Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

June 7, 2013

tentang keterujaan melihat seorang dia

sebenarnya eksaited.
tapi terlalu eksaited sampai ternganga ja.
sudahnya, cakap 'hai' saja.
nasib baik dia senyum balik.
hahaha.

entahlah apa yang hebatnya.
tapi memang mengkagumkan.
walaupun jmpa skejap sangat.
haissshhhh...

mengujakan.

haha. poyos se ni.


limau ais. gambar ihsan guugle.

September 26, 2011

ku sedar ku tak seberapa jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari diri ini

selamat hari isnin ^^

syukurlah. lif kat opis dah ok. i mean, lif di bangunan baru, dh boleh digunakan. =) dah berapa bulan naik tangga dengan bersungguh sungguh. hihi. so seharusnya kerja akan jd lebih efisyen selepas ini. hikhik...

dikisahkan ttg kerja, sibuk. ya, agak sibuk. [tapi masih sempat hapdet blog ;)] ada dua paper perlu disubmit by hujung minggu ini utk dua conference. satu report sudah siap tadi. ada dua lg labwork yg perlu disiapkan secepat mungkin dan dihantar reportnya jugak, due mggu ini. jugak. huhu.. kaget jugak bila difikir fikir. jd terpaksa kurangkan berfikir. cuma nk kena buat saja. hik hik.

dua minggu pertama bulan ini sy bertugas di luar kawasan. ya, org kampung sy kata , outstation =P

ada satu kisah yang sy rs nk dikongsikan kat sini. kisahnya berlaku pada hari kamis. sehari sebelum cuti hari malaysia. hari itu, sy dlm perjalanan dr sah alam ke kuala lumpur. memandangkan sy pegi ke sana naik belon dari penang, jd sy xde kreta. jdnya kena amik public transport utk ke rumah makteh (dia suh p mkn pulut kacau a.k.a. wajik). sy memilih komuter. itu yg senang utk sy (atau itu yg sy tau pun, ada cr lain kot, tp x reti... huhu) berikut adalah jadual perjalanan sy, dari sah alam ke tmn keram4t perm4i pd hari kamis itu:

hQ - pkns : ila yg hntr dgn alza dia
pkns - stesen komuter seksyen 19 : cab
seksyen 19 - kl sentral : komuter
kl sentral - stesen lrt seti4wangsa : putr4 lrt
stesen lrt seti4wangsa -rmh makteh : jalan kaki

timing? lama kott. hehe. kul 5.30 dr hQ, kul 8.15 mlm sy sampai rmh makteh.

takpelah. mmg dh namanya public transport, mmg la kita yg kena ikut jadual dia kan. tapi, hmm entahlah... sy pun xde la ckp sy ni pengguna yg baik. cuma nk kongsi² cerita saja...

ok... penah naik komuter? pada yg penah, penah naik koc wanita x? komuter kan ada sediakan koc wanita tu kan. tapi kdg² ada jugak yg 'bukan wanita' di dlm tu. huhu. sama ada mmg derang tak perasan yg koc tu koc wanita, atau derang mmg sengaja nk duduk dgn wanita. =P


gmbr ihsan goooogle


pd hari kamis itu, adalah kali kedua sy naik koc wanita. (takde la selalu sgt naik komuter kan, nama pun bermastautin di kedah, mana ada komuter kat sini.. bila p sah alam je la pun nk naik komuter tu kan..) kalau sebelum ni, sy dpt duduk, mgkin sbb naik waktu off-peak. tapi kali ni, sy berdiri. seat dh penuh. mula² masuk di seksyen 19 tu, cuma ada dlm 10 org yg berdiri (termasuk seorang lelaki! pakcik tu dlm 40-an la kot. tatau la pesaipa dia kena ada kat situ, huhu.. hmm.. i thot, takpelah, dia pun byr duit teket kan.. lgpun dia berdiri jauh dr org lain, dan dia mcm wat rilek² je)

dengan 1 knapsack yang penuhh dgn baju, 1 sling bag yg berat berisi laptop sy yg berusia 8 tahun itu, dan 1 handbag, sy himpunkan beg di sekeliling kaki sy dan memilih spot di tepi tingkap. cuba berdiri dgn keadaan selesa, sbb dr pengalaman sy tu, dlm 45 minit jugak kot nk menyampai ke kl dr seksyen 19 tu, lebih kurang 7-8 stesen, x prasan pulak yg tu. mula² tu mcm ok² sj. sy kira sy dpt menerima hakikat, inilah dia kenderaan awam yg kita ada. fine. sy cuba utk cool² saja. hihi. so mcm biasa, bila sampai next station, mestilah ada yg naik dan ada yg turun dr komuter tu. dan ada sedikit masa-elah bila yg naik lebih ramai dr yg turun. i mean, sgt ramai ok! huhu. rupanya koc wanita ni mmg menjadi tumpuan jugak utk awek² yg balik kerja. mgkin lebih selesa bila duduk dan berhimpit sesama wanita. mengurangkan risiko bergesel dengan lelaki (opss, ayat terlampau ke? sori..) sampai satu tahap, sy rs mcm pipi sy ni mmg dh melekat kat cermin tingkap komuter tu, dan still ada yg ckp mcm ni di satu stesen tu:

"tlg la masuk dlm sikit, kitorang dh 2 kali tunggu tren, x dpt jugak naikk.."

dan ini jugak,

"tolonglah, semua org pun nk balik.. masuklah rapat² lagi..."

sy sinyum saja. huhu. mcm lawak pun ada. nk wat cemana kan. sy takleh nk tlg dah. sy tau awak dlm kesusahan, dan sy mmg patut tlg. tp pipi sy pun dh penyet mcm tu, sy pun rs sy mcm dlm kesusahan, taktau dh apa yg bole sy buat. hik hik. dan dgn rilek, ada sorg hakak yg berdiri tak jauh dr sy ni jawab, tp selow je la pun, dia kata sambil tesenyum,

"kitorang ni pun dh rapat ke tingkap mcm ni.."

hik hik. timakaseh la hakak, paham masa-elah yg kita hadapi. kita suma pun nk balik tmpt masing² kan...

perjalanan diteruskan jugak. makin sempit jugak rsnya. ada la sorg dua yg turun, tp lebih ramai yg naik. takpelah. rilek saja. ini public transport. mmg itulah yg kena hadapi.

sampai kat satu tmpt ni, telipon hakak tu bebunyi... lalu dia pun menjawab. ni adalah antara yg sy dpt dgr, apa yg dia ckp (apa yg org dlm telipon tu ckp, sy x dgr la pulak kan..)

"sy dlm komuter ni... ada apa?"

"habis tu, dia dh tau ke belum?"

"lain kali, takpayah telipon sy dlm komuter ni."

"haah, bizi bizi! mcm sardin dah ni haa!"


erkss. sy pun x tau nk ckp hape. huhu. senyap saja. itu paling baik. mgkin.

tiba² mcm kesian pulak kat org yg telipon tu. kena marah pulak dgn hakak yg memulanya cool td. skali sudah hot² la pulak kan. macamana dia nk tau hakak ada dlm komuter. dan macamana la dia nk tau yg hakak dh kena himpit mcm sardin tu kan. hmm. takpelah hakak. dh namanya pun public transport. mmg lah begitu keadaannya. sama ada kita kena terima keadaan himpit menghimpit begitu, atau kita kenalah cari cara lain yg tak berapa menghimpit, supaya kwn hakak akan call bukan ms hakak sedang dihimpit seperti sardin. huhu. suka tak suka, mgkin itu saja cara yang kita ada. cuba utk rilek² saja, selagi boleh. tp kalau hakak rs nk marah jugak, itu terserah. mgkin itu yg baik utk hakak. mgkin akan kena sakit jantung kalau x marah ms tu kan. huhu.

hoke. tu saje yg nk dikisahkan. tadelah apa sgt pun. cuma pengalaman hidup, yg biasa biasa saja.. =)

so pengajaran yg sy dpt kali ini: rancang perjalanan sebaiknya. kalau tak suka, cubalah utk tidak berada bersama crowd itu pada waktu puncak. ish ish. mmg sesakkk... huhu.

cheers ebelibadi~

o ye, ingt lg pd pakcik yg tersosat dlm koc wanita td? ya, dia telah disuruh oleh sorg hakak yg agak brutal utk tukar ke koc sebelah semasa tren sdg bergerak dan keadaan dh semakin menghimpit. ishh, ikut pintu tgh tu la, yg sambungkan antara koc tu.. takkan la pakcik tu nk lompat mcm spiderman kan.. hik hik. go go pakcik. eh, go go hakak? ;P



p/s tajuk mcm takde kaitan dgn entry. tapi seharian dgr lagu itu hari ini.. mgkin ada kaitan dgn perkara lain.. ;)

July 29, 2011

recapturing july. it's fast. i mean, really fast. hepi fasting. marhaban ya ramadan~

biz trip to chennai, short vacation to taman negara pahang, badminton inter division in shah alam, and hiking up to gunung jerai - it all happened in july. it's fast. i mean, july is passing by really fast. and august is just around the corner.





credits to fotografer - dr mat, jian, lokman, mdyus.

i've blogged about india and taman negara. lemme grasp just a bit about the latter two.

ok.. badminton, hmm.. we lost. huhu. two teams represented the northern division, my lost has significantly contributed to the lost of the team; while the other team, they managed to go up to semi finals. kudos. lack of training i would say. well, can really count of how many times of holding the racket in a year. never learn from the mistakes heh. though it was quite frustrating, but i enjoyed the trip to shah alam. dining at ani sup utara was really a bless ;)

gunung jerai was fun. although i was not really in the fit condition - due to the overloading of fat, hehe - i can say that the hiking trip was really a success - for myself individually. climbing up over 1000 steps at the beginning of the journey, really was a mental challenge. thanks to hiking mates whom were very patient in waiting and helping throughout the trip.

dan minggu depan, dengan berakhirnya julai, berakhirlah juga syaaban.. maka datanglah ramadhan..

