Showing posts with label books. Show all posts
Showing posts with label books. Show all posts

December 27, 2013

promosi dvd kuliah program musafir ilmu: siri 1 - faridatul faraid / jumaat terakhir di dua ribu tiga belas. jumaat terakhir bekerja.

bismillah

promosi dvd video kuliah pengajian kitab faridatul faraid yang dibimbing oleh ustaz rusli jamaudin. khatam kitabnya. kuliah tu dibuat pada 6-8 disember 2013 di yan, kedah, di dalam siri program musafir ilmu anjuran ad dirasah ad diniah as salamiah. ustaz rusli adalah mudir di sekulah tu. sedang mencari dana untuk membangunkan madrasah di sebidang tanah di merbok, kedah. kepada yang berminat, sila tinggalkan emel anda di ruangan komen untuk dihubungi. terima kasih.




ustaz rusli jamaudin
ustaz rusli jamaudin di lahirkan di teluk intan, perak. beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah kebangsaan perambang, sungai manik, perak. kemudian meneruskan peringkat menengah di madrasah darul aitam, temoh, perak. setelah tamat peringkat menengah, beliau seterusnya menyambung pengajian ke pondok tuan guru haji abdullah lubuk tapah, di madrasah al-rahmaniah, pondok lubuk tapah, kelantan. setelah beberapa tahun di situ, beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke pondok bendang padang, patani, thailand di bawah bimbingan tuan guru haji abdullah bin idris al jarumi selama sembilan tahun. dari patani, beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke dar al mustofa, tarim, hadramaut, yaman pimpinan habib umar bin muhammad bin salim bin hafidz selama lima tahun. sekembalinya dari yaman, beliau bergiat aktik menyampaikan ilmu-ilmu agama islam kepada masyarakat sekitar pulau pinang, kedah dan selangor melalui kuliah dan ceramah. beliau juga adalah mudir dan tenaga pengajar utama di pusat pengajian ilmu-ilmu islam, ad dirasah ad diniah as salamiah yang beliau tubuhkan sejak januari 2011 yang berpusat di sungai petani, kedah

kitab faridatul faraid
faridatul faraid merupakan kitab tauhid yang paling banyak diajarkan di dunia melayu sejak dulu ingga sekarang. kitab ini dikarang pada tahun 1313H/1895M oleh seorang ulama dunia melayu yang tersohor iaitu syeikh ahmad al-fatani (1272H/11 April 1856M - 11Zulhijjah 1325H/14 Januari 1908M). Isi kandungannya membicarakan ilmu ululuddin atau tahid mengikut metodologi i'tiqad ahlus sunnah wal jamaah (pengajian sifat 20), imam abu al hasan as-asy'ari. walaupun kitab nipis yang penuh barakah ini sudah berusia ratusan tahun, namun ianya masih menjadi pilihan utama sebagai kitab wajib bagi pengajian ilmu tauhid bagi masyarakat terutamanya di pondon-pondok pengajian, masjid dan surau di asia tenggara seperti malaysia, thailand dan indonesia.

sekali lagi, kepada yang berminat, sila tinggalkan emel anda di ruangan komen untuk dihubungi. terima kasih.

dan kuliah berikutnya dalam siri program musafir ilmu adalah seperti di bawah:


---

ehem ehem, helo semua.
hari ni hari jumaat. 
jumaat terakhir di dua ribu tiga belas.
semuga sejahteralah atas kita semua hendaknya.
dan jumaat ini adalah jumaat terakhir saya bekerja.
oh. bukan nak berenti kerja (belum lagi, hehe)
cuma start satu januari nanti, cuti mingguan di opis ditetapkan pada hari jumaat sabtu, bukan lagi sabtu ahad seperti sebelum ni.
eh, kami bukan di johor. kami di kedah.
sebelum ni, kampeni ni beri pilihan kepada staf untuk cuti jumaat sabtu atau sabtu ahad.
since kedudukan yang terletak berhampiran sempadan kedah dan pulau pinang (rasanyalah).
dan juga kerana HQ yang bercuti pada hari sabtu dan ahad.
tapi lepas feasibility study (agaknyelah kan) makanya, semua diwajibkan cuti jumaat sabtu.
takda lagi cuti sabtu ahad.

makanya.. tak boleh la nak pi pasar tani dah lepaih nii.. uhuk uhuk.
hekhekhek...

sekian saja makluman. huhu.

