Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

April 8, 2014

lima hari di perth. itu ini begitu begini.

amaran: entry ini panjang dan banyak gambar. huhu

bismillah.

pertama kali menjejak kaki ke bumi australia. perth jadi destinasi pilihan. cewahh. kemain intro nya. hehe.

tiket kapalterbang sy beli dua bulan lebih awal, 
PEN-KUL return 87RM 
dan KUL-PER return 730RM
asalnya takdak makan dan takdak luggage
sy add on dua menu, chicken teriyaki dan chicken satay for 26RM.
dan sy jugak upgrade seat saya thru optiontown.com
tambah 64RM utk dapat one straight row, which is the three seats, so boleh baring, hihi

ini bukan trip backpackers atau independent traveller. ini trip seorang independent flyer, bersama keluarga rakannya. hihi..

sbnrnya sy menumpang trip bersama keluarga jiran lama saya. mereka bersembilan (tudia!) ke sana melawat anaknya yang dok stadi di murdoch university. tapi depa naik different flight, dengan MAS. anaknya - eia, a.k.a aunty zie (hihi) bersama suaminya udin dan 3 org anak, budi, suci dan caliph, dah lebih kurang 2 tahun berada di sana. pergerakan kami di sana menggunakan sebuah van 12 seaters dan sebuah kia carens / sebuah honda civic. pemakaian tali pinggang adalah sangat diutamakan sbb denda jika tertangkap tidak memakainya dikenakan sebanyak AUD500 (RM1,500 baq hang! huhu). harga petrol di sana adalah sekitar AUD1.56 seliter (kalau ikut rate kita mmg la mahai, tp kalau ikut pendapatan per kapita di sana, rasanya adalah murah sekali dongs!)

ok, entry ni dibuat sbb saja nak share, ke mana, di mana, dan apa aktiviti sepanjang lima hari berada di sana (tak termasuk perjalanan pergi dan balik)

so here it goes~

hari pertama (jumaat): airport, bentley, hilton, cottesloe beach

ketibaan di airport perth pukul 5.45 pagi (flight 12.30 malam dari lcct, dengan air asia la kan)
bersubuh di prayer room berdekatan dengan arrival hall. boleh tanya dgn janitor/cleaner kalau x jmpa :)
bersih biliknya. ada tempat wudhu' jugak kat dalam tu. cuma satu ruang, berkongsi lelaki perempuan.
suhu di luar masa tu 15 degC. wihuu.. 


dijemput oleh aunty zie, terus ke penginapan di bentley. ini rumah alya. dia kawan aunty zie yang masih bljr jugak kat sana. kat bentley, sy tido. mandi. rehat skejap. tghari langsung ke rumah aunty zie di hilton. makan nasik daging. yayy! :)


lepas kekenyangan dan rehat² sekejap, aunty zie bawak ke cottesloe beach. ada sculpture by the sea di situ. ramai org lepak² sambil makan fries. huhu. tujuan utama, nk tgk sunset. ya, indah sungguh lukisan alam.



ayaq laut dia, sejuk mak aii.. bestnya lah kalau boleh mandi. tp segan la plop nk mendugongkan diri. haha. so tgk ja la budak² kecik tu berendam. ish ish. jeles sungguh.. habis sudah hari pertama. balik ke rumah aunty zie utk dinner, dan kemudian kembali ke bentley utk mandi dan rehat dan tidor!

berikut adalah summary utk hari pertama. lebih kurang laa. haha..

(maaf, peta ni lbih kurang ja, sbb x reti nk set point shj, tepaksa buat direction. abaikan yang Walk 7 hours tu, haha)


hari kedua (sabtu): market city, e shed markets, fremantle market, swan river

pagi pagi hari kedua, lebih kurang pukul 6.45 pagi, udin (suami eia) bawak part of the team (5 org saja, yg lain x ikut) ke pasar, org kita kata market. hehe. di market city. bersih tempatnya. berasingan pasar ikan, pasar daging, pasar sayur dan pasar buahnya. kami dapat 'tangkap' sekor salmon, sekor siakap, beberapa ekor ketam dan oysters. dan beberapa kilo daging jugak. haha.


