September 9, 2004

sesuku abad telah berlalu

sesuku abad telah berlalu,

terima kasih Tuhan, atas kasih dan cahaya yang telah engkau berikan, dalam menerangi kegelapan pekat hidup ini.. ampunkan aku Tuhan, atas kealpaan dan kelalaian..

terima kasih Guru, atas tunjuk ajar yang sangat bernilai, sebagai pedoman hidup yang tidak tentu arah tujunya suatu ketika dulu.. ampunkan aku wahai guru budiman, atas kenakalan dan kedegilan...

terima kasih Ibu, atas kasih sayangmu yang tidak kan dapat terbalas.. akan kukenang jasamu dalam membina diriku menjadi seorang insan.. ampunkan aku ibu, atas kekasaran diri ini, kesalku tiada kan dapat hilang..

terima kasih Ayah atas pengorbananmu, mendewasakan aku, jerih penatmu tiada samanya dengan yang lain.. ampunkan aku ayah, atas keegoan dan desakan yang melampau suatu ketika dulu..

terima kasih teman, terima kasih adik, terima kasih kakak, terima kasih abang~ atas segala galanya.. terima kasih kerana sudi menjadi sahabat setia.. mengharung bersama segala yang suka dan segala yang duka.. maafkan aku teman atas kesalahan, sengaja dan tidak.. gurauan, senda tawa, tangis air mata kita bersama kan terus kekal dalam ingatan ku..

terima kasih semua... kini.. sesuku abad telah berlalu..

ogos 29, 2004

No comments: