn dpn kita jmpa ok. dan kepada puan masyitah musa sekeluarga, timakaseh le sudi dtg, sorile jamu mee goreng je. huhu.. dan kpd kak adek sekeluarga dan abgki sekeluarga, timakaseh jugak, sori jugak sbb ciksarah tak masak pun hr tu, cuma membelinya saja di kedai yang berhampiran hehehehe... dan kepada kwn2 ciksarah yg menjemput ciksarah beraya ke rumah mintak maaf sgt2 xdpt nk join.. nanu, sori ye.. rindu sgt nk jmpa kwn2 tp ada halangan yg x dpt dielakkan, thn dpn kita cuba lg ok ;) dan kueh raya yg paling sy suka thn ni ialah yg dibuat oleh puan raja adlin (taktau kueh/cookies tu nama apa! huhu) yg bertemakan coklat dan oat! mmg best, walaupun hitam, dan nipis melayang, tp sgt sedap! huhu...

(kaki kebas, adeh!)

ok tu je utk hr ni. sekian. cheers ebelibadi. XOXOXXOO~

September 9, 2009

ciksarah (dan facebook)

dah lama kengkawan ciksarah ajak ciksarah join fb ni. tp ciksarah x penah amik pot pun. entah cemana, kemarin dulu tu tgn ciksarah ni gatai pulak nk p register kat fb tu, ish3... ok gak la, dpt kontek balik dgn kwn2 lama dari sekolah rendah sampai le ke utp dan komuniti silat cekak jugak. hmmm... tapi..... entahlah, ada sesuatu yg x kena, mgkin sebab tak biasa lagi kot.


ciksarah tgk katsitu, ramai betul yg main game, dan ramai yg invite ciksarah utk join jugak. ciksarah nk main jugak! tp ciksarah bimbang. bukan sekali, bukan dua kali ciksarah kena 'demam game' ni. dah byk kali! mmg menyesakkan (kalau nk tau, penangan game ni jugak adalah antara faktor kenapa ciksarah lambat menyiapkan thesis masa wat masters dulu hahaha cuba menyalahkan game pulak! padahal diri sendiri yg malas huihuihui) taktahan nafsuku bila melihat kengkawan lain bermain chuzzels, zuma dan burger island! main gila2 sampai complete game! zuma mmg sampai jd dewa katak tu, dan burger island tu ciksarah berjaya dpt gelaran Burguru! (ada entry pasal mende ni dlm post2 lepas, x ingt bulan brp..) haha! kecuali chuzzles tu, ada 2 piala je yg ciksarah x dpt collect dlm wall of fame tu. hmmm.... ada lagi le game2 lain yg dimain sambil2an tp dh x ingt, 3 tu je yg kekal lg dlm ingatan smpai hr ni hehe. dan hr ni ciksarah cuma main minesweeper dan spider solitaire je hahahaha... jadi harap maaf dulu la ye kwn2 yg invite ciksarah utk main game yg pelbagai tu. ada rezki nnt ciksarah join huhu.


ciksarah rs mcm nk tgk movie. ada satu movie yg mcm best, ciksarah tgk iklan kat tv semalam. akan kupastikan kumenontonnya walau apa pun halangannya. cewah. semangat tetiba, x kena tempat! heh. jom, jom, sapa nk tgk jom kita pi ramai2. tiket byr sendiri2 ok hehe.




dah pukul 9 pagi, masih melagha, sambil2 cari info di internet. ada paper yg perlu disiapkan utk conference bulan doblas nnt. hmmm.. busan!


ok la ye. ciksarah dah letih menaip dan merapu di pagi hari. semoga hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam. dan semoga kita semua sentiasa dirahmatiNya serta diberikan petunjuk dan hidayah, mudah2an begitulah.

hugs and kisses to all~