Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

April 8, 2014

lima hari di perth. itu ini begitu begini.

amaran: entry ini panjang dan banyak gambar. huhu

bismillah.

pertama kali menjejak kaki ke bumi australia. perth jadi destinasi pilihan. cewahh. kemain intro nya. hehe.

tiket kapalterbang sy beli dua bulan lebih awal, 
PEN-KUL return 87RM 
dan KUL-PER return 730RM
asalnya takdak makan dan takdak luggage
sy add on dua menu, chicken teriyaki dan chicken satay for 26RM.
dan sy jugak upgrade seat saya thru optiontown.com
tambah 64RM utk dapat one straight row, which is the three seats, so boleh baring, hihi

ini bukan trip backpackers atau independent traveller. ini trip seorang independent flyer, bersama keluarga rakannya. hihi..

sbnrnya sy menumpang trip bersama keluarga jiran lama saya. mereka bersembilan (tudia!) ke sana melawat anaknya yang dok stadi di murdoch university. tapi depa naik different flight, dengan MAS. anaknya - eia, a.k.a aunty zie (hihi) bersama suaminya udin dan 3 org anak, budi, suci dan caliph, dah lebih kurang 2 tahun berada di sana. pergerakan kami di sana menggunakan sebuah van 12 seaters dan sebuah kia carens / sebuah honda civic. pemakaian tali pinggang adalah sangat diutamakan sbb denda jika tertangkap tidak memakainya dikenakan sebanyak AUD500 (RM1,500 baq hang! huhu). harga petrol di sana adalah sekitar AUD1.56 seliter (kalau ikut rate kita mmg la mahai, tp kalau ikut pendapatan per kapita di sana, rasanya adalah murah sekali dongs!)

ok, entry ni dibuat sbb saja nak share, ke mana, di mana, dan apa aktiviti sepanjang lima hari berada di sana (tak termasuk perjalanan pergi dan balik)

so here it goes~

hari pertama (jumaat): airport, bentley, hilton, cottesloe beach

ketibaan di airport perth pukul 5.45 pagi (flight 12.30 malam dari lcct, dengan air asia la kan)
bersubuh di prayer room berdekatan dengan arrival hall. boleh tanya dgn janitor/cleaner kalau x jmpa :)
bersih biliknya. ada tempat wudhu' jugak kat dalam tu. cuma satu ruang, berkongsi lelaki perempuan.
suhu di luar masa tu 15 degC. wihuu.. 


dijemput oleh aunty zie, terus ke penginapan di bentley. ini rumah alya. dia kawan aunty zie yang masih bljr jugak kat sana. kat bentley, sy tido. mandi. rehat skejap. tghari langsung ke rumah aunty zie di hilton. makan nasik daging. yayy! :)


lepas kekenyangan dan rehat² sekejap, aunty zie bawak ke cottesloe beach. ada sculpture by the sea di situ. ramai org lepak² sambil makan fries. huhu. tujuan utama, nk tgk sunset. ya, indah sungguh lukisan alam.



ayaq laut dia, sejuk mak aii.. bestnya lah kalau boleh mandi. tp segan la plop nk mendugongkan diri. haha. so tgk ja la budak² kecik tu berendam. ish ish. jeles sungguh.. habis sudah hari pertama. balik ke rumah aunty zie utk dinner, dan kemudian kembali ke bentley utk mandi dan rehat dan tidor!

berikut adalah summary utk hari pertama. lebih kurang laa. haha..

(maaf, peta ni lbih kurang ja, sbb x reti nk set point shj, tepaksa buat direction. abaikan yang Walk 7 hours tu, haha)


hari kedua (sabtu): market city, e shed markets, fremantle market, swan river

pagi pagi hari kedua, lebih kurang pukul 6.45 pagi, udin (suami eia) bawak part of the team (5 org saja, yg lain x ikut) ke pasar, org kita kata market. hehe. di market city. bersih tempatnya. berasingan pasar ikan, pasar daging, pasar sayur dan pasar buahnya. kami dapat 'tangkap' sekor salmon, sekor siakap, beberapa ekor ketam dan oysters. dan beberapa kilo daging jugak. haha.


balik dari market ikan, sementara aunty zie nak siap siapkan makanan untuk dibawa ke piknik, udin bawak sebahagian team ke e shed market dan fremantle market. beli souvenirs dan tgk² org berseni. fremantle market tu lbh kurang mcm pasar seni kita jugak la kot. sana sini org buat street performance, especially busking. siap ada sorg makcik ni nyanyi lagu soprano lagi. haisshhh.. impressive sungguh. huhu.





balik ke hilton, lps late breakfast serba sedikit, petang tu, aunty zie bawak geng pegi piknik barbecue di the swan river. angin punya la kuat. hehe. tempat tu disediakan dengan tmpt nk bakar ikan/daging. cuma kita lapik la sikit dengan aluminum foil dan kertas. pakai letrik mendanya tu. bagus skali! huhu. 

