Showing posts with label salam. Show all posts
Showing posts with label salam. Show all posts

December 27, 2016

dari 2016 ke 2017

Aduhaii berabuk teruk ni belog ni hehe

Fuff fuffff fufff.. tiup habuk pun takkan habes!
Nanti vakum dan mop terus.

Saja nak pos selai entry sebelum masuk tahun 2017
Sebab 2016 takda entry langsung

Banyak sungguh war na warni sejak post yang lalu
Syukur diberi peluang dan ruang untuk masih terus berada di sini

Apa pun, semuga semuanya ok ok saja

Selamat menempuh tahun yang baru
Apa saja impian kita, capailah ia!
 ;)

Cheers!

Assalamualaikum



May 16, 2012

untuk meraih hari depan, kita mesti berani berkotor-kotor



yep yep. sudah bermula semalam di tvalhijrah. terima kasih @Afifah Fify yang telah menghighlightkan kepada geng tingkat empat. huhu.

suka... hehe. sy suka. walaupun agak kecewa dgn penggantian watak² utama seperti buk muslimah, ikal, lintang dan mahar, tapi dengan adanya pak harfan, akiong dan harun, (rasanya watak ini saja yang menggunakan pemeran yang sama) mungkin cukup untuk selalu mengingatkan saya kepada mereka ini:


mesti tonton! ;)

selamat hari guru kepada semua guru saya (walaupun tak baca blog sy, huhu) dan kepada semua yang bergelar guru (termasuk adik saya, nina yang dah nak jadi pengantin beberapa hari lagi, dan mak saya walaupun dia dah lama pencen, huhu).

jasa kalian tetap saya kenang.

dan bak kata pak harfan semalam: "untuk meraih hari depan, kita mesti berani berkotor-kotor!" (hihi, tiba-tiba kan.. pak harfan juga guru kann~)

terima kasih cikgu!


March 5, 2012

belasungkawa itu berasal dari perkataan jawa yang bermaksud pernyataan turut berdukacita atau pengucapan takziah. al Fatihah.

he's one of mama's lil brother. we used to be quite close. close in a sense that i felt the easyness and comfortability of him and his family being around. we seldom meet. but each meeting seemed to be very fine and pleasant. perhaps it was because of the sincerity of him being an uncle to me and my siblings. we seldom talk. after salam salam and asking 'apa habaq', then it would be just smiling to each other afterwards. huhu. but one word will surely came out from his mouth each time was - 'kesian'. i guessed that's just his way of showing his care towards us. hihi..

he suffered from a liver problem. it seemed to be quite serious months ago. but the docs kinda fixed it. until around four weeks ago, he had a sudden stroke. his hand was unable to move that the sons brought him to the hospital for a check-up. it was found out that there was a clot in the brain. they tried their best for him, the sons. and docs as well. to cut short, they had to remove the life support, as his heart was failing gradually. mama texted me at around 6.30 pm on saturday, 'un daud dah tak dak'. there was silence in the room, for a moment..

i drove up to kangar that evening. aunty decided to settle all the stuffs after isya'. everything went well. uncle daud had great wife, sons and daugthers, and daughter in laws, and lots of kind and helpful friends and neighbours around him in his life and during his moment of leaving the world. i could feel that there was quite a shock among them, of losing him in a sudden. yes, it was quite a sudden. but i believed that the family, and the friends, have always being ready of letting him go, uniting the creator.

al Fatihah to Kapten Ahmad Daud Dato' Haji Abu Bakar.