(quoting from puan-nina's emel)

Dialog Sya'ban:

"Assalamu'alaikum...Nama saya SYA'BAN. Minggu hadapan, jiran saya RAMADHAN akan menziarahi anda. Dia akan hadir bersama isterinya PUASA dan 2 anaknya; SAHUR & IFTAR. Turut hadir bersama ialah 3 cucunya; RAHMAT, BAROKAH & MAGHFIRAH. Diharap anda dapat melayani tetamu ini sebaik mungkin. Selepas 1 bulan, mereka akan berlepas dengan menaiki pesawat 'Eid-Fitr Airlines. Tahun hadapan belum tentu anda berkesempatan menemui mereka sekeluarga lagi.."

marhaban ya ramadhan. moga beroleh rahmatNya serta kebaikan.

dan selamat jugak kepada budak tecit ini yg pertama kali berada bersama kami menyambut ramadhan, tahun ini - di sungai petani ;)



salam hari jumaat buat semua...

July 19, 2011

walaupun tak dapat jumpa rusa dan tenuk kat sana, saya dapat bagi ikan kelah dan jelawat makan, memang syahdu rasanya

kali pertama menjejakkan kaki ke daerah itu. ya. sibuk sibuk pegi obersea hr tu, dlm negara sendiri pun belum abes pusing sbnrnya :) kalau sebelum ni, asik ke taman negara pulau pinang setelah diperkenalkan oleh makcik bedah, kali ni, sy hajak makcik bedah ke taman negara pahang pulak.

tujuh orang dari utara. depa bawak kreta, mmg laju. 10min to twelve midnite, kreta bergerak dari juru. 20min past 5am, dh sampai kat jerantut. lepas rehat² dan mandi² di rumah salah sorg ahli rombongan kat situ, kul 8 pagi, baru le bergerak ke kuala tahan. lebih kurang satu jam jugak. seploh orang yg join trip kali ni, tambah tiga dari pahang.

aktiviti pertama di hari pertama, naik bot menyusuri sungai tembeling ke tmpt titian kanopi. menarikk.. lebih kurang 1km kot kanopi tu.. tp agak mengecewakan, sbb pokok2 tade tag. huhu. sy ni pun bukanla pencinta alam sgt, tp kalau ada tag nama pokok sepanjang kanopi tu, sy rs ianya akan jd lebih menarik dan educational. cewahh. pastu kami hiking lbih kurang 1.2km ke puncak bukit terisek. aiii.. boleh thn letihh jugak. pas turun tu, naik bot semula utk rapid shooting. yg ni, sgt menarikk. memula, x paham jugak ape kebende la hai rapid suting nih. pastuu.. hmm.. tergezut den kono percikan air yg disengajakan oleh brader yg bawak bot tu. habes lencun, mcm mandi sungai. aktiviti utk hari pertama tamat di situ. seme letih. nk pulak smlm tak cukup tidur. dlm kereta, bukannya nk bole nyenyak sgt. pas lunch, sume balik tido. sblh mlmnya, kami p tgk video tayangan, yg bg info pasal tmn negara ni kat pej perhilitan di seberang sungai. o lupa pulak nk inform, kami stay kat chalet je, kat kuala tahan tu. tak pulak berkemah di penempatan org asli di sepanjang sg tembeling tu. mgkin lain kali bole try yg tu pulak... pas dinner, sembang², tido je la kan...

hari kedua, naik bot lagi. kalau hr pertama, naik bot besar yg boleh muat 10-12 org. utk hari kedua, naik bot kecik, bole muat 3-4 orang. sbb laluan anak sungai tu kecik sikit. kami nk menghala ke lata berkoh. nk mandi manda. sblm tu, singgah kat lubuk ten0r. katsitu ada tmpt bela kelah. tp depa kata, xnmpk kelah sgt, byk jelawat saja. ms tgk video mlm sblm tu, pakcik tu kata, kelah tu, harga dia, sekilo rm80. ish ish. kalau beli katsitu la. kalu dibawak ke bandar, masuk supermarket, boleh sampai rm120 sekilo. aduhai. tak merasa la den nk makan.. mandi kat lata berkoh, aduhaii, mmg syahdu. tp agak deras air terjun kat situ. ada saspen jugak. tp wat² mcm tade pape. huhu. asikk sungguh. sejukk. nyaman. air pun sedapp :P sejam kot kat situ. dr lata berkoh nk ke tmpt bot tinggalkan kami tu, dlm 1.2km (lagi! pastu ada tim member yg agak fobia dgn 1.2km, hik hik) balik semula ke lubuk kelah td, masuk dlm sungai dan bg ikan mkn. ikan² berenang kat sekekeliling kita. ish ish. asikk jugak :) letihh betul hr tu. sbb mandi manda air terjun. lunch hr tu adalah lunch yg paling sedapp pd sy. walaupun cuma ikan goreng, sup ayam dan cabai potong+kicap. syukurr. sedap betull..

