April 12, 2007

kisah encik baju biru yang dah lama tak nampak

satu petang di dalam kereta, kak N bgtau encik baju biru datang ke pejabatnye bertanyakan ttg sesuatu yang serius dengan muka yang serius tanpa secalit senyuman. encik baju biru nak tau sama ada ada atau tak kak N bercakap dengan bos besarnya di kuala lumpur ttg perihal dia bekerja di sini memandangkan sudah tiba masa untuk membuat penilaian pencapaian kerja, org puteh kata 'appraisal', selepas hmpr setahun encik baju biru bekerja di sini. kak N tergumam, lalu bertanyakan siapakah gerangan bos encik baju biru tu. katanya, namanya mr Z. kak N kata dia x pernah pulak bercakap dgn mana² mr Z ttg perihal encik baju biru. lgpun syarikat tmpt encik baju biru tu datang mmg tak berkaitan dengan department kak N secara terus. yg terlibat ialah mr A dari department lain, bukan department kak N, walaupun encik baju biru mmg keje di bawah department kak N.

muka encik baju biru masih serius. tiada tanda garis senyum akan timbul. kata encik baju biru, bos dia di kuala lumpur dah hntr satu email kepadanya. bosnya kata telah mendapat laporan bahawa encik baju biru sering menghilangkan diri dari tmpt kerja, dtg ke tempat kerja lamabt dan sgt sukar untuk dihubungi bila diperlukan di pejabat. kak N terkedu. mmg pun encik baju biru kadangkala agak sukar untuk dihubungi bila diperlukan, bukan selalu, mmg encik baju biru kadang hilang dari pejabat, bukan kerap, dan mmg encik baju biru selalu dtg lewat, tp itu pun semenjak 2-3 bulan ni saja. dan encik baju biru bukanlah terus menghilang. kelibatnya mmg kelihatan di pejabat setiap hari, cuma pada waktu tertentu. dan kalau mmg betul pun, kak N tak mungkin sampai hati untuk membuat laporan sebegitu. bagi kak N, selagi semua kerja dpt disiapkan, dia tak kisah.

encik baju biru masih serius. kak N bertanya pada mr R dan puan K ttg perkara ni, sama ada mereka pernah bercakap dengan bos encik baju biru. mr R kata tak pernah. puan K pula cuma memandang dan menyepikan diri, langsung meneruskan membaut kerja. encik baju biru kecewa. mungkin dia terkilan. tapi dia mmg salah jugak. dan dia pun berlalu. tiba² puan K mencelah,"eh bukan ke dia mmg selalu dtg lmbt dan susah nak dihubungi bila diperlukan?" kak N diam saja....

encik baju biru rupanya telah lantas menelefon bosnya di kuala lumpur bertanyakan siapakah yang menyampaikan laporan tersebut. lalu dismskan pada kak N. katanya, "bos saya kata laporan diterima daripada mr M yang dibuat oleh puan K". kak N terkedu lg. tak tahu kepada siapa nak diadukan. mr F yang dtg atas satu urusan di department kak N menjadi tmpt mengadu. en F kata, dia dah mmg bole agak ini semua berpunca dari puan K. kak N hairan, kenapa puan K perlu buat laporan itu kepada mr M, sedangkan kedua dua mereka langsung tiada kaitan dengan encik baju biru dan syarikat tempat asal encik baju biru bekerja. kalau puan K mmg yang jenis dtg awal dan tak hilang dari pejabat mungkinlah sesuai untuk membuat laporan sebegitu, tapi puan K pun kadang dtg lmbt jugak, kadang hilang jugak dari pejabat. kak N bengang. bengang sebab dia yang 'diserang' oleh encik baju biru sedangkan dia langsung tidak terlibat dalam perkara ni.

mr F ingin menjernihkan keadaan. diminta encik baju biru memforward email oleh bosnya tu kepada mr F untuk dibela. mr F dan kak N sedia membuat pembelaan untuk encik baju biru.

encik baju biru, usah risau, usah susah hati. kami tetap menyokong. kami tetap bersama. mungkin ethically salah, tapi ianya adalah kerana berada di tempat yang salah pada masa yang salah. jadi jangan risau. masih boleh diperbaiki keadaan keruh ini. semoga encik baju biru selamat dan sejahtera.

1 comment:

Anonymous said...

XFAHAM EK CERITA EN BAJU BIRU ENTAH APE2