February 3, 2012

engkau pelita dalam gelap jiwa, engkau cahaya menerangi kelam dunia

Ya Nabi salam alaika
Ya Rasul salam alaika
Ya Habib salam alaika
Solawatullah alaika

Engkau cahaya menerangi kelam dunia
Engkau pelita yang gelap jiwa
Engkau kekasih yang didamba setiap wajah
Engkau Muhammad Ya Rasullallah

Allahumma Salli aala Muhammad
Ya Rabbi Salli alaihi wassalim
Ya Nabi Allah pelita hatiku
Penerang jiwa cahaya mataku

Ya Nabi salam alaika
Ya Rasul salam alaika
Ya Habib salam alaika
Solawatullah alaika

Engkau cahaya menerangi kelam dunia
Engkau Muhammad Ya Rasulullah

Ya Nabi salam alaika Ya Rasul salam alaika
Ya Habib salam alaika Solawatullah alaika


--

oh ye... jejomm kita ke sanaaa :)



February 1, 2012

terangnya cahaya putih, memadamkan api di biara majusi, meruntuhkan istana kisra parsi

semalam tgk 30 menit ustat don. cerita tentang peristiwa sebelum kelahiran baginda.
(video ni bukan video ustat don. cuma sy jmpa kat youtube td. mcm berkaitan jugak. dan agak somel. hik hik)


pagi ini, cari lagu, lagu lama yang pernah dan masih mengundang pelbagai rasa. kisah kelahiran baginda dan sirah kehidupan awalnya. di mana bermulanya sebuah kisah tentang datangnya rahmat ke seluruh alam.

Ibunya bernama Aminah,
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Makkah Mukarramah,
Ibu susunya Halimatus Sa'adiah

Ayahnya meninggal dunia, Ket
ika nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya,
Ibunya menjaga baginda
Muhammad Mustafa

Semasa di dalam perjalanan p
ulang dari maqam suaminya
Aminah jatuh sakit di Abwa',
Kembali ke alam baqa'

Tinggallah nabi seorang diri,
Hilanglah insan yang dikasihi
Tinggallah nabi seorang diri,
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia,
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api biara Majusi,
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekah diterangi cahya putih,
Tanda lahir Nabi anak yatim
Anak yatim anak yang mulia,
Dilindungi Allah setiap masa
Hidupnya yatim, yatim piatu,
Tiada ayah tiada ibu
Namun dialah manusia agung



selawat dan salam ke atas baginda, ahli keluarga dan para sahabat.


January 3, 2012

yang berlaku sekarang hanyalah gerak bergerak sebuah perjalanan yang dipanggil 'hayat'

saya suka baca ini. ucapan selamat tahun baru dari belog dia:

Jika kita berminat dengan sesuatu itu, kita jangan give-up dan berbahagialah dengan apa yang kita lakukan di dunia ini. Pandangan jika ada sinisnya jangan kita hiraukan kerana hanya kita saja yang tahu apa yang kita mahu dalam hidup ini. Hidup ini tidaklah panjang tempohnya, maka apa yang kita mahu sebenarnya? Jika kita merasa cukup dengan apa yang kita ada mengikut ketentuanNya, saya rasa dunia ini sudah kita miliki walau bukan sepenuhnya, ia sudah memadai. Janganlah bandingkan nasib kita dengan nasib orang lain, itu tidak adil sebenarnya. Kita perlu lebih relaks dan dengar setiap detik jantung kita yang berdegup. Itu lebih baik dari kita suka mengambil tahu hal yang tak sepatutnya kita tahu mengikut faham kita.

Selamat tahun baru kepada pembaca blog pestajiwa. Berpestalah kita meraikan hidup ini kerana jiwa itu sebenarnya hanya sukakan kedamaian dan Dia tidak memerlukan apa-apapun, Dia let go kepada kita untuk menguruskan apa yang kita mahu dan suka.



^^

Berpestalah kita meraikan hidup ini ~
cheers ebelibadi!! ;)



gmbr blur. shot using bbf.
title: quoting wakjono!

December 22, 2011

pulanglah dengan sejahtera, beradu dalam pelukan seribu bahagia


salam takziah...
untuk tuan.. dan puan... sekeluarga...

annisa...

kita... tak penah jumpa pun...
tapi... macam dekat jugak di hati ni....
selesai sudah... perjalanan annisa...
semoga... tenang dan amanlah... annisa di sana..

dan... untuk annur....
selamat... meneruskan perjalananmu...

tanpa kakak...



