Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

October 24, 2013

ciskek kapkek yang penyek. cobaan pertama kali to welcome the new little bundle of joy. hek.

hek hek. pertama kali membakar ciskek. tapi dlm bentuk kapkek. :P resepi diamik dari belog makcik bree. mmg tempting. gambar asalnya begini:


lazat bukan? gmbr di belog dia mmg menarik semuanya. huhu...

tapi hasil yang saya buat, adalah begini:


-____-"

memperkenalkan ciskek kapkek penyek. hek hek... mgkin bekasnya terlalu kecil. lepas ni sy kena coba dgn muffin tin yg lebih besar -.-"

saja try buat. sbb smlm balik awai dr opis. sempena menyambut kedatangan ahli baru. hiuhiu.

ya ya, welcoming the new little bundle of joy!

adik ni belum ada nama. muka pun x leh reveal sepenuhnya lagi. ekslusif kengkonon ni. hek hek. dok berehat dlm wad sejak keluar pukui 3 pagi kemarin. mgkin hari ni baru dapat keluar. gmbr kat bwh ni pun apaknya yg curi² amik, sy tolong mekapkan skit². hehe..

sekali lagi:
assalamualaikum dan selamat datang encik!



semuga sentiasa di dalam keselamatan dan kerahmatan nya.
lepaih ni kita boleh mengkelai hari hari. hahaha.

cheers!

p/s: oh lupa. ni anak adik saya. ninananani. huhu.


May 6, 2013

di suatu tengahari di tempat kerja yang tadinya gelap sebab lampu rosak tapi sekarang dah cerah selepas lampu dibaiki. eh! panjangnya tajuk.

langit mendung pagi tadi. tidak secerah semalam.
hujan kini membasahi bumi di sini.

tidaklah semestinya membawa makna yang tidak baik.
kerana mungkin di kala ini, ada yang lebih memerlukan hujan ini,
berbanding dengan yang memerlukan sinar matahari itu.
dan inilah yang terbaik di waktu ini.
esok, kita belum tahu lagi.
dia lah yang lebih mengetahui.

(sejuk sejuk ni, sambung lena sedap kot weh? :P)

p/s
salam takziah azirul dan keluarga atas kehilangan adik tercinta. al fatihah.


March 29, 2013

bila musim baru tiba, sama sama lah kita meraikannya

ehem ehem :)

salam hari jumaat yang penuh barokah, mudah²an... semuga segala tugas dan kerja yang dilakukan diberkati dan dilimpahi rahmat dan karunia dari nya..

hari ni half day lagi, hiuhiuhiu.. dah tiga hari berturut berhalfday. jadi setiap hr mai gheja rs mcm hari isnin. haha. ada kaitan tak? ;P ini semua gara gara mama berkeputusan berholiday bersama adiknya dan anak² sedaranya ke london dan paris. amboiboii. meriahnya hidup berjalan jalan makan angin di musim dingin.. hiuhiuhiu..

oh ye, wiken pun dh hampir sampai, maka bercutilah dua hari yaa.. oh indahnya lah, hihi.. kalau dpt p big bad wolf ni menarik jugak. tp sapa pulop nk tggu ayah kat rumah? -.-"

dan di hari jumaat ini, sama sama lah kita hadiahkan fatihah untuk saudara mara dan sahabat handai yang telah kembali bersama yang abadi dan yang masih ada bersama kita. mudah mudahan senantiasa kita dilindungi di dalam keselamatan dan kerahmatan..



ehem: harap harap mama bawak balik souvenir yang ni lah kali ni. eh! keh keh~


p/s tahukah kita 'Good Friday' sebenarnya adalah hari memperingati hari Nabi Isa aka Jesus disalib.. alfatihah.