so inilah dia aunty zie yang sedang membakarkan daging utk geng geng semua makan. yayy! 

ohoi.. sedapnya lah salmon dan daging tu.. indahnya kalau kat sini pun boleh beli salmon mcm tu hihu...


angin yang kuat pd hr tu telah mengundang ramai kite surfers dan wind surfers untuk beraksi di situ. kagum jugak makcik melihatnya. hehe. meriah gitu.


swan river ni luas. macam laut pun ya. airnya pun masin. tatau la pesaipa disebut river. belum sempat kaji. mgkin satu hari nnt. huhu. dan mmg ada byk swan di situ. black swan.


sekian hari kedua. malamnya rehat rehat sekejap di hilton. makan apa yang patut. dan balik bentley. mandi dan tido! hihu.

dan ni pulak summary utk hari kedua:



hari ketiga (ahad): belmont forum, king's park, mill point (sir james mitchell park), spudshet jandakot

hari ahad ialah hari pasar pagi. pasar pagi ni jual mcm² brg, terpakai dan baru. menarik jugak. mcm car boot sales. tp dibuat di parking lot. ada mcm² brgn rumah, baju, kasut, henbeg, pokok, buku, basikal budak, mainan dan mcm² lg. so sempat 'menangkap' sebuah buku resepi dengan harga 1 dollar. hihu. sampai skrg belum penah try masak lagi. haha. mgkin satu hari nnt inshaAllah. hihu~


asalnya nak ke caversham lps balik dr belmont forum tu. tp disebabkan sudah agak kelewatan, aunty zie tukar plan. lunch dulu di hilton dan kemudian piknik di king's park. ok je macamana pun. hihi. inilah budi, suci dan caliph. amazing kids :)


balik dari king's park, singgah kat sir james mitchell park, dkt mill point road utk tgk city. sbnrnya ada terpengaruh sikit dengan gmbr nite view yang orang dok share kat fb dan blog. tapi x smpt nak gelap, abah aunty zie ligan semua balik magrib di rumah. hihu. maka amik gmbr pre nite view saja lah. ada kecewa sikit. tp xpa lah, nnt bole cuba lagi T_T


balik ke hilton semula. dinner. dan lepas dinner, aunty zie bawak ke spudshed di jandakot. kedai tu 24hrs, lebih kurang mcm 7e la kot kan, tp jauh lebih besar dan lebih convenient. :) lepas beli brg sikit, balik ke bentley untuk rehat dan mandi dan tido. 

so ini summary hari ketiga :)



hari keempat: caversham wildlife park, the blueboat house at matilday bay, sir james mitchell park (lagi!)

wah, dah hari keempat. sat saja no. hihu. pagi² semua dah siap² nak pegi caversham wildlife park. bayaran untuk masuk ialah AUD25 untuk dewasa dan AUD11 untuk kanak² bawah 12 tahun. dan haiwan yang paling excited untuk dilihat ialah kangaroo dan koala bear la kan. hihu. ada juga binatang² lain, cthnya wombat, ular, owls, kuda, biri-biri, llama, dan byk lah lagi, hihu. dpt tgk show sheep sheering jugak. menarik! :)



lepas piknik lunch di caversham (makan ayam masak merah yang berwarna kuning, sedappp.. hihi) kami balik ke bentley untuk rehat sekejap. lepas dah segar sikit, lbh kurang pukul 5 ptg, terus ke matilda bay pulak, untuk ke the blue boat house. yayy! ni pun sbb terpengaruh dengan gambar di net. sy request aunty zie bawak kami ke situ. timakaseh la aunty zie ya hihu~



lepas hr dh nk gelap, jalan kaki balik ke van, dan aunty zie bawak semula ke sir james mitchell park. yayy! akhirnya, dpt jugak amik gmbr nite view. hihi. walaupun x da la santek sgt gmbr yg sy amik ni, tp, ok la kan.. nama pun amatur. cewahh.. :)


lega dah dpt tgk nite view, maka kembali semula ke hilton. makan. dan lepas tu, kembali ke bentley. mcm biasa, mandi, dan tido~

dan ini summary day 4. :)
 


hari kelima (selasa): murdoch university, westfield carousel

ok, sy bgn awal, ikut alya ke hilton, tolong aunty zie masak² sikit pagi tu. dh lepas mkn dan siap², aunty zie bawak pi murdoch university. cari kedai buku, beli pen, buat kenangan. hehe.


dah dpt beli pen, aunty zie bawak the whole geng ke westfield di carousel. mall yang agak besar, ada byk kodai dlm tu, termasuk k-mart dan coles. so sy jln² saja, tlg tgk² budak² dan mkn² apa yg patut hehe.. aunty zie beli barang sikit untuk buat yong tau foo. yayy! tapi takda gambar yong tau foo pulop dalam simpanan. hehe. sedap benor makan sampai lupa amik gmbr la tu. hihi.

mlm tu, lepas dah salam² semua ahli geng yang menetap di hilton, sy balik ke bentley, rehat, mandi mandi dan pack barang. siap² untuk balik the next day.

so summary day 5:


hari terakhir (perjalanan balik): bentley ke airport

pagi² sebelum subuh lagi sy dah ke airport. aunty zie hntr jam 4.00 pagi. hihu.

alhamdu lillah, semua aktiviti selamat, pergi dan balik. cumanya sy kena caj AUD45 di airport masa hala balik, sbb katanya hand carry sy overweight - 11kilo. T_T kecewa. sebab ms naik KUL-PEN ok ja pun. sy cuma bawak backpack 45L. berat sikitla sbb beli garam 2.5 kilo. haha. hmm, nmpknya strict jugak makcik oz yang jaga gate di airport perth tu. takpalah, dh malas nk fikir. dah byr dah pun T_T

terima kasih kepada semua, aunty zie, udin, alya dan keluarga aunty zie, sudi bagi sy join trip bersama family. walaupun x sempat makan fish & chips dan pegi sandboarding, sy dh cukup happy. hihu. maaf sekiranya menyusahkan. ada rejoki lagi nnt kita pi pulak no.. ;) timakaseh jugak kepada keluarga sy yg sudi menghantar dan menjemput di epot penang. hihi.

ok. tu saja. semuga bermanfaat.

sekian :)



p/s: oh ye, kalau ada yang berminat nak tau pasal penyewaan van 12 seaters dan jalan² sekitar perth, mungkin boleh cuba hubungi aunty zie, hihi. nnt sy bg contact number. ;P


November 28, 2013

some tips for short trips. siri dua: hatyai, songkhla, thailand (bahagian satu)

tiba tiba mai mood nak share cerita trip ke hatyai. hekhek.

hatyai. dekat saja kalau dari kedah. nk p sana, sebagai pemastautin di kedah, perlis, perak dan kelantan, kita kat sini boleh guna border pass saja. x perlu buat passport. tapi had perjalanan agak terhad la katsana. seikutnya, boleh sampai ke pekan songkhla saja, x boleh la lajak p krabi atau phuket atau koh lipe atau ka koh samui ka dan pelbagai koh lagi yg ada katsana.. tapi rasanya ok saja untuk pegi up to pantai samila, dan tang kuan hill.. x jauh mana pun dari had sempadan tu.. lagipun, ada kedutaan malaysia di situ. huhu.. tapi... berani buat berani tanggung ye. in case ada apa apa jadi, tanggung sendiri ye. hehehe... tp setakat ni, alhmdu lillah, selamat inshaAllah...

jadi, langkah pertama yang perlu dibuat ialah: penyediaan border pass atau paspok

untuk border pass:

kat mana nak buat? pejabat imigresen la kan.. border pass cuma boleh buat di pej imigresen yang berada di negeri² yang bersempadan seperti yang disebutkan di atas. (skema plop ayat, haishh) cth la kan, kalau mu punya ic mmg alamat kedah, tp mu keja di penang atau kolumpo, mu kena balik kedah gak le buat border pass tu. pej imigresen kat penang dan kl xda servis buat border pass, ok?

apa yang perlu bawa? gmbr saiz paspok 2 keping, dan duit rm10, serta mykad (x perlu potostat)
kalau pegi in group, kita boleh buat group pass jugak - lebih save rsnya, sbb max to 7 ppl, hrga sama ja, rm10 jugak (cuma next visit, kalau nk guna dokumen yg sama, kena org yg sama untuk cross the border. x boleh kurang, x boleh lebih) masa nk pegi buat tu, semua ahli yang terlibat kena hadir. x boleh kirim gmbr saja ok. kalau kanak-kanak, sila bawak sijil kelahiran. atau mykid.

tunggu dalam 10-15 minit, satgi siap la tu.. sekejap saje.. :)

border pass boleh tahan selama 6 bulan. haa.. cross je la brp kali pun yg mu suka noo... hihi..

untuk paspok:
katmana nak buat? imigresen jugak la kann. semua negeri pun boleh..

apa yang perlu dibawa?
gmbr paspok 2 keping, duit rm100 utk paspok 2 thn, rm300 utk paspok 5 thn. dan mykad.
tu saja.. tunggu dalam 1 jam kot. dah siap..

okes. untuk ke hatyai ni, ada beberapa cara. sama ada roadtrip - naik kereta atau bas atau van, amik flight, ataupun naik kretapi. yang sy nk share kali ni ialah: naik keretapi. hihi..