---

December 13, 2013

promosi buku (siri 2): surat untuk anak oleh mohd affandi ramli

bismillah

ehem ehem. nk promosi buku. tapi sbnrnya sy pun belum baca lagi. huhu. buku masih berada di kajang. hajatnya nak pegi menjemput sendiri, saja takbagi kaksham pos, tapi entahlah bila nak ke sana lagi. hihu. dah baca nnt baru buat entry rebiu plop. sabarlah hatiku. hekhek..

buku Surat Untuk Anak ni abg fandi aka ronasina yang tulis. solely. kak sham pun tak terlibat katanya. tapi ku yakin, kaksham adalah antara inspirer terkuatnya, heee..

launched pada hari ahad lepas kat UM. YB nurul izzah yang melancarkan. (ku semalam termimpi pulok jmpa nurul izzah. kelasmet ku dulu. hihi. tapi dalam mimpiku semalam, dia tak lagi kenal diri ku. huhu. mungkin di luar juga begitu, hihu. takpalah. apapun, semuga bahagia sentiasa hendaknya).

takdapat pegi masa pelancaran. dpt updates dari fb saja. video pelancaran boleh tengok kat sini.

jadi, sesapa yang berminat untuk membaca kisah yang dituliskan (ku pun takpasti isi sebenarnya, sbb belum baca, tapi pastinya, mmg ttg annisa dan an-nur, hihi)

boleh emel ke kutubkhanah112@gmail.com selepas mendepositkan 35rm (semenanjung) dan 40rm (sabah&sarawak) ke akaun maybank 162021363678 (Raja Rohaisham).

oh, katanya skrg ada di pesta buku di pi dabeliu ti si. boleh cari di sana juga.

ok? slmt membaca!





masuk paper the next day lepas pelancaran tu katanya, metro. tapi di utara takdak artikel ni. mungkin di sebelah tengah dan selatan saja. jadi, baca online je lah, huhu..

tahniah dan terima kasih. semuga sejahtera sentiasa.



May 7, 2013

promosi buku: mudahnya mengemas rumah oleh dahlia syahrani md yusof

hihi. tetiba jadi ejen promosi pulak ye. mungkin boleh mintak royalti dari penulis bersama buku ni nanti. keh keh. dia siap otografkan buku yang saya beli. hihi. saya la pun yang mintak dia otografkan, walaupun dia co-author saja. hihi. teruja bila kawan-kawan berjaya publish buku.. haishhh~

saya tahu, kawan-kawan saya pembaca belog ni semua mmg dah terer mengemas. masing-masing kita dah ada cara tersendiri untuk mengurus rumah. membeli dan membaca buku ini bukan bermakna kita takpandai mengemas, cuma untuk tambahkan pengetahuan dan semuga dapat diamalkan dan dimanfaatkan bersama. tak gitu? hihi... dan suprisingly, mmg ada beberapa perkara baru yang dpt sy belajar dari buku ni. (cewah, over tak promote? hihi. tapi ini serius, bukan main main, hehehe) dan kepada kaum-kaum suami dan bapak-bapak yang sudi untuk membantu, pun sesuai membaca buku ni. :P

yep! dari segi penerangan yang diberikan, memanglah mudahnya nak mengemas rumah. panduan bergambar secara detail. kagum saya. terima kasih atas kesudian perkongsian ilmu yang mudah mudahnnya bermanfaat untuk semua. satu malam saja saya berjaya khatam buku ni. dan pagi tadi, katil saya lebih kemas dari selalu! hahaha~ semangat jugak bila beli buku macam ni. terus rasa nak overhaul bilik tu :P