balik dari market ikan, sementara aunty zie nak siap siapkan makanan untuk dibawa ke piknik, udin bawak sebahagian team ke e shed market dan fremantle market. beli souvenirs dan tgk² org berseni. fremantle market tu lbh kurang mcm pasar seni kita jugak la kot. sana sini org buat street performance, especially busking. siap ada sorg makcik ni nyanyi lagu soprano lagi. haisshhh.. impressive sungguh. huhu.





balik ke hilton, lps late breakfast serba sedikit, petang tu, aunty zie bawak geng pegi piknik barbecue di the swan river. angin punya la kuat. hehe. tempat tu disediakan dengan tmpt nk bakar ikan/daging. cuma kita lapik la sikit dengan aluminum foil dan kertas. pakai letrik mendanya tu. bagus skali! huhu. 

so inilah dia aunty zie yang sedang membakarkan daging utk geng geng semua makan. yayy! 

ohoi.. sedapnya lah salmon dan daging tu.. indahnya kalau kat sini pun boleh beli salmon mcm tu hihu...


angin yang kuat pd hr tu telah mengundang ramai kite surfers dan wind surfers untuk beraksi di situ. kagum jugak makcik melihatnya. hehe. meriah gitu.


swan river ni luas. macam laut pun ya. airnya pun masin. tatau la pesaipa disebut river. belum sempat kaji. mgkin satu hari nnt. huhu. dan mmg ada byk swan di situ. black swan.


sekian hari kedua. malamnya rehat rehat sekejap di hilton. makan apa yang patut. dan balik bentley. mandi dan tido! hihu.

dan ni pulak summary utk hari kedua:



hari ketiga (ahad): belmont forum, king's park, mill point (sir james mitchell park), spudshet jandakot

hari ahad ialah hari pasar pagi. pasar pagi ni jual mcm² brg, terpakai dan baru. menarik jugak. mcm car boot sales. tp dibuat di parking lot. ada mcm² brgn rumah, baju, kasut, henbeg, pokok, buku, basikal budak, mainan dan mcm² lg. so sempat 'menangkap' sebuah buku resepi dengan harga 1 dollar. hihu. sampai skrg belum penah try masak lagi. haha. mgkin satu hari nnt inshaAllah. hihu~


asalnya nak ke caversham lps balik dr belmont forum tu. tp disebabkan sudah agak kelewatan, aunty zie tukar plan. lunch dulu di hilton dan kemudian piknik di king's park. ok je macamana pun. hihi. inilah budi, suci dan caliph. amazing kids :)


balik dari king's park, singgah kat sir james mitchell park, dkt mill point road utk tgk city. sbnrnya ada terpengaruh sikit dengan gmbr nite view yang orang dok share kat fb dan blog. tapi x smpt nak gelap, abah aunty zie ligan semua balik magrib di rumah. hihu. maka amik gmbr pre nite view saja lah. ada kecewa sikit. tp xpa lah, nnt bole cuba lagi T_T


balik ke hilton semula. dinner. dan lepas dinner, aunty zie bawak ke spudshed di jandakot. kedai tu 24hrs, lebih kurang mcm 7e la kot kan, tp jauh lebih besar dan lebih convenient. :) lepas beli brg sikit, balik ke bentley untuk rehat dan mandi dan tido. 

so ini summary hari ketiga :)



hari keempat: caversham wildlife park, the blueboat house at matilday bay, sir james mitchell park (lagi!)