November 4, 2011

sejauh ku berlari meninggalkan dirimu masih bayangmu yang menawan sekuat ku mencoba melupakanmu lalu mengapa ku tak sanggup

hari raya kurban sudah dekatt :)

slmt mengerjakan haji kpd semua jemaah haji tahun ini
(hmm.. ada ke jemaah haji yg baca blog sy ni? hihi)

dan... slmt berkurban kepada semua~

hr² pun kena kurban kot ye? kurbankan nafsu makan... dan mcm² lg yg lain.. huhu.

tp hr ni, mcm gagal berkurban. sdg menikmati nasik lemak bersama sambal terung dan telur goreng dan bilis goreng yang ranguppp.. sy cuma berjaya kurbankan duit saya tiga ringgit..

huuuu~ -.-

slmt bercoti dan hati² di jalan raya... ^^


gmbr wukuf dari guugle - ramai nohhh... (tapi betui ka ni gmbr di arafah? huhu)


September 3, 2011

seri dan citra takda buat show semalam, agak mengecewakan, langsung menonton pontianak beraya di kampung batu, asyik jugakk =P

salam lima syawal. alhamdu lillah. dah slmt berlalu aidilfitri tahun ni. =) takda apa yg lainnya tahun ni. semuanya sama dan okay okay saje. masak masak makan makan ziarah menziarah kunjung mengunjung saudara mara sahabat handai. nasi ayam mee rebus lontong laksa char kuey toew ketupat lemang rendang serunding. air oren sirap kuih bangkit simpul kasih bahulu kerepek ubi. ada yang masih ada, ada yang dah pergi, ada yang baru datang, ada yang semakin tua, takdak yang semakin muda...

sehari sebelum aidilfitri, ciksarah dapat byk ucapan kat pesbuk.besdayy. hehe. berapa tahun? ehem ehem. hihi.. tp baru hr ni la bukak akaun. bizi la kononnya kan, rayaa.. hehe. terima kasihh kawan kawan sedara mara atas ingatan dan ucapan yang diberikan. semoga rahmatNya sentiasa terlimpah ke atas kita semua.

Quoting a friend: fitri = fitrah = asal = semulajadi = tiada tokok tambah = perdu = lurus = sempurna.

hari ni. lima syawal, kalu ikot kalendar hijrah, hr ni besday ciksarah jugak. =) tiga puluh tiga. =P tak kisah le berapa angkanya kan. yg penting hepi, sehat walafiat. kan? (ayat penyedap hati kot? hihi) syukur atas kurniaan dan limpahan rahmat untuk merasai nikmat hidup sehingga hari ini.

ok, cukup ttg raya dan besday. ptg ni kena joging. hrp2 hari tak hujan. mesti joging! huhu~ oh kasut.. di mana kamuuu~

cheers ebelibadi~!!

gmbr tadek kali ni. lensku masih belum pulih.... -.-

August 26, 2011

salam pagi jumaat. salam 26 ramadan. salam aidilfitri. salam maaf zahir dan batin.

salam pagi jumaat~

salam 26 ramadan... =)



sedih bila tgk episod terakhir smlm.. sbb dah takde dah drama ni pasni. huhu. tp tetap ada kepuasan, walaupun hanya di tontonMY =) (episod pertama pun tgk kat tonton jugak, huhu - nk buat guane, dh mlm² kan asik ada kelas saje~ =P)

tahniah tuan pengarah dan penulis skrip drama ni. episod pertama yg tak sengaja ditonton. dan 14 episod seterusnya selalu buat sy ternanti nanti. tahniah kpd pelakon² jugak. sy suka watak mazni. sy suka watak sakinah. saya suka watak anna. sy suka watak hisham. sy suka watak rossa. sy suka watak aqhee. sy suka watak daniel. sy suka watak mak hawa. hihi. mcm semua ja~ =P

dah 26 hari kita di dalam ramadan. tggl brp hari ja pun lg dia dh nak pergi tinggalkan kita (atau kita yg akan tggalkan dia dulu?) apa² pun, moga beroleh rahmat dan berkat dariNya ke atas kita semua. mohon selamat sepanjang perjalanan ini.