hmm.. tu je pun aktiviti di tmn negara. asalnya ketua rombongan nk santai² tp jd mcm mini adventurous trip, sy suka! ;) bajet kecil²an. lgpun mcm x boleh agak apa yg nk dibuat. tourist guide kami, walaupun dia dulu kije cikgu sementara kat sk kuala tahan tu, dia pun tak well equipped, belum dpt tag ijau utk jd guide yg bertauliah. hehe. anyway, terima kasih kepada semua utk trip kali ini.. :)

esoknya baru kami balik, singgah di jengka utk makan gulai tempoyak ikan patin dan kari landak. hik hik.

ada chance, pasti akan ke sana lagi ;) yok!





satu perkataan, yg bole sy guna utk describe pahang - jauhh... huhu~

July 6, 2011

hey, what do you think you are doing %$^*(?^!#@

hm. walaupun itulah kalimah pertama yg saya dapat sebagai ucapan 'welcome to india' dari pihak imigresen di sana, saya ok je je. mungkin tu tandanya sbg peringatan, utk sy lebih berhati-hati kerana sy berada di tmpt org, huhu. kisahnya kerana sy telah men'snap' bbrp keping gmbr ketika sy beratur utk dptkan cop imigresen di paspot sy (excited masuk negara org, ms kat vietnam ritupun mcm tu jugak, tp xde la jd hal pape.. lgpun kwn sy ada pesan, amik gmbr byk2. hehe) pegawai pompuan yg dok menguap lebih kurang lapan kali sepanjang pemerhatian sy tu menjadi sgt garang. mgkin terlalu mengantuk, jd dia perlukan sesuatu utk hilangkan kemengantukannya. sy dihantar ke bilik pegawai atasan dia bersama d80 sy yg dh agak season itu. kata dia, india ni mmg negara yg friendly, tp di sempadan itu securitynya mmg sgt ketat. no friendship here, dia kata. dia suruh delete semua gmbr yg sy amik di sekitar kwsn tu. so... whatever. sy pun delete sy, cuma sy mntk izin utk simpan selai gmbr. iaitu gmbr ini:


hak hak. gmbr kakiku.. yg berjaya menjejakkan kaki di sebahagian lg bumi milikNya... alhmdu lillah.. hmm.. chennai tu, panas tmptnya. lebih kurang tiga jam empat puluh minit penerbangan tu, membawa sy ke satu tmpt yg suhunya tiga puluh empat darjah selsius pd waktu malam. tak dpt nk bygkan mcmana siangnya nnt. tp alhmdu lillah, bole ja cope dgn cuaca tu. hr pertama agak mcm nk demam, sebab kat luar panas, bahang, kat dlm opis dan hotel pulak guna ekon, nyaman dan dingin. panas sejuk panas sejuk, akhirnya ada rs seram sejuk pulak, hik hik.

ini satu bisnes trip. tp ada jugak jln2 trip, hehe. so kita citer yg jln2 saja, bab kije, lenkali kita crita no (kalau tringt, hik hik) ok ;) enam hari katsana.. dan antara kesimpulannya ialah, bersyukur byk² dilahirkan dan dibesarkan kat mesia ni. walaupun mesia kdg2 fenin2, hehe (kan??) tp ok la tu... ok sangat kalau nk dibandingkan. xtau mcmana nk explain. tp itulah dia. huhu.

rakyat depa, ramai. di chennai, ada lebih kurang tujuh juta. lebih kurang mcm kl kot kan?? economically, shall i say that they have improved a lot. depa bole ja p soping kat kedai dan spend sampai 3-4 ribu rupee (dlm 2-3 ratus duit mesia) and some of them spend more than that, utk beli sarees atau groceries. which means, they do have money. the way they spend, sama lebih kurang mcm kita. tp yg bergelandangan dan melepak di bawah flyover dan kemah2 tepi jln pun masih ada. yg dtg ketuk2 tingkap kereta sambil dukung anak mntk belas ihsan pun ada. tp x byk. sekali dua sj jmpa. yg bekerja, mmg rajin. tak kisahla yg jd driver ka, jaga pintu ka, receptionist ka, mmg rajin. sgt rajin. sungguh2 depa carik duit. yg meniaga tu lg la. pandai ja nk tarik customer.