ada dua jenis tren yang kita boleh naik, sama ada tren malaysia atau tren siam. sy pilih tren malaysia. sbb ms tu sy cuma tau cara nak naik tren malaysia sj, x smpt nk survey pasal tren siam. huhu. mgkin next time. inshaAllah ;P

maka langkah kedua yang perlu dibuat ialah membeli tiket tren, atau keretapi

katmana nak beli? sy beli di stesen keretapi la of kos, hehe.
untuk perjalanan dari stesen butterworth dan ke utara (cth: sungai petani, gurun, bkt mertajam, alor star, arau dan padang besar), tiket ke hatyai cuma boleh dibeli sehari sebelum perjalanan. stesen-stesen ni dikira berjarak dekat dengan hatyai. jd x leh beli tiket awai. kalau nak beli awai, kena beli tiket dari nibong tebal, atau lain² stesen yang berada ke arah selatan. (cth lain: taiping, parit buntar, ipoh, kuala lumpur) - tapi of kos harganya akan lebih mahal kan. hehe.. dari sungai petani, tren adalah pada pukul 7.10 pagi. tren akan berhenti di setiap stesen sepanjang perjalanan (gurun , alor star, arau) dan akhirnya berhenti di padang besar untuk lebih kurang satu jam. tukar kepala keretapi ktmb jadi kepala keretapi siam.

meh nak crita skit ttg tiket ni. masa trip pertama sy thn ni, dlm bulan oktober yg lalu, sy dan kwn2 beli tiket sehari sebelum di stesen butterworth. tiket adalah sehala. kami bertujuh - 5 dari butterworth, 1 dari sungai petani, 1 dari alor star. gamble saja, beli tiket sehala, bajet nak beli tiket balik di hatyai nnt. katanya x susah, dari belog yg sy baca.. trip kali itu cuma 2 hari 1 malam (nnt sy crita apa aktivitinya di part yang berikutnya ok). pagi tu, sebelum p jalan jalan pusing pekan, kami pun beli la tiket di stesen hatyai. tiket direct x boleh beli, cuma boleh beli hatyai-padang besar. kat pdg besar nnt br boleh beli tiket ke destinasi seterusnya. ok fine. tren jadualnya pukul 4.30 ptg waktu siam. tren ptg tu, delay, lebih sejam. haishh.. bila sampai di pdg besar, dah pukul 7.00 malam, waktu malaysia. dan kaunter tiket di pdg besar, tutup pukul 6.45 petang! oh tidakk. haha.. sebagai ketua rombongan (kononnya) sy agak gelisah. tapi buat buat cool je lah. hek. kwn sy dgn ringan mulut bersembang dengan station master, katanya, kemungkinan tiket sudah habis juga, sbb tu kaunter tutup awal. dem. bincang bincang dengan geng, salah sorg tu mmg keja buat jln kretapi, jd dia mmg selalu naik kretapi, hehe.. mazwan namanya. dia cdgkan kami duduk di koc kafe saja. ya! cadangan yang baik. hehe.. jadi kami masuk koc kafe direct. station master bgtau, kalau naik keretapi takda tiket, kena byr hrga tiket dan denda. tiket rm10, denda rm10. ok ja (walaupun kecewa, dah la tiket habis, kita pulak kena byr denda, huhu). harga direct trip pun lbih kurang tu jugak. hiuhiu. takkan nak berkampung di padang besar kan? hehehe.. begitulah kisahnya kami. lenguh jugak duduk kat koc kafe. seat x leh incline. hihi. tapi syukurlah, selamat semuanya. kekenyangan mkn pulut ayam kat kafe. hehehe. :) - wah, panjang jugak kisah ni. ahaha..

jadi, untuk trip kali kedua, sy beli tiket hala balik tu awai sikit.. sy beli tiket hatyai-nibongtebal. harganya rm24. (kalau hatyai-sungaipetani rm20) untuk memastikan yg kami mmg ada seat masa hala balik. dan tiket untuk pergi, saya beli di bkt mertajam sehari sebelum trip (sgpetani-hatyai rm20). sbb stesen sg petani takmau juai tiket, dia suh naik ja keretapi pada hari kejadian. xmo lah saya. letih nnt nk jump seat -.-" jadi total harga tiket pegi balik ialah rm44. (mgkin next time sy boleh try beli tiket di pdg besar masa tgh tggu kepala keretapi nak ditukar tu kan? ya, boleh coba)

oh ye, keretapi tu, namanya: senandung langkawi. hanya ada satu trip menghala utara setiap hari. 9.30 pm dari kl. akan tiba di hatyai 11.30 am waktu siam. untuk hala balik, 4.30 pm waktu siam dari hat yai. dan sampai di kl pukul 6.00 pagi esoknya.