tinggal rajin ke tak saja lahhh.. hiuhiuhiu~

dan inilah bukunya.. nipis saja, tapi padat dengan info ;P




dah selosai baco buku ni, baru saya teringat, dulu penah kawan saya ni datang tumpang guna mesin basuh di tempat kami. setiap baju yang nak dibasuh tu diterbalikkan dan dikibas kibaskan sebelum dimasukkan ke dalam mesin. melihat itu, saya menegur:

saya: rajinnya awak dok bagi terbalik semua baju. siap kibar kibar lagi. hihi
nurin: oh ye ke? saya dah biasa kot kak. mak saya memang suruh buat macam ni.
saya: (hehe, saya tau, tapi saja je yang malas nak buat :P)

beruntung makcik ada anak yang rajin dan dengar cakap makcik. sampai berjaya terbitkan buku. haishh.. kagum sekali lagi~

tahniah nurin naurah md yusof dan adik beradik. 
selamat membeli. selamat membaca. dan selamat beramal!



p/s perojek buku masak masak yang satu itu apalah khabarnya agaknya..? -.-"

August 10, 2012

tengok televisyen sampai tak boleh tidor. baca buku pasal orang gilak. goreng ikan sampai mata hitam.

sekali lagi, mlm smlm, sy tak dapat tidur di awalnya, kerana adrenalin yang memicu reaksi terhadap efek lingkungan. sama seperti menonton dlcw men badminton tempohari, atau mgkin lebih lagi.

semuanya kerana tidak sengaja menonton ini:


haishhh. berdebar dari saat mula menonton sampailah ke bgn tidor pg td. skrg pun seperti masih ada sisa kesannya. keh keh. over betol makcik ni. hikhikhik.

oleh kerana takdapat tidor, sy pun membaca la sebuah buku, yg sy dpt percuma dari lejenpress. hihi. mgkin itu tanda mereka memohon maaf kerana terlewat membuat penghantaran buku yg sy order lebih sebulan yang lepas. sy dh lama maafkan, sebelum dpt free gift tu pun. :P walaupun mcm pelik jugak pengisian buku ni, tp sy rs ok ja kot. kalau ada page kat pesbuk, sy akan like. hihi.


hm. masih berdebar. entahlah kenapa. mgkin jugak risau dek kerana kesan hitam di bawah mata kiri sy ni, akibat terkena letupan minyak panas semasa menggoreng ikan untuk juadah berbuka puasa kemarin. dh mcm mangsa keganasan rumahtangga pun ya jugak. keh keh. mgkin tepaksa pakai spek mata hitam yg besar mcm erra fazira masa raya nnt. :P

ok. selamat meneruskan perjuangan di ramadhan kareem. semuga slmt perjalanan kita semua. :)


July 30, 2012

siri baca atau mati #3: yasmin how you know? ~ if the Moon can linger in the morning so bright, why can't the Sun do the same at night



foto is my very own copy of "yasmin how you know?". beli online dari kinokuniyaa. terimakasih kepada @adibahnoor yg mention abt the book di twitternya tempohari :) couldn't stop reading once started, except for mandi time, driving time and a little (little ka? mcm big jugak kot, haha) nap in the afternoon. i started reading it at 6.30 am and finished it at around 4 pm, on the same day. yep, i admit, am a bit slow reader. bahse inggres kate ko. kalau bahse melayu, laju le skit kot. hik hik.

barang diingat idiom ini: don't judge the book by its cover. taktau la sesuai tak utk buku ini. sbb buku ini mmg takdak cover. huhu. cuma sarung seperti poket. aneh. yet berry interesting. dan seperti kata idiom itu, walaupun tade kulit, pengisiannya memberi kesan (pd saya). sy bukan org yg sesuai utk komen, cuma nk kongsi pandangan. sy kira yasmin itu orgnya penuh dgn kasih sayang, memberi dan menerimanya dengan tak mengira siapa dan di mana. mgkin sbb itu, mereka yang menulis ttgnya dlm buku ni pun menyampaikannya dgn penuh kasih sayang, terus dari hati, dan sampai ke hati~ cewahh.. hihi... :)

kinokuniyaa nak buat launching buku ni 28 ogos nnt. kalau ada di kl, harus jugak sy pegi kot. haha. over pulak mak.. keh keh.

ini adalah siri baca atau mati yang ketiga. hihi. go read, or die! haha.