jln ry dia, ya ampuunnn.. dh kalau ada tujuh juta rakyat, hmm, mmgle sesakk. lane kat jlnraya tu, bole lukis buat syarat je la, takdenye nk ikut garisan, semua menderu2, di mana saja. hon toksah crita la. bebunyi sepanjang ms. sbg indicator, hey i'm here, give way. atau, excuse, i'm here, be careful. tp, takda eksiden langsung yg berlaku, sepanjang nam hari katsana. semua org pun mcm rushing2 nk ke destinasi masing2, tp semua org pun bg laluan kat masing2. sama2 nk buat kerja. mmg hebat pemandu2 katsana. lgpun ada construction yg hebat tgh dibuat. monorel dan hiway jugak. jd mmg sgt sesak. epotnya pun sdg direnovate. habuk di sana sini..

makan? haishhh.. sy ni siap bwk ration. megi dan nesv1ta. hehe. hr pertama, bekfes, mkn ration yg dibawak. luncheon, manufacturer belanja. indian chinese food (ada pulak indian chinese food gitu, dh indian, chinese pulak. hehe) - vege, of course. walaupun dia kata cikennya halal, ada saspen jugak, hikhik. but then, industri penyembelihan di sana mmg yg memonopolinya itu org islam. cumanya, bila ada saspen, mgkin lebih baik go for vege, rite? ;) utk dinner, supplier pulak ajak mkn di luar. kami ke luar mencari kedai mkn, hrpnya yg halal dan sedapp hehe. bila bgtau kat drebar, dia kata dia pun muslim, jd dia kata nk bwk pi Buhari H0tel. sy dgn 'baik'nya bertanya, 'org katsini takde ke mkn dkt kedai2 mkn yg kecik? knp kena mkn kat hotel' (dlm bahse inggres yang bercampur2 dgn bahse apa xtau, hihi). pastu dia ada bg jwpn, tp sy x brp paham, sy pun ok ok kan aje. sampai buhari h0tel tu, pelik jugak, knp mcm restoran. bila ditanya kat tokei kedai, rupanya kat sana, mmg tmpt mkn gitu, dipanggil 'hotel'. ish ish. taktaula, sama ada kami ni yg peghak, atau depa tu ada buat pencemaran bahasa. huhu. dh bila dpt jmpa kedai mkn yg halal dan sedap gitu, dan harga pun sgt berpatutan, maka dah hr2 pun nk dinner di situ, haha. alhmdu lillah. cumanya bila dh kerap sgt mkn briyani dan kari, sy jd pening. hr keempat, kurindukan nasik lemak dan sambal tumis yg teramat sgt. 'hotel' tu ada jugak jual chilli prawn, jd sy order saja. bole jugak la hilangkan ketagihan, hik hik.


sy dpt peluang ke bangalore jugak. supplier bwk kami ke sana. katsana. sejuk. mcm cameron gitu. suhu pagi tu ms kami sampai, dua puluh empat darjah selsius saja. cerah, tp dingin. tak smpt jln2 sgt, sbb jadual pek. pegi pagi, balik petang ke chennai. gmbr pun xbyk yg amik.

hm, byk je citer kalau nk citer, tp mgkin tak tertaip jdnya. mgkin selai dua gmbr ni bole tunjukkan, mcmana chennai tu. ada lg, sy try haplod kat fb nnt. xdpt nk berkreatif sgt pun (bajet perasan terer, haha). snap gegitu saja. ada stress sikit, mgkin sbb panas, huhu, cuaca pulak disalahkan ye. hmm..

oklah. so ppl, enjoice!















p/s depa ada power surge poblem. electricity mmg x stabil. akan berlaku power trip bbrp kali dlm sehari, utk bbrp ketka, kdg2 dua minit, kdg2 sampai dua puluh minit.. kalau dulu, pc sy selalu restart setiap sejam dh berjaya dipulihkan selepas bbrp bulan, kes depa ni, x tau la bila nk dpt solve. dh sekian lama, dan xtau sampai bila, sampai depa dh pasrahh. atau mgkin jugak dh redha, itulah kehidupan, yg mereka ada..