February 21, 2013

kerna cinta ruang tak menjadi misteri hanya ku melihat dirimu datang memeluk daku

haiippp!! apa?? ain hisap rokok?

 oh tidak, dia cuma makan fries saja... keh keh.


p/s nampak tak ciken cop yang blur kat depan tu. hiuhiuhiu.. sedapnya kalau boleh makan malam nii.. sapa nak tulun masak nih..? =.="

p/p/s: tajuk credits

note: oh. sudah masuk hari keempat. terasa dedar dedar badan dan pedih pedih mata. peminuman air kelapa dan penggunaan cool fever semalam nmpknya tidak berkesan. -.-" mungkin masih boleh bertahan. tunggu sampai hari ketujuh. huhu. bersiap sedia untuk misi nasi ambeng v.2.0 esok! guring tempe yuk! semuga lebih sihat selepas berambeng. hiuhiuhiu...


February 13, 2013

heppi besdayy tu yuu: ain surayya binti fazril sani


selamat ulangtahun cik ain surayya. semuga yang baik² dan indah². 
and... just be naughty, girl. keh keh. 

cheers~ from a.l.o.n.g. awong! ;P


November 26, 2012

kisah mereka di sekeliling saya. kisah kau, aku, dan dia.

ada sorang sohabat saya yang bakal/sedang melangkah ke fasa baru dalam perjalanannya. den raso tak lamo laie dio akan jd propesor, ado ponah dipost dlm entry terdahulu. hihi. semuga berjaya wahai sohabat dan dipermudahkan urusannya.

ada sorang kakak saya yang telah menghapdet belognya yang telah sekian lama sepi. ado kesedihan di situ, tapi saya tahu, dia akan terus kuat menghadapi perjalanannya. semuga terus tabah kakak.

ada sorang adik di utp dulu, dia meninggal kemalangan jalan raya tak lama lepas aidilfitri tahun ni. hari ini, ulangtahun dia, dapat notification dari fesbuk. semuga sejahteralah ke atas ruhnya, mudah-mudahan..

ada sorang bekas pemain ragbi kebangsaan wanita yang menjadi top seven dalam masterchef musim kedua. saya kira percaturannya mungkin tersilap. mungkin terlalu mencuba untuk membuat kelainan, dan akhirnya dia terperangkap sendiri. tapi bagi saya, dia tetap antara yang terbaik. semuga terus berjaya, demi cinto pada masakan. :)

ada sorang pakcik, yang saya kira mungkin sedang melalui fasanya yang tersendiri dalam perjalanannya. cumanya ada sorang lagi sahabat yang mungkin belum dapat menerimanya. semuga terus bersabarlah wahai sahabat, wahai pakcik. dan semuga kita semua diselamatkannya dalam perjalanan kita ni.

ada sorang adik di rumah, yang pegi ke haatyai mengikut suaminya bertugas. pulang membawa sebeban pelastik dengan barang yang disoping, sambil berkata kepada den, "tengok ja lah nohh". tak mengapalah, den paham, tapi kalau den poie ostolia nnt, jgn an nak memosan apo2 dari den. tengok yo lah apo yg beli utk diri den sendiri yo! haha.

tu sajo lah kisah kita. ado laie nnt den poskan kemdian yo.

kisah kau, aku, dan dia.. akhirnya menjadi kisah kita.



April 20, 2012

tiadalah apa dibawa bersama, melainkan keampunan dan rahmat darimu jua

woot woot!
huhu.. lama jugak tak berhapdet blognya neh. sibuk mungkin. hihi.
ermm.. ok. tu saja. hahaa.
kbai...

eh. ada satu gambar yg nak dihaplod:
bintang di hati. yang semakin membesar dan membulat. keh keh. ;)

semuga selamat semuanya!


