Showing posts with label justsaying. Show all posts
Showing posts with label justsaying. Show all posts

December 27, 2016

dari 2016 ke 2017

Aduhaii berabuk teruk ni belog ni hehe

Fuff fuffff fufff.. tiup habuk pun takkan habes!
Nanti vakum dan mop terus.

Saja nak pos selai entry sebelum masuk tahun 2017
Sebab 2016 takda entry langsung

Banyak sungguh war na warni sejak post yang lalu
Syukur diberi peluang dan ruang untuk masih terus berada di sini

Apa pun, semuga semuanya ok ok saja

Selamat menempuh tahun yang baru
Apa saja impian kita, capailah ia!
 ;)

Cheers!

Assalamualaikum



September 1, 2014

meraikan perbezaan

ahuk ahuk..

hihi..

saya pernah ada satu kepercayaan (baca: pengetahuan am); hidup akan sampai usia tua. mungkin sampai ke usia 60 atau 70 tahun. melalui fasa-fasa kehidupan biasa; zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman dewasa, belajar, bekerjaya, bekawin, beranak, bercucu, dan akhirnya mati. ini mungkin tipikal permukaan sebuah kehidupan, sebuah perjalanan, yang kita tahu.

dan pastinya, apa yang ada di dasarnya, juga dalamnya untuk sampai ke dasar itu, hanya yang melalui saja yang tahu.

bila usia menginjak 35 jumaat lepas (36 dah pun sbnrnya 5 syawal tuari), mcm ada satu kepercayaan (baca: rasa) yang agak berlainan.

semuga selamat sampai sehingga ke penghujungnya. dan semuga yang di hujung itu baik-baik saja. mudah mudahan, tuhan setuju.


ファジラ スリャニ


                                                                                                                           

October 18, 2013

bukan ke bila kita kecikkan skop penggunaan sesuatu perkara tu, kita menyebabkan ianya tidak lagi universal, sedangkan sifat asalnya adalah sangat universal. (ini adalah soalan - boleh jawab kalau nak, kalau takmau pun takpa)

fuhh! fuhh! fuuhhhh! hek hek. tiup habuk.

haihh. lama jugak tidak menulis di sini (atau di mana mana jua, haha)

terima kasih tuhan pemilik sekalian alam untuk hari hari semalam dan hari ini.

tak banyak yang berlaku sepanjang tempoh itu. sekadar berjalan dan bergerak di dalam keseimbangan yang diatur, seiring masa.

ecewahh. tiba tiba macam skema pulop.
poyo. keh keh.

banyak perkara yang ingin dibuat, jika ikut hati.
tapi kata orang, ikut hati, mati.
tapi jika difikir lagi, kenapa perlu takut mati?
semua pun pasti akan mati bukan?
itu adalah janji yang pasti.
cuma masa dan ketikanya yang masih menjadi teka teki
(wow, rhymes kot ni? hihi)
atau mati yang dimaksud itu bukan mati yang itu?
haihh. entahlah.

oh. 
ada isu yang sepertinya besar dibicarakan baru baru ini
tapi entah kenapa aku kira itu bukan apa apa
(tapi demi meraikan rentak alam, aku buat tak tahu saja)
sepertinya hanya kita pula saja yang boleh memilikinya
sepertinya bukan dia pula yang memiliki sekalian kita

entahlah
aneh

mungkin hanya pada aku. 
bukan pada kamu, atau dia. 
atau mereka.
atau mungkin juga kamu seperti aku.

maaflah jika berbeza pandangan kita
tapi memang inilah pandangan aku
dan itu lah yang mewarnai hidup kita,
perbezaan itu

jalan kita mungkin tak sama
tapi aku rasa, hujungnya nanti kita jumpa jugak kot kann?
kan? kan?

hahaha. merapik apa dah aku ni.

slmt berhujung minggu semua!

(mood nak masak masalodeh, inspired by #resepirumahkokping is on~ :P)





June 7, 2013

tentang keterujaan melihat seorang dia

sebenarnya eksaited.
tapi terlalu eksaited sampai ternganga ja.
sudahnya, cakap 'hai' saja.
nasib baik dia senyum balik.
hahaha.

entahlah apa yang hebatnya.
tapi memang mengkagumkan.
walaupun jmpa skejap sangat.
haissshhhh...

mengujakan.

haha. poyos se ni.


limau ais. gambar ihsan guugle.

March 29, 2013

bila musim baru tiba, sama sama lah kita meraikannya

ehem ehem :)

salam hari jumaat yang penuh barokah, mudah²an... semuga segala tugas dan kerja yang dilakukan diberkati dan dilimpahi rahmat dan karunia dari nya..

hari ni half day lagi, hiuhiuhiu.. dah tiga hari berturut berhalfday. jadi setiap hr mai gheja rs mcm hari isnin. haha. ada kaitan tak? ;P ini semua gara gara mama berkeputusan berholiday bersama adiknya dan anak² sedaranya ke london dan paris. amboiboii. meriahnya hidup berjalan jalan makan angin di musim dingin.. hiuhiuhiu..

oh ye, wiken pun dh hampir sampai, maka bercutilah dua hari yaa.. oh indahnya lah, hihi.. kalau dpt p big bad wolf ni menarik jugak. tp sapa pulop nk tggu ayah kat rumah? -.-"

dan di hari jumaat ini, sama sama lah kita hadiahkan fatihah untuk saudara mara dan sahabat handai yang telah kembali bersama yang abadi dan yang masih ada bersama kita. mudah mudahan senantiasa kita dilindungi di dalam keselamatan dan kerahmatan..



ehem: harap harap mama bawak balik souvenir yang ni lah kali ni. eh! keh keh~


p/s tahukah kita 'Good Friday' sebenarnya adalah hari memperingati hari Nabi Isa aka Jesus disalib.. alfatihah.




September 27, 2012

sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan, terperangkap dalam jasad, ku keliru



rahsia ini
telah lama aku pendamkan
tiba masanya
segala-galanya
ku ceritakan
aku kan pergi
pergiku tak akan kembali
bertemu kekasih abadi

---

walau pernah ada jingga, dan indigo di antara biru dan violet itu, hitam dam putih itu tetap tidak pernah hilang, selamanya mungkin