May 2, 2009

hari sabtu

hari ni hari sabtu. smlm hari jumaat. esok hari ahad (hahaha, gila la tulis mcm ni hehehe)

smlm ciksarah bermalam di hospital. temankan maktok. lenguh2 badan tido di sofa. tp demi maktok, kupasrahkan saja lah. alhamdu lillah, maktok ok, tido lena, jd hr ni bole la balik kot. skrg ciksarah dah ada di rumah, tgh tunggu ambulans hntr maktok balik. taktau apa yg lama sgt urusan discharge dari wad tu, hmmm... mama, antiki dan antimah ada menguruskan matok di sana...

pagi tadi, ciksarah tiba2 trigtkan nasi kerabu cik-ayu, hehe. dah ingt2 lupa cemana resepi nk membuatnya. hmm.. tu la, lama sgt dibiarkan. sedar x sedar, dah 4 bulan! huhu. sori la ayu, bukan x mau buat, mmg x berkesempatan. aku ni dok sibuk dgn apa pun x tau, sampai xde pulak masa utk diri sendiri memasak, huhu. mgkin sengaja ciksarah biarkan mcm tu. ni la baru ada peluang duduk di rumah pada hr sabtu. sbb selalunya pd hr sabtu ciksarah mmg akan ada urusan, yg sbnrnya kalau ciksarah x join pun x pa, tp sengaja ciksarah nk join.. sengaja ciksarah nk ada bersama. entah kenapa. mgkin kerana rs tanggungjawab. kalau mgkin jugak hanya kerana perasan, kalau ciksarah xda makan suasana takkan meriah! huhu. perasan sungguh ciksarah ni.. ish3...

byk benda yg nk diselesaikan dlm hujung minggu ni sbnrnya. harap2 semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang insyaAllah. ciksarah akan cuba yang terbaik. by hook or by crook, mmg kena setelkan jugak. dah lama sgt tertangguh. ciksarah tiba2 baru perasan yg ciksarah ada permasalahan sikit dgn prinsip amanah jgn pecah ni. selama ni mmg ciksarah pegang. tapi lately baru perasan yg sbnrnya ciksarah tak seamanah yg ciksarah sangka. heh! sbb mende mcm ni, ckp mmg senang, nk buatnye masyaAllah. dugaannya sungguh hebat (sbnrnya x hebat mana pun, tp ciksarh yg x cukup hebat utk melawan dugaan dan godaan yg dtg, ish3.. apa nk jd la ciksarah ni..) jadi, kena la perbaiki balik, mudah2an masih ada jalan dan peluangnya..
ok, masa utk memulakan tugasan yang dirancang. yg penting, badan mesti cergas. jadi, kita mandi2 dan makan dulu~!!! hehehe... cheers~!!

**ciksarah nak cari background baru utk blog.. tapi xsmpt lagi.. nnt la.. huhu.. supaya lebih hepi dan ceria~ :-* ;)

May 1, 2009

after a while

hari ni hari cuti. 3 hari cuti pd hujung minggu (best sbb mggu lepas ciksarah keje 3 hr je, hehehe) dah lama ciksarah tak memblog (cewah, lebih kurang sminggu je pun....) ada jugak melawat ke blog kwn2. apa kbr seme kwn2 blog ciksarah? hehe. ciksarah? sihat alhamdu lillah.. batuk2 selesema skit tu biasalah.. adatnya.. skali2 byr kifarah apalah salahnya kan.. huhu. dah le mmg byk wat salah pun, hmmm....

pd pg tghhari td ciksarah dpt buat apa yg ciksarah suka: pegi market, beli ikan, siang ikan (paling suka!), goreng ikan, masak sambal tumis ikan, makan sambal tumis ikan! yeys. dan ikan itu ialah ikan sardin je pun. sekilo 6rm je! ish3... ada la jugak ciksarah tumbuk sambal kuinin dan petik ulam2 kat laman botani (cewah!) blkg rumah. dan 2 lagi lauk yg ayah beli. tp ciksarah mkn yg ciksarah buat je.. hehehe...

selepas bbrp ketika ni ciksarah dok berfikir. dan masih lagi berfikir sbnrnya. tp taklah sampai menyesakkan otak. dan x perlu la kot nk diceritakan apa yang difikirkan. sbb ciksarah pun masih belum jelas. masih mencari. bila sampai masanya nnt pasti ciksarah akan temui jawapan. :) org kata, serah saja kat Dia, selepas kita usaha dan usaha dan usaha (tp x tau la usaha dh cukup ke x, cuma buat yg termampu dan yg terbaik utk diri sendiri dan utk semua...) dan berdoa, maka selepas tu serah je kat Dia untuk mengaturnya... (sbnrnya ckp mmg senang ni, cuba la lalu sendiri, hmmm.. mak aiii... memang menyesakkan dada dan jiwa, tp ciksarah kena kuat. ciksarah selalu sgt terlupa kebelakangan ni, bhw kita ni hanya pinjaman semata-mata. ciksarah selalu sgt terlupa kebelakangan ni, bhw kita ni ada matlamat dlm kehidupan kita. dan ciksarah selalu juga terlupa kebelakangan ni, bhw kita ni semua x punya apa2. hmmm.. knpalah ciksarah ye. mgkin sbb ciksarah perasan yg ciksarah ni baik sgt kotttt selama ni.. huhu. masa utk ciksarah berubah. utk dpt yg terbaik, ciksarah kena usaha jd yg terbaik!!)

dan kemarin, ciksarah tiba2 tringt pulak pada satu phrase yg ciksarah penah pegang pada satu masa dulu, tp dh terlupa, dan baru ja tringt balik...

