Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

November 3, 2011

mungkin bukan waktu tak berpihak, mungkin memang sudah jalannya


sambil pekena ubi kayu cicah nyoq dengan ayaq kupi smlm, waidipi sy dok crita pasai kehilangan berat badan dia sebanyak enam kilo dalam tempoh satu tahun. sy tny dia, buat mcmana, joging ka, kontrol mkn ka. dia kata, bukan. dia kata, lepaih dia buang benda yang dok ikut dia tu, baru badan dia susut (erkss..) kalau tak, perut dia mmg memboyot (xmau sebut boroi, hik hik)

sy tny benda apa. dia tak explain sgt. cuma dia kata lepaih dia buang tu, baru ok sikit badan dia. kalau dulu, x lalu mkn. tp badan dok naik. skrg dh ok. walaupun perut ada skit skit lg maju ke depan. kalau takdak langsung pun susah gak, nnt hensem sgt, dia kata. haha.

tiba2, lps dia sembang tu, sy pun terdetik. agaknya sy pun ada 'benda' kot dok ikut, tu la dok koi gemok nih kottt.... hik hik..

touch wood, hihi. tp, hakikatnya, mmg semakin berat, sbb lutut selalu rs sakit. walaupun tiap2 minggu pukoi bulu tangkis dan bola oren yg kecik tu, mcm xda hasil. ish ish. silalah berhati hati. nnt sakit, susahh kot.

sy br order kati ni dr groupon. tatau la bila nk sampai. dan kalau sampai nnt, taktau la berani ke dak nk timbang dan lihat timbangan terkini. huhu~


gmbr hiasan. tu bukan kaki saya. dan definitely bukan hasil timbangan sy. huuu....


October 27, 2011

namanya memang tidak sedap didengar, rupanya juga kurang indah dipandang, tapi mungkin dia hanya ingin menumpang, raikan sajalah kot ye?

dah 2 minggu punn. tak surut surut lagi. apakah itu? ya... ketumbit. hehe. mata kiri.

"hang mengendap sapa pulak ni?"

"haa.. ngintai org berak ke??"

adoiyaii.

taktau nk jwb apa.

sy menggugel dan berjumpa ini:

Pengenalan

Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.

Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka.

Penyebab

Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :

* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan

Patogenesis

Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.

Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.

Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.

Simptom-simptom

* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah

ngeee.. jd takdak kaitan kot dgn kerja menyekodeng. simptom itu, semua ada.. dan sy agak yakin, dr segi perubatan, penyebabnya adalah seperti yg dinyatakan di atas. plg kompiden, kandungan lemak yg tinggi dlm badan, dan kurang vitamin, hihi. mgkin jugak kerana ada tekanan (asik tekanan ja, rilek skit la kot nohh) atau diabetes (aishhh.. riso den..).

cara nak mengubat? ada byk petua. kalau dulu, sy ikat benang hitam kat jari hantu. kalau mata kanan yg kena, ikat jari kiri, dan sebaliknya. taktau apa relevan dan signifikannya, sampai skrg. cuma petua.

dan yg sy dpt bebaru ni, amik bawang putih, hiriskan, sapu airnya kat tmpt yg kena tu. eh, bukan sapu, tonyoh, kwn sy kata. tapi mak aihh.... pedihnye lah haiihhh... try skali saja. pastu x coba dh. mgkin sbb tu x baik2 menda ni. kdg pasang, kadang surut. agak x selesa di situ.

hmm.. takpelah. mgkin ni peringatan utk tidak melihat menda yg x elok. sila tgk yg elok saja. atau sila jgn tgk menda yg x sepatutnya, tgk yg sepatutnya saja. mgkin la. adoiyai mataku. silalah bersabar. esok kita tonyoh bwg putih lg. sila beranikan diri.

dan pesanan penting, sila cuci muka bersih bersih. sila jangan malas ok. kepada bahan yang menutup lubang kelenjar minyak di mata saya, sy hrp sy dapat alihkan awak secepat mungkin. huhu.