March 5, 2012

belasungkawa itu berasal dari perkataan jawa yang bermaksud pernyataan turut berdukacita atau pengucapan takziah. al Fatihah.

he's one of mama's lil brother. we used to be quite close. close in a sense that i felt the easyness and comfortability of him and his family being around. we seldom meet. but each meeting seemed to be very fine and pleasant. perhaps it was because of the sincerity of him being an uncle to me and my siblings. we seldom talk. after salam salam and asking 'apa habaq', then it would be just smiling to each other afterwards. huhu. but one word will surely came out from his mouth each time was - 'kesian'. i guessed that's just his way of showing his care towards us. hihi..

he suffered from a liver problem. it seemed to be quite serious months ago. but the docs kinda fixed it. until around four weeks ago, he had a sudden stroke. his hand was unable to move that the sons brought him to the hospital for a check-up. it was found out that there was a clot in the brain. they tried their best for him, the sons. and docs as well. to cut short, they had to remove the life support, as his heart was failing gradually. mama texted me at around 6.30 pm on saturday, 'un daud dah tak dak'. there was silence in the room, for a moment..

i drove up to kangar that evening. aunty decided to settle all the stuffs after isya'. everything went well. uncle daud had great wife, sons and daugthers, and daughter in laws, and lots of kind and helpful friends and neighbours around him in his life and during his moment of leaving the world. i could feel that there was quite a shock among them, of losing him in a sudden. yes, it was quite a sudden. but i believed that the family, and the friends, have always being ready of letting him go, uniting the creator.

al Fatihah to Kapten Ahmad Daud Dato' Haji Abu Bakar.




February 22, 2012

you will never know how you touched people's heart in passing but you will always knew when somebody touched yours...

kecik pulak streamer ni. tatau camna nk besarkan. huhu..

bole klik kot utk view yg lebih besar ;)

kali pertama akan digunakan untuk pogram hari sabtu ni. di usm :)

semilan pagi sampai tujuh petang.

jomle reramai ke sana~

bersempena dengan perayaan 35 tahun psscm usm.

akan ada malam pendekar (25 februari) lapan malam.

dan konvensyen psscm peringkat kebangsaan (26 februari) lapan pagi.

semuanya akan berlangsung di dewan tuanku syed putra ;)

jejomm ye!



title hari ini: credit to suhanazam ^^

February 13, 2012

happy birthday my dear, here's to the whole year we've shared together


tadaaa...~ alhamdu Lillah. she's one year old today! hihi. it has been such a blessing having her around. the smile. the cry. the giggles. the teeth. the hands. the feet. the eyes. the nose. the round tummy. and the bon-bon. hihi. such a cute little girl. although sometimes she might be a little annoying also. haha. budak-budak, mcm tu la, mana dia nak reti kann.. and yet, she's the only little girl in the family. 'ketoi maih' as said by a friend of mine. heh.

so ain surayya, i have no big presents for you on this special day of yours. thank you for accepting us, as who we are, into your life. our weekends have been more exciting with your presence. may you grow into a very nice lady to all.

have a great and pleasant day. happy birthday dear!



foto 1: credits to nina, d80, 50mm.
foto 2: fx camera, polandroid. a pre-birthday celebration, 2 days earlier. haha.


September 30, 2011

ciken pai dan makcik yaya

iklan pecuma: blogger.com ada template baru. yang agak tempting pd mata sy. tp mcm masih syg dgn interpes ini, walaupun x la secanggih mana, hik hik.

hoke.. salam pagi jumaat =) ada potluck rahsia hr ni. hik hik. anjuran puan nina goyang. dkt bilik opis dpn tu je. ciksarah bawak ini:


hik hik

ciken pai versi mini. potluck utk 4 org rakan sekerja yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan. bukan pencen ye, tukar keja tmpt lain jaa =)

hr ni, nk wat paper. semuga dgn wall paper yg baru ni, semangat sy akan betambah. hik hik. ya, makcik yaya balik rumah!! =P



cheers ebelibadi~

September 3, 2011

seri dan citra takda buat show semalam, agak mengecewakan, langsung menonton pontianak beraya di kampung batu, asyik jugakk =P

salam lima syawal. alhamdu lillah. dah slmt berlalu aidilfitri tahun ni. =) takda apa yg lainnya tahun ni. semuanya sama dan okay okay saje. masak masak makan makan ziarah menziarah kunjung mengunjung saudara mara sahabat handai. nasi ayam mee rebus lontong laksa char kuey toew ketupat lemang rendang serunding. air oren sirap kuih bangkit simpul kasih bahulu kerepek ubi. ada yang masih ada, ada yang dah pergi, ada yang baru datang, ada yang semakin tua, takdak yang semakin muda...

sehari sebelum aidilfitri, ciksarah dapat byk ucapan kat pesbuk.besdayy. hehe. berapa tahun? ehem ehem. hihi.. tp baru hr ni la bukak akaun. bizi la kononnya kan, rayaa.. hehe. terima kasihh kawan kawan sedara mara atas ingatan dan ucapan yang diberikan. semoga rahmatNya sentiasa terlimpah ke atas kita semua.