"risaukanlah nasib kamu sesudah mati, nescaya Allah akan menjaga untukmu akan kerisauan-kerisauan yang lain itu"

hmmm.. (pun sama, ckp mmg senang, kena lalu baru tau...) dan ciksarah mmg kena ingt ni selalu, ustaz kata, bukan senang nak senang!

satu lagi, ni ada words of wisdom yg ciksarah dpt dari kwn ciksarah, cik-ayu di blognya (utk ciksarah renungkan dan fikirkan. fikir sungguh keras - think real hard!)

watch your thoughts for it become your words
watch your words for it become your actions
watch your actions for it become your habit
watch your habit for it become your character
watch your character for it become your destiny..

---

adik ciksarah nk bertunang ahad ni. nnt ciksarah updatekan ceritanya insyaAllah. kisses and hugs to all~!! cheeers~ XOXOXXOO

April 20, 2009

bertemu

Dapat bertemu juga,
satu malam,
sekejap tak mengapa,
bertanya khabar,
berjabat menyampai salam,
itu yang mendalam,
mabuk kasih karam.

Walau hanya sekala,
untuk penziarah merana,
semua itu manis lara,
bertemu jua,
berpisah pula,
dan menangis cinta.

Faisal Tehrani, Iraq
(Mingguan Malaysia 19/4/2009)

---

dah lama ciksarah tak memblog rasanya. hampir seminggu. terlalu byk yg difikirkan dalam kepala ciksarah sampai tak mampu nk disampaikan melalui jari jemari ini (cehwah! hehe)

bertemu. ciksarah menemui sesuatu sepanjang tempoh tidak berblog ini. tetapi penemuan itu terlalu sukar utk diceritakan, melainkan jika kita sendiri yang melaluinya. terlalu peribadi pada ciksarah.

hmmm.. hidup mesti diteruskan kan. apa yg perlu dilihat, apa yang perlu didengar, apa yang perlu difikir, semuanya dah tertulis, semuanya dah dinyatakan. cuma tinggal kita saja yang perlu membuat pilihan. kwn ciksarah kata, ada sesetengah perkara itu kita perlu terima kerana kita tidak lagi dapat utk mengubahnya, dan semoga kita diberi kekuatan utk meredhakannya, dan ada juga sesetengah perkara yang kita bole ubah selagi ada kekuatan dalam diri kita, berubah kepada yang lebih baik. dan semoga kita akan dapat petunjuk untuk membezakan di antara keduanya itu (ni mula nk melalut dah la ni, huhu.. sori...)

dan hari ni, tentunya ciksarah masih rindu...

January 19, 2009

kura-kura putih

hujung minggu lepas sy diajak kakG balik ke kampungnya di pahang. sukanya saya~ perkara pertama yang terlintas... alhamdu lillah, dapat la mkn ikan patin goreng!! dah lama x makan.. huhu.. (gmbr ikan patin x smpt amik sbb sy lapar sgt ms tu dan terus mkn! :P) pada awalnya ada sedikit halangan utk sy join, tp akhirnya alhamdu lillah, Tuhan dah atur semuanya elok (mudah2an begitulah ye), dan dpt jugak sy menjejakkan kaki ke sana, hehe... perjalanan dari kedah ke perak, saya keseorangan memandu. tp dari perak ke pahang, mmg meriah, kami bertujuh slmt tiba di sana pukul 11 malam..

sbnrnya langk*h ikht*ar enterprise ada mengorganize kursus kepimpinan utk pelajar s k tempoya*g, ku*la lipis. ada lebih kurang 60 budak drjh 4-5 yg join. kursus ok alhamdu lillah. mesti bebudak tu seronok sbb dpt mengaruk alor dan tinggal di homestay yang sgt selesa, penuh dengan keindahan suasana kampung :) dan tmpt tu ialah di kg kubu parit d*lam, kg b*du, benta, kuala l*pis.