March 28, 2011

walaupun katanya ada masalah radiasi yang agak kronik di jepang, japanese soba di malaysia masih sedap dan enak untuk dinikmati. alhamdu lillah.

hari ini, nk cerita pasal makan. apa yg ciksarah makan pada tengahari ini. hihi.

jarang² mkn kat situ. mgkin kerana tmptnya agak ekslusif utk org mcm ciksarah ni ^^ tp kdg², ada rs mcm best jugak bila melayan tekak dan memanjakan diri utk duduk², mkn² kat minum² di situ.

dan tghari td, kami ke sana. ciksarah dan kak ayu je. melihat menunya, hm, hari ini rs mcm nk makan ayam.. jadi ciksarah pilih: black pepper ciken cop. dan es lemon ti. dan bila pinggannya sampai, hatiku hancur luluh. kerana ada secawan nasik di situ. huhu. bukan diet atau apa. cuma, rs mmg nk makan ayam ja, tanpa nasik. dan bila ada nasik dlm pinggan, hmm.. tepaksa la mkn jugak! huhu. agak sukar jugak nk biarkan nasik mcm tu saja. mgkin dh terbiasa menghabiskan apa yg ada dlm pinggan. huhu. alhamdu lillah.. kenyang... sedappp...



dan kak ayu, opismet ciksarah yg menemankan ciksarah utk "misi pencarian gadis opis" (apa yg dicari, lenkali kita crita, hihi) tghari tadi, telah mengorder ini: jepenis soba. mula² kak ayu merancang nk ajak mkn japanese food di mana² restoran jepang di mall itu. tp dia kata, nnt terkena radiasi. bahaya pulak. jadi dia cuma mkn mi soba ini. hihi. tp dia kata, mi soba ni x asli sgt, malaysian japanese soba sbnrnya. hm. mmg sedappp. sodap botul. ciksarah mmg rekomenkan kpd diri ciksrah sendiri utk mkn lg mi soba ini lenkali. hehe. tekak masing² kan, kalau rs sedap, bole mkn lg ^^ coba la nnt ;)



dan kami menutup hidangan tengahari dengan sepotong cokelet indaljens. mcm gmbr kat bwh ni. ish ish. mmg lazatt. sepotong je ye. gmbr ni eksyen je ada tiga potong. seme gmbr pun google² je. ^^



hmm.. dlm perjalanan balik ke opis. kami dengan tidak sengaja telah membincangkan:
mcmana ye nk wat aktiviti yg memeluhkan badan? hihi... cdgn satu, senamrobik di kelang lama pd isnin dan kamis. cdgn dua, joging di stadium pd ptg hari (kak ayu kata, dia segan, takut² nnt atlet yg dok trening hr² kat situ ajak dia join team derang, sbb dia mmg lari laju. hehe.) dan byk lg cdgn. belum pasti mana yang akan dpt dilaksanakan. coba sedaya upaya. untuk kesihatan. ok? ;P

tiba² sy rindu pada ciken pie... (-_-)"

oh ye. ada buat pemeriksaan mata jugak. keputusannya? hm. lenkali kita crita. ^^

nway. timekaseh byk² kak ayu. lenkali kita p wat research di sana lagi. hihi~

January 28, 2011

bila selalu mengadu pasal badan semakin gemok tapi rasa sayang nak tinggalkan nasi, apakah maknanya itu?

salam hari jumaat

semalam ciksarah dan kawan-kawan sertai satu demo - cara penjagaan wajah yang baik, supaya wajah kekal ayu dan asli dan segar dan cun dan semualah. (ketawa kecil)

hasilnya: sangat memuaskan. (senyum lebar) ciksarah sedang berkira-kira untuk mendapatkan satu set. lagipun, produk yang digunakan sebelum ini, botolnya, sudah hampir kosong.