sy nk wat ucapan sempena syawal sensiap walaupun sy x balik kmpg (sbb dh mmg duduk kat kampung kott) =P

salam aidilfitri. salam maaf zahir dan batin buat semua yang membaca entry sy kali ini. terima kasih kerana sudi menyinggah ke blog sy yg takde pape ni. seandainya jemari tak berkesempatan berjabat, setidaknya kata masih dapat terungkap. selamat hari raya. hati² di jalanraya. jom sesama raikan musim ini seadanya.

o ye, cik yaya balik sp lg ptg ni! ^^




p/s: sori kalau sound lagu tu terover kuat. huhu. bole ejas sound kat atas kanan ;)


May 16, 2011

hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya

tu pesan pak harfan. pada ikal dan pada kawan²nya di sd muhammadiyah belitong dlm karya andrea hirata yang dimuvikan - laskar pelangi. asik kok mufinya ^^ tp smlm dpt tgk sebahagian awal saja. jam 10.30, sudah pengsan =P kepenatan lps trekking dan mandi laut dgn kak ayu dan mashi. bukan senang nk ajak kak ayu pegi trekking. hingga sanggup kukorbankan cuti hujung mingguku smlm ^____^

menonton ibu muslimah smlm bisa buat airmataku menetes =P tygn smlm sinonim dgn sambutan hari guru rsnya. jd, sempena dgn sambutan hari guru hr ni, sy ada sikit ucapan. ngee..

selamat hari guru kepada semua yang pernah menjadi guru saya dan yang bergelar guru. secara langsung atau tidak. tak terhingga ucapan terima kasih yang hendak saya ucapkan. terima kasih atas jasa dan pengajaran yang kalian beri dan tunjukkan pada saya. terima kasih atas pemberian yang banyak dan berguna itu. ada dengar di radio pagi tadi, siapakah guru yang paling memberi kesan dalam hidup anda? masing² punya jawapan masing². pada saya, semua guru memberikan kesan yang tersendiri. takdak yang saya dapat lupakan. semuanya tetap saya ingat. maaf, saya sudah hilang rasa sentimental untuk menyambut dan mengucapkan secara direct ucapan terima kasih atau memberikan hadiah kepada guru guru yang pernah mengajar saya. tapi saya sememangnya tidak pernah lupakan kalian. selamat hari guru. hari hari pun adalah hari guru. ;)

"siapa yang kau cari. kalau tak dirimu sendiri. tiap-tiap hari."

tip menghilangkan tekanan ketika memandu di dalam kesesakan jalanraya: sila amik gmbr sendiri. hehe. hasil dari holga 135 tu, ada bbrp saja yg menjadi. byk lagi yg perlu dipelajari. ini salah satu dr feverita saya.

September 13, 2010

raya updates

4 syawal (^____^)
syukur alhamdu lillah
dpt jumpa saudara mara
sahabat handai
rakan taulan
yang jauh yang dekat
pada yg belum sempat, semoga dipertemukan juga lah satu hari nnt ye
kalau ada rezkinya... insyaAllah...

esok 5 syawal
kalau ikut kalendar hijrah, esok sy sudah 32 tahun
huhu
byknye lah ye
tp bak kata kakjuju, apa ada pada nombor
hehe
pape pun, kenalah bersyukur
dipanjangkan usia
sehingga saat ini
semoga saki baki usianya
adalah usia yang berguna
utk diri
utk keluarga
utk bangsa
utk agama
dan utk negara
(^____^)
hihi.. poyo la pulak
konon mcm patriotik benor, kuikuikui...

gmbr ry? blum start suting
kamera dipegang oleh cik nina
sy masih bermalasan
mgkin hr ini akan dimulakan
tp mcm malas nk siap2 pegi beraya
pesaipa taktau?
mgkin kerana sudah tahu
bahawa takde yg nk bg duit ry!
hihi
ooppss.. koleksi tahun ini, rm5!
hihi.. timakaseh~

slmt hr ry~ maaf zahir dan batin!