kampung abgroslizan tu ada byk sejarahnya. kalau nk dikisahkan mmg x abeh ni dlm satu entry. hehe. tapi yang pastinya, kampung itu terlalu sinonim dengan sejarah mat kilau. sbb tu nama kg pun kg kubu p*rit dal*m. mmg ada kubu mat kilau di situ. kg tu katanya terletak di antara dua lembah. tmpt yg sgt strategik sebagai kubu. tp tinggal sejarah saja la. dan seperkara lagi ialah sebuah perigi di belakang rumah mak abgroslizan tu. perigi mat kilau namanya. menurut kisahnya, ada seekor kura-kura putih yang kecil, seekor ikan toman, dan seekor ular kecil, yang saiznya mmg maintain sebesar itu je sejak dulu sampai sekarang, yg tinggal di dlm tu. hanya sekali-sekali saja binatang2 tu akan menjelmakan diri ke permukaan. ramai yg telah dpt melihat, tp lebih ramai yang tak dpt.. dan saya, pada hari ketiga, sebelum bergerak balik ke perak, sy mencuba untuk menunggu di situ, untuk melihat sendiri kura2 putih yang kecil itu. dan akhirnya... dpt juga sy menyaksikan sendiri kemunculannya di dasar perigi tu.. :)

it was my getaway actually, a very good one. a chance to clear up my mind. to have a long thought. di atas apa yg berlaku selama bbrp minggu sebelum ni. (dan juga sbnrnya melarikan diri dari sesuatu yang sy x berapa minat. maaf, sy x sengaja, tp sy terpaksa, dan bila ada peluang sebegini, sy pastinya tidak melepaskannya utk membebaskan diri saya. mgkn ini juga satu petunjuk supaya saya tidak terlibat lagi dalam perkara itu!). apa yang sy cari? pastinya diri saya sendiri.. dan sy sgt bersyukur. alhamdu lillah. syukur pada Tuhan di atas segala yang telah Dia tetapkan utk saya. terima kasih Tuhan. tapi nasib kita pasti tidak akan berubah kalau bukan kita sendiri yang mengubahnya kan ;)

cheers~

*hari ni saya keja (smlm cuti sbb besday sultan kedah jatuh pd hr ahad, jadi cutinya dibawa ke hari isnin) dan saya hari ini sbnrnya sedikit keliru. jawapan yang saya cari (dan rasanya dah jmpa) di pahang tu, perlukah sy sampaikan pada kekaseh gelap sy. saya keliru, atas sebab apakah dia bertanyakan soalan sebegitu. mungkin bukan saya yang mencari dia, mungkin dia yang mencari dirinya sendiri.. mungkin..

(gmbr xleh upload lagi, ph*tobucket yang buduh tu tgh sengal! lenkali saja ok..)

January 9, 2009

kisah di minggu ini

byk jugak kisah di minggu ini. byk sungguh pengajaran yang dpt aku amik. byk jugak gmbr yg dpt diamik tp malangnya kamera pulak x bawak! :P

hari isnin, xde citer pape pun hehe.

hari selasa, aku mula kena serangan yang mencengkam dan membelit ususku, huhu. keracunan makanan agaknya. kepala pun sakit jugak. seram sejuk ja, sampai kena pakai jaket sepanjang hari di pejabat. entah di mana silap makan pun tatau. membawa ke hari rabu dan khamis. tp takpe je, org kata, sakit itu menggugurkan dosa-dosa kecil, mudah2an, insyaAllah. terima kasih Tuhan...

hari rabu, ada latihan evacuation jika berlaku kebakaran di tempat kerja. saja testing timing. rekod kali ni ialah 5 minit (sbnrnya sgt lmbt, kalau betul kebakaran berlaku, mgkn 40-50% staf dh hangus!) but still, it was better than the previous one, which was 7 minutes! dan sbnrnya, timing yg baik ialah less than 3 minutes. thn dpn coba lagi! hehe. dan lepas dh kumpul semua, ada 2 org bomba ni mai wat demo memadamkan api kebakaran. 4 org volunteer diperlukan, dan akhirnya aku menjadi salah org volunteer yg sbnrnya agak dipaksa dan merelakan je, hehehe (dipaksa sbb mcm x da org je yg nk volunteer, maka aku terpaksa memvolunteerkan diriku itu) alhamdu lillah, berjaya jugak aku padamkan api hehehe. PASS - Pull (the pin), Aim (at the source of fire), Squeeze, dan Sweep (in S or Z shape). berpeluh aku hari tu! huhu.. (gmbr pada madyus, xtau bila dia nk emel! isk isk)

hari khamis, aku bljr menganyam ketupat jawi dari cik nariah, dan ketupat sate dari maktam :) setelah bertungkus lumus, dari hari cerah sampai lah ke gelap, akhirnya berjaya juga, alhamdu lillah, hehe.. (gmbr x amik! kamera henpon ni x best la, lgpun payah nk trasnfer ke pc, adeh!) dan pagi td wid kata nk ajar aku wat ketupat bawang, hehe, tp in return, aku kena ajar wat ketupat jawa jawi.. ada rezki, insyaAllah.. tah bila la tu...

hari jumaat, entahlah lagi. semoga hari ini menjadi lebih baik dari hari-hari semalam, amin.

*dan untuk kekaseh gelapku. time kaseh. :) mintak maaf byk2 smlm, sy ni kan pemalu, hehehehe...