Quoting a friend: fitri = fitrah = asal = semulajadi = tiada tokok tambah = perdu = lurus = sempurna.

hari ni. lima syawal, kalu ikot kalendar hijrah, hr ni besday ciksarah jugak. =) tiga puluh tiga. =P tak kisah le berapa angkanya kan. yg penting hepi, sehat walafiat. kan? (ayat penyedap hati kot? hihi) syukur atas kurniaan dan limpahan rahmat untuk merasai nikmat hidup sehingga hari ini.

ok, cukup ttg raya dan besday. ptg ni kena joging. hrp2 hari tak hujan. mesti joging! huhu~ oh kasut.. di mana kamuuu~

cheers ebelibadi~!!

gmbr tadek kali ni. lensku masih belum pulih.... -.-

August 12, 2011

mengering sudah bunga di pelukan, merpati putih berarak pulang terbang menerjang badai

salam ramadhan mubarak di pagi jumaat.

dah hari ke dua belas pun. skejap ja nohh..

byk tgk tibi bulan posa ni. citer apekah. oh byk. thjd cinta. stnza cinta. ksih alia. hilng. rmdhn terakhir. dan banyaklah lagi. mata mmg mcm termagnet bila nmpk peti bergambar dan bersuara tu. mgkin itu adalah antara penyumbang kepada pengembangan bon bon. hik hik. mcm tiada kena mengena, tp saja nk tulis.

hmm. awal pagi tadi, dpt meses, dari kak jim:

kak marina meninggal dunia kul 2am tadi.

...dia dah selamat pegi. kita, belum tentu lagi mcmana. yg pasti, ramadhan kali ni adalah ramadhan terakhir utk dia. kita? taktahulah lagi bila tu...

selamat berpisahh..

alFatihah.


p/s: mntk maaf kak marina. dah byk kali cari gmbr yg kak marina mintak tu. tapi takjumpa jugak. sampai kemarin pun dok cari lagi. tp ttp x jmpa dlm simpanan... -.-

--

mlm ini, cik yaya is in the houze lagi =)


July 29, 2011

recapturing july. it's fast. i mean, really fast. hepi fasting. marhaban ya ramadan~

biz trip to chennai, short vacation to taman negara pahang, badminton inter division in shah alam, and hiking up to gunung jerai - it all happened in july. it's fast. i mean, july is passing by really fast. and august is just around the corner.





credits to fotografer - dr mat, jian, lokman, mdyus.

i've blogged about india and taman negara. lemme grasp just a bit about the latter two.

ok.. badminton, hmm.. we lost. huhu. two teams represented the northern division, my lost has significantly contributed to the lost of the team; while the other team, they managed to go up to semi finals. kudos. lack of training i would say. well, can really count of how many times of holding the racket in a year. never learn from the mistakes heh. though it was quite frustrating, but i enjoyed the trip to shah alam. dining at ani sup utara was really a bless ;)

gunung jerai was fun. although i was not really in the fit condition - due to the overloading of fat, hehe - i can say that the hiking trip was really a success - for myself individually. climbing up over 1000 steps at the beginning of the journey, really was a mental challenge. thanks to hiking mates whom were very patient in waiting and helping throughout the trip.

dan minggu depan, dengan berakhirnya julai, berakhirlah juga syaaban.. maka datanglah ramadhan..