wah, dah hari keempat. sat saja no. hihu. pagi² semua dah siap² nak pegi caversham wildlife park. bayaran untuk masuk ialah AUD25 untuk dewasa dan AUD11 untuk kanak² bawah 12 tahun. dan haiwan yang paling excited untuk dilihat ialah kangaroo dan koala bear la kan. hihu. ada juga binatang² lain, cthnya wombat, ular, owls, kuda, biri-biri, llama, dan byk lah lagi, hihu. dpt tgk show sheep sheering jugak. menarik! :)



lepas piknik lunch di caversham (makan ayam masak merah yang berwarna kuning, sedappp.. hihi) kami balik ke bentley untuk rehat sekejap. lepas dah segar sikit, lbh kurang pukul 5 ptg, terus ke matilda bay pulak, untuk ke the blue boat house. yayy! ni pun sbb terpengaruh dengan gambar di net. sy request aunty zie bawak kami ke situ. timakaseh la aunty zie ya hihu~



lepas hr dh nk gelap, jalan kaki balik ke van, dan aunty zie bawak semula ke sir james mitchell park. yayy! akhirnya, dpt jugak amik gmbr nite view. hihi. walaupun x da la santek sgt gmbr yg sy amik ni, tp, ok la kan.. nama pun amatur. cewahh.. :)


lega dah dpt tgk nite view, maka kembali semula ke hilton. makan. dan lepas tu, kembali ke bentley. mcm biasa, mandi, dan tido~

dan ini summary day 4. :)
 


hari kelima (selasa): murdoch university, westfield carousel

ok, sy bgn awal, ikut alya ke hilton, tolong aunty zie masak² sikit pagi tu. dh lepas mkn dan siap², aunty zie bawak pi murdoch university. cari kedai buku, beli pen, buat kenangan. hehe.


dah dpt beli pen, aunty zie bawak the whole geng ke westfield di carousel. mall yang agak besar, ada byk kodai dlm tu, termasuk k-mart dan coles. so sy jln² saja, tlg tgk² budak² dan mkn² apa yg patut hehe.. aunty zie beli barang sikit untuk buat yong tau foo. yayy! tapi takda gambar yong tau foo pulop dalam simpanan. hehe. sedap benor makan sampai lupa amik gmbr la tu. hihi.

mlm tu, lepas dah salam² semua ahli geng yang menetap di hilton, sy balik ke bentley, rehat, mandi mandi dan pack barang. siap² untuk balik the next day.

so summary day 5:


hari terakhir (perjalanan balik): bentley ke airport

pagi² sebelum subuh lagi sy dah ke airport. aunty zie hntr jam 4.00 pagi. hihu.

alhamdu lillah, semua aktiviti selamat, pergi dan balik. cumanya sy kena caj AUD45 di airport masa hala balik, sbb katanya hand carry sy overweight - 11kilo. T_T kecewa. sebab ms naik KUL-PEN ok ja pun. sy cuma bawak backpack 45L. berat sikitla sbb beli garam 2.5 kilo. haha. hmm, nmpknya strict jugak makcik oz yang jaga gate di airport perth tu. takpalah, dh malas nk fikir. dah byr dah pun T_T

terima kasih kepada semua, aunty zie, udin, alya dan keluarga aunty zie, sudi bagi sy join trip bersama family. walaupun x sempat makan fish & chips dan pegi sandboarding, sy dh cukup happy. hihu. maaf sekiranya menyusahkan. ada rejoki lagi nnt kita pi pulak no.. ;) timakaseh jugak kepada keluarga sy yg sudi menghantar dan menjemput di epot penang. hihi.

ok. tu saja. semuga bermanfaat.

sekian :)



p/s: oh ye, kalau ada yang berminat nak tau pasal penyewaan van 12 seaters dan jalan² sekitar perth, mungkin boleh cuba hubungi aunty zie, hihi. nnt sy bg contact number. ;P


June 10, 2013

mengeKIL dari sungai petani ke pulau pinang via kulim. lagi entry tentang keterujaan. :P



berbaloi baloi den 'pinjam' gelfren opismet den (eh, jgn salah paham, den bukan gay! haha) ajak tengok wayang di pulau pinang. perniagaan yang menguntungkan sbb dia byrkan teket wayang dan belanja den minum kat secret recipe, keh keh. terima kasih sohabat sohabatku. semuga dimurahkan lagi rezekinya~ mudah²an ;P

muvi yang mengujakan. dengan hero dan heroin dan watak watak tambahan yang menyelamberkan diri dalam kesungguhan pembawaan watak. hik hik. (over skit, sorii) cerita biasa yang luar biasa. (over lagi, haha)

people say 'cute' means 'ugly but adorable'. but this KIL movie is definitely not ugly, and absolutely adorable! the cuteness and sweetness of Akil and Zara rushes the adrenalin a bit.