ok, langkah seterusnya ialah langkah ketiga. iaitu menukar currency dari RM ke THB (atau Thai Baht)

utk trip pertama, saya pegi ke money changer untuk tukar duit. duit siam ni anggarannya lbh kurang 1:1 jugak. cuma duit dia ada lbh nombor kosong kat belakang. rm10 kita lbh kurang 100 baht dia. tp skrg ni susah nk dpt exact change. selalunya duit kita ni kurang bbrp kupang dr duit dia. mgkin rm10 cuma dpt 940-970 baht. untuk kali kedua trip sy, saya tukar dengan kakak KTMB di padang besar saja. kalau naik tren, ada sorang kakak yg keja KTMB akan tggu di stesen padang besar dan ikut tren ke hatyai membawa duit THB untuk ditukarkan. jadi, kalau x tukar awal, jgn risau, kakak tu mmg spare byk duit siam. ok jugak price dia juai. tapi kalau ada tmpt tukar yg lebih murah di sebelah sini, pegi je la tukar dulu, x salah pun. cuma sy malas nk p ronda ms trip kedua tu.

langkah keempat ialah menempah hotel, atau tempat penginapan

saya bawak geng pompuan semuanya. jadi sy cuba cari tmpt yang mmg dlm town dan selesa. tapi sbnrnya mcm gamble jugak. ye la kan, takpenah pegi tgk sendiri tmpt tu, bc review kat web dan gugel gugel saja. saya pilih tune hotel untuk kedua-dua trip tahun ni. hekhek. kalau kat malaysia, mmg kita saspen jugak, org kata tune hotel ni kecik dan sempit. tapi, lega jugak kat hatyai tu, besar biliknya. sgt selesa. boleh ja masuk 4 orang satu bilik, illegally la tapi. hehehe. satu bilik chargenya lbh kurang 72 - 92 rm. tu rate yg sy dpt. depends bila booking dibuat. kdg kdg ada offer. oh ye, sy beli di agoda.com. dpt rebate point. huhu. 

sbnrnya byk lg hotel lain kat pekan hatyai tu. sgt byk. yg betul2 dkt dgn pasar pun ada. tp pd sy, tune hotel tu pun dh cukup ok. jln kaki tu basah jugak la kalau hjn renyai. kalau tak, setakat peluh kat ketiak sikit² ms hari panas, ok ja.. balik hotel, minum ayaq mineral banyak2, then ok ja. hehe..

ok, seterusnya, langkah kelima ialah merangka aktiviti lawatan

oh, part ni menarik. sbb kedua-dua trip tu, tujuan utamanya ialah - makan. haha. nanti la saya sambung di entry berikutnya. sudah panjang benor pun yg ni. hehe. sekian dulu.

wassalam~

oh, kasi gambar skit. keretapi oh keretapi. hihi.. kbaii






December 27, 2011

some tips for short trips. siri satu: seoul, south korea

travelling seoul: dari tanah melayu ke bumi korea
tips utk kwn2 dan sedara mara yg akan ke sana. sy pun xde reti sgt pun. cuma berkongsi pengalaman. mgkin dpt dimanfaatkan utk memudahkan perjalanan tuan/puan ke sana ;)

persediaan sblm ke sana
cek dulu, ms kita nak pegi tu, musim apakah :) silalah bawak baju yg bersesuaian. sy pegi ritu hujung bulan 11 smpai awal bulan doblas. dh start winter. bila sy guugle, suhu mencecah 4degree. tp bila di sana, mmg sampai negatip pun. cuma takda salji. huhu. sy beli long john dan down jacket. stokin dan glove jugak. kasut pun sila pilih yg bersesuaian. kalau pegi musim x winter, mgkin x perlu beli baju tebal. tp, org seoul ni, bergaya, sgt fashionable. menarik.. :)

pastu bawak alatan ubat yg perlu. kot2 susah nk cari ubat katsana. byk je farmasi. cuma bahsenye korea, kot2 x paham apa dia tulis. hik hik.

mgkin jugak perlu bljr skit2 bhs korea. orgnya bole je berbahse inggres. tp kebanyakannya lebih selesa berbahse korea. dia akan suka kalau kita bole ckp korea skit2. walaupun cuma 'annyeong' ;) atau mgkin jugak bole ckp inggres, tp dgn slanga org korea. mcmana tu? hik hik. susah nk explain melalui tulisan. tp kebanyakan perkataannya ada qolqolah di hujungnya. hihi. contoh... silk = silkke, or silkku. ok? hihihi.

then, pilih siap2 tmpt yg nk dilawati, of kos la kan. once katsana. bole cr train punya route dan boleh rancang perjalanan. kalau bole donlod sesiap sblm ke sana pun ok... maaf sy byk guna train ms katsana, lebih senang pd sy. tmbg pun ok, dlm 1000-1300 won sedestinasi. dlm 3-4rm la tu.. ok la kan :)

pastuu, sila bawak cash yg mencukupi. tukar ke korean won sensiap di sini. sbb duit malaysia mmg x laku katsana. huhu. kalau takut nk bawak cash bebanyak, bole activatekan kad atm supaya bole draw duit di sana. katsana byk betul bank stendet cated. rate duit kita dgn dia lebih kurang mcm USD jugak. rendah skit la kot.

mcmana nak p sana?
naik flight la kot kan. :) tak kisah apa pun flightnya, pastikan anda menyediakan mental dan fizikal utk lebih kurang enam jam perjalanan dari kl ke incheon. pd yg x tahan sejuk mcm saya, pakailah jaket dan setokin. kalau naik mas, dia ada bg selimut, mmg sgt membantu. kalau air asia, mgkin kena purchase, atau bawak ja bekal selimut dr rumah. berbaloi ok.

ketibaan di sana
mcm sy ritu, tibanya jam 6.20 pagi. sementara nak cek in kat imigresen tu, lebih kurang kul 7 jugak baru setel. ada jugak flight yg tiba malam katsana. terpulang. pilih yg mana bersesuaian dgn jadual anda ye :)

dari airport ke town
ada bbrp pilihan. teksi, atau bas, atau tren. sy x reti hr tu. kami naik cab. deluxe lagi, mahal kott... so sy ingin berpesan kpd kwn2 yg pegi utk jln2 leisure2, naik bas je lah ye. so travel light please. i mean, jgn terlalu heavy. kira agak2 mampu utk dihangkut brg2nye itu ok. :) sep skit kot... eh, sep byk kott.. sistem bas pun hebat, mcm flight jugak, ada tagging bag. 3 seats. selesa. dlm sejam sampai la kat town, city airport logis terminal. mcm kl sentral gitu. sorang 15,000 won, dlm 45rm. ok la kan.. dr situ, bole amik metro train atau cab utk ke tmpt penginapan. lebih mudah. dr downtown nk balik ke airport pun, bole naik bas ni jugak.. harga sama.. mudah kot ;)

hotel & makanan
ikut kpd keperluan dan tujuan perjalanan ke sana. utk trip sy hr tu, kerja kan, jd kami pilih hotel yg dkt dgn tmpt kerja, nk sep transportation. ada shuttle dr hotel ke tmpt kerja, di sekitar samseong-dong. tp caj hotel mahal skit la kan.. downtown.. range hotel pun ada mcm2. ada yg mewah, ada simple. ada yg ala2 hostel. dan kalau minat nk rs keunikan rumah ala ala korea pun ada byk pilihan. silalah guugel ok :)

sy bawak stok makanan yg hebat hr tu. hik hik. kebetulan kan ada kwn sorg yg bljr katsana, dia bekalkan kami dgn ayam mentah sekor utk dimasak sepanjang stay di sana. alhmdu lillah.. tade la hr2 mkn telur dan serunding saje. hik hik. pastu ada supermarket jugak dkt ngn hotel. bole beli sayur, udang dan ikan di situ.. mahal skit kot.. tp ok la.. sebabnya kedai makanan/restoren yg halal tu jauhh... lebih kurang 40 minit perjalanan dgn tren dari tmpt yg sy menginap tu. kalau nk mudah, mgkin boleh amik hotel yg dkt dgn tmpt makanan halal tu. itaewon namanya. ada masjid jugak di situ.

transport di sana
sy byk gunakan tren, seoul metro. spt yg sy tulis awal td, kena stadi skit la pasal route train tu. kalau kat malaysia ada 3 rangkaian. katsana, ada lebih dari seploh kott.. huhu. so mgkin kena buat satu atau dua pertukaran tren kalau nk menuju ke satu satu tmpt tu. bole plan2 dulu. then jalan je ok. :) dun wori. sistem dia sgt bagus. sy agak kagum di ditu. hihi. kalau nk naik cab pun ok. pilih cab yg kaler oren. jgn amik yg kaler hitam atau yg tulis deluxe. rate lebih tinggi, tp selesa. kalau sj nk try pun bole jaa.. ;) bas pun ok. sistematik. tp sy x smpt stadi yg ni. cuma smpt naik skali ke tmpt elida, tu pun dia yg guidekan.

nak melawat ke mana?
aishhhh.. byk tmpt tu yg boleh dilawati. seoul tu besarr... tp katsini sy cuma nk bgtau ke mana yg saya pegi dan apa ada di situ. mgkin anda boleh decide utk pegi atau tidak nnt ok ;)

coex: ni tmpt kerja, ada exhibition katsitu. tapi kat bawah tu ada byk kedai dan supermarket. lebih kurang mcm suria klcc dgn kl convention centre la kot kan. meriahh.. :) cara nk sebut 'coex' kat taxi driver: kowekse. haha. atau kalau naik tren, paling dkt dgn samseong-dong. mcm klcc punya stesen la jugak.. bawah tanah..

myeong-dong: naik train dr samseong ke myeong-dong. dlm 1200won je. kami ke situ pas opis hour. situ mcm kita punya uptown. since ms tu winter (and still is now) byk org jual muffler, gloves, earmuff, jackets dan boots. ramai jugak yg jual souvenir. tp brg katsitu mcm mahal skit. mcm high fashion punya area. ada byk butik jugak, mcm body shop, skin food, dan lenlain lg yg sy x ingt, hihi.

seoul tower: juga dikenali dgn nama namsan tower. mcm kl tower jugak. sy x tau nk direct mcm mana nk ke situ sbb sy pegi dgn rombongan yg organizer exhibition tu sediakan. mgkin bole naik cab ke sana. pastu kena naik bas dr kaki bukit utk ke atas. bole tgk the whole seoul area dr situ. menarik :) ada byrn sikit. org kata ada cable car. tp sy x jmpa. hik hik.

korean war museum: yg ni pun sy x tau mcmana nk pegi. sbb ni pun destinasi rombongan. bole tny dgn teksi kot nnt. ada kisah dan sejarah ttg perang antara korea utara dan selatan. mcm menginsafkan jugak. huhu.

itaewon: naik tren, turun di stesen itaewon. sy ke sana hanya utk makan makanan halal. hihi. harga. hmm.. pd sy, mmg mahal. tp, skali2 treat diri sendiri, ok la kan. sy beli byk souvenir katsini. ada satu kedai ni, rainbow namanya. makcik tu, dia bole ckp melayu. hik hik. mawi dh sampai 2 kali kat kedai dia, dia la yg kata. hihi. itaewon byk org luar. jln2 berbukit sikit. letih jugak. huhu. hotel pun byk. mcm sy tulis td, kalau nk senang cr makan, mgkin bole cr hotel di sini.

gyeongbokgung palace: ohhh.. yg ni best. huhu. mgkin sbb dulu sy suka tgk drama dinasti lama korea. mmg mcm dlm muvi. kena pulak ms sy tiba kat situ, tgh ada majlis tukar guard yg jg pintu istana. ish ish. mmg sahdu. hik hik. naik train, turun di stesen gyeongbokgung. keluar2 pintu mmg bole nmpk istana. tp sy x masuk dlm bangunan istana. sbb sorg kan ms tu. busan pulak nnt, xde org nk amikkan gmbr. hihi. ada byrn jugak utk masuk, 3000won. tp kalau stkt tgk pertukaran guard tu, free saje ;)

insadong: tmpt kraftangan korea. byk brgn antik. menarik pd yg minat pd brgn kraf. turun di stesen anguk. byk souvenir katsini. ada jugak kedai yg bg sewa hanbok (pakaian tradisional korea) dan boleh amik grup foto dgn memakai baju tu. menarikk kan? ;)

dongdaemun: yg ni byk kedai pakaian. ya ampun. byk yg sgt byk, sampai x larat nk tgk. hik hik. seluar, baju, tali pinggang, topi, jaket, muffler, glove, beg, semua ada... tp kebanyakannya mcm prefer kalau beli in bulk, borong borong gitu. tgk la kalau ada yg bekenan, bole ja beli satu ke dua. sy beli tali pinggang utk ayah sy katsitu. katanya made in korea. tp bila balik tgk, made in china pulak! adeh, jgn tertipu mcm sy ok. huhu.

namdaemun: ohooo.. yg ni mmg meriahh jahh.. amik tren, turun di stesen hoehyeon. macam macam ada. ish ish. mujur la masa ni duit dh takde. tggal duit tambang tren saja. haha. katsini la yg ada kedai brooch dan aksesori yg bertingkat tingkat tu. sy jmpa 3 kedai yg ada 3 tgkt. huhu. tp sy tgk bhgn bawah saja. penat dh bejalan. byk jugak jual pakaian dan souvenir. secara keseluruhannya, sy rs tmpt ni yg paling sesuai nk jenjalan dan soping. semua ada katsitu.

ada byk tmpt lagi.. everland, nami island, jeju, dan mcm2 lagi yg tidak kesampaian. dan ada jugak muvi 4-d. aishh.. yg 3-d pun sy x penah pegi lagi. huhu. jakun. tp x smpt pegi jugak pun katsana. masa elida promote pasal muvi 4-d ni, sy terus tny dia: citer ombak rindu ada x. hahaha. -.-" hmm, katmana 4-d tu ye? ada 8 tmpt kalau x silap, di sekitar seoul tu. boleh guugle lah kot utk rujukan ye ;)

kalau sesat..?
tanya. org korea byk je yg baik hati kot utk membantu. guna bhs isyarat pun takpe. jgn lupa ckp 'kamsahamida' bila dh selesai ok ;)

yang saya tak jumpa katsana:
ada dua benda yg sy plan utk cari tp sy x jmpa katsana. satu - korean silk. dua, masyarakat islam korea, mcm dlm tv tu. takpe, mgkin next trip bole try cari lagi. mana tau, kot boleh jmpa. bila tu? taktau la lagi kann... ;)

ok. tu je yg sy dpt kongsikan katsini. kalau nk crita lagi, mmg byk lg. tp cukup la kot stkt ni. dah lebih sejam saya menaip. huhu.

semoga dpt dimanfaatkan bersama. gmbr, sume ada katsini.

cheers ebelibadi ^^

October 27, 2011

namanya memang tidak sedap didengar, rupanya juga kurang indah dipandang, tapi mungkin dia hanya ingin menumpang, raikan sajalah kot ye?

dah 2 minggu punn. tak surut surut lagi. apakah itu? ya... ketumbit. hehe. mata kiri.

