despite of matapelajaran pendidikan seni (sbb pendidikan seni ni bukan melukis saja, ada membatik, menganyam, mengukir etc.), masa sekolah rendah, darjah 1 sampai darjah 6, cikgu kan selalu suruh kita melukis setiap kali kita tulis karangan untuk bahasa melayu atau bahasa inggeris. contohnya tajuk karangan, 'sahabat karib saya'. dan di akhir karangan tu cikgu akan suruh kita lukis gambar kawan kita. pernah tak? pernah kan? ataupun tajuk 'keluarga saya', kita kena lukis gmbr ahli keluarga, instead of amik gmbr dari album raya tahun lepas! hehe. dan dulu, setiap kali lukis gmbr berunsurkan orang, saya akan letak tanda pangkah pada leher orang di lukisan tersebut. contohnye mcm lukisan kat bwh ni. (sori, lukisan buruk, almaklumle, pakai paint je, ngihihihi)
haha! kalian pernah tak? mungkin ya, mungkin tidak. ever wonder why? ini semua sebab hasutan kengkawan la ni, huhu. kononnya bila kita lukis gmbr berunsurkan orang, kalau tak letak tanda pangkah tu, nanti esok² gmbr tu bole hidup, keluar dari lukisan tu, hahaha. betapa naive dan sengalnya diriku ini semasa bebudak dulu, hehe. dan disebabkan ini jugakle saya selalu cuba mengelak untuk melukis gmbr orang. bukan sebab takut orang tu hidup esoknye (haha!) tapi sebab kecewa terpaksa letak tanda pangkah yang akan mencacatkan lukisan saya tu (walaupun sbnrnya lukisan x cantik pun, hehe)
melukis ni seni. bukan semua bole melukis. dan bukan semua melihat sesuatu lukisan tu dengan pandangan dan pendapat yang sama. ada org tgk kata cantik, ada org tgk kata x cantik, ada org tgk kata ok saja. terpulang pada mata masing² la kan.
dulu saya pernah amik kelas tuisyen lukisan, mrs lim ke nama cikgunye? lupa dah, haha. yg sy ingt, cikgu tu tggl kat tmn bunga raya. pegi tuisyen naik beskal dari rumah.. jauh tu.. tp gagahkan jua, minat punya pasal.. cikgu garang, tp best. dan teknik mewarna dia mmg sgt saya kagumi. sejak amik kelas tuisyen, pendidikan seni kat skolah mmg skor A atau B+ je la (sebelum tu asik B dan C je, ngihihi..). syukur alhamdu lillah~
dan saya kini, dah lama tak melukis. kenapa? masa? tgn dah malas pegang pensel dan warna? atau mgkn sbb skrg ni gila fotografi pulak (dan sbnrnya x pandai jugak pun, budak baru belajar~) yang jugak merupakan satu bidang seni. org kata saya inherit minat ni dari ayah saya. memula mcm x caya.. tapi bila 2-3 org sebut psl ni, baru saya teringat dan perasan, mmg ayah saya dulu suka amik gmbr kitorang adik beradik, hehe.. terima kasih ayah~!! :)
No comments:
Post a Comment