hati berbunge dan senyum sampai ke telinge.

nak pulak bila @rdzaminhat reply twit: terima kasih pumpkin.

hahaha.. mmg den poyos. sorilah yaa. haha..

great one nik amir & rewan ishak and the whole team. make more movies please. hihi...

go KIL yourself! you may love it. :P

May 7, 2013

promosi buku: mudahnya mengemas rumah oleh dahlia syahrani md yusof

hihi. tetiba jadi ejen promosi pulak ye. mungkin boleh mintak royalti dari penulis bersama buku ni nanti. keh keh. dia siap otografkan buku yang saya beli. hihi. saya la pun yang mintak dia otografkan, walaupun dia co-author saja. hihi. teruja bila kawan-kawan berjaya publish buku.. haishhh~

saya tahu, kawan-kawan saya pembaca belog ni semua mmg dah terer mengemas. masing-masing kita dah ada cara tersendiri untuk mengurus rumah. membeli dan membaca buku ini bukan bermakna kita takpandai mengemas, cuma untuk tambahkan pengetahuan dan semuga dapat diamalkan dan dimanfaatkan bersama. tak gitu? hihi... dan suprisingly, mmg ada beberapa perkara baru yang dpt sy belajar dari buku ni. (cewah, over tak promote? hihi. tapi ini serius, bukan main main, hehehe) dan kepada kaum-kaum suami dan bapak-bapak yang sudi untuk membantu, pun sesuai membaca buku ni. :P

yep! dari segi penerangan yang diberikan, memanglah mudahnya nak mengemas rumah. panduan bergambar secara detail. kagum saya. terima kasih atas kesudian perkongsian ilmu yang mudah mudahnnya bermanfaat untuk semua. satu malam saja saya berjaya khatam buku ni. dan pagi tadi, katil saya lebih kemas dari selalu! hahaha~ semangat jugak bila beli buku macam ni. terus rasa nak overhaul bilik tu :P

tinggal rajin ke tak saja lahhh.. hiuhiuhiu~

dan inilah bukunya.. nipis saja, tapi padat dengan info ;P




dah selosai baco buku ni, baru saya teringat, dulu penah kawan saya ni datang tumpang guna mesin basuh di tempat kami. setiap baju yang nak dibasuh tu diterbalikkan dan dikibas kibaskan sebelum dimasukkan ke dalam mesin. melihat itu, saya menegur:

saya: rajinnya awak dok bagi terbalik semua baju. siap kibar kibar lagi. hihi
nurin: oh ye ke? saya dah biasa kot kak. mak saya memang suruh buat macam ni.
saya: (hehe, saya tau, tapi saja je yang malas nak buat :P)

beruntung makcik ada anak yang rajin dan dengar cakap makcik. sampai berjaya terbitkan buku. haishh.. kagum sekali lagi~

tahniah nurin naurah md yusof dan adik beradik. 
selamat membeli. selamat membaca. dan selamat beramal!



p/s perojek buku masak masak yang satu itu apalah khabarnya agaknya..? -.-"

May 6, 2013

di suatu tengahari di tempat kerja yang tadinya gelap sebab lampu rosak tapi sekarang dah cerah selepas lampu dibaiki. eh! panjangnya tajuk.

langit mendung pagi tadi. tidak secerah semalam.
hujan kini membasahi bumi di sini.

tidaklah semestinya membawa makna yang tidak baik.
kerana mungkin di kala ini, ada yang lebih memerlukan hujan ini,
berbanding dengan yang memerlukan sinar matahari itu.
dan inilah yang terbaik di waktu ini.
esok, kita belum tahu lagi.
dia lah yang lebih mengetahui.

(sejuk sejuk ni, sambung lena sedap kot weh? :P)

p/s
salam takziah azirul dan keluarga atas kehilangan adik tercinta. al fatihah.