"A good book should leave you slightly exhausted at the end. You live several lives while reading it." -William Styron


Al-Fatihah


July 18, 2012

siri baca atau mati: LIMELIGHT - dunia ini binasa sifatnya. tak kekal.

"Sedang aku digoda puteri-puteri rupawan,
mataku memandang engkau di kejauhan,
Jasadku di sini ibarat ditusuk duri,
kepada engkau, cinta, rohku menghampiri."
Faizal Hussein, Limelight p.42.


walaupun penulisannya tidaklah bersastera, kutemu ketelusan dan kejujuran di situ.

cewah! bias kah saya? tidak kot. saya rasa saya mmg suka baca buku indie mcm ini. :)

tahniah encik Faizal Hussein! (^.^)

silalah baca juga! boleh beli kat sini.


tajuk: p.63

foto ihsan guugle: limelight Faizal Hussein

May 7, 2012

siri baca atau mati: kita pejalan yang resah dan bahagia, kita sedang berjalan di landasan takdir yang namanya sukacita atau pun dukacita

                                           

sekali pandang, nampak macam sama kan? huhu. itu dua buku yang berbeza. tapi pendekatannya sama. sbb penulisnya sama kan :) terasa teruja untuk menghabiskan pembacaan setiap kali membacanya. tapi kadang kala kelopak mata terlalu berat untuk ditahan tahan. dan akhirnya tertidur jua memeluk buku itu. hik hik.

sangat gembira bila tahu buku kedua sudah dicetak. selepas membaca buku yang pertama bebrapa ketika dulu, memang ada sedikit pengharapan supaya ada sekuelnya. dan buku yang kedua pada saya, sangat menarik. terlalu jujur dan ikhlas. pengkisahan tentang amin dan fida itu buat saya rasa seperti ingin bercinta lagi. keh keh. (walaupun ada bbrp tempat yang sepertinya tersilap, nama 'amin' ditaip sebagai 'adam', entahlah, editting problem atau mmg sengaja begitu, atau sy yang kurang faham tentang kisah tersebut...? huhu)

chapter yang agak terkesan adalah yang bertajuk 'harta'. sedikit saya quotekan dari chapter tu: "Kita pengembara di muka bumi Tuhan. Di dunia yang kita namakan syurga atau neraka, kita pejalan yang resah dan bahagia. Sedar atau tidak dalam mempedulikan, kita sedang berjalan di atas landasan takdir yang namanya sukacita atau pun dukacita." selebihnya, boleh baca dalam buku tu nnt ok. huhu. yang lain lain pun menarik. mengujakan. penceritaan bersahaja. tidak memaksa kita untuk menerima, tapi sepertinya memang kita akan dapat menerima dengan rela dan hati terbuka. entahlah. itu apa yang saya rasa bila membacanya. anda mungkin punya pandangan berbeza. boleh saja cuba membacanya sendiri. bak kata adrianna: baca atau mati! haha. ya, dia pun ada buat sikit review pasal buku ni di blog dia.

eh. kat mana nk beli? ya, kat sini :)

"Ketika Agamu mu dan aliranmu itu km dapatkan dari lahir.. gak perlu sok merasa benar.." ADP



October 27, 2011

membeli buku dan menyimpan di rak adalah tidak sama dengan membeli buku dan terus membacanya pun, adoii

currently reading:


bought this one as well:


and recently bought this:

and some others also.

dan ada bbrp lagi rsnya, di rak sy ni, yg dh lama dibeli, yg belum dibaca. huhu.. haishh.. byk nohh buku. suka membaca. tapi tidaklah rajin. mabuk membeli mungkin.. bau helaian kertas buku yang baru itu, oh, adalah irresistable~ ngee....

slmt membaca ^^


“If you can read this, thank a teacher.”
- Anonymous teacher


June 1, 2011

kena selalu ingat. ketika berdiri, duduk dan baring. dan bacalah.

baru sudah baca buku ini:

ada sorg kwn kata, tajuknya lain macam. entah kenapa. hehe. mgkin la lain macam sikit, sebab kat bawah tajuk ada satu caption: "dia pandai - dia tidak menggedik pada setiap masa. dia memilih tiga kali seminggu sahaja". huhu. ada provokasi skit mgkin di situ :)

dan skrg, yg sy usung dlm beg ialah yg ini pula:

ada nmpk authornya di blkg itu? hehe. selamat membaca~!!

