pagi ini hati saya jatuh chenta lagi. dengan satu entry di satu belog yang saya selalu singgah. bagai makanan jiwa. saya copy dan paste di sini.
Apabila musim itu pergi, kita tidak akan berada lagi di situ. Kita akan beralih musim ke musim seterusnya sehinggalah bertemu ke satu titik yang mereka katakan itulah sebuah permulaan untuk menuju ke keabadian. Tidak ada bekal atau ramuan melainkan penyerahan.
Kita telah memahami makna dosa juga pahala antara kita sesama manusia. Kita mungkin keliru tentang penerimaan Tuhan tentang apa dan siapa kita di sisinya. Apa yang dimahuNya dari kita melainkan kita ini dikataNya makhluk ciptaan yang teramat istimewa yang mana terkandung di dalamnya segala permainan umpama gedung permainan lengkap dengan segala rupa dan bentuk menggamit rasa dan nafsu. Kitapun bergelut untuk cuba memiliki apa yang dikataNya kuasa yang sebolehnya kita mahu menguasai hatta jika boleh kuasaNya juga.
Begitu jauh kita melangkah, itulah bezanya di antara pengembara ukhrawi dan duniawi. Cerita dunia ini semakin kita mencari semakin kita akan mencintai sehingga memungkinkan kita mabuk dengan mimpi-mimpi indah yang nyalanya tidaklah selama manapun.
Hari ini marilah kita ucapkan dan nyanyikanlah lagu yang akan lebih mendekatkan kita denganNya tanpa sebarang penafian lagi. Dan janganlah dikenangkan tentang hal semalam yang duka mahupun indah..
Kita di sini hanya sebentar cuma…
dah lama kot saya tak menulis. sebenarnya takdela selalu sangat menulis. kdg² ja pun kann.. tu pun tulis tah pape kann. hihi. takpelah kottt. dh mmg gitu belognya.. dan skrg ni, mungkin musim copy paste yg kunjung tiba. dah lama jugak ni.. jadi, raikan sajalah ye.. walaupun sentiasa ada kekeliruan di situ... :)
2 comments:
mabuk.. deghoyan... bila nk raikan deghoyan sedim yg sgt sedap...
hik hik. doyan sedim ado lagi ke. ingtkn dikenduri abes dah cemmalam~
Post a Comment