"hang mengendap sapa pulak ni?"

"haa.. ngintai org berak ke??"

adoiyaii.

taktau nk jwb apa.

sy menggugel dan berjumpa ini:

Pengenalan

Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.

Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka.

Penyebab

Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :

* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan

Patogenesis

Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.

Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.

Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.

Simptom-simptom

* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah

ngeee.. jd takdak kaitan kot dgn kerja menyekodeng. simptom itu, semua ada.. dan sy agak yakin, dr segi perubatan, penyebabnya adalah seperti yg dinyatakan di atas. plg kompiden, kandungan lemak yg tinggi dlm badan, dan kurang vitamin, hihi. mgkin jugak kerana ada tekanan (asik tekanan ja, rilek skit la kot nohh) atau diabetes (aishhh.. riso den..).

cara nak mengubat? ada byk petua. kalau dulu, sy ikat benang hitam kat jari hantu. kalau mata kanan yg kena, ikat jari kiri, dan sebaliknya. taktau apa relevan dan signifikannya, sampai skrg. cuma petua.

dan yg sy dpt bebaru ni, amik bawang putih, hiriskan, sapu airnya kat tmpt yg kena tu. eh, bukan sapu, tonyoh, kwn sy kata. tapi mak aihh.... pedihnye lah haiihhh... try skali saja. pastu x coba dh. mgkin sbb tu x baik2 menda ni. kdg pasang, kadang surut. agak x selesa di situ.

hmm.. takpelah. mgkin ni peringatan utk tidak melihat menda yg x elok. sila tgk yg elok saja. atau sila jgn tgk menda yg x sepatutnya, tgk yg sepatutnya saja. mgkin la. adoiyai mataku. silalah bersabar. esok kita tonyoh bwg putih lg. sila beranikan diri.

dan pesanan penting, sila cuci muka bersih bersih. sila jangan malas ok. kepada bahan yang menutup lubang kelenjar minyak di mata saya, sy hrp sy dapat alihkan awak secepat mungkin. huhu.


January 31, 2011

geng: pengembaraan ke pantai kerachut - tragedi kaki terseliuh dan tangan dicium obor-obor



kali pertama menjejak ke pantai kerachut. melalui taman negara pulau pin@ng, beloknya ke kiri bila tiba di simpang tiga itu. treknya - ok. jelas laluannya ke sana. tak sampai dua jam perjalanan ke situ. walaupun ada geng yang pening nak termuntah semasa mendaki, terseliuh kaki dan jatuh terduduk, misi tetap diteruskan. (^____^)

pantainya - santek~... pasirnya, ada geng kata macam kristal. memang jernih. airnya, sejuk - sedap betul mandi di situ. cuaca semalam pun agak redup. kalau tidak kerana obor-obor yang telah mencium jari manis seorang geng, mungkin kami akan meneruskan aktiviti mengapungkan badan dalam air dan berenang ala ikan belacak itu lebih lama lagi. nampaknya tiada sesiapa yang tahu bagaimana mahu merawat keadaan itu.

perjalanan balik - semua memilih jalan laut - oopss, bukan berenang ye - naik bot yang disewa. bot pak at@n, memang laju. anaknya @nip yang memandu.

untuk adventure pendek, destinasi ini sangat sesuai. lain kali bole cuba lagi. mungkin kali yang kesekian nanti perlu bawa bahan untuk mengubati kecederaan digigit obor-obor:

1. cuka
2. kad kredit!

baca di sini.

katanya, untuk merawat sengatan obor-obor:

1. basuh dengan sabun dan air laut
2. letakkan cuka
3. scrape tempat yang digigit dengan kad kredit untuk mengeluarkan splinter obor-obor tu
4. selepas itu, tuangkan lagi cuka pada kawasan yang disengat

atau mungkin boleh gunakan cara seperti yang dicadangkan di sini. perlukan lebih banyak bahan.

kata suami kepada seorang geng, cara paling senang untuk tidak kena geget ialah: jangan mandi! adoi.. minta maaf la ye. mana boleh tahan, bila tengok air laut seindah itu~ huhu. rindu pulak pada pantai kerachut. hehe.

orais.

selamat mencoba! (mendaki dan mengubati sengatan obor-obor)

cheers~!!