hari ini hari jumaat. saya suka dtg keja hari jumaat sebab kereta di jalanraya tak byk, rata ratanya bercuti (kedah kan cuti jumaat sabtu, hehe), cuma kami yang memilih utk bercuti pada sabtu ahad saja yang dtg bekerja hari ni. sepanjang perjalanan, sgt menyelesakan (atau menselesakan?)
temuduga
saya dipanggil lagi utk temuduga. kali ini utk jawatan tetap di tmpt kerja sekarang. alhamdu lillah berjalan lancar utk peringkat pertama. keputusan? belum tau lagi le.. perlu lalui peringkat kedua, barangkali perlu ke shah alam nanti... doakan kejayaan saya, andai ada rezki, insyaAllah, mudah mudahan selamat semuanya..
selamat datang
hmmm.. julai pun dah lebih separuh perjalanannya. rejab pun dah lebih dari separuh, cepat jugak ya... oh ya, tahniah kepada kak elmi dan z atas kehadiran putera sulung, muhammad khalish mifdhal, 10 julai lepas~ ada rezki nnt sy ke sana wat coverage utk mifdhal ok, insyaAllah... dan tahniah jugak kepada ajip dan isteri atas kehadiran puteri sulung, mya marissa, 15 julai lepas.. tahniah tahniah~ assalamualaikum dan selamat datang utk putera puteri kalian.. moga anak anak kalian menjadi insan soleh dan solehah yang cemerlang gemilang dan terbilang, amiin..
nasi minyak
nak masuk bulan ogos ni, byk pulak rasanya jemputan kenduri, huhu. 1-2 ogos, ea di cinta sayang; 8-9 ogos, kakngah di balik pulau; 16 ogos, azirul di sik; dan 23 ogos, eff di alor star. wah, penuh setiap minggu dengan kenduri, hehe.. makan nasik minyak yok~ (bukan saya punya, belum time lagi, hehehe)
baca
dan saya membeli lagi sebuah buku. kali ini andrea hirata pula (mencari Tuhan Manusia oleh faisal tehrani tapi mph itu kehabisan stok, isk isk..)
hati sedikit berbunga :) ~
kata penyair sufi terkenal abad ke 13, jalaluddin al rumi,"...ketika aku mendengar cerita cintaku yang pertama, aku mula mencari-cari engkau... tidak tahu betapa butanya aku... pasangan bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya... mereka sebenarnya sudah bersama sejak azali lagi..."
5 comments:
Sarah, buat yg terbaik dalam temuduga tu. Moga2 dapat kerja yg diimpikan.
hye..salam perkenalan,
tengah blog-hopping,terjumpa blog awak..just nak bagitau,laskar pelangi itu memang sangat sangat best!!takkan rugi beli..;P
btw,good luck for ur interview..:)
rauhunt: mekaseh~ insyaAllah. mudah²an diberikan petunjuk olehNya..
sue: hai~ baru baca 4 chapter, hehe.. sgt detail penceritaannya, huhu.. thanks! :)
yay...kak sarah datang shah alam lagi ... boleh la belanja saya lagi .... dan lagi... dan lagiii...
anazam, yey bole bole hehehe.. insyaallah~
Post a Comment