Showing posts with label writings. Show all posts
Showing posts with label writings. Show all posts

February 6, 2014

being me

sometimes i found me forcing myself doing things; things that are supposedly to be willingly fixed in a daily routine. yet it still feels so not right. it is so heart aching and mind torturing. am i sick? or am i being paranoid? is there something wrong somewhere?

i guessed it’s not really that complicated. perhaps it’s just the way of how things work, how the journey goes, how the world evolves. it’s just the way it should be. that’s all.

ya, that’s all. hekhek.



just keep walking. stop when desired. nobody will tell you when to speed up or to slow down. when the time comes, you will know.




October 18, 2013

bukan ke bila kita kecikkan skop penggunaan sesuatu perkara tu, kita menyebabkan ianya tidak lagi universal, sedangkan sifat asalnya adalah sangat universal. (ini adalah soalan - boleh jawab kalau nak, kalau takmau pun takpa)

fuhh! fuhh! fuuhhhh! hek hek. tiup habuk.

haihh. lama jugak tidak menulis di sini (atau di mana mana jua, haha)

terima kasih tuhan pemilik sekalian alam untuk hari hari semalam dan hari ini.

tak banyak yang berlaku sepanjang tempoh itu. sekadar berjalan dan bergerak di dalam keseimbangan yang diatur, seiring masa.

ecewahh. tiba tiba macam skema pulop.
poyo. keh keh.

banyak perkara yang ingin dibuat, jika ikut hati.
tapi kata orang, ikut hati, mati.
tapi jika difikir lagi, kenapa perlu takut mati?
semua pun pasti akan mati bukan?
itu adalah janji yang pasti.
cuma masa dan ketikanya yang masih menjadi teka teki
(wow, rhymes kot ni? hihi)
atau mati yang dimaksud itu bukan mati yang itu?
haihh. entahlah.

oh. 
ada isu yang sepertinya besar dibicarakan baru baru ini
tapi entah kenapa aku kira itu bukan apa apa
(tapi demi meraikan rentak alam, aku buat tak tahu saja)
sepertinya hanya kita pula saja yang boleh memilikinya
sepertinya bukan dia pula yang memiliki sekalian kita

entahlah
aneh

mungkin hanya pada aku. 
bukan pada kamu, atau dia. 
atau mereka.
atau mungkin juga kamu seperti aku.

maaflah jika berbeza pandangan kita
tapi memang inilah pandangan aku
dan itu lah yang mewarnai hidup kita,
perbezaan itu

jalan kita mungkin tak sama
tapi aku rasa, hujungnya nanti kita jumpa jugak kot kann?
kan? kan?

hahaha. merapik apa dah aku ni.

slmt berhujung minggu semua!

(mood nak masak masalodeh, inspired by #resepirumahkokping is on~ :P)





April 8, 2009

hari ketiga memblog di ofis!

dah 3 hari ofis sy bukak access utk blog! hehe.. selalunya 'access denied'. so sy pun apa lagi, mengambil kesempatan la di dalam kesempitan ini. huhu.. (mesti org tny kan, ciksarah ni tak keje ke, asik blogging je? huhu..)

hari ini cik sarah ada hari s*laturrahim, kelab amr*c yang anjurkan. dah lama ciksarah tak pakai kasut sukan! dan keputusannya, kumpulan ciksarah dpt no 2! hehe. hairan jugak sbb kebanyakan acaranya, kumpulan ciksarah dpt keputusan tercorot. tp akhirnya dpt pulak jadi naib johan, alhamdu lillah (walaupun sbnrnya hadiah yg kami dpt tu seme pun sama je, hehe...) semoga acara tadi telah pun berjaya merapatkan lagi silaturrahim akan staf, mudah2an begitulah. huhu..

dan hari ni juga ciksarah rasa cik sarah perlu menulis, utk kekaseh hati (ehem ehem! ada ye kekaseh hati? huhu) ciksarah. ciksarah pun taktahu la dia baca blog ciksarah ke x, tp ciksarah perlu menulis, sebab ciksarah takut, kalau ciksarah cakap, nnt ciksarah tersilap, sbb ciksarah mmg selalu tersilap cakap. haiiiihh.... tapi apa ciksarah nk tulis? hmmm... atau mungkin tak perlu ditulis pun. tak perlu kekaseh hati ciksarah tahu apa yang ciksarah nk cakap? huhu. tapi tulis je la kotttt...

buat kekaseh hati ciksarah
ciksarah minta maaf
ciksarah rindu...

hmmm, tu je yg boleh ditulis. rasanya ciksarah perlu berehat. dan semoga rehat ciksarah akan menenangkan hati ciksarah. supaya tak serabut. supaya tak keliru. dan supaya tak marah2 orang lain lagi. (huhu)

(dan ciksarah masih rindu pada berfotografi juga.... :'( ~ )

April 6, 2009

cik sarah mencari

cik sarah masih mencari

cik sarah mencari erti sebenar bekerja
cik sarah keliru
cik sarah sekarang buntu
cik sarah tidak punya hala tuju
kerja cik sarah banyak yang tertangguh
cik sarah keliru
cik sarah rasa cik sarah dah berusaha
tapi sebenarnya cik sarah belum pun melangkah
cik sarah cuma merangkak
dan rangkak cik sarah sangat perlahan
dan rangkak cik sarah sangat terhad
terlalu banyak persinggahan
terlalu banyak neon yang menyilau
menahan cik sarah dari terus bangun
cik sarah keliru
cik sarah mencari...
cahaya yang dapat menerangi jalan cik sarah

cik sarah mencari erti sebenar berkawan
kawan cik sarah memang ramai
cik sarah memang suka berkawan
tapi cik sarah kadang keliru
kawan mana yang cik sarah suka
dan kawan mana yang suka cik sarah
cik sarah runsing kadangkala
cik sarah sedar juga dia bukan selalunya menjadi kawan yang baik
cik sarah kadang penuh dengan hipokrasi
cik sarah tak suka sebenarnya
cik sarah cuba perbaiki diri
cik sarah tak mahu berpura-pura
cik sarah suka kawan yang baik
sebab cik sarah tahu dia juga boleh jadi kawan yang baik
sebab kawan mungkin boleh jadi sahabat
sahabat sejati untuk cik sarah
sahabat yang dapat membawa kebaikan
(dan cik sarah tahu, cik sarah memang bukan orang yang baik)

cik sarah mencari erti sebenar bercinta
cinta cik sarah untuk siapa
cinta cik sarah atas dasar apa
cinta siapa yang cik sarah cari
cik sarah keliru
kadangkala cik sarah tak sabar
kadangkala cik sarah cemburu
entah pada siapa cik sarah cemburu
cik sarah keliru lagi
cik sarah dah jumpa chenta hati cik sarah
tapi cik sarah tak pasti
chenta hati cik sarah mungkin tak jumpa cik sarah lagi
cik sarah tahu
cik sarah perlu bersabar
cik sarah tahu
cinta dan rindu yang ada ini, Dia yang memberinya
Dia yang menitipkannya
cik sarah tahu
Dia lebih tahu apa yang baik untuk cik sarah
Dia sudah atur yang terbaik untuk cik sarah
cik sarah perlu sabar
walau apa pun yang dia tentukan
cik sarah pasti boleh melaluinya
kerana Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

dan cik sarah terus mencari
mencari erti hidup di dunia ini
yang tak tahu berapa hari lagi masih berbaki...

January 23, 2009

teman (usahlah bersedih)

semalam
ku lihat matamu sedikit suram
tenang di wajahmu sedikit beralun
kiraku hatimu sedang bermuram
atau jiwamu itu sayu meruntun

teman
kira benar hatimu sedih
biarku hapus kesedihan itu
kira benar jiwamu resah
biarku riangkan keresahan itu
akan ku bawa dirimu terbang bersamaku
kita lihat awan yang putih
dengan mentari yang lembut menyinar
kita lihat bintang yang mengerdip
setia menemani bulan malam

ayuh teman bicara denganku
luahkan resah yang menyesak jiwamu
biar bersinar kembali cahaya matamu
agar alam kembali indah
bilamana hatimu kembali tenang..

---

sy ada tag yang diberi oleh z4cque, bole jwb sesiap la kot ye.. takyah berhutang dah :)

Do you think that you are hot..??
-erks?!

hot hawt?
-isk isk... tidak mungkin..

hot-tempered?
-harus (sedang dlm proses pemulihan, hehe)

Upload a pic of you
-ala x leh upload... ada problem la network guna berokband ni, dem! tp nk upload gmbr avatar tu je la pun sbnrnya..

Why do u you like this picture?
-sy rs ianya unik, hehe. (bkn sy yg unik ye, gmbr je yg unik :P)

When was the last time you eat pizza?
-uis, siyes x ingt jugak la z4cque hehe..~

The last song you listen to?
-kekasih gelapku by ungu :P

What are you doing rite now beside doing this?
-writing a kinda poem utk seorang teman

What names you prefer besides yours?
-isk isk, susah le, suka nama je x dpt apa pun kan... nama apa pun sy suka je, asalkan baik maknanya.. atau... mungkin obama? a very powerful name huh rite now? hehe

People to tag
1. nina
2. che det
3. obama
4. pak lah

Who is no. 1 ?
adik bongsu, dia mmg suka tag2 ni. tp malas nk bgtau dia, kalau dia masuk blog ni dia pasan la kot nama dia kena tag

Who is no. 3?
orang yang paling 'berkuasa' skrg. kalaula dia baca blog saya, mmg bole meletup la notebook sy ni!! hehe...

Say somethin about no. 4
current pm of msia. dia kata dia dh nk letak jawatan pada mac ni. entahlah. dunia politik skrg makin merumitkan. saya pun tatau apa sbnrnya agenda mereka2 ni. semoga pak lah dapat membuat keputusan yang terbaik dan paling adil utk semua.

Who is no. 2?
blogger tersohor di malaya. :)