selesai sesi penjagaan kulit muka, ada satu sesi penjagaan dan pengawalan berat badan. soalan pertamanya pada kami: apakah sebenarnya yang menjadi masalah kepada sesiapa yang ingin mengamalkan diet, untuk menurunkan berat badan. cara yang tidak berkesan dan kadang-kadang hasilnya tidak terlalu ketara.

is it because of lack of determination?

or discipline?

she said NO!

it's because of CRAVING!

when you try to skip meal, in the idea of dieting to loose some weight, you will sometimes crave for RICE.

kita orang malaysia kan, melayu lagi, pastilah suka makan nasi bukan? (senyum)

the 'craving' actually shows that you are actually pre-diabetic. huh! sounds scary right? (laugh) this one may need some time for me to understand. (giggle)

according to her presentation last night, when we skip meal, we will feel hungry. obviously. hence, the stomach will tell the mind,"hey, i'm hungry, go get some food, fill me up!". but the mind will say,"no way! i'm on diet. no food for you." the body will then trigger it's defensive system,"hey! watch out! we are out of food! lock all your storage system. this body will feel more hungry later! lock up! lock up!" so, the body will lock all the fats being stored at various spots of our body (you know where! laugh) and started to burn our muscles for energy. hence, the body will become flabby because we are loosing our muscles, instead of fat. make sense though.

opss, will continue the entry later. need to have some thinking of what she was saying also. some more, i want to go somewhere with puan kecik.

have a great weekend! yum yum!




January 19, 2011

aktiviti memeluhkan badan di petang hari. semoga badan jadi lebih sihat. bahagian kedua.

sejak kecik, bukan jenisnya ciksarah ni org yg suka bersokan. berita sokan kat tv, paling x suka nk tgk. pendidikan jasmani kat skolah pun, paling tak suka. kalau boleh, mmg cr alasan xmau turun padang. kalau mai bab nk kena turun padang ni, taksempat turun padang lg ciksarah dh peluh² dulu kat kelas. entahlah kenapa. mmg sgt tak minat. tp disebabkan ciksarah ni anak murid yg baik (haha, sbnrnya mgkin skema, takut cekgu marah) maka turun jugak la.. bleh pulak wakil rumah sokan acara lompat tinggi dan bola jaring. huhu. sampai skrg agak kompius. heh. ada sorg kwn ciksarah yg agak berjaya bukak hati ciksarah utk sokan ni. suan nee nama dia. dia selalu bawak ciksarah p main bedminten dkt dewan cina kat pekan lama tu. depa tu sume agak otai jugak, ye la, dah 2-3 tahun main. ciksarah ms tu, drjh 5, bole la main pukoi² saja. main skejap, pastu duduk rehat tepi court tgk depa main dgn aksi hebat. haha.


skolah menengah, tingkatan satu sampai tiga, lg la malas. adoi. latihan sukan, yg kena pegi hari² ke sekolah bila dkt² ngn sukan tahunan tu, haishhh... mmg la x suka. x suka peluh², sakit kaki. nnt melecet. nnt muscle cramp. nnt kebas. mcm². dah mmg xde skil langsung nk jd atlet. haha. ingt lg x kalau dulu tu, ada ujian ape ke nama dia. yg kena buat bangun duduk tubi, tekan tubi, jangkauan melunjur dan larian 1.5km. ish ish. naik sesak dada bila cekgu umumkan pasai ujian tu. apa? lari 1.5km? lari 100 meter pun sy x larat. lg cekgu mau suruh sy lari 1.5km. ish ish. tp, bak kata ciksarah td, sbb takot cekgu marah, ciksarah lari jugak. yg ciksarah ingt, pertama kali amik ujian tu, ciksarah lari 1.5km dlm masa 10 minit lebih. haha. punya la selow. tp sbnrnya sgt berbangga dgn diri sendiri, berjaya jugak abeskan larian hehe.


