Showing posts with label they say. Show all posts
Showing posts with label they say. Show all posts

January 13, 2012

ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan



sy kira ada sesuatu yang ingin disampaikan. dalam lirik lagu ni.

sebuah madah dendam katanya. cerita tentang berkongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa. dan cerita tentang berkongsi warna mata tapi bukan warna hati.

cuma tak berapa paham kenapa ada cameo appearance oleh zizan. hik hik.

ape pun, sy rs sy suka dgr lagu ni :)

dan saya rs saya juga suka baca apa yang dia rasa ttg lagu ni di sini.

dan sejak kul tiga tadi tadi, lagu ni asik berkumandang melalui headfon yang ala ala senget ni...

*entry kedua dalam masa satu hari. ini jarang berlaku. tapi saya telah lakukannya! (mcm ayat jannah tak ayu? hihi) hmm. awat rs mcm terlalu byk bercakap pulak hari ni. mgkin perlu guna hak berfikir dulu sebelum hak untuk bersuara. walaupun cuma bersuara ni alam siber. ok. mari teruskan usaha menyiapkan PDA dan SKT.

January 11, 2012

cerita yang memungkinkan kita mabuk dengan mimpi indah yang nyalanya tidaklah selama mana pun

pagi ini hati saya jatuh chenta lagi. dengan satu entry di satu belog yang saya selalu singgah. bagai makanan jiwa. saya copy dan paste di sini.

Apabila musim itu pergi, kita tidak akan berada lagi di situ. Kita akan beralih musim ke musim seterusnya sehinggalah bertemu ke satu titik yang mereka katakan itulah sebuah permulaan untuk menuju ke keabadian. Tidak ada bekal atau ramuan melainkan penyerahan.

Kita telah memahami makna dosa juga pahala antara kita sesama manusia. Kita mungkin keliru tentang penerimaan Tuhan tentang apa dan siapa kita di sisinya. Apa yang dimahuNya dari kita melainkan kita ini dikataNya makhluk ciptaan yang teramat istimewa yang mana terkandung di dalamnya segala permainan umpama gedung permainan lengkap dengan segala rupa dan bentuk menggamit rasa dan nafsu. Kitapun bergelut untuk cuba memiliki apa yang dikataNya kuasa yang sebolehnya kita mahu menguasai hatta jika boleh kuasaNya juga.

Begitu jauh kita melangkah, itulah bezanya di antara pengembara ukhrawi dan duniawi. Cerita dunia ini semakin kita mencari semakin kita akan mencintai sehingga memungkinkan kita mabuk dengan mimpi-mimpi indah yang nyalanya tidaklah selama manapun.

Hari ini marilah kita ucapkan dan nyanyikanlah lagu yang akan lebih mendekatkan kita denganNya tanpa sebarang penafian lagi. Dan janganlah dikenangkan tentang hal semalam yang duka mahupun indah..

Kita di sini hanya sebentar cuma…



dah lama kot saya tak menulis. sebenarnya takdela selalu sangat menulis. kdg² ja pun kann.. tu pun tulis tah pape kann. hihi. takpelah kottt. dh mmg gitu belognya.. dan skrg ni, mungkin musim copy paste yg kunjung tiba. dah lama jugak ni.. jadi, raikan sajalah ye.. walaupun sentiasa ada kekeliruan di situ... :)

January 3, 2012

yang berlaku sekarang hanyalah gerak bergerak sebuah perjalanan yang dipanggil 'hayat'

saya suka baca ini. ucapan selamat tahun baru dari belog dia:

Jika kita berminat dengan sesuatu itu, kita jangan give-up dan berbahagialah dengan apa yang kita lakukan di dunia ini. Pandangan jika ada sinisnya jangan kita hiraukan kerana hanya kita saja yang tahu apa yang kita mahu dalam hidup ini. Hidup ini tidaklah panjang tempohnya, maka apa yang kita mahu sebenarnya? Jika kita merasa cukup dengan apa yang kita ada mengikut ketentuanNya, saya rasa dunia ini sudah kita miliki walau bukan sepenuhnya, ia sudah memadai. Janganlah bandingkan nasib kita dengan nasib orang lain, itu tidak adil sebenarnya. Kita perlu lebih relaks dan dengar setiap detik jantung kita yang berdegup. Itu lebih baik dari kita suka mengambil tahu hal yang tak sepatutnya kita tahu mengikut faham kita.

Selamat tahun baru kepada pembaca blog pestajiwa. Berpestalah kita meraikan hidup ini kerana jiwa itu sebenarnya hanya sukakan kedamaian dan Dia tidak memerlukan apa-apapun, Dia let go kepada kita untuk menguruskan apa yang kita mahu dan suka.



^^

Berpestalah kita meraikan hidup ini ~
cheers ebelibadi!! ;)



gmbr blur. shot using bbf.
title: quoting wakjono!

November 2, 2011

senyum. kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali. kalau kita senyum, semua orang berjangkit. bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit.

zahiril adzim kata,

fared ayam kata kat dia,

"Apapun yang kita pegang dan percaya dalam hidup kita, kita kena berani persoalkannya kembali. Sebab kalau meletakkan diri kita sentiasa betul, kita akan jadi seperti mereka yang kita benci."

.
.
.
.
.
.
.

kepada sy: kenapa perlu ada dan masih ada 'mereka yang kita benci' itu....

sakit penyakit ke tu -.-