(quoting from puan-nina's emel)

Dialog Sya'ban:

"Assalamu'alaikum...Nama saya SYA'BAN. Minggu hadapan, jiran saya RAMADHAN akan menziarahi anda. Dia akan hadir bersama isterinya PUASA dan 2 anaknya; SAHUR & IFTAR. Turut hadir bersama ialah 3 cucunya; RAHMAT, BAROKAH & MAGHFIRAH. Diharap anda dapat melayani tetamu ini sebaik mungkin. Selepas 1 bulan, mereka akan berlepas dengan menaiki pesawat 'Eid-Fitr Airlines. Tahun hadapan belum tentu anda berkesempatan menemui mereka sekeluarga lagi.."

marhaban ya ramadhan. moga beroleh rahmatNya serta kebaikan.

dan selamat jugak kepada budak tecit ini yg pertama kali berada bersama kami menyambut ramadhan, tahun ini - di sungai petani ;)



salam hari jumaat buat semua...

May 3, 2011

tahniah kepada ciknina tapi takde gambar pulak nak upload, lainkali saja la ye

tuesday. dengan monday blues. minggu lepas dirasakan sungguh panjang. tapi hujung minggu yang panjang dirasakan seperti singkat.

mungkin saya perlu lebih bersyukur. dengan apa yang ada. mungkin.

currently listening to this, in the car:


and this, at the office:


ada resepi baru. inspired by this:


many thanks to puan kecik for the inspiring cookbook. tried few of the recipes. will upload the photos soon in kitchenchek. ;)

may we have a great week. greater than the last one.

cheers ebelibadi~

p/s: tahniah kepada ciknina. tapi takde gambar pulak nak upload. lenkali saje la ye~

April 14, 2011

dia nak makan tomyam malam ni. jom pi kedai. kita beli sebungkus.

ayah. dia x berapa sihat kebelakangan ni. badan dh sgt kurus. mcm arwah wan. perut sampai kempis tahap anorexia nervosa. bole nmpk tulang tulang ala piano di badan dia. dah lebih 3 bulan kot dia macam tu. sblm ni x perasan sgt. ingtkn cuma kerana peralihan umur.

pagi tadi. cuti lg. bawak ke pantai mc utk check-up kali ketiga. hari pertama, ahad lepas. atas nasihat kakak2 dan abang dia, dia mau jugakla ke hospital akhirnya. ya ampunn. punya susah nk pujuk. sobar yo lahh..

hr ahad tu, doktor periksa gula, pressure, x-ray, sumua clear. tade poblem. hari kedua, blood test, urine test. pun ok. cumanya urinnya ada sedikit kotor. kurang minum air. jd doktor bagi ubat bersihkan urin. pagi tadi, scan perut, kidney, prostate. pun ok. takda apa masalah. keputusan urine test pun dh semakin ok. masih ada sedikit kotor. tapi ada improvement. alhamdu lillah. semua ok.

hr ni, doktor bg ubat bersihkan urin lg. dan ubat relaks (ni ubat tidor sbnrnya, supaya dia x fikir byk sgt dan dpt tidor dgn lena mlm2 - bila tido x lena tu la dia jd x sihat, byk sgt fikir, dan pastu, x lalu makan). seminggu lg perlu folo up dengan doktor. stkt ni, semuanya ok. physically, dia sihat. cuma kurus sbb x lalu mkn. jd, bdn lemah sikit. x cukup energy. orang tua2 lgpun, mmg mcm tu kan? kurang selera makan. kena la ikut selera dia, apa dia nk mkn, kena la pi cari.

hmm. hari2 tny pasal anak2 dia. org tua mcm tu la agaknya ye. bila sunyi, tringt anak2. kdg2 dia mcm lupa anak2 dia dh besar. atau mgkin dia sengaja nk create conversation. taktau apa nk tny, jd dia tny pasal anak2 dia.

kdg2 dia mcm ada dunia dia sendiri. tapi tak kisahlah. kita pun kdg2 ada dunia kita sendiri. khayal seketika. cuma sebaik mana kita mengawal khayalan kita tu. jgn sampai terbawak bawak sampai menjejaskan kesihatan. sy pun pernah ada dalam situasi tu. terlalu byk berfikir sampai tak bole tidor lena (mkn tetap lalu, x tau pesaipa hehe). tp skrg, tido mcm dh terlebih lena pulak. hihi.