bila masuk skolah asrama, ciksarah ingt lagi, ms mggu orientasi. kami budak² baru yg seciput ni, tak biasa dengan tradisi depa merentas desa. tiap² pagi jumaat. kali pertama kena lari tu. hadoi. mcm biasa. mmg sesak dada. kenapala nk kena lari. huhu. masa tu, cekgu lepaskan budak pompuan dulu. lari skejap ja. pastu, kami jln. tak silap ciksarah, yg jln sembang² ngn ciksarah ms tu, wawa ngn femy. hehe. wat lilek saja. dah mmg tak larat. nk wat cemana kan. lebih kurang 800m lg nk sampai skolah, bebudak laki dh start overtake kami. budak pompuan yg lain, of kos la dh lepas ke depan. ms budak lagi nk memintas, ciksarah wat² sakit, haha. suh wawa ngn femy pimpin tgn. lawak sunggoh. mmg la depa pun x heran sgt dgn kelembapan kami berlari. tp konon² nk kaver, x sihat, sbb tu jln selow. hehe. pastu ciksarah realize. mgkin sbb tu ciksarah tak suka bersokan. takut kena judge. tak suka kalau kalah. sbb pd ciksarah ms tu, sokan itu pd lahirnya adalah pertandingan. satu perlombaan. mcm nk lawan sapa yang kuat. dan ciksarah mmg x suka kalau kalah. huhu. egoistik ku mmg fantastik. hehe. tp lama² dok skolah tu, tak terpaksa blend in dengan tradisi itu, jadi jatuh chenta pulak pada aktiviti sokan merentas desa. sampai kdg² ada mggu yg ciksarah jd antara yg terawal sampai kat skolah. dasat. bole lari laju jugak sbnrnya. haha. motivasinya? nasik lemak makcik dewan makan tu, aishh... mmg marbeles. hehehe...


abes kisah skolah menengah. ms zaman bljr kat ppp, tak penah bersokan langsung. kalau ada, sokan secara tak langsung, jln kaki jarak jauh. dr stesen komuter subang jaya, ke ss15 cybercafe. hehe. rakan 'sokan' ms ni, cikayu, fuzah, ngn wardah. pau ngn maksu kdg² join jugak. huhu...

kat yutipi pulak, ms mula² masuk, ada sorg kwn, zura namanya, selalu ajak ciksarah main sofbol (ke rounders?). mmg suka betul ms tu. main kat pdg yuesem. seronot betoi, mmg bersungguh sungguh berlari lepas berjaya pukoi bola tu. pastu ciksarah coba pujuk diri utk bersokan dgn amik subjek ko-kurikulum - sokan ping pong. haha. kwn² yg lain amik gamelan. kenapakah ciksarah amik pingpong? haha. sbnrnya ms tu, tringin nk men tennis. tp tak kesampaian hajatnya. sbb. reket mahal. dan, malas nk berlari di court yg besar. jd, pilihan yg ada, ping pong, reket murah dan meja kecik saja. hehehe. lgpun, namanya tennis juga kan.. table-tennis. huhuhu.. berjaya abeskan jugak sampai level 3! seb baik la ko-kurikulum nye paper, takda gred. setakat lulus atau gagal. kalau tak, harus dpt D kot! hehehe. hmm.. lepas abes level 3 tu, takde dah penah pegang bet pingpong lg, hehehe...


abes zaman bljr, takdenya nk bersokan sgt. dah mmg spesis tak minat sokan. nk wat cemana kan. masuk zaman keja ni, hm, kwn opis ajak men bedminten, utk tournament (cewah bunyi hebat ja) dalaman. i tak kesah. hentam saja. cuma jgn expect ciksarah utk membwa sebarang kemenangan la kan. hehe. tahun pertama, bungkus. team kami dpt tmpt kelima dr enam pasukan. huhu. tahun kedua, ok skit, team kami, dpt tempat kedua. hihi. ada improvement dr segi pencapaian team. tp rsnya, skil ciksarah sama ja. untung dpt menang sbb member dlm team sumua terer.tompang tui. ok la tu kan. :) dan kdg2, ada shbt ciksarah - puan kecik, akan ajak ciksarah utk men bdmntn jugak. ciksarah pun selalu ajak dia menjugak. selalunya kami men halfcourt saja, untuk peluh2kan badan. skil dia pasti la lebih hebat dr skil ciksarah yg mcm sailormoon dan sailorjupiter ni, hehe. ironinya, raket, tak penah beli. asik pinjam saja. raket tenis pulak yg ciksarah beli hr tu! tp takpenah main pun! ish ish ish... dh brp kali planning dgn sorg kwn lama, kakchik. dia dulu men tennis wakil daerah. mntk dia tlg trenkan ciksarah,tpagak sukar nk dptkan tmpt latihan. hm, rumah sapa ada xtra court tenis, boleh tumpang x? hihi..

