Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

October 24, 2013

ciskek kapkek yang penyek. cobaan pertama kali to welcome the new little bundle of joy. hek.

hek hek. pertama kali membakar ciskek. tapi dlm bentuk kapkek. :P resepi diamik dari belog makcik bree. mmg tempting. gambar asalnya begini:


lazat bukan? gmbr di belog dia mmg menarik semuanya. huhu...

tapi hasil yang saya buat, adalah begini:


-____-"

memperkenalkan ciskek kapkek penyek. hek hek... mgkin bekasnya terlalu kecil. lepas ni sy kena coba dgn muffin tin yg lebih besar -.-"

saja try buat. sbb smlm balik awai dr opis. sempena menyambut kedatangan ahli baru. hiuhiu.

ya ya, welcoming the new little bundle of joy!

adik ni belum ada nama. muka pun x leh reveal sepenuhnya lagi. ekslusif kengkonon ni. hek hek. dok berehat dlm wad sejak keluar pukui 3 pagi kemarin. mgkin hari ni baru dapat keluar. gmbr kat bwh ni pun apaknya yg curi² amik, sy tolong mekapkan skit². hehe..

sekali lagi:
assalamualaikum dan selamat datang encik!



semuga sentiasa di dalam keselamatan dan kerahmatan nya.
lepaih ni kita boleh mengkelai hari hari. hahaha.

cheers!

p/s: oh lupa. ni anak adik saya. ninananani. huhu.


March 8, 2013

selamat hari wanita sedunia

ehem ehem. dah lama tak hapdet belog. hihi. taktahu apa nak diceritakan. :)

hari ni lapan mac. katanya, hari ni hari wanita sedunia, setiap tahun :)

jadi.. saya dengan ini nak ucapkan selamat hari wanita kepada semua wanita, terutamanya yang menyinggah membaca di sini :)

semuga sejahtera ke atas kita semua, mudah-mudahan~ :)

haisshh.. #ikalmayang ada perojek #tellingwomenstories. kalaulah saya di sana, ada harus saya pun join menonton ini sekali nihh.. huhu.. takdo rejoki den... -.-"

credit gmbr instagram #melissasaila

dan... gmbr di bawah ini, takda kaitan dengan hari wanita sgt. hihi. tp ni pun hasil perojek wanita #gengnasiambeng di upis saya. baru dpt haplod. hiuhiuhiu.. tahniah semua. dan terima kasih, untuk masakan yang sangat enak, ponuh dongan raso cinto~!! ;)

layuq sampai teliuq sendiri. huhu.

ayuh sebarkan cinto di hari wanita ;P

selamat hari wanita! 
(semangat pulop den, keh keh)



January 9, 2013

bicara transformasi - entry ini diinspirasikan oleh entry dari blog puan rahayurazak :)

ehem ehem

hihi.. dah lebih seminggu kita di tahun baru miladiah 2013 dan sudah hampir dua bulan di tahun hijrah 1434. bagaimana ya agaknya. mudah-mudah segalanya baik-baik saja.

bicara tentang tahun baru sering dikaitkan dengan bicara tentang resolusi, transformasi dan mungkin juga reformasi :). di tmpt kerja sy ni contohnya, transformasi giat dibicarakan sejak suku keempat tahun lalu. dan seawal satu haribulan bulan yang pertama tahun dua ribu tiga belas ini, transformasi tersebut teraplikasi dengan sendiri. sehingga ke hari ini, hari kesembilan, masih belum nyata. hehe. mmglah kan, baru brp hari, takkan la dan² nak nampak perubahan. caesar pun amik masa lapan tahun kot, barula boleh cakap: caesar is home. hihi. maaf, pengaruh muvi agak kuat. maklumlah, saya kan penonton tegar.

tak kisahlah sangat apa pun perancangan dan transformasi yang sedang dilakukan oleh pihak atasan. sy yg di bawah dan kecil (kecil ke, gemok je nmpknya, keh keh) ini akan cuba membantu lah kot ye. cewah. berdedikasi tak? hihi.. (yo lah tu, blogging pukul 3 ptg, apa kes? haha) bak kata blogger paling vogue, rahayurazak, perkara pokok dalam menghadapi sesebuah transformasi itu adalah: mempercayainya. kepercayaan akan keberkesanan transformasi akan mendatangkan aura yang akan dapat membantu kita menginspirasikan orang lain justeru sama-sama akan berusaha ke arah mencapai apa yang dimatlamatkan. (adoih, ayat bebelit, kehkeh) dan saya percaya. bukan pd transformasi, tp pada jalan yang telah ditentukan untuk saya. hihi.

bicara ttg transformasi kerja, sy hari ini menanam keazaman untuk lebih teliti dan lebih terperinci dalam merekodkan sebarang urusan yang berkaitan keluar masuk duit. itulah transformasi yg ingin sy lakukan. haha. pening sungguh bila ada hutang tertunggak utk kerja-kerja yang dibuat pada tahun 2009! dan 2011 jugak. ish ish. sistem rekod sy adalah agak lemah. perlu pembaharuan, supaya lebih mudah dan memudahkan. dan juga berazam, utk lebih berhati-hati dlm membuat sebarang keputusan, juga yg melibatkan duit. huhu. kelalaian yang kdg² mgkin boleh membinasakan dan mungkin juga menyeksa pihak lain. maaflah, sy tak sengaja. huhu. 

org kata, kita perlu bljr dr kesilapan. kalau buat silap yg sama jugak, maknanya, kita bodoh lah tu. atau bebal. haha. tapi, pd sy, kesilapan pertama dan kedua tak mungkin sama, kerana kesilapan kedua mgkin disebabkan oleh kelalaian yang berbeza daripada kelalaian atas berlakunya kesilapan pertama (tudia, lg berbelit, hahaha). kan? hihi... jd? hmm.. jalan terus saja..

satu lagi transformasi yang cuba sy lakukan sejak awal tahun miladiah, hari ketiga, ialah memperkenalkan tabiat makan yang baru kepada tekak saya sendiri. hihi. percubaan dilakukan atas matlamat untuk mengurangkan berat badan yang dirasakan semakin menyebabkan angka di timbangan bertambah dengan jayanya. -.-" makan tetaplah tiga ke lima kali sehari, cuma menunya yang sedikit bertukar. mudah²an selamatlah tu. jgn sampai menyusahkan orang sudahlah kot. hihi... dan hasil percubaan tersebut, selepas 4 hari, sebanyak empat kilo lemak (ya ka?) berjaya disingkirkan! cewah. cam over poyo pulok. hihi. sabor je lah ye. nak buek camno. belog se, se mmg suko merapu camneh. tak cayo, tanyo dongan pakcik razali. alaa.. yg kwn pakcik manan tu.. haa, botui, nama ponuh dio - keamanan. haha..

ok, dah, sebelum terlebih melalut, tu saja bicara transformasi saya, hihi. mcm terer bebenor. :P

sekian. cheers ebelibadi!



December 21, 2012

cerita tentang langkah kanan. dan hari yang pedas tetapi indah. :P

semalam 20.12.2012, kiranya hari yang agak pedas. hihi. begini kisahnya..

sebelum ke tempat kerja, ciksarah menyinggah di rumah sohabat di bhgn utara sungai petani untuk mengambil buku yang diorder mggu lepas. buku apa? err.. buku syair pujangga. keh keh. taksangka pulak akan dijemput untuk bersarapan di rumahnya. hihi. kebetulan memang belum makan apa² di rumah. oh oh.. orang tua² kata, langkah kanan. hihi. dan menunya: nasi lemak dengan sambal tumis udang dan telur rebus. oh oh.. memanglah lazatt. nak pulak mmg sohabat tu terkenal dengan kehebatannya memasak sebarang jenis makanan. habaq saja nk makan apa, semua dia boleh buat. hihi. minum pulak dengan air teh o panas, haishhh.. sepertinya makanan dari sorga. hihi.. habis sepinggan, dipelawa oleh sohabat ciksarah untuk tambah nasi. oleh kerana sudah agak kekenyangan, ciksarah menolak pelawaan tersebut dengan ayat ini: "takpelah kak. dah kenyang. err.. bungkus boleh?" haha. dan dia dengan senang hati membungkuskan nasik lemak yang sodap tu ke dalam tappawey untuk dibawa ke tempat kerja. hihi. rejoki! :P

balik dari tempat kerja pulak, ciksarah menyinggah di rumah seorang lagi sohabat di selatan sungai petani untuk mengambil bahan bacaan. cewah, macam rajin benor membaca. dah pagi tadi pun amik buku kan. nak bat mcmana. dah tertulis begitu kisahnya utk hari semalam. hehe. mula² dijamu dengan secawan kopi mahkota dewa dan biskut lutut. oh oh, mmglah sedap. lepas sembang² lebih kurang 10 minit, dipelawa pulak ciksarah untuk makan nasi bersama gulai lemak ikan nyok² putih. dan ikan patin goreng jugak! feveret! oh oh.. sangatlah enakk.. hihi. dan sekali lagi, bak kata org tua² langkah kanan lah jugak kot ye.

syukurlah tu, dua kali langkah kanan hari semalam. bukanlah bermaksud kaki kiri tak melangkah. hihi. saja nak kongsi cerita saja. hari yang indah, sebab dapat makan makanan yang sedap. hihi. cukup pedas kan? sambal tumis udang dan masak lomak ikan nyok². mmg pedas, tapi tu lah yang mak encik suko! ;P

maaf, takda gambar. teruja untuk makan, mana sempat amik gambar. haha.

cheers. semuga hari² mendatang lebih indah buat kita semua.

trivia: agaknya ciksarah dah habis baca ke buku dan bahan bacaan yang diambil tu? :P

April 30, 2012

untuk adik yang tersenyum manis, semuga yang manis-manis untuk kamu :)

untuk adik yang tersenyum manis ini,


ada yang manis-manis untuk kamu~ :)




balik mesia nanti bolele cube ye. kalau mama an-nur bagi makan le.. manisss baituu. hik hik. tapi at the moment, saya dan ibukecik akan buat beberapa edisi untuk jualan amal hari jumaat nanti. yok semua. kita p aloq staq. ada pekan nat pandu puteri 2012 kat perkarangan menara aloq staq. cari kami kat situ hari jumaat ni, empat haribulan, pagi sampai petang, kalau nk makan ini! keh keh. 

selamat untuk semua. semuga sejahtera ke atas kita.


p/s. indahnya Tuhan ciptaanMu itu. buat aku jadi rindu selalu.


November 3, 2011

mungkin bukan waktu tak berpihak, mungkin memang sudah jalannya


sambil pekena ubi kayu cicah nyoq dengan ayaq kupi smlm, waidipi sy dok crita pasai kehilangan berat badan dia sebanyak enam kilo dalam tempoh satu tahun. sy tny dia, buat mcmana, joging ka, kontrol mkn ka. dia kata, bukan. dia kata, lepaih dia buang benda yang dok ikut dia tu, baru badan dia susut (erkss..) kalau tak, perut dia mmg memboyot (xmau sebut boroi, hik hik)

sy tny benda apa. dia tak explain sgt. cuma dia kata lepaih dia buang tu, baru ok sikit badan dia. kalau dulu, x lalu mkn. tp badan dok naik. skrg dh ok. walaupun perut ada skit skit lg maju ke depan. kalau takdak langsung pun susah gak, nnt hensem sgt, dia kata. haha.

tiba2, lps dia sembang tu, sy pun terdetik. agaknya sy pun ada 'benda' kot dok ikut, tu la dok koi gemok nih kottt.... hik hik..

touch wood, hihi. tp, hakikatnya, mmg semakin berat, sbb lutut selalu rs sakit. walaupun tiap2 minggu pukoi bulu tangkis dan bola oren yg kecik tu, mcm xda hasil. ish ish. silalah berhati hati. nnt sakit, susahh kot.

sy br order kati ni dr groupon. tatau la bila nk sampai. dan kalau sampai nnt, taktau la berani ke dak nk timbang dan lihat timbangan terkini. huhu~


gmbr hiasan. tu bukan kaki saya. dan definitely bukan hasil timbangan sy. huuu....


May 27, 2011

bila cerita tentang makan, rupanya memang ada banyak gambar makanan dalam henpon saya.

hari ini hari jumaat. selalunya, ada potluck di opis. tapi hari ni, sepi sedikit. ramai yang bercuti. ada yang cuti bersalin (tahniah!). ada yg cuti sbb anak x sihat (get well soon). ada yg bercuti sbb balik kampung, kenduri sedara mara. masing masing ada urusan masing masing (hepi hols u ols). jd hr ni, kami kumpul 5 org je utk minum pagi. sy cuma bwk kueh cara dan cekodok. ada yg beli ns goreng dan kotiau goreng jugak. alhmdu lillah rezki kami hr ni. tghari td, mulanya kak ayu ajak luncheon di se0ul garden lg. tp dia pun cuti, balik kampung.

cerita ttg mkn, bila tgk dlm henpon sy tu, rupanya, mmg byk gmbr makanan. =) so meh sy share skit kat sini ok. sori ye, gmbr low res, henpon 2.0mp saje..


yang ini. kambing grill. dengan ais blended rozel. di mana? yep, puncak mut1ara. coleslaw sedap. roselle, highly recommended. kambing? hm, so so saje. mgkin kena cuba sekali lg nnt, hehe.. yg ni makannya bersama ghazi, nura, dan yati, lebih kurang 3 mggu lepas.


ok, yg ni pulak, ciken lasagna. airnye, apel jus. di kimeyz italian restaurant, lot 88 sungai petani. lasagna, lazatt.. apel jus pun sodap~ makannya bersama puan rosliana. dia blanje. mmg best! hehe..


yg ini, nasik goreng nenas ikan masin. dan kopi ais. kopi ais dia mmg kaw kaw punya. sampai pening kepala. hihi. tp serius, mmg sedapp. nasik goreng ikan masin nenas tu pun sedap jugak. cuma x pedas, kena mntk cili potong. sori chef, mengubah hasil masakan anda. di manakah. kedai kopi tepi tasik sah alam tu. dkt roundabout nk p semejid negeri tu. mknnye dgn opismet lg 3 org. tggu cik suhana x kunjung tiba. hehe. br je ni, dlm 3 hr lepas.


ok, yg ni pulak, yep, nasik ayam penyet. makannya di w0ng s0lo, seksyen 7 shah alam. belakang ngn kedai jake|. airnye, jus poligami. kuang kuang kuang. campuran pelam, nenas dan apa taktau. bila campur tu mgkin sbb tu la dipanggil poligami. sedap air tu. nasik pun sedap. ada sambal kicap utk dimakan bersama tempe dan taukua tu. ish ish. lazatt. tima kaseh la cik yusriani yang merekomenkan kedai tu ye. tp x mkn dgn dia pun. ms ni kuar dinner dgn sham dan aswad. agaknya pening kepala depa, sbb berpusing satu sah alam cari kedai. gps sgt tidak membantu, hehe. sori kengkawan.


dan yg last ni. meriah kan? huhu. ciken teriyaki bento. ish ish. pertama kali mkn bento. asiikk kok. huhu. apa itu bento?

jumpa di sini:

Bento (弁当 bentō?) is a single-portion takeout or home-packed meal common in Japanese cuisine. A traditional bento consists of rice, fish or meat, and one or more pickled or cooked vegetables, usually in a box-shaped container.

utk penerangan lanjut, bole tgk kat situ ok :)

o ye, yg ni makannya dgn sham dan zaharah di signature suria klcc, aras 2. gerainya nama hachig0. ada sup dan green tea percuma! dan peach green tea itu mmg sedapp ;) terima kasih tuhan untuk semua hidangan ini.

sy punya perancangan. untuk menghasilkan sebuah buku. koleksi resepi sebenarnya. cerita ttg makan lagi ;) tapi perancangannya masih di peringkat awal. hala tujunya masih belum clear. kalau ada kesempatan dan rezkinya nnt, insyaAllah. moga dipermudahkan. mungkin bole dpt makanan yg baik utk jiwa nnt.

hari ni, layan lagu erosmit pulak. teringat kat maikel jon. apa kbr agaknya dia. hik hik.

cheers ebelibadi.




May 4, 2011

dah jumpa kueh cara yang sedap tu di taman nuri. ish. memang sedapp. mengasyikkkannn...

yep! kueh itu mmg sedapp bangat. tapi xda gmbr yg elok untuk dipos di sini.. dh selamat dimakan. hihihi...~

cerita pasal makan pulak hari ni ye. huhu. nikmat dunia yang tak terkata nilainya. nikmat yang kalau disalahguna, boleh memakan jiwa sendiri. huhu.

ada amik bbrp gmbr makanan. nak kata sedap tu xde la sedap sgt, tp mudah utk disediakan. hehe. utk resepi, sila klik pada gmbr di sini, sini, dan sini, huhu ;)





p/s: hari ni rs termengah. mkn byk agaknya. atau mmg sudah gimuk? dayah kata tgn nmpk berisi. dayah, tgn i mmg mcm ni. bukan berisi. dh mmg mcm ni. haha. hmm.. mgkin kena senaman lagi.. pantai kerachut pulak kah..?? sedappnye mandi lautt~ mgkin lebih sedap dari kueh cara itu.. huhu..

March 28, 2011

walaupun katanya ada masalah radiasi yang agak kronik di jepang, japanese soba di malaysia masih sedap dan enak untuk dinikmati. alhamdu lillah.

hari ini, nk cerita pasal makan. apa yg ciksarah makan pada tengahari ini. hihi.

jarang² mkn kat situ. mgkin kerana tmptnya agak ekslusif utk org mcm ciksarah ni ^^ tp kdg², ada rs mcm best jugak bila melayan tekak dan memanjakan diri utk duduk², mkn² kat minum² di situ.

dan tghari td, kami ke sana. ciksarah dan kak ayu je. melihat menunya, hm, hari ini rs mcm nk makan ayam.. jadi ciksarah pilih: black pepper ciken cop. dan es lemon ti. dan bila pinggannya sampai, hatiku hancur luluh. kerana ada secawan nasik di situ. huhu. bukan diet atau apa. cuma, rs mmg nk makan ayam ja, tanpa nasik. dan bila ada nasik dlm pinggan, hmm.. tepaksa la mkn jugak! huhu. agak sukar jugak nk biarkan nasik mcm tu saja. mgkin dh terbiasa menghabiskan apa yg ada dlm pinggan. huhu. alhamdu lillah.. kenyang... sedappp...



dan kak ayu, opismet ciksarah yg menemankan ciksarah utk "misi pencarian gadis opis" (apa yg dicari, lenkali kita crita, hihi) tghari tadi, telah mengorder ini: jepenis soba. mula² kak ayu merancang nk ajak mkn japanese food di mana² restoran jepang di mall itu. tp dia kata, nnt terkena radiasi. bahaya pulak. jadi dia cuma mkn mi soba ini. hihi. tp dia kata, mi soba ni x asli sgt, malaysian japanese soba sbnrnya. hm. mmg sedappp. sodap botul. ciksarah mmg rekomenkan kpd diri ciksrah sendiri utk mkn lg mi soba ini lenkali. hehe. tekak masing² kan, kalau rs sedap, bole mkn lg ^^ coba la nnt ;)



dan kami menutup hidangan tengahari dengan sepotong cokelet indaljens. mcm gmbr kat bwh ni. ish ish. mmg lazatt. sepotong je ye. gmbr ni eksyen je ada tiga potong. seme gmbr pun google² je. ^^



hmm.. dlm perjalanan balik ke opis. kami dengan tidak sengaja telah membincangkan:
mcmana ye nk wat aktiviti yg memeluhkan badan? hihi... cdgn satu, senamrobik di kelang lama pd isnin dan kamis. cdgn dua, joging di stadium pd ptg hari (kak ayu kata, dia segan, takut² nnt atlet yg dok trening hr² kat situ ajak dia join team derang, sbb dia mmg lari laju. hehe.) dan byk lg cdgn. belum pasti mana yang akan dpt dilaksanakan. coba sedaya upaya. untuk kesihatan. ok? ;P

tiba² sy rindu pada ciken pie... (-_-)"

oh ye. ada buat pemeriksaan mata jugak. keputusannya? hm. lenkali kita crita. ^^

nway. timekaseh byk² kak ayu. lenkali kita p wat research di sana lagi. hihi~

March 24, 2011

raikan je la cobaan tu. tak payahlah nak kisahkan sangat.

ekceli, ada dua paper yang perlu disiapkan. satu dh overdue pun sbnrnya. tp bole mntk extend. so, esok tarikh akhir (ni pun tarikh yg ciksarah sendiri tetapkan). tapi entahlah. semangat menulis itu hilang entah ke mana. mcm ada yg x cukup untuk menguatkan hati di dalam. hmm.. tolonglah menulis. tolonglah. huhu. rugi kalau tak siapkan. takleh claim dlm PDA ujung thn nnt pulak. (sungguh duniawi di situ kan? what the heck.) tp.. bukan kisah duniawi atau tidak. kisahnya, tanggungjawab dan amanah. itu kisahnya.

ada satu kisah lg. kisah menghukum. bukan sy nk menghukum. cuma bila sesuatu itu dilakukan secara 'terlalu sgt', jd ianya jd x best. paham tak? mmg x best. sy xde la kata sy ni baik pun. bila kita memandang atau mendengar seseorang atau sesuatu, ada jugak yg terdetik dlm hati, utk menghukum, kdg2 mmg x bole control. ok, ppl make mistakes. dan bila dh sedar, semoga tak ulang kesilapan yg sama. dan cuba berubah menjadi yg lebih baik. tp, cekgu sy ada pesan, tgk dgn mata, jgn percaya, dengar dgn telinga pun jgn percaya. dia kata, otak letak katmana. pikir la dulu. baru buat keputusan. dan apa yg dh dipikirkan tu, tak perlu la nk dump out semua bg semua org dgr. bimbang² akan menjatuhkan air muka org lain. kdg² org ada masalah. dia pun ada jalan yg sedang dia lalui. dia pun ada kisahnya yang tersendiri. sila bayangkan kalau kita yang kena mcm tu. dihukum-hukum. nak pulak perkataannya, adoi.. bisa sungguh. mesti tak siok kan? walaupun sbnrnya, kalau berlaku kat kita, kita akan mencoba utk kata: ada aku kesah?! tp kdg² kita kesahkan jugak. kan? ataupun kita akan kata: hm, cobaan.. saborr je la. entahlah. bykkan bersabar je lah kot kann. adoi. letihh. kata orang, mereka itu hadir dlm kehidupan kita utk memberikan warna. pada hitam putih kehidupan ini. jadi. ada pesanan untuk sy. pesanan ringkas: raikan ia.

dan hr ni. sy nak meraikan warna warni pho (sebut: fe. atau fur?) ni. ohh. kurindu padamu. huhu~



January 28, 2011

bila selalu mengadu pasal badan semakin gemok tapi rasa sayang nak tinggalkan nasi, apakah maknanya itu?

salam hari jumaat

semalam ciksarah dan kawan-kawan sertai satu demo - cara penjagaan wajah yang baik, supaya wajah kekal ayu dan asli dan segar dan cun dan semualah. (ketawa kecil)

hasilnya: sangat memuaskan. (senyum lebar) ciksarah sedang berkira-kira untuk mendapatkan satu set. lagipun, produk yang digunakan sebelum ini, botolnya, sudah hampir kosong.

selesai sesi penjagaan kulit muka, ada satu sesi penjagaan dan pengawalan berat badan. soalan pertamanya pada kami: apakah sebenarnya yang menjadi masalah kepada sesiapa yang ingin mengamalkan diet, untuk menurunkan berat badan. cara yang tidak berkesan dan kadang-kadang hasilnya tidak terlalu ketara.

is it because of lack of determination?

or discipline?

she said NO!

it's because of CRAVING!

when you try to skip meal, in the idea of dieting to loose some weight, you will sometimes crave for RICE.

kita orang malaysia kan, melayu lagi, pastilah suka makan nasi bukan? (senyum)

the 'craving' actually shows that you are actually pre-diabetic. huh! sounds scary right? (laugh) this one may need some time for me to understand. (giggle)

according to her presentation last night, when we skip meal, we will feel hungry. obviously. hence, the stomach will tell the mind,"hey, i'm hungry, go get some food, fill me up!". but the mind will say,"no way! i'm on diet. no food for you." the body will then trigger it's defensive system,"hey! watch out! we are out of food! lock all your storage system. this body will feel more hungry later! lock up! lock up!" so, the body will lock all the fats being stored at various spots of our body (you know where! laugh) and started to burn our muscles for energy. hence, the body will become flabby because we are loosing our muscles, instead of fat. make sense though.

opss, will continue the entry later. need to have some thinking of what she was saying also. some more, i want to go somewhere with puan kecik.

have a great weekend! yum yum!




October 27, 2010

kisah jagung - aku, kau dan dia

pada satu petang di hari itu...

ciksarah: kakak makan ape tu..?
kakak: a-jung!
ciksarah: ape..?
kakak: a-jung...
ciksarah: oo ok... cuba kakak sebut - ja-
kakak: ja-
ciksarah: -gung
kakak: a-jung!
ciksarah: skali lagi... ja-
kakak: ja-
ciksarah: -gung
kakak: a-jung!

adoiyai...

alif: alif pulak, alif pulak!
ciksarah: ok, alif pulak, cuba - ja
alif: ja-
ciksarah: -gung
alif: -gung
ciksarah: ja-gung
alif: ja-jung!
ciksarah: hm?
alif: ja-jung! ... pandai x alif?
ciksarah: (^_____^)

adoiyai.. adoiyai... hehehe...


ini kakak...


dan ini alif...


dan ini jagung (atau ajung? atau jajung?, hehe) yg kami mkn petang itu...



time kasih kepada ibu mereka yg rebuskan jagung² itu. yummie~ somel betul budak² ni. walaupun kadang² bila sy berada bersama, mereka mengaruk sakan, sampai saya hilang arah, taktau apa nak buat dan terpaksa berdiam saja. takpandai saya berpolitik dengan kanak². tapi ayah dan ibu mereka, maintain je cool, hehe. kipidap! ganbatte neh~!!! ;)



July 26, 2010

gigi

dah isnin semula.

kerja lagi. huhu (-_-)"

jalan² cari makan di hujung minggu bebaru ni slmt dilaksanakan, alhamdu lillah. time kaseh kepada cw&g.. yo yo je angkut kamera, tp akhirnya, xde pulak amik gmbr makanan. ada gmbr dua budak tecit ni je, di meja makan... huhu... tunjuk gigi masing² (^___^)



o ye, dan jmpa budak ini jugak. tgk giginya... somel.. hehe...


hari jumaat, sebelum ke ipoh, ada singgah di sebuah klenek.. klenek munir*h isk*ndar. ada sket urusan berkaitan insurans. pd asalnya, nk singgah skejap sj, sbb mmg supposed urusannya sgt singkat.. tp turned up consultation jadi panjang lebar bile doktot yg bernama isk*ndar zulkarn*in itu memberikan ceramah ringkas, pandangannya ttg insurans, ttg unit trust dan jugak ttg bagaimana mau jadi kaya (hahaha) dia cadangkan untuk membaca buku di bawah ini, hehe. ku hanya mampu menyengih dan menunjukkan gigiku padanya (walaupun gigiku tak santek dan sgt berterabur, hehehe). timakaseh doktot. tiba² rs mcm p jmpa financial advisor instead of a physician ;) whatever it is, i was really glad that day!

cheers ebelibadi~


July 23, 2010

jjcm - ipoh, here i come~







hujung minggu ini.. esok dan lusa.. jalan jalan cari makan lagi (^___*)

di sekitar sini... (alamak~!! kecik pulak gmbrnya.. huhu...~)


hari ini, saya rasa, sudah high time. sy mau ini:

... untuk workstation sy.
... untuk bilik tidur saya.
... untuk diri saya.

mesti mula. hari ini jugak.

(-_-)"