keluarga kecil saya.
duduk atas kerusi (dari kiri ke kanan): ayah, mama, aman.
duduk atas lantai berkarpet (dari kiri ke kanan): saya, nina, adik, boy.
tiada dalam gambar: yuyu (kucing kami, hehe) dia sibuk beraya dgn bofren dia, si oren tu agaknya =P


September 9, 2010

salam aidilfitiri, maaf zahir dan batin


telah tiba saatnya, bila ramadhan akan meninggalkan kita...
semoga ada rezekinya lagi
bertemu semula satu hari nanti...

August 10, 2010

marhaban ya ramadhan

salam.

marhaban ya ramadhan.

(^_____^)

semoga beroleh kebaikan di ramadhan kali ini, insyaAllah.
semoga sentiasa dirahmati di sepanjang ramadhan kali ini, insyaAllah.
semoga beroleh kemenangan di penghujung ramadhan kali ini, insyaAllah.


"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang bertaqwa" - Surah Al-Baqarah: 183

"Apabila tiba bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

---
*gmbr di bawah, takde kaitan dengan ramadhan. cuma aktiviti yg dibuat sebelum tiba ramadhan. jalan² cari makan ;)

cuba le teka apa yg dua org kawan sy ni tgh buat? hehe

hmm.. passing apakah itu? huhu..~ lihat kaki mereka!

hehe.. kasut lekang la pulak.. sakan jalan² neh~ ;) bubuh gam dulu ok!

proses membetulkan kasut sedang dijalankan (^___^)

yey, alhamdu lillah.. dah selesai.. jom sambung jln² cari makan² :P

*salam takziah utk dayah sekeluarga, atas kembalinya nenda dayah ke rahmatullah. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang² yang beriman.

February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul


Ya Allah limpahkanlah rahmat dan keselamatan yang sempurna kepada junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w., semoga terurai dengan berkahnya segala macam ikatan, dilepaskan dari segala maca kesusahan, ditunaikan segala macam hajat, tercapai segala macam keinginan dan husnul khatimah, dicurahkan hujan rahmat dengan berkah peribadinya yang mulia, rahmat dan keselamatan yang sempurna itu semoga juga Engkau limpahkan kepada keluarga dan para sahabatnya setiap kerdipan mata dan hembusan nafas bahkan sebanyak pengetahuan Engkau.

Ya Allah, limpahkan rahmat kepada cahaya segala cahaya, rahsia segala rahsia, luhurnya orang yang mulia, kunci pintu kemudahan, Junjungan dan penolong kami, Nabi Muhamad s.a.w. yang terpilih dan kepada keluarganya yang suci dan para sahabat baginda yang mulia, sebanyak nikmat Allah dan anugerahNya.

Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w., doktor semua hati dan ubatnya, menjadi sihat semua badan dan kesembuhannya, cahaya semua penglihatan dan terang gemilangnya. Dan selawat serta salam semoga terlimpahkan pula kepada keluarga dan para sahabatnya.

September 21, 2009

selamat hari raya semua~

salam aidilfitri maaf zahir dan batin daripada ciksarah buat semua yang membloghop di sini. ailebius olss.. hehe...

Jika kesalahan lalu belum terampun, Mohon Keampunan
Jika kesilapan lalu menyakitkan, Mohon Kemaafan...
Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat,
ucap tak terdengar, mata tak bertentang,
mohon maaf segala kesilapan,
kerana ada tikanya mata silap memandang,
telinga salah mendengar,
lidah terlanjur berkata-kata,
dan hati tersalah menduga...
ramadhan telah berlalu dengan keberkatannya,
yang tinggal hanyalah fitrah diri yang penuh keinsafan,
semoga segala kesilapan dan kealpaan diampuni jua...

** maaf, tiada gmbr raya kali ni. ada kerosakan teknikal... :'(