dan ada sorg lg kwn, yg selalu ajak ciksarah 'bersokan' di hujung minggu-makcikbedah. pantang dgr org nk hiking, dia la yg paling seronok. mmg layan jugak pegi hiking dan trekking. adapun hanyalah bukit bukit kecil bertaraf 'pongsu' sj yg kami takluki, tapi dh cukup la kot, padanla dgn tenaga yg seciput ni. walaupun cita cita tinggi nk naik kinabalu. hehe. mulakan dgn yg kecik dulu, ye tak?


hm. panjang jugak kisah bersokan ni ye. tgh tggu time cukup, nk p salin baju. hr ni, puankecik ajak jogging dan walking. bab jogging ni ciksarah suka jugak. selalu ajak mama ngn nina p jog kat tmn jubli. tp selalunya tu jog seround ja. pastu 1-2 round lg, walk walk saje lah. hehe. kasi peluh peluh skit kan.. pastu, p kedai mkn tosei! hehehe...


tp, kalau nk ikotkan, ada silap jugak la perhitongan ciksarah ttg apa itu sokan. terpulang pd cr kita melihatnya la kot. bukan sekadar sebuah perlombaan. boleh jugak jd satu media utk merapatkan lg hubungan dgn keluarga, dgn kwn2. huhu~ayoh kwn2 sumua. mari bersokan. utk kesihatan. dan kesejahteraan ;)







July 16, 2010

rokok dan crocs

lebih kurang sepuluh tahun lepas, salah seorang saudara terdekat disahkan menghidapnya. pakteh saya. adik kepada ayah. masa mendengar khabar tu, antara percaya dan tak. betul ke? tapi takdak yg mustahil dalam hidup ni. apa pun yg Dia nk perlakukan, maka ianya boleh berlaku.

ya. dia menghidap kanser. barah. paru-paru. pakteh perokok tegar juga (seperti ayah saya juga). tp sy pernah lihat dia menggunakan filter semasa merokok. pasti itu tidak berkesan padanya. separuh daripada paru-paru kanannya dibuang. rawatan kemoterapi yg pakteh lalui memberi kesan sampingan pd dia, sama seperti orang lain jugak. susut berat badan dan keguguran rambut. yang menyentuh hati, kedua dua anak lelakinya turut membotakkan kepala - nak teman papa... pakteh beruntung, punya ahli keluarga yang mmg sgt sayangkan dia. makteh tak jemu2 temankan pakteh. keadaan pakteh jadi makin kritikal selepas setahun lebih. sel kanser merebak ke otak jugak.. dan kembali ke paru-paru semula. masa pakteh meninggal, saya tak sempat melihat jenazah. cuma hadir di kenduri arwah sehari selepas itu..

semalam. sy dpt satu berita. seorang lg saudara terdekat disahkan mengidapnya. paksu. adik ayah jugak. dia juga seorang perokok tegar. lebih kurang 2-3 bulan lepas, batuk paksu menjadi-jadi. lps ramai yg bg pndpt utk paksu wat check-up, baru dia ke hospital. lama juga berulang dan bbrp kali admission, observation dan diagnosis. akhirnya semalam, berita itu disampaikan oleh sepupu sy kpd adek sy kpd mak sy dan kpd sy.