--

ada orang membaca di selang masa perjalanan, di dalam keretapi, di perhentian bas. tapi kata dia, kita di nusantara - membaca perjalanan alam...


September 30, 2010

buku sirah yang berbaur motivasi dan macam sedikit fiksyen, tapi saya suka. harimati, harilahir dan parut di hidung.

entry ni siap ditaip semalam tapi hari ni baru nk dipublish. hehe. sj nk dikisahkan, sy baru selesai membaca buku ini


(^___^)

buku yang sy beli terus dari pengarangnya di sini. hehe. dia tolong poskan secara percuma! terima kasih byk² ye. siap bg otograf lagi, hehehe. tertulisnya di situ 'selamat membaca, semoga terinspirasi'~ timekaseh. sy dh slmt selesai membacanya. mudah²an beroleh kebaikan darinya. insyaAllah.

"sedarkah kamu yang keselamatan belum meninggalkan diri kamu, kerana itu kamu masih tenggelam di dalamnya."

"wahai diri ini
banyak mana masa untuk tidur
sampai bilakah dirimu terlelap
saat yang dijanjikan sudah hampir sahaja
saat yang ditidurkan kamu hingga dipaksa bangun..."

+: wahai rabiah, kamu mahu ke mana dengan air di tangan kanan dan api di tangan kiri itu
-: aku ingin ke langit, akan aku bakarkan syurga dengan api ini dan padamkan neraka dengan air ini...




--

al Fatihah, untuk seorang sahabat. yang telah pergi kembali kepada kekasih yang hakiki. walaupun kenal sekejapan saja, terima kasih sy ucapkan. fitrahnya begitu antara manusia. bertemu dan berkenal. bertemu dan berpisah. semoga rohnya dicucuri rahmat.

hmmm...

oh ye.. selamat hari ulangtahun kepada encik fazriz sani. selamat jugak membuat persiapan untuk meneruskan perjuangan di oksfed nnt. sila berbelanja dengan cermat di sana supaya dapat membeli buah tangan yang bagus² utk kami bila balik nnt, hihihahaha~ =P

ok...

dan kepada encik berparut di hidung: hmm... takde apa pun. cuma smlm sy tringt pada gigi awak yang senget itu (ops, gigi sy senget jugak). mgkin sebab itu awak selalu senyum dgn bibir rapat, supaya x nmpk gigi ye? huhu~


July 26, 2010

gigi

dah isnin semula.

kerja lagi. huhu (-_-)"

jalan² cari makan di hujung minggu bebaru ni slmt dilaksanakan, alhamdu lillah. time kaseh kepada cw&g.. yo yo je angkut kamera, tp akhirnya, xde pulak amik gmbr makanan. ada gmbr dua budak tecit ni je, di meja makan... huhu... tunjuk gigi masing² (^___^)



o ye, dan jmpa budak ini jugak. tgk giginya... somel.. hehe...


hari jumaat, sebelum ke ipoh, ada singgah di sebuah klenek.. klenek munir*h isk*ndar. ada sket urusan berkaitan insurans. pd asalnya, nk singgah skejap sj, sbb mmg supposed urusannya sgt singkat.. tp turned up consultation jadi panjang lebar bile doktot yg bernama isk*ndar zulkarn*in itu memberikan ceramah ringkas, pandangannya ttg insurans, ttg unit trust dan jugak ttg bagaimana mau jadi kaya (hahaha) dia cadangkan untuk membaca buku di bawah ini, hehe. ku hanya mampu menyengih dan menunjukkan gigiku padanya (walaupun gigiku tak santek dan sgt berterabur, hehehe). timakaseh doktot. tiba² rs mcm p jmpa financial advisor instead of a physician ;) whatever it is, i was really glad that day!

cheers ebelibadi~