January 31, 2011

geng: pengembaraan ke pantai kerachut - tragedi kaki terseliuh dan tangan dicium obor-obor



kali pertama menjejak ke pantai kerachut. melalui taman negara pulau pin@ng, beloknya ke kiri bila tiba di simpang tiga itu. treknya - ok. jelas laluannya ke sana. tak sampai dua jam perjalanan ke situ. walaupun ada geng yang pening nak termuntah semasa mendaki, terseliuh kaki dan jatuh terduduk, misi tetap diteruskan. (^____^)

pantainya - santek~... pasirnya, ada geng kata macam kristal. memang jernih. airnya, sejuk - sedap betul mandi di situ. cuaca semalam pun agak redup. kalau tidak kerana obor-obor yang telah mencium jari manis seorang geng, mungkin kami akan meneruskan aktiviti mengapungkan badan dalam air dan berenang ala ikan belacak itu lebih lama lagi. nampaknya tiada sesiapa yang tahu bagaimana mahu merawat keadaan itu.

perjalanan balik - semua memilih jalan laut - oopss, bukan berenang ye - naik bot yang disewa. bot pak at@n, memang laju. anaknya @nip yang memandu.

untuk adventure pendek, destinasi ini sangat sesuai. lain kali bole cuba lagi. mungkin kali yang kesekian nanti perlu bawa bahan untuk mengubati kecederaan digigit obor-obor:

1. cuka
2. kad kredit!

baca di sini.

katanya, untuk merawat sengatan obor-obor:

1. basuh dengan sabun dan air laut
2. letakkan cuka
3. scrape tempat yang digigit dengan kad kredit untuk mengeluarkan splinter obor-obor tu
4. selepas itu, tuangkan lagi cuka pada kawasan yang disengat

atau mungkin boleh gunakan cara seperti yang dicadangkan di sini. perlukan lebih banyak bahan.

kata suami kepada seorang geng, cara paling senang untuk tidak kena geget ialah: jangan mandi! adoi.. minta maaf la ye. mana boleh tahan, bila tengok air laut seindah itu~ huhu. rindu pulak pada pantai kerachut. hehe.

orais.

selamat mencoba! (mendaki dan mengubati sengatan obor-obor)

cheers~!!

5 comments:

Anonymous said...

wajah baru.. Thanks sebb ajak sy ... :D.. Lenkali ajak le lagi .. mana tau.. Lampu Ijau Lagik.. huhuhuhuhuh Best .. best.. best..

Norhidayah said...

kak ghazi, kami nak pi naik banana boat kat monkey bay plak pasni..jom ikottt..

Anonymous said...

Jom..!! kena tgk lampu dulu.. ijau ke merah.. !! huhuhu..

fazira said...

mgkin kena buat tema 'Go Green' jugak lagi? hehe...

Cantiknyapurple said...

ober betul makcik perasan diva yang pakai tudung kaler biru seteraiking tu (lenkali pakai tudung hitam atau color cekelat).tak sedar diri kaki dah senget sebelah,balik tu sempat lagi pegi soping ;-)