belum sempat menziarah paksu. semoga ahli keluarga semua dpt menerima dgn tenang. walau mcmanapun, satu hari nanti, perkara mcm ni ttp akan berlaku, kalau sudah tertulis untuk ianya berlaku. yg penting, jaga hati kita. jgn sampai terkena kanser jugak. kanser yang lebih parah dari kanser itu. kanser yg memakan diri dan jiwa kita.

alFatihah untuk arwah pakteh. dan semua saudara mara dan sahabat handai yang telah meninggalkan kita. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. dan paksu, semoga paksu kuat menghadapi ini dan semoga cepat sembuh. insyaAllah.

hmm.. bukan nk bgtau jgn merokok. itu pilihan sendiri. sbb kalau bgtau pun, mesti takdak kesan. sampai kerajaan dah letak gmbr yg mcm tu pun, masih x terkesan. bole lg beli casing baru replace kotak rokok dgn gmbr yg mengerikan itu. saya tak kisah, bukan duit sy pun, huhu. itu pilihan sendiri. saya, pernah bg hadiah rokok kat kawan saya pun. sbb nk pujuk dia ms dia merajuk (ke marah?) dgn sy! sy x kisah kalau nk merokok. tp kalau ada tanda2 nak sakit tu, pandai2 cari ubat la ye. jg kesihatan diri.

terasa mcm blog berada dlm keadaan suram dan sedih dgn entry kali ini. hari jumaat. semoga diselubungi aura yang baik.

supaya x terbawa bawa dgn kesedihan itu.. ada teaser sikit.. nantikan entry ttg pemilik kasut crocs di bawah ni nnt! (^____*)




July 11, 2010

suci safiyya

lawatan ke kelab chenta sayang petang tadi agak mendebarkan. hehe. pertemuan kali pertama dengan cik suci safiyya adalah dlm keadaan yg tenang. dah lima belas hari usianya. anak kedua kpd ea dan udin, slps abgnya, budi. (^____^) ciksuci baru sudah mandi ptg td, dan sedang diberi minum susu oleh mamanya...

tak byk kerenah kelihatannya cik suci ni. tp kdg2 ada mcm merengek jugak, x cukup kenyang mungkin. bila didokong mamanya, dia senyap kembali. kecik je cik suci ni, tp nmpknya mcm akan jd org yg tinggi, sbb badan dan kakinya kelihatan panjang, hehe..

cik suci ada sedikit masalah kekuningan yang belum selesai. bilirubin (?) level masih tinggi dan perlu dicek di hospital tiap2 hari. mama suci, puan ea, bg cik suci minum air sengkuang cina petang td. moga2 usaha tu akan dpt membuahkan hasil. insyaAllah. pelan2 reduce mslh kekuningan itu... mudah2an selamat semuanya insyaAllah~ kepada puan ea, jgn susah2 hati sgt ok, jagalah kesihatan diri~

sorila cik suci ye. lmbt betul aunty kak ila ni p tgk suci, tau2 je dh botakhead, hehe.. tp chomel jugak (^____*)

last but not least, ahlan wa sahlan wa marhaban cik suci. assalamualaikum dan selamat datang kepada cik suci. semoga menjadi anak yg solehah insyaAllah..

cheers~








May 19, 2010

marsya tarakucha

Received text:
Marsya dah confirm major talasemia. Sama-sama tolong doakan supaya marsya sihat.
-Shahril

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
Talasemia minor - Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
Talasemia major - Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Talasemia adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang menghidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah dan gagal berkembang dengan baik.

more info



buat cik marsya nazeefa, aunty ila doakan semoga semuanya selamat buat marsya. mesti ok² ja semuanya nnt ye~ insyaAllah... buat mama dan babah marsya, semoga tabah menghadapi ujian ini. kak ila yakin je yg korang mmg cukup kuat untuk ujian ni. semoga rahmatNya sentiasa bersama kita. amiin.

(photos credits to fazliyana)