March 29, 2013

bila musim baru tiba, sama sama lah kita meraikannya

ehem ehem :)

salam hari jumaat yang penuh barokah, mudah²an... semuga segala tugas dan kerja yang dilakukan diberkati dan dilimpahi rahmat dan karunia dari nya..

hari ni half day lagi, hiuhiuhiu.. dah tiga hari berturut berhalfday. jadi setiap hr mai gheja rs mcm hari isnin. haha. ada kaitan tak? ;P ini semua gara gara mama berkeputusan berholiday bersama adiknya dan anak² sedaranya ke london dan paris. amboiboii. meriahnya hidup berjalan jalan makan angin di musim dingin.. hiuhiuhiu..

oh ye, wiken pun dh hampir sampai, maka bercutilah dua hari yaa.. oh indahnya lah, hihi.. kalau dpt p big bad wolf ni menarik jugak. tp sapa pulop nk tggu ayah kat rumah? -.-"

dan di hari jumaat ini, sama sama lah kita hadiahkan fatihah untuk saudara mara dan sahabat handai yang telah kembali bersama yang abadi dan yang masih ada bersama kita. mudah mudahan senantiasa kita dilindungi di dalam keselamatan dan kerahmatan..



ehem: harap harap mama bawak balik souvenir yang ni lah kali ni. eh! keh keh~


p/s tahukah kita 'Good Friday' sebenarnya adalah hari memperingati hari Nabi Isa aka Jesus disalib.. alfatihah.




December 21, 2012

cerita tentang langkah kanan. dan hari yang pedas tetapi indah. :P

semalam 20.12.2012, kiranya hari yang agak pedas. hihi. begini kisahnya..

sebelum ke tempat kerja, ciksarah menyinggah di rumah sohabat di bhgn utara sungai petani untuk mengambil buku yang diorder mggu lepas. buku apa? err.. buku syair pujangga. keh keh. taksangka pulak akan dijemput untuk bersarapan di rumahnya. hihi. kebetulan memang belum makan apa² di rumah. oh oh.. orang tua² kata, langkah kanan. hihi. dan menunya: nasi lemak dengan sambal tumis udang dan telur rebus. oh oh.. memanglah lazatt. nak pulak mmg sohabat tu terkenal dengan kehebatannya memasak sebarang jenis makanan. habaq saja nk makan apa, semua dia boleh buat. hihi. minum pulak dengan air teh o panas, haishhh.. sepertinya makanan dari sorga. hihi.. habis sepinggan, dipelawa oleh sohabat ciksarah untuk tambah nasi. oleh kerana sudah agak kekenyangan, ciksarah menolak pelawaan tersebut dengan ayat ini: "takpelah kak. dah kenyang. err.. bungkus boleh?" haha. dan dia dengan senang hati membungkuskan nasik lemak yang sodap tu ke dalam tappawey untuk dibawa ke tempat kerja. hihi. rejoki! :P

balik dari tempat kerja pulak, ciksarah menyinggah di rumah seorang lagi sohabat di selatan sungai petani untuk mengambil bahan bacaan. cewah, macam rajin benor membaca. dah pagi tadi pun amik buku kan. nak bat mcmana. dah tertulis begitu kisahnya utk hari semalam. hehe. mula² dijamu dengan secawan kopi mahkota dewa dan biskut lutut. oh oh, mmglah sedap. lepas sembang² lebih kurang 10 minit, dipelawa pulak ciksarah untuk makan nasi bersama gulai lemak ikan nyok² putih. dan ikan patin goreng jugak! feveret! oh oh.. sangatlah enakk.. hihi. dan sekali lagi, bak kata org tua² langkah kanan lah jugak kot ye.

syukurlah tu, dua kali langkah kanan hari semalam. bukanlah bermaksud kaki kiri tak melangkah. hihi. saja nak kongsi cerita saja. hari yang indah, sebab dapat makan makanan yang sedap. hihi. cukup pedas kan? sambal tumis udang dan masak lomak ikan nyok². mmg pedas, tapi tu lah yang mak encik suko! ;P

maaf, takda gambar. teruja untuk makan, mana sempat amik gambar. haha.