hm. entahlah. buat sy berfikir beberapa jenak.

harapnya ayah akan sihat semula. kalau x mcm dulu pun, sekurang kurangnya ada sikit improvement.

mintak ampun byk2. mungkin terlalu kerap abaikan ayah. atau mungkin terlalu kerap sakitkan hati ayah.

hmm..

pis ye! ^.^"





*misi siva pesan kat ayah td tadi, sambil tesenyum: pakcik dah sihat. dah ok. you go pray and do good things ok. see you next week.


February 26, 2011

mencari dan memasak ikan. mengasuh budak tecit, daddy budak dan mummy budak

sejak dua minggu yang lalu, sepeti yg sumua dh sedia maklum, ahli keluarga ciksarah dah tambah sorang lagi. budak tecit yg bernama ain surayya ni dah empat belas hari menghirup udara di bumi jitra. (^___^)

semalam, ciksarah ke jitra, bawak mama dan nina. mama amik turn dengan tok bisan utk jaga menantu dan cucu sulongnya itu. dan pulak, bapak kepada budak tecit itu, yakni adek ciksarah, juga dikategorikan sebagai 'pesakit berpantang' - dia ciken poks! jadinya ada tiga orang yang 'berpantang' - mummy yg melahirkan, baby yg sedikit kuning dan daddy yang berbintat penuh di seluruh badan. tak ape lah ye.. sama² 'masuk wad', meriah la sikit kan ;P

dan pagi tadi, ciksarah ke market di pekan jitra, mencari ikan gelama utk si daddy. tp yg jmpanya cuma haruan utk si mummy. mmg byk org jual ikan haruan kat situ. tiga blas hengget sekilo. makteh di keramat yg juga baru menerima cucu sehari selepas mama, sedikit tensi bila dpt tau harga haruan di jitra, cuma separuh harga di kl, doploh lima hengget. huhu. hm. dah mmg gitu la kan. nk wat cemana. (^___^) tp x bili pun, sbb tok ayahnya dh kirim satu kilo dari sungai petani~ hehe.. akhirnya cuma dibeli ikan bawal putih dan siakap saje..

dan yang ciksarah suka semasa ke pasar pg tadi, ialah bila terjumpa satu tag yg tulis:

TELOQ RM2.80

diletak atas satu stack tray telur ayam! tp x amik gmbr la pulak.. huhu~ mmg terasa sungguh kekedahan di situ. heee..

suka.. sbb dpt masak² hari ni, dh lama x memasak begitu. walaupun cuma masak sup ikan haruan dan rebus ikan bawal putih. tp lega. sbb masih ada skill itu. haha. (^__^)v

o ye. bebalik kepada cerita cik ain surayya ni. hr ketujuh, kepalanya sudah dibotakkan. :) selepas tujuh hari ni, dh ada bbrp milimeter yg tumbuh semula.. dengan sdikit kesan cukur bantal di bahagian belakang. lama² nnt ok la tu kot ye.. (^___^) yg ni, gmbr dia pd usia 18 hari:



dan yang kat bwh ini, masa usianya 3 hari. masa rambutnya masih ada. hehe. dan kalau tny, sy mmg lebih suka ms dia ada rambut.. huhu.. takpela dik ye, sabor je. tak lama lagi rambut u sure lebatnye ok ;) botak-botak pun somel juge.. bak kate kakak fiqah - hebi hotak! (baby botak) (^____^) moga yang baik² untuk cik ain surayya..



dan ptg td, dh balik sp semula.. sedang menonton cerekarama. sambil membuat persiapan mental utk pendakian esok pagi. yep. hiking lg. ;) ke bukit jambull je. ;P mgkin bole jmpa signage ini lagi! hihi~



cheers!

*sori, gmbr x bape clear.. pakai henpon 2.0 megapixel saje~ :P