Showing posts with label chenta. Show all posts
Showing posts with label chenta. Show all posts

January 2, 2012

satu pagi di hari isnin di tahun baru miladiah yang indah



indahnya pagi di tahun baru
dapat melihat senyum di wajahmu
tersemai rindu dalam kalbu
bila lagi akan bertemu...

terima kasihh.. :)

August 19, 2010

rindu pada kekaseh



semalam
ada satu rasa bertamu
tiba tiba seperti ada rindu
rindu untuk bertemu
terdetik rasa itu
sayu sungguh dalam hati
rindu sungguh dalam kalbu
tapi bagaimana...?
selawat dan salam atas junjungan besar
ke atas baginda
ke atas keluarga baginda
ke atas sahabat baginda

semoga ada kesempatan itu
untuk bertemu
walau terasa sungguh jauh sekali
dan tidak selayaknya diri
untuk menemui
kekasehNya itu...


*images were googled under masjid nabawi

July 23, 2010

hati bentuk cinta lagi




love is not just between two individuals of different gender,

but it happens with anyone who are actually bonded to each other,

relationship in family is love,

friendship bond is love,

when you respect and appreciate someone,

you actually show some love too,

look around you,

how many people do you actually love,

and you will realize that they are precious to you,

so people,

respect everybody you love,

appreciate them while you still can,

and,

love everyone around you as much as you want them to love, respect and appreciate you.


(quoted from jiji's blog)


December 15, 2009

epilog seorang ciksarah

salam.

orang kata, terlajak perahu boleh diundur. terlajak kata, buruk padahnya. ciksarah, mmg selalu salah cakap, sebab ciksarah selalu salah cara pemikirannya, yang selalu nk ikut cara sendiri dan kemahuan sendiri, tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. dan ciksarah, sepatutnya ciksarah tu kurangkan bercakap, atau berdiam terus. jangan pernah melukakan hati orang yang kita sayang dan orang yang sayang kita, terutama dgn kata-kata kerana ianya sgt bisa dan pasti berbekas di dalam hati. walaupun lukanya akan pulih, tapi parutnya tetap akan ada. tapi ada juga orang kata, kita memang selalu menyakitkan hati orang yang paling kita sayang. bukannya kita bermaksud pun, cuma kadang2 tidak sengaja, mungkin kerana kita tak berhati-hati. entahlah. tapi kdg2 bukan salah pada langkah yg kita ambil, cuma langkah itu terkena salah pada orangnya. kadang2 langkahnya betul tapi orangnya salah, kadang2 langkahnya salah, tapi orangnya betul, terlalu subjektif. yang pasti, hati kita ni, kita gantung pada apa. pada siapa. itu lah sbnrnya yg kita kena berhati hati selalu. sentiasa kena ingt. bila kita lupa, pastilah berlaku sesuatu yg tidak diingini. dan ciksarah, mmg selalu lupa. selalu sgt. tp apa pun yang telah berlaku, pasti ada hikmahnya kan. ciksarah tu, kena redha. rendahkan hati. buka minda sikit.

ciksarah sbnrnya rindu sgt dengan kwn ciksarah yang pernah dekat di hati. dan masih dekat. yang pernah bergelar kekaseh hati. entah mana dia pergi sekarang, ciksarah pun taktahu. ciksarah rindu.

December 4, 2009

permainan kah ini?

Pertemuan dan perpisahan
Menjadi lumrah hidup ini
Kita hanya merancangkannya
Tuhan menentukan segala

Ada yang berbahagia
Ada juga yang merana
Itulah permainan duniawi
Terimalah segalanya
Hormat-menghormati
Menjadi tauladan hidup ini

Kalau inginkan kebahagiaan
Wahai insan yang sedang
Berkasih dengarlah pesanan ini
Jagalah dirimu oh kawan
Semoga ada yang
Masih ingin menyayangi
Dirimu...

Kehidupan tiada akhirnya
Tiada juga ada yang kekal
Bagaikan mentari menyinari
Petang pulanglah oh ia...

awie-permainan duniawi

December 3, 2009

andai bisa ku kembali hapus semua pedih

seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksi

Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertaubat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan


andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih


andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski derai air mata

---

"Tp sy rasa dlm dri kta ada nur amina dan sarah.. Bezanya.. Mcm mana kta handle.. Itu yg kta nk cr skrg" (kecik)

---

fazira. bukalah mata, pasanglah telinga, celikkan akal. bijak la sikit...

December 1, 2009

hanya mampu sujud

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......

Hanya mampu sujud.....
(ku musikkan dalam kedua tapak tgn tu maksudnye ape ye? huhu... ciksarah, dgr tu mawi ckp, kita hanya mampu sujud je ciksarah.. tu pun dengan izin Dia ciksarah... ish3. kenapa la ciksarah ni...)
---
+: sarah, kenapa dengan sarah ni...
-: ...
+: sarah...?
-: mak.. kenapa dengan sarah ni mak...?
+: ....
-: kenapa sarah tak boleh jadi baik mak...? :'(

November 30, 2009

senyumlah ciksarah, senyum dari hati

opick kata, obat hati ada lima perkaranya...

Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

Sifu kung fu panda kata,

Yesterday is a history, Tomorrow is a mystery... Today is a gift... that's why it's called 'present'~ :) smile ciksarah. kerana senyuman pasti akan membahagiakan hati.

---

dia: senyum la sikit.. senyum pun susah ke... (senyum)
saya: hm, susah nk senyum ni sbnrnya.. brp thn sy bljr nk senyum.. (senyum)
dia: hm, tu yg susah tu. sbb mkn tahun.. (senyum)
saya: (senyum) (bertahun sy bljr utk senyum, sehinggalah sy bertemu awak.. senyum itu menjadi mudah bila ada awak.. terima kasih kerana ajar sy senyum.. senyum dari hati...)


---


next movie stop!


ada sorg kakak suruh ciksarah tgk. dia kata muvi ni sesuai utk ciksarah. yang tgh mem'bella'kan diri sekali lagi! hmmm..

---

opick dan amanda kata, yang dicinta akan pergi, yang didamba akan hilang, hidup akan terus berjalan, meski penuh dengan tangisan... :'(

November 29, 2009

suatu masa?

Bagaimanakan ku mula Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan Ku ramas semua
Dan ku buangkan Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa Atau kau tak endah

Tapi ku percaya Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa Di hari yang indah
Ku hulur tanganku Lalu kau terima

November 27, 2009

satu petang di aidiladha

alhamdu lillah.. selamat dah sampai ke petang di aidiladha kali ni.. baru je balik dari rumah ustaz, bawak emir skali p ziarah ustaz, dia pun dh lama x jmpa ustaz katanya...

hmm.. not really in the mood of blogging.

smlm x keja. pagi pegi opis kejap, masukkan gas kat dlm TEM tu (bgn lmbt, mlmnya kubermimpi yg ngeri! ish). pastu ciksarah ke kedai kwn ciksarah, mkn2 sembang2. before noon ciksarah ke jusco dan menonton new moon (plan A berjaya dilaksanakan, ;) alhamdu lillah.. hopefully everything goes well.. taktau la mcmana nk explain. kdg2 bila kita buat benda yang salah, mmg kita tak rasa salah, sbb pada kita benda tu adalah betul, sbb tu kita buat jugak.. kat sini la akal dan perasaan kena diseimbangkan. seimbang bukan bermakna sama byk, tp seimbang tu ialah supaya pengawalan antara akal dan perasaan tu akan membawa kepada tindakan dan perilaku yang rasional dan matang, bukan mcm ciksarah selalu buat sebelum ni, hmm.. susah nk explain... tp perasaan ciksarah, ish.. susah la nk explain.. lebih teruk dari tekanan yg bella alami lepas edward tinggalkan dia tu mungkin! ish.. jiwa mmg kacau... nnt akan dtg ialah eclipse dan breaking dawn, series dlm twilight saga. dan hopefully dpt la tgk nnt insyaAllah.. dan harapnya, encik ciksarah dpt temankan ciksarah lagi nnt ye.. harapnye la.. mudah2an ada rezkinya.. entahlah...)

mlm smlm, mcm selalu, operasi memasak utk raya. smlm ciksarah masak kuah kacang dan rendang daging. utk dimakan dgn nasik impit dan ketupat palas. ok je la, rasanya mcm masin skit tp sume org kata ok, then ok je lah hehe. pg td pulak cobaan memasak nasik dagang nmpknya kurang berjaya, hmm.. nasiknya tak gebu seperti yg dijangkakan. mungkin sbb terlalu sendat sebab ciksarah terbubuh byk pulak beras dlm periuk kukus tu. jadinya beras tu dh mcm terbantut. kukus dkt 2 jam pun tak lembut nasiknye, huhu. tp bole je la mkn. gulai ikan teggiri pun ok2 je.. thn depan boleh coba lagi (hahaha, kalau ada permintaan la, rsnya takkan ada dah, ramai yg suka mkn nmpknya, bagus jugak, ciksarah pun x suka masak ns dagang, susah hahaha)

o ya, ritu ciksarah ada sebut pasal nk citer pasal kisah korban kan? hmm.. apa kisahnye ye, ciksarah pun x brp nk ingt. tp ada satu sms ni yg ciksarah dpt dari sorang junior ciksarah, saja nk share kat sini:

"Pengorbanan Nabi Ibrahim perlu dicontohi, Ketaatan anaknya Ismail wajar diikuti, kesetiaan Siti Hajar lambang kasih sejati, Erti pengorbanan mereka bersama dihayati"

korban ciksarah? entahlah, takpernah berkorban lg rsnya. semua yang dibuat seperti adalah utk kepentingan diri sendiri. ya, mgkin itulah hakikat yg sbnrnya.. belum pernah berkorban pun sbnrnya. hmmm...

selamat menghayati erti pengorbanan buat ciksarah, dari ciksarah.

November 19, 2009

kopi o & teh o ais limau

ish2. lamanya x update blog ciksarah yg sepi ni, hehe.. ciksarah rs pengunjung ke blog ni pun dah semakin berkurang. xpelah, ciksarah x kisah, yg penting ciksarah masih bebas utk menulis apa yg ciksarah suka tulis. hmm. so apa yg nk diupdatekan ye?

o ya, hr ni besday salah sorg kwn lama ciksarah, puan izzah ;) pagi2 lg dah diwishkan, sempat jugak dia membalas, hehe.. selalunya dia sgt sibuk dengan kerja dan keluarganya. ciksarah sgt terharu, hehe.

kerja? ok je alhamdu lillah. ciksarah ada pening2 lalat jugak skit lg sbb nk mengerjakan TEM yg agak kritikal skrg. beamnya ada problem. hm, slps dimintak opinion bos, nmpknya perlu ditukar filament yg baru. harapnya semuanya ok. kalau takde pape, maybe by next week atau next 2 weeks everything shall be fine insyaALlah. byk pulak sample masuk queue skrg. sbb apa tatau? mgkin dh hujung thn ni tiba2 semua org rajin nk wat research hehehe.. (selalunya hujung thn org sibuk buat paper nk pegi conference, termasuk la ciksarah ni, paper kena buat, poster pun kena buat, huhu... bunti mcm best je nk pegi conference, tp kalau hangpa nk tau, chek ni punya la ketaq setiap kali nk present paper kat dlm conference tu. ish3.. seb baik la kali ni chek mintak present poster ja, kuang3....) o ya, report yg sepatutnya dah submit last week pun masih tertangguh. ada gangguan emosi yg agak melampau, haha. tp dah ok alhamdu lillah. biasala.. kdg2 pompuan mmg ada gangguan emosi, tp kdg2 pikir, mcm lawak pun ada.. entahlah.. hidup, adalah sesuatu yg serius, tp sebenarnya agak melucukan jugak.. hmm, bak kata labu, selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja....~

family? alhamdu lillah.. sumernya ok2 je.. skrg kat rumah dh sibuk2 dgn persiapan skit2 nk kenduri boy (adik ciksarah) bulan satu nnt. ciksarah takde wat pape sgt pun, bg moral support je, kdg2 tlg2 kutuk2 skit hehehe... biasalah.. hidup, ceria skit bila ada kutuk mengutuk. selalu jd baik sgt pun x best jugak. kdg2 jd jahat, supaya kita tak le perasan baik, huhu.. (bole ke mcm ni? bole je kan.. kita yg pilih nk jd apa :P)

o ye, dh start skit2 amik gmbr, d80 kan dah pulang pulih. walaupun ritu mcm ada wat sengal skit, saspen jugak, mujur dia jd ok balik, ish3... ni ada selai yg nk ditunjukkan, hehe.. kat tepi sana tu pun ada jugak. subjek utama, cik nurul iwana, hehe.. dan menjawab kepada persoalan apa itu aperture dan shutter oleh salah sorg drpd teman ciksarah. aperture tu kan ritu sy ckp ialah bukaan penerimaan cahaya ke dalam kanta. shutter speed tu pulak ialah kelajuan bukaan aperture tersebut. hehe.. rsnya la, hahaha.. sekian ye kelas fotografi ciksarah kali ni...



orait, tu je stkt ni. entry kali ni ciksarah pening kepala skit, sebab tu ayat mcm ala2 k*ling! kuang3...

timekaseh kerana sudi membaca. be hepi yok! untuk diri kita!

September 30, 2009

mesti tonton! (wajib tayang)

semalam ciksarah menonton ini di tv3. bagus skali. suka sangat... lagu2 best, sinematografi best, emosi best. puisi itu juga bagus, tp sy x ingt semua baitnya...

"bisikku pada bulan, kembalikan temanku, kekasehku, syurgaku...
bulan jangan biar siang, biar malam kelam, jadi sepi, seperti aku..."

dan lepas ni, ciksarah mesti tonton ini pulak! mesti tonton!


dan mgkin ini jugak, kalau masih ada...


----
dua hari ni, ada hujan lebat, dan ribut jugak, yg dtg skejap2... bbrp kali dlm satu hari... di rumah dan tempat kerja. mungkin terkena sipi-sipi taufan Ketsana..

bukan kali pertama, bukan kali kedua. dah kali ketiga agaknya ni. tapi ciksarah masih x reti2 jugak, masih x faham2 jugak bagaimana caranya.. susahnya... tp org kata, bukan senang nak senang.. tapi yang ni termasuk jugak ke dalam kategori tu? hmmm... hmm... entahlah... hmm... tolonglah.. sy mntk maaf..

---

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Hebat dan amat mengagumkan sifat orang beriman, semua urusannya memberinya kebaikan, dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin, iaitu apabila ditimpa bahagia dia bersyukur, maka ia peroleh kebaikan (hasil syukurnya dia), dan apabila ia ditimpa keburukan, ia sabar dan baginya kebaikan juga." (Riwayat Muslim).

*o ya lupa nk mention, mmg sy suke tgk muvi afdlin, dia cif kodok sy, hehe

August 5, 2009

...

kejayaan melalui komunikasi!
(jumpa phrase ni di kilang s*mitomo masa lawatan ke shah alam bulan lepas :P)
maka berkomunikasilah fazira! jgn nebes! jadilah dirimu... bukan yang terbaik, cuma cuba memberikan yang terbaik...

July 23, 2009

taat ke Guru

taat ke Guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat...

selamat hari ulangtahun kelahiran buat Guru Utama...

---

memang susah nak buat. tapi kena jugak lalu. pasti ada hikmah yang kita tak nampak sekarang. jangan sampai kita yang merencanakan kehidupan kita. biarlah Dia yang atur. serah sebulat hati kepada Dia. petunjukNya pasti datang, jika kita mahu mencari... semoga rahmatNya sentiasa bersama kita... amiin...

July 1, 2009

bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah

bila segalanya dilakukan kerana Dia
kerana mengharapkan keredhaanNya
dan rahmatNya
dan demi kasih sayangNya
.
.
.
maka kita akan merasakannya...
bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah...

May 13, 2009

satu lagi peluang

alhamdu lillah, ciksarah diberi satu lagi peluang untuk 'menjual diri' ciksarah. ada jemputan menghadiri temuduga untuk jawatan tetap di syarikat ni petang esok. hmmm.. semoga segala urusan ciksarah dipermudahkan, amiin. jika ada rezekinya di sini, insyaAllah.. dua2 bos ciksarah memberikan sokongan yang penuh untuk ciksarah, sekarang terserah kepada ciksarah untuk perform yang terbaik. tolong doakan ciksarah ye. timekaseh~


dan ciksarah masih mengharapkan satu lagi peluang diberi olehNya. tunggu dan tunggu dan tunggu dan tunggu dan tunggu dan tunggu dan tunggu lagi. dan rindu lagi...

May 4, 2009

munday blues

ciksarah berada di dalam blues (mungkin)

ciksarah rindu
rindu sangat
sampai taktahu apa nk buat

ciksarah taktahu
mmg ciksarah taktahu
tapi ciksarah rindu
ciksarah rindu sangat

entah sampai bila

...

April 21, 2009

nyanyi nyanyi...

hari ni mood karaoke pulak, huhu.

Cinta Adam dan Hawa - Misha Omar

Cinta Adam dan Hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menggerakkan nurani
Mencari kasih suci
Sehingga kita yg tertinggal saling damba
Sentiasa rasa sunyi bersendiri

Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaan ku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku

Cinta Adam dan Hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya
Cinta Adam dan Hawa
Satu harapan, satu sandaran
Buat diriku rindukan dia

Kau yang aku puja
Kau yg aku cinta
Kasihku di Firdausi

Cinta Adam dan Hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menjadi saksi impian murni

April 14, 2009

dari ciksarah untuk ciksarah (supaya tidak poyo!)

Dari Abdullah bin `Amr bin al-`Aas, r.a , katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda: “ Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar taqdir sekalian makhluk sebelum ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut.
Riwayat Muslim dan Tirmizi

Huraian

1. Kita semua wajib beriman kepada qadha dan qadar kerana ia rukun iman

2. Beriman kepada qadar takdir ialah berusaha menjalankan segala undang-undang, peraturan dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t pada azali serta diputuskan hukum berjalannya apa yang ditetapkan itu.

3. Allah Taala telahpun memutuskan dan menetapkan bagi tiap-tiap satu natijah ada pendahuluannya, dan bagi tiap-tiap suatu musabab ada sebabnya serta bagi tiap-tiap satu tujuan ada jalan untuk mencapainya

4. Dengan yang demikian, sesiapa yang menunggu berhasilnya sesuatu dengan tidak melalui sebab, pendahuluan dan jalan yang mencapainya yang ditetapkan dan ditentukan oleh Allah bermakna ia kufur, tidak beriman kepada Qadar taqdir dan Qadha yang azali

(sv ciksarah yang emelkan, tiap2 hari mmg dia ske bg renungan kat seme staf kat ofis tu. huhu)

untuk ciksarah, supaya tidak lagi poyo. supaya tidak lagi mengada-ngada. mudah²an ada sedikit kesannya. terima kaseh kepada encik yang membuka mata ciksarah, yang mengetuk kepala ciksarah supaya ciksarah sedar. terima kaseh sekali lagi. ciksarah mmg poyo. ciksarah minta maaf sebab ciksarah dah menyusahkan encik... terima kaseh sekali lagi...

April 13, 2009

ciksarah masih di opis @ 5.45pm!

HARI INI ciksarah balik lambat! sebab apa? sebab keje ciksarah x siap! ciksarah perlukan imej dari SEM ni utk paper ciksarah. ciksarah kena siapkan paper utk hntr ke conference sebelum hr rabu ni. esok last day utk writing. rabu pagi bole serah kat sv utk cek dan harapnya pd petangnya bole la emel. huhu. tp ciksarah x bercadang untuk pergi ke conference tu pun, sekadar menghantar paper saja, dan sv ciksarah yang akan present. kenapa? satunya ialah bajet utk ciksarah pegi ke conference itu adalah dijangkakan tidak mencukupi. duit projek ada sangkut sikit, jadi ciksarah x sanggup la pulak nk mengambil risiko menggunakan duit sendiri dulu untuk membayar yuran dan travelling dan penginapan sepanjang conference berjalan 2 hari di kolumpo tu huhu... dan keduanya ialah, adik ciksarah yg no 2 tu akan melangsungkan pertunangan sehari sebelum conference. tp ciksarah pun x bercadang nk pegi ke majlis tu (nnt mesti ramai org tny knp adik dia dah tunang dan kakak dia belum! hahaha. dan ciksarah mala nk jawab..~ huhu) ciksarah cuma bercadang untuk menemani maktok di rumah saja. semua org akan sibuk ke jitra pada hari itu. jadi ciksarah jadi penunggu rumah saja.. hmmm...

HARI INI nk tau nape ciksarah tak balik² lagi dan beronline serta berblogging lagi di opis? sbb tgh tunggu SEM ni memvakum. lama la pulak.. aduhai...

SEMALAM ciksarah tido awal. jam 10! hehe. nk tau pukul brp ciksarah terjaga dari tidur? 1 pagi! haha. takkan nk bgn mandi dan bersiap ke tmpt keje kul 1 kan.. harusla tunggu alarm bunyi kul 6 jugak~!! dan hari ni ciksarah rasa mcm rajin pulak ciksarah wat keje sampai balik lmbt² mcm ni hehe. skali skala byr zakat kan, selalu sgt mengelat pun selama ni.. masa utk membayar balik.. mudah²an diterimaNya amiinn...

SEMALAM dan HARI NI ciksarah rindu. rindu sangat...