cheers. semuga hari² mendatang lebih indah buat kita semua.

trivia: agaknya ciksarah dah habis baca ke buku dan bahan bacaan yang diambil tu? :P

November 26, 2012

kisah mereka di sekeliling saya. kisah kau, aku, dan dia.

ada sorang sohabat saya yang bakal/sedang melangkah ke fasa baru dalam perjalanannya. den raso tak lamo laie dio akan jd propesor, ado ponah dipost dlm entry terdahulu. hihi. semuga berjaya wahai sohabat dan dipermudahkan urusannya.

ada sorang kakak saya yang telah menghapdet belognya yang telah sekian lama sepi. ado kesedihan di situ, tapi saya tahu, dia akan terus kuat menghadapi perjalanannya. semuga terus tabah kakak.

ada sorang adik di utp dulu, dia meninggal kemalangan jalan raya tak lama lepas aidilfitri tahun ni. hari ini, ulangtahun dia, dapat notification dari fesbuk. semuga sejahteralah ke atas ruhnya, mudah-mudahan..

ada sorang bekas pemain ragbi kebangsaan wanita yang menjadi top seven dalam masterchef musim kedua. saya kira percaturannya mungkin tersilap. mungkin terlalu mencuba untuk membuat kelainan, dan akhirnya dia terperangkap sendiri. tapi bagi saya, dia tetap antara yang terbaik. semuga terus berjaya, demi cinto pada masakan. :)

ada sorang pakcik, yang saya kira mungkin sedang melalui fasanya yang tersendiri dalam perjalanannya. cumanya ada sorang lagi sahabat yang mungkin belum dapat menerimanya. semuga terus bersabarlah wahai sahabat, wahai pakcik. dan semuga kita semua diselamatkannya dalam perjalanan kita ni.

ada sorang adik di rumah, yang pegi ke haatyai mengikut suaminya bertugas. pulang membawa sebeban pelastik dengan barang yang disoping, sambil berkata kepada den, "tengok ja lah nohh". tak mengapalah, den paham, tapi kalau den poie ostolia nnt, jgn an nak memosan apo2 dari den. tengok yo lah apo yg beli utk diri den sendiri yo! haha.

tu sajo lah kisah kita. ado laie nnt den poskan kemdian yo.

kisah kau, aku, dan dia.. akhirnya menjadi kisah kita.



July 6, 2012

Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success. - Henry Ford


naik bas, tukar hadiah, trekking, turun naik bukit, redah hujan, makan makan, mandi laut, main bola, lepak lepak, naik bot laju - beronok ronok, beramai ramai.

hmm.. mmg nyamann~ hik hik..

terima kasih dan tahniah semua! :)

"a team is more than a collection of people. It is a process of give and take." 

cewahhh!! hihi.




p/s: tajuk skema skit. haha. italic quote is of Barbara Glacel & Emile Robert Jr.



gambar: credits to rahayurazak

March 26, 2012

saya kira ianya adalah kerana kasih sayang. dan cinta kepada dan kerana Nya. mungkin itulah yang mengisahkan apa yang terkisah.

hari ini hari kelapan 'berkampung' di loji pandu satu bangunan fasa dua. ada sebuah oven besar yang mampu membakar sehingga suhu seribu empat ratus lima puluh darjah selsius. panas. memang panas. bahang terasa sampai dalam mimpi. haha.

proses penyejukan sudah masuk hari ketiga. lama betul. entahlah sampai bila. sukar nak menduga. tapi dari perkiraan saya yang bodoh ni, mungkin lusa baru siap. aduhai. kerja teruk macam ni, boleh lari malam dibuatnya. huhu.

sebenarnya nak buat entry pasal muvi yang saya tonton awal bulan hari tu. ya. bunohan. tertangguh kerana ada satu peristiwa yang lebih terkesan telah berlaku. kemudian nanti saya kisahkan, jika diizinkannya. sy bukan nak buat review atau bagi ulasan secara professional. sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman saya yang tidak seberapa ini.


mungkin saya ada sedikit overexpectation sebelum pegi menonton. (bukan maksud saya ianya underrated, cuma adrenalin saya sentiasa merembes agak kencang dalam tempoh selepas tayangan perdana muvi tersebut sehinggalah saya pegi menonton sendiri di bioskop. haha. excited terlebih kott). lawatan ke bioskop kali ini masih bersama geng yang sama, puan kecik dan suaminya :)



muvi selama lebih kurang satu jam tiga puluh minit itu telah membuat saya berfikir selama lebih kurang dua minggu (ya, lebih kurang tiga ratus tiga puluh enam jam. haha). sinematografi dan pelakonnya, pada saya, memang hebat. hampir sempurna. saya agak selow untuk membuat kesimpulan dari cerita itu di hujung muvi, semasa credits dialirkan di layar. hampir berhenti degup jantung sebab terlalu keras memikirkan apa kesimpulannya. akhirnya, pada hari itu, saya memaksa diri saya untuk menyimpulkan yang cerita itu adalah cerita sedih. ya. sedih. sebab ramai yang mati. termasuk hiro pujaan hatiku sejak zaman sekolah rendah, faizal hussein. huhu.


saya tidak puas hati. bukan dengan penceritaan atau kisah atau pelakon atau apa apa yang dipersembahkan pada saya pada hari itu. saya tidak berpuas hati dengan kesimpulan yang saya buat. mana mungkin muvi ini cuma dapat memberikan kesan itu pada saya. hihi. over betul saya kali ni.


sampai hari ini saya masih kadang kadang fikirkan apa yg disampaikan dalam muvi tu. ianya seperti menonton cerita orang putih. macam pursuit of happyness mungkin? atau john Q? ya mungkin. ada banyak meses yang disampaikan di sebaliknya. ada penceritaan di sebalik gambar yang dirakam oleh videografer. meses yang besar.


tu sajelah yang saya nak sampaikan. seperti mahu mensubscribe di astro first jika available nanti. akan ku tunggu~ huhu..


terima kasih kepada dua orang sahabat itu yang sudi bersama menonton dan pening sama-sama selepas abis siaran. hik hik.


keseluruhannya, saya suka muvi ini. tahniah semua yang menjayakannya!


cheers!


February 22, 2012

you will never know how you touched people's heart in passing but you will always knew when somebody touched yours...

kecik pulak streamer ni. tatau camna nk besarkan. huhu..

bole klik kot utk view yg lebih besar ;)

kali pertama akan digunakan untuk pogram hari sabtu ni. di usm :)

semilan pagi sampai tujuh petang.

jomle reramai ke sana~

bersempena dengan perayaan 35 tahun psscm usm.

akan ada malam pendekar (25 februari) lapan malam.

dan konvensyen psscm peringkat kebangsaan (26 februari) lapan pagi.

semuanya akan berlangsung di dewan tuanku syed putra ;)

jejomm ye!



title hari ini: credit to suhanazam ^^

February 14, 2012

the moon is dancing among the clouds, and my dreams are braking. but i know i live today.

perasaan itu bercampur campur. nak kata sedih, sy masih lagi tersenyum. sy nk mereka tahu, sy tumpang gembira bg pihak mereka. tercapai juga hasrat dan impian mereka. nak kata gembira, mata saya tetap berair dan hati sy ada terasa sebak. entahlah kenapa. mgkin juga itu dah semulajadi kejadian sy, sedih bila tgk org lain sedih. tapi yang pasti, perjalanan mereka semalam selamat. (dan sy pun selamat masuk opis pukul 9.40 pagi, hihi. takpe, sbb hr ni kena balik pukul lapan malam :P)

dan hari hari mendatang, kehidupan pastinya akan diselang seli dengan perasaan ingin tahu dan tertanya tanya, bagaimana agaknya dia kat sana. seribu impian mereka diiringi seribu harapan juga dari kami di sini. harapan agar semuanya selamat.


dan semalam, masa hantar an-nur, kak sham, abg fandi dan amoi cun (bak kata abgfandi dalam blog dia, heh) itu di balai berlepas epot sepang, saya rasa, an-nur mungkin sedang menyanyi-nyanyikan lagu ini kepada kami ;)


selamat meneruskan perjuangan an-nur!! we heart u. though the old dreams were broken, new ones will always appear. and the moon will always be dancing among the clouds above u.. till we meet again, take care. u go girl! ^^



p/s: to kaksham & abgfandi, timakaseh pakaikan dia dgn baju itu! huhu. hatiku berbunga bunga sampai ke pagi~


January 9, 2012

hati tumpang gembira untuk seorang kenalan yang bergelar kawan

hari ini, saya rasa hati saya ada rasa gembira.

untuk seorang kenalan yang bergelar kawan..

:)

semoga hari hari mendatang lebih tenang dan bahagia untuk izzah sekeluarga..

^^


November 17, 2011

memandang rendah boleh membawa kepada sesuatu yang benar-benar buruk. sila jangan menghukum.

saya nak mintak maaf. sebab bila disukat semula, saya rasa, saya memang takmampu nak buat keja ni. walaupun saya memang suka.

tapi seperti ada banyak kekangan. saya bimbang hasilnya nanti akan mengecewakan kita semua. dah lebih seminggu saya fikirkan dan cuba usahakan.

jadi sebelum keadaan jadi lebih terdesak, memandangkan masa yang semakin suntuk, dan kita mungkin takkan dapat jumpa jalan penyelesaian, saya rasa, sudah tiba masanya saya ingin mengambil satu langkah aside. mcm langkah bentuk V dalam buah kelima.. (harapnya begitulah)

dan semoga dengan langkah ini, kerja tu akan dapat diselesaikan dengan keadaan yang lebih sempurna. dan lebih baik. harapnya begitulah. semoga dipermudahkan.

moral of the story: underestimation may lead to something really bad. don't prejudge.

really am sorry.


October 12, 2011

walaupun keputusan yang pahit gitu, kita telan yang manis-manis jerrr.. kelass kau jahh~

ini gmbr geng ping pong yg sy join utk tournament interdivision di sah halam hjg mggu lepas.

ini gmbr team A:


ini gmbr team B:

ism4rul kata, team B ni team belen. team sy la tu. hihi.

walaupun gmbr team A nmpknya lebih bercahaya drpd team B, dua-dua team kami tewas di pusingan pertama. huhu. takdpt masuk semifinal. jd kami balik awal ke kulim hr sabtu tu. :) takpelah. yg penting, pengalaman dan semangat kesukanan. kdg² tu sbnrnya kita bukan tak terer, tp ada yg lebih terer dr kita, huhu. dan bak kata VP yg merasmikan pogram hr tu:

orang yg bersukan adalah orang yang berjaya mengawal emosinya. kerana dia bersedia menerima sama ada kemenangan atau kekalahan.

;)

dan bak kata manager cum coach kami (yg selalu ckp diri dia kiut tu :P):

walaupun keputusan yang pahit gitu.....kita telan yang manis-manis jerrr..... (setelah diedit hihi)

dan ini sy dan partner sy, puan daya.. gmbr credit to kak sally. ini gmbr selepas bertungkus lumus utk 4 set, tgh tggu nk masuk set kelima utk game yg pertama. tapi kalahh -.-"


pape pun timakaseh le kpd yg mengajak sy men pingpong kali ni. walaupun dulu hamek ko-Q pingpong selama tiga semester, takde la reti pun. coach dulu pun x sure sama ada nk passkan atau failkan sy. tp dia kesian ja kot, maka dipasskan jugak. hik hik. tp jasanya ttp kukenang.. ;)

tahniah utk semua ;)

sy suka trip kali ni. taktau la kenapa. mgkin sbb semuanya ok² dan rilek² saja. jd, sy suka ^^

dan ptg td, ms driving balik dr upis, sy tiba tiba rasa kangen mao berping pong lg~ hik hik..

cheers ebelibadi~

p/s: dayah, i post jugak gmbr ni, utk kwn² yg x bole baca blog u, depa